GAGASAN PERALIHAN KUASA ABDULLAH
BOLEH DIBANTAH SECARA DEMOKRATIK
Ruhanie Ahmad
Politik Malaysia diramalkan jadi lebih menarik. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal memahami aspirasi rakyat jelata menerusi PRU12. Lantaran itulah beliau mengumumkan pada 10 Julai 2008, beliau hanya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan 2010.
Ini bermakna Najib akan terus dibelenggu detik-detik penantian yang amat panjang – penuh dengan getaran jiwa, gegaran jantung dan denyutan sukma yang menjeruk hati.
Tiada sesiapa dapat menyelami isi hati Najib yang sebenar mengenai hal ini. Bagaimanapun, tidakkah kenyataan Najib bahawa “suara parti pada akhirnya akan menentukan keputusannya,” memberikan mesej tersirat daripada hati Najib?
Apakah maksud kenyataan Najib ini? Tidakkah ayat singkat tersebut boleh ditakrifkan sebagai cara berhemah Najib membuka opsyen kepada warga UMNO untuk memuktamadkan keputusan Abdullah – sama ada mereka setuju atau sebaliknya?
Tidak mungkinkah suara hati Najib ini juga selari dengan reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Naib Presiden UMNO?
Untuk memastikan mesej tersirat Muhyiddin yang sedang menjalankan tugas rasmi di Tokyo, Jepun, dan tidak dapat menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 10 Julai 2008, bacalah kenyataan beliau yang dipetik oleh Utusan Malaysia seperti berikut:
Kebimbangan
Sesetengah pihak berpendapat tempoh peralihan jawatan dalam UMNO yang dirancang pada 2010 adalah terlalu lama. Ada yang menyatakan kebimbangan kalau tempoh sepanjang itu keadaan tidak akan bertambah meyakinkan. Ini hal-hal yang perlu ambil kira.
Oleh yang demikian, ada ahli UMNO yang berpendapat adalah lebih baik anggota-anggota parti sendiri yang memutuskan soal kepimpinan parti. Kita akan lihatlah. Tempoh pemilihan ini masih panjang. Kenapa tergesa-gesa untuk buat keputusan sekarang.
Tetapi tidak mengapa, tempoh pemilihan bulan 10 (Oktober) maka waktu itu UMNO yang bersidang di tiap-tiap bahagian tentu akan menilai sama ada apa yang diputuskan suatu yang mereka sukai ataupun mereka ada pandangan masing-masing.
(Diharapkan) sebarang keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO tidak mengongkong mana-mana pihak untuk membuat keputusan yang mereka fikir adalah yang terbaik untuk mereka.
Sekiranya UMNO masih mengamalkan sistem demokrasi, ia pasti tidak akan menghalang anggota parti daripada menyuarakan apa yang terbaik untuk mereka dan parti.
Keputusan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi adalah sesuatu yang perlu dihormati. Tetapi yang tidak kurang pentingnya ialah pandangan setiap ahli UMNO yang diwakili di peringkat cawangan dan bahagian. Mereka ada kemahuan. Mereka ada aspirasi. Mereka juga ada harapan.
Tersirat
Reaksi Muhyiddin di atas mendatangkan pelbagai tafsiran. Abdullah pasti faham mengenainya. Najib pasti dapat membaca maksudnya yang tersirat. Warga UMNO di seluruh peringkat juga pasti bijak menterjemahkan mesej itu kepada tindakan yang selaras dengan perlembagaan parti dan secocok dengan aspirasi mereka mutakhir ini.
Sementara itu, Tengku Razaleigh Hamzah yang kini menawarkan dirinya untuk menandingi Abdullah bagi jawatan Presiden UMNO pula menyifatkan keputusan Abdullah untuk menyerahkan kuasa kepada Najib “sebagai satu langkah yang silap.” Razaleigh juga dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata seperti berikut:
Mana-mana jawatan dalam UMNO ditentukan oleh ahli dan tidak wajar Perdana Menteri memutuskan sendiri peralihan kuasa yang akan berlaku dan kepada siapa hendak diserahkan.
Ramai orang terlupa bahawa jawatan Perdana Menteri perlu mendapat restu Yang di-Pertuan Agong seperti yang tercatat dalam Perlembagaan.
Dalam Perlembagaan dinyatakan, Perdana Menteri boleh dilantik di kalangan sesiapa Ahli Parlimen yang mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat.
Apa yang ditegaskan oleh Razaleigh seperti di atas adalah hakikat yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan Perlembagaan Persekutuan. Jadi, bagaimanakah Abdullah akan mematahkan pendapat ini? Atau, adakah pandangan Razaleigh ini akhirnya akan diketepikan begitu sahaja?
Maka, terbuktilah bahawa gagasan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah adalah penuh dengan kelemahan yang struktural dan strategik. Jadi, adakah soal yang struktural dan strategik ini juga akan diketepikan begitu sahaja?
Dalam pada itu, kenyataan Abdullah mengenai peralihan kuasa ini sebenarnya tidak mencerminkan pendirian sebulat suara oleh seluruh ahli MT UMNO.
Berbeza
Walaupun semua ahli MT diberikan peluang oleh Abdullah untuk membicarakan gagasan peralihan kuasa ini, majoriti mereka berbicara secara berlapik dan agak berbelit-belit. Mereka bersetuju, tetapi tidak pula tergamak untuk menyangkal bahawa tempoh yang dicadangkan adalah terlalu lama.
Hanya dua orang ahli MT sahaja yang berani bersuara secara terus terang. Mereka adalah Datuk Shafie Apdal dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo. Kedua-duanya berbeza pendapat dengan majoriti ahli MT lainnya. Mereka berkata, adalah lebih wajar jika peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dilaksanakan dengan seberapa segera.
Pandangan Shafie dan Khir ini lebih mirip kepada aspirasi sebenar warga UMNO bawahan dan segolongan rakyat jelata atas pagar yang mendukung UMNO. Tetapi, mungkinkah ini akan jadi satu pandangan popular yang akan menyebabkan upset kepada gagasan peralihan kuasa Abdullah?
Berasaskan seluruh hujah di atas, jika warga UMNO memilih untuk mengenepikan gagasan peralihan kuasa yang dicadangkan oleh Abdullah, pasti mereka akan membuat pencalonan Presiden UMNO dalam pemilihan tahun ini berasaskan aspirasi masing-masing.
Jika majoriti bahagian UMNO tidak mencalonkan Abdullah, ini bermakna Abdullah akan dipersarakan menerusi proses parti yang demokratik ini. Jika Abdullah layak bertanding dan ada pula pencabar lain yang juga layak bertanding, ini bermakna masa depan Abdullah akan dipastikan menerusi undi para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini.
Jika Abdullah menang, beliau akan meneruskan kepimpinannya dalam kerajaan dan parti tanpa sebarang dakwa-dakwi rakyat jelata. Ini kerana kehadiran Abdullah ketika itu diputuskan oleh sistem pemilihan yang demokratik. Jika, beliau tewas, Abdullah juga terpaksa akur dengan keputusan yang demokratik.
Senario dan kemungkinan hipotatikal seperti di atas pastinya akan mendorong banyak bahagian berani menafikan gagasan peralihan kuasa oleh Abdullah dan mencalonkan personaliti lain untuk menandingi Abdullah bagi jawatan presiden. Ini kerana penafian terhadap gagasan peralihan kuasa Abdullah ini adalah dilakukan untuk membuktikan UMNO masih terus mengamalkan demokrasi. Sekiranya Abdullah berjaya, kejayaan itu juga adalah hasil tindakan yang demokratik oleh warga UMNO.
Akhir kata, sama-samalah kita insaf bahawa UMNO mesti terus mempertahankan ciri-ciri demokrasinya, mesti diperkasakan semula, dan jangan sekali-kali diizinkan jadi lemah sehingga tidak terdaya menulangbelakangi Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah negara. Dengan keinsafan ini, seluruh warga UMNO wajar bertindak secara bijaksana.

33 comments:
kita lihat percaturan najib,muhyiddin dan laen2 seterusnya. paklah sudah menyelsaikan bahagian beliau. terpulang kepada yg laen utk bertindak utk taat atau derhaka
www.mencandat.blogspot.com
Salam.
No offence datuk..Democratic in UMNO? gile perut pokcik! For me personally sama jer Najib ke Pak Lah ker...dua2 tak boleh pakai. To be honest, Najib might even bring us into a disastrous leadership & country with his "clean/good image" history. I would rather giving chance to PR leading the country instead of BN... Full Stop, Ameen.
Dato Ron, harap sihat selalu.
Dulu, Tun tanpa amaran awal, mengumumkan pengunduran serta merta dari kepimpinan negara dalam Dewan Perhimpunan UMNO. Dewan terpaku dan bukan sedikit yang menangis.
Abdullah pula pada waktu selepas sedikit reda, menjerit sekuat-kuat hati "Kami minta Presiden tarik balik!".
Selepas itu Tun berundur beransur-ansur.
Kini tiba giliran Abdullah pula. Tidak ada yang menangis. Tidak ada yang terkinja-kinja minta Abdullah jangan undur.
Bila pengumuman dibuat sebelum Pemilihan Umno, ramai menjangka ia hanyalah untuk memastikan setiap cawangan dan bahagian mencalonkan tokoh dermawan yang sudi melepaskan takhta emas pada timbalannya dalam tempuh 700 hari dari sekarang.
Tali penamat masih jauh di depan. Kes Razak Baginda juga belum tiba kepenghujungnya. Rakyat juga tahu BPR menyiasat Musa Hassan dan Gani Patail. RPK dan Balasubramaniam turut menambah warna pelangi politik. Anwar pula masih mengejar Publisiti. Rakyat tetap patriotik memikul beban inflasi.
Kita belum nampak tali pita untuk Abdullah tunduk mendada dan menumbuk angin tanda tamatnya perlumbaan. Tapi kita seakan-akan nampak tali yang mengikat kaki Najib dari bebas kemana-mana.
Masakan rakyat tidak tahu.
Terima kasih.
Bro Dato Ron,
saya rasa PLah ni dh trsilap paham(atau buat2 tak paham) tujuan kehendak akar umbi UMNO suruh dia letak jawatan PM/Presiden UMNO dan serahkan pada DS Najib sebagai 'acting' presiden sehingga pemilihan parti pada Disember.. bukan nak suh 'pass d baton' camni..kalo baton jatuh camna?? tapi saya rasa PLah ni pandai..dia ni lagi bahaya dari bro AnWar..i strongly believe he is in league wth d US(BSA Tahir-Kamaludin(PL n SIL)-Scomi n thus indirectly link to bro AnWar.. kalo tunggu tahun 2010 bukan nak dapat kat DS Najib tp pada bro AnWar. Tengok le mind game bro AnWar melalui W.Azizah dgn usul undi tak caya..its to play wth d rakyat's mind...pada yg rajin membca n research akan tahu kemungkinan yg kuat menunjukkan ada konspirasi antara US of A(CIA), Bro AnWar & Kamal/PLah/KJ...apa pun ini hanya teori saja,..heheh.. all things point to Singapore on a lot of 'happenings' lately..tink about it..apo nak dikato,..heheh..(",)
TAK NAK NWO!!
Cakap berbelit dan berlapek orang UMNO kususnya pemimpin bukan sesuatu yang baru. Yang peliknya kalau membodek, memuji, mengampu tidak pula perlu berlapik.
Kalau Dato' yang sudah lama dengan UMNO masih belum dapat membaca pemikiran mereka, bagaimana kami yang 'jauh' tentulah kelabu dan bersap memikirkannya.
Bagi saya, apa yang Dolah lakukan merupakan yang terbaik dan satu kesinambungan strategi yang harus bagi surival kedudukannya. Jika tiada sesiapa dalam UMNO yang berani menggagalkan atau mengalang cita cita kuasa Dolah itu , yang haus dipersalahkan ialah pemimpin dan ahli UMNO itu sendiri.
Kita kena terima bahawa Dolah adalah yang terbaik dari kalangan yang bodoh.
Salam Datuk,
Sindrom takut dan ikut yang meliliti minda perwakilan cawangan yang akan mencorakkan keputusan Bahagian telah sebati dalam UMNO. Ini menyukarkan calon yang menentang penyandang jawatan presiden.
Salam takzim
Salam Dato'
Sepertimana mood pengundi dalam PRU 12 lalu yang tidak mampu diselami oleh Abdullah, begitu juga dengan mood cawangan dan bahagian Umno yang gagal difahami oleh beliau. Pastinya sekali lagi beliau akan tersedak apabila sampai masa pencalonan bagi jawatan presiden Umno nanti.
Akar umbi sudah tidak ambil pusing lagi apa yang keluar dari mult Abdullah. Semuanya tidak boleh dipercayai. Berdolak dalih. Bohong memanjang.
Lihat jambatan bengkok, jambatan Pulau Pinang, LRT di Pulau Pinang, landasan berkembar, kenaikan harga minyak dan pelbagai lagi yang pernah dijanjikannya. Mana satu yang betul dan tepat?
Dia mungkin memberi masa yang panjang dengan mengharapkan ingin melihat Najib akan tersangkut dengan mana-mana satu isu yang sedang atau akan timbul. Bila Najib tersangkut, maka adalah alasan Abdullah terpaksa terus memegang jawatan hingga ke satu masa bila yang lebih panjang sehinggalah Umno musnah.
Tunggu sahajalah masa pencalonan nanti.
Saya sependapat dengan kawan-kawan lain yang memberi komen di ruang ini. Memang demokrasi mengizinkan perbezaan pendirian dan pendapat. Tetapi berapa ramai ahli UMNO faham hal ini. Kepada mereka, kalau kita berbeza, kita dituduh kurang asam, kurang garam atau kurang ajar. Kepada mereka, kalau kita berhujah untuk menegakkan pendirian kita, proses ini dikatakan buang masa. Ini masalah kita. Jadi, dalam hal nak tentang gagasan kuasa Abdullah ini, ahli UMNO kena disekolahkan dulu. Soalnya sapa yang sekolahkan mereka. Kalau kena jamu di coffeehouse pun dah sebabkan semangat mereka untuk menentang jadi cair, macam mana kita nak buat lagi? Mereka tak peduli kalau penentangan itu diizinkan oleh sistem yang demokratik. INSAFLAH WARGA UMNO, KALAU KITA NAK SELAMATKAN PARTI KITA DAN BANGSA KITA, KITA KENA BERANI BERTINDAK DAN BERSUARA SECARA BIJAK KETIKA INI. INSAFLAH!!!!!!!!!
Datuk, saya setuju yang ahli UMNO ada ruang untuk mencalonkan orang lain sebagai Presiden UMNO. Tak kiralah sapa asalkan jangan Dollah. Kita dah jelak, kita dah muak dengan cara Dollah. Dia musnahkan parti dan negara kita. Saya akan ugut ketua bahagian saya, kalau dia ura-ura nak calonkan Dollah, saya akan kempen habis-habisan untuk tumbangkan dia. HIDUP UMNO.
Cadangan Datuk amat praktikal. Harap-harap ramai pemimpin UMNO baca posting ini. Kita calonkan orang lain untuk Presiden UMNO. Kita buat ni kerana kita sayangkan UMNO. Jangan takut, apa yang akan kita lakukan dihalalkan oleh perlembagaan parti. Apa yang Dolah Badawi lakukan tak ikut perlembagaan parti. Dia ingat UMNO ni nenek moyang dia punya…. UMNO milik ahli-ahlinya. Ingat, ikut perlembagaan, kita ada hak berbuat apa saja asalkan tak langgar undang-undang tubuh parti.
Kita sokong kenyataan Muhyiddin bahawa ahli-ahli Umno perlu diberi hak menentukan soal pucuk pimpinan parti. Jangan kongkong kita buat keputusan ikut mana yang baik pada pendapat kita. Yang pentingnya, Umno boleh jadi kuat semula.Yang pentingnya UMNO akan jadi penyelamat BN untuk menebus semula Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dari dikuasai oleh PR. Kalau kita letak Dolah jadi Presiden lagi, alamat kita akan kalah lebih teruk dalam PRU13.
Bayangkan UMNO hancur lebur dan kita semua kehilangan arah dan punca dalam perjuangan. Bayangkan kita ikut saja telunjuk Abdullah Badawi yang cuba nak cucuk hidung kita semua bagaikan lembu atau kerbau politik. Bayangkan kita semua terpedaya dan gelap mata digoda oleh wang ringgit yang mungkin ditabur oleh para penyokong Abdullah waktu proses pencalonan bahagian dan waktu mengundi di perhimpunan agung UMNO tahun ini.
Apa akan jadi kepada UMNO, apa akan jadi kepada majoriti orang Melayu-Bumiputera yang memerlukan perjuangan UMNO selama ini? Bolehkah kita terus mempertahankan kedaulatan negara ini. Bolehkan kita terus memelihara kemulian syiar Islam? Boleh kita jamin Singapura tak akan tawan kita menerusi ekonomi?
Saya pasti kita semua tak akan redhakan semua di atas terjadi. Kalaua gitu kita kena singkirkan Abdullah menerusi pemilihan UMNO tahun ini. Percaya cakap saya. Kita tidak berdosa untuk tidak mencalonkan semula Abdullah. Malahan kita akan amat berdosa kalau kita ikut lagu Abdullah supaya dia dicalonkan semula kali ini.
Kalau dah nak berhenti, apa perlu kasi notis sampai dua tahun? Tun Mahathir dulu cuma kasi notis kira-kira enam bulan je… Kalau dua tahun, Abdullah boleh jahanamkan lagi negara ini. Keyakinan rakyat pada dia juga semakin tipis. Ini boleh sebabkan BN lingkup dalam PRU13 nanti.
Sekali lagi saya gesa Abdullah supaya berhenti dengan serta-merta. Kalau tidak, Abdullah akan dikenang dalam sejarah sebagai PM yang lemah, tak peduli cakap rakyat dan tak faham bahasa.
Salam semua.....
Saya ternanti-nanti dalam waktu mendatang ini, maka akan ada gerombolan-gerombolan bas ahli-ahli UMNO "makan angin" ke Putrajaya membawa sepanduk "Merayu" ***KLAH agar tidak meletak jawatan pada 2010.
Jika sebelum ini ***KLAH menipu TDM, masakan tidak akan menipu Najib pula?
Tidak pernah selama ini perasaan saya rasa begitu jijik kepada pemimpin-pemimpin UMNO sekarang.
Pemuda dari Gunung Semanggol.
Assalamu'alaikum Datuk
Maafkan saya Datuk. I believed that the concept of 'Asobiyah' democracy in UMNO, based upon DEB issues is 'much ado about nothing'. Current UMNO Politburo and members, if not all, expect some form of 'ganjaran'. This in itself 'peralihan secara demokrasi', pasti tidak akan membawa sebarang perubahan' kerana UMNO kini seperti 'anak murid kencing berlari' so there's nothing wrong to wait..and wait..
You said once before that in politics, never say tak dapat BUT say belum dapat...!!
Dato'
Pada saya peralihan kuasa yg diwar-warkan PL cuma retorik....Najib adalah sebahagian legasi Tun, PL nampak lama dah cop Tun kat dahi Najib...dan wajib dicantas...
Demokrasi mmg patut berjalan dlm UMNO...tetapi kalau begini permainan PL masih ada cara demokrasi boleh subur semula.....setiap cawangan dan bahagian jangan calonkan PL atau paling baik BUAT UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA PAK LAH DAN MENANTUNYA!!!
Dato Ron yang dihurmati;
Apakah benar benar wujud 'demokrasi' didalam UMNO sekarang? Besar kemungkinan hanya wujud di peringkat Cawangan saja. Di peringkat Bahagian keatas, sudah dilihat tidak ada.
Bagaimana pula dengan janji Pak Lah kepada DS Najib? Apakah ada kejujuran yang benar benar telus olih Pak Lah kepada DS Najib? Atau besar kemungkinan ada 'udang disebalik batu'.
Dua tahun adalah masa yang terlalu lama bagi DS Najib.Suatu 'penantian' yang di lihat tidak akan wujud dan DS Najib tentunya akan menjadi 'Pak Jenin'.
Pak Lah bukanlah 'bodoh'. Beliau tentunya sudah berbincang dengan 'generalnya' dahulu sebelum membuat keputusan.
Beliau tentunya dan pasti mahu melihat si KJ, menantunya jadi Ketua Pemuda, Sharizat menjadi Ketua Wanita dan beliau sendiri jadi Presiden UMNO yakni Perdana Menteri.
Beliau menyusun dengan teliti agar semua yang dikira 'threat' kepadanya dan keluarga akan dihapuskan secara perlahan dengan penuh senyuman.
Saya rasa bangga kerana adanya juga Ahli majlis Tertinggi yang berani bersuara seperti Shafie Afdal dan Khir Toyo. Ahli Ahli MT yang lain hanya 'pak turut' mungkin terlalu sayangkan kedudukan mereka sehingga terpaksa jadi 'kerbau' yang bolih di tarik kesana kemari dan di letak di 'kubang' mana pun mereka akan senyum dan mengatakan 'yes'.
Pak Lah tentunya akan merancang untuk masa depan KJ dan kuncu kuncunya.Strategi kerja ini dibuat begitu teliti kerana ianya di buat dari peringkat cawangan dan bahagian lagi.Kita nampak KJ selalu melawat setiap pelusuk Negeri. Untuk apa? untuk berkempen secara diam bagi pihak Beliau dan Mertuanya.
Apakah kita semua buta? Hanya Pemimpin pemimpin UMNO dan Ahli MT saja yang 'buta' kerana tidak lihat akan strategi Pak Lah ini.Jikalau mereka ini nampakpun, tapi terpaksa diam dan bersetuju kerana sudah termakan dan terhutang 'budi'dengannya.
Kerana terhutang budi maka 'maruah' mereka terpaksa tergadai.Kerana gila akan kuasa mereka akan lakukan apa saja.Ini lah Pemimpin Pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang.
Jika DS Najib benar benar mahu Jawatan Presiden, maka jangan tunggu Jun 2010. Cabar dan lawan Pak Lah, tentunya DS Najib bolih menang, kerana sebenarnya ahli ahli UMNO pun dah meluat pada Pak Lah, apatah lagi pada KJ.
Pak Lah sebenarnya takut pada DS Najib, dan kerana itu beliau membuat janji dengannya agar tidak menentangnya.
Kepada Orang Orang UMNO, berfikirlah dengan waras dan pilihlah yang terbaik untuk memimpin kita. Kita tidak mahu Pemimpin yang bersikap 'hipocrite' dan tidak berpendirian untok memimpin kita.
Dato Ron yang dihurmati.
Dalam Umno hanya seorang sahaja yang berkuasa menentukan siapa Presiden UMNO. Orang itu ialah Pak Lah. Inilah yang dijeritkan oleh UMNO bahawa UMNO mengamalkan demokrasi.
Ahli Umno hanya boleh tidur sahaja dalam penentuan kepimpinan UMNO. Nak menentukan perelaksanaan dasar memang mereka tidak tahu pun.
UMNO SEJATI konon...Kita hanya akan jadi Umno sejati bila membawa kepentingan kepada kita. Bila dah tak ada kepentingan....Keluar parti pun sanggup...Politik kita sudah kotor. Sanggup bunuh orang lain yang kononnya demi untuk rakyat.Inilah politik yang kotor. Kita selalu cuba membela kaum-kaum kita sendiri sahaja bila dan berkuasa. Jika ini yang kita lakukan kita tak ubah sama dengan bangsa lain yang sentiasa cuba membela kaum masing-masing. Cuba kita luaskan skop perjuangan kita melaksanakan tanggungjawab demi manusia sejagat. Sebab itulah Islam sama Islam berperang kerana saling membela kaum masing-masing. Perjuangan kita lebih kepada kaum bukan demi AGAMA atau manusia sejagat.Amat jelas perjuangan kita masih sempit. Kita minta orang lain berundur dan turun dari kuasanya. Tapi sanggupkah kita menurunkan kuasa yang ada pada diri kita seperti sebagai menteri, peguam, hakim, pegawai polis, pegawai kerajaan, pegawai daerah, sebagai penghulu dan sebagainya. Kalau kita sanggup barulah boleh minta orang lain turunkan kuasa.
Salam Dato;
Sebenarnya matlamat PM tu serampang dua mata; pertama nak "menyeksa Najib"
Yang kedua (paling penting):
Nak menyediakan menantunya sendiri. Hari ini cuba kita lihat PUBLISITI AKHBAR kepada menantunya tu.
Apa yang saya pelik adalah SATU2nya AHLI PARLIMEN TANPA JAWATAN KABINET yang kerap muncul di dada2 akhbar / yang paling lantang bercakap. MP lain tak de ke yang boleh beri ulasan??? Sampai rasmikan sesuatu majlis yg tak penting pun muka dia keluar. Apa tujuannya???
Kenapa Ketua Pemuda kurang bercakap berbanding NAIB KETUA PEMUDA yang sering ditonjolkan....
tentu ada udang di sebalik batu..
fikir2kanlah..
Kalau membiarkan gejala ini berlaku,ahli2 umno akhirnya akan frust berdengung. kalau tak berani ambil resiko , punahlah segalanya.
Mereka mesti calonkan Mahyuddin sebagai presiden,Ku Li T.Presiden,
Mukhriz ketua pemuda.
Datuk,
Saya melihat UMNO kini ditadbir ala kongsi gelap.Entah pengaruh apa yang menyelimuti batang tubuh UMNO, tidak diketahui.Perlu ada sumpah setia kepada ketua, perlu ada akujanji taatsetia kepada ketua, perlu ada perasaan hormat ( dalam kes UMNO, cium tangan )yang wajib dizahirkan kepada ketua.
Adakah selepas ini nanti akan ada majlis minum darah pula?
Keliru dan amat celaru sekali apabila memikirkan keadaan UMNO sekarang.
assalamualaikum Datuk,
saya adalah pembaca yang akrab dgn blog datuk. Saya bukanlah ahli mana2 parti tapi secara peribadi berpolitik mengikut terma perlembagaan ie mengundi. Saya sebelum ni rasa malas nak buat ulasan dan lebih selesa membaca komen sahaja.
Minggu lepas saya solat jumaat di Jurong East singapura dan mendengar khutbah jumaat yang menarik perhatian saya. Imam menceritakan tentang pelaksanaa akhlak islamiyah dikalangan orang islam dan memberikan contoh khalifah Abu Bakar. Ceritanya lebih kurang begini,selepas sembahyang subuh, saidina Umar menyaksikan saidina Abu Bakar sentiasa bergegas kesebuah perkampungan. Akhirnya beliau mengekori secara senyap2 Saidina Abu Bakar. saidina Abu Bakar telah pergi ke sebuah kebun tamar dan terdapat sebuah rumah kecil disitu. Saidina Umar menungggu sehinggalah urusan Saidina Abu Bakar dirumah tersebut selesai. Setelah Saidina Abu Bakar beredar, Saidina Umar memberi salam dan masuk kedalam rumah tersebut. Di rumah tersebut dihuni oleh seorang ibu tua yang buta dan 3 orang anak kecil. Maka Saidina Umar bertanya kepada ibu buta itu siapa beliau dan siibu itu menerangkan dia adalah seorang janda bersama 3 orang anak nya yang telah kematian suami 2 bulan sudah.Maka dia bertanya kepada ibu buta itu apa kah yang dilakukan oleh orang tersebut kerumah nya...Si ibu itu memberitahu yang orang itu akan memasakkan untuknya , mengemas rumah dan akan bertanya apakah keperluan lain yang diperlukan sebelum beredar. Kemudian Saidina Umar bertanya kepada ibu buta siapakah yang membantunya setiap hari itu...si ibu buta berkata aku tidak tahu...beliau adalah Khalifah Abu Bakar...Saya begitu terharu dan tak sedar saya menitiskan air mata saya. Semoga Allah merahmati saidina Abu Bakar. Selepas solat jumaat balik ke tempat kerja saya..saya berfikir, kenapa pemimpin kita tidak belajar akhlak islamiyah seorang pemimpin seperti beliau...adakah pemimpin kita melihat penderitaan secara mikro seperti saidina Abu Bakar baik diperingkat nasional, negeri, daerah dan kampung kita?
Saya tak salahkan Pak Lah 100% - tidak juga Ku Li, tidak juga Najib.
1.Pak Lah dah kata dia akan bertanding sebagai Presiden. Dia kata dia akan alihkan kuasa dua tahun lagi.
2.Ku Li juga kata dia juga nak jadi Presiden.
3.Najib kata nak jadi calon Timbalan presiden.
4.Tak ada orang lain lagi yang mencalonkan diri. Macam mana bahagian nak calonkan mereka?
5.Kalau sapa-sapa nak mencalonkan diri sebagai presiden, TP, VP, majlis tertinggi... announce lah. Baru boleh salahkan ahli UNMO kalau tiada pencalonan.
[Saya announce hari ni saya mencalonkan diri sebagai ahli majlis tertinggi umno, tapi saya perlukan penyokong dan pencadang. (Kat mana nak ambil borang untuk formaliti?) Saya juga announce yang saya adalah ahli biasa umno cawangan Keladang Muda Kelantan - sudah lebih 10 tahun].
6.Sistem kouta bukan penghasilan Pak Lah. Tetapi pembahagian harta karun di antara TDM dan DSAI.
7. Dan janganlah pula jadi seperti DSAI dulu? "Saya tak akan lawan Ghafar sebagai timbalan... saya tak akan lawan...(repeat 50x). Tapi dalam 11th hour announce nak lawan "Kerana desakan akar umbi...untuk kepentingan Melayu, UMNO, dan lagi..." Terlanjang, terduduk, terkangkang Tun Ghafar dibuatnya. Masa tu setiap pencalonan ada markah dan Ghafar tak pegang gedung duit negara...
Salam sejastera.
Mutaakhir ini bermacam kekeliruan dan kecelaruan yang ditimbulkan oleh Dolah yang memimpin negara tercinta ini menggunakan kepala lutut dan bukannya kepala otak.
Saya amat bersetuju bahawa proses peralihan kuasa yang dicanangkan oleh Dolah ini adalah sebagai sandiwara yang akan memerangkap DS Najib yang akan terus menunggu " buah yang tak mungkin akan gugur ". DS Najib sepatutnya boleh membaca niat disebalik janji manis ini. Dolah bukan bodoh,anak lelakinya bukan bodoh dan menantunya juga bukan bodoh. Begitu juga tukang kipasnya.
Saya takut ada yang " putih mata " nanti.
Oleh itu demi parti keramat yang kita sayangi ini, ayuh kita semua ahli umno, kita tolak dan buang semua "kudis, nanah dan barah" yang sedang merobek UMNO jauh2.
Datuk Ron.
Apa yang di katakan dalam artikel tersebut adalah satu cara yang lurus dalam menentukan tampuk pemerintahan dengan sistem demokratik. Tetapi sistem demokratik seperti yang dikatakan oleh datuk tersbut berlaku 'no man country' dan mustahil berlaku di malaysia. Saya mengataka begini kerana kita amat faham bemar dengan sistem politik wang, sogokan melibatkan berjuta-juta ringgit dan rakyat malaysia nampaknya amat mudah di beli dengan wang ringgit. Tiada jati diri di kalangan akar umbi. Tiada kekuatan dalaman untuk melihat bangsa maju kehadapan, yang ada pun amat mudah dikaburi dengan RM dan kontrak.
Paling baik bagi umno ialah mencalonkan Ku Li dan Muhyiddin. Pak Lah dan najib..tak ada integriti. Negara akan bertambah parah selagi current leaderships are retained.
kalau lah aku di beri pilihan antara DS Najib dan DSAAB maka aku pilih DSAAB. Tetapi antara DSAAB dan TSMY maka aku pilih TSMY. DS Najib masih belum mampu menangani climate politik yang berlarutan dari peralihan TDM.
Saya rasa Pak Lah membuat pengumuman akan menyerahkan kuasa kepada Najib dua tahun lagi, dan bukan sekarang, kerana dia tahu majoriti ahli UMNO akan mengikut saja kata pemimpin utama, dan tidak akan berani membantah. Jadi jangan salahkan Pak Lah kalau dia terus memegang jawatan 2 tahun lagi, atau pun lebih lama daripada itu.
Lagi pun orang yang berminat mengambil tempat Pak Lah, seperti Tengku Li, Najib dan Muhyidin pun bukanlah "hebat" sangat, dan tidak semestinya menjadi PM yang lebih bagus daripada Pak Lah.
Kerana itu, majoriti ahli UMNO dan rakyat mungkin boleh menerima Pak Lah terus menjadi PM selama 2 tahun lagi.
Dalam sebarang peralihan kuasa bagi sesebuah kerajaan itu tentu ada sebab- musebabnya. Ada kerana cukup umur, atas sebab2 kesihatan, dipakasa kerana kekalahan dalam pilihanraya dan sebagainya.
Dalam konteks Malaysia dewasa ini sebab isu peralihan kuasa ini tercetus kerana rakyat tak sukakan PM dan ahli tak sukakan presiden parti yang nyata tidak berkesan dari segi kepimpinan dan pemerintahan nya!! Ianya sebagai satu langkah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti yang diterajui nya selepas kekalahan teruk dalam PRU ke 12 baru2 ini.Pada lazimnya kita mempunyai masa antara 3hingga 4 tahun antara satu PRU dengan PRU yang lain. Dalam tempoh tersebutlah parti yang bertanding menjalani proses konsolidasi untuk memeta streteji dan persiapan lain untuk menghadapi PRU berikutnya.
Dalam senerio Malaysia kala ini, tekanan terhadap Pak Lah menyerah kusa kepada Timbalannya adalah berlandaskan kepada faktor diatas. Maka DSN sudah tentu memerlukan suatu tempoh secukupnya untuk mengharungi proses konsolidasi parti sebagai persiapan agar prestasi yang lebih baik akan tercapai dalam PRU ke 13 nanti.
Dengan keadaan ekonomi yang kian merudum ini, ianya akan menjadi suatu beban yang amat besar kepada pengganti Pak Lah untuk meyakinkankan rakyat kemampuan parti dan kepimpinannya menangani isu ini sebelum PRU akan datang.Apatah lagi beban kredibiliti diri sendiri DSN yang belum dapat di atasi bahkan semakin meruncing! Jadi adakah peralihan kuasa tersebut adil dan menepati tujuan asalnya? Pak Lah sudah nyata tidak berkebolihan untuk memimpin negara ini lagi , mengapa harus dilengahkan proses yang wajib dibuat ini? Tempoh 2 tahun itu amat panjang dan tidak akan memberi kesan yang seperti yang diharapkan apatah lagi DSN akan melalui nya dengan perasaan 'insecured' yang bolih memepengaruhi kepimpinannya nanti.
Pada hemat saya pengumuman tempoh tersebut hanya dibuat untuk memenuhi kehendak dan tekanan semasa dari rakyat. It is just to appease the pressure! Pada hakikat sebenarnya ia nyata peralihan kuasa ini tidak mungkin berlaku!!! Sebabnya? Kita lihat pak lah masih nak bertanding dalam pemilihan Disember nanti, gerakan kempennya mengalah kan 'aspirant'2 lain. Tiap2 hujung minggu beliau mengaturkan (diaturkan?) perjumpaan dengan ahli UMNO dari akar umbi, walaupun menyalahi etika Umno! Apa kah indikasi semua ini? Dia mahu terus berkuasa dan pengistiharan tempoh peralihan kuasa itu merupakan suatu gimik politik untuk menentukan DSN tersepit dan berada dalam dilema. Sementara itu proses untuk merobek kredibiliti DSN akan di cetuskan dan diteruskan satu demi satu sehingga DSN tak bermaya untuk menepisnya dan mungkin 'succumb' kepada persepsi yang amat negatif atau tindakan undang2. Tetakala itu, ada alasan bagi Pak Lah untuk membatalkan niat untuk menyerahkan kuasa kerana tiada mempunyai pengganti yang difikirkan matang untuk mengambi alih darinya.Justeru beliau akan terus kekal sebagai presiden parti dan PM walaupon akan menghadapi risiko di tolak olih rakyat dalam PRU 13! Kemungkinan senario ini berlaku adalah amat besar memandangkan fakto kegelojohan orang2 terdekatnya untuk mendapat tempat dalam 'corridor of powers'!
Semantara itu DSN nampaknya akur dengan 'arrangement' ini kerana beberapa sebab. Ia merupakan ganjaran 'for being loyal'(fikirnya!). Olih kerana ancaman terhadap kredibilitinya begitu memacu, DSN mungkin menganggapnya sebagai peluang yang baik untuk berteduh dibawah payung perlindungan Pak Lah bagi tempoh 2 tahun ini.Beliau mungkin beranggap Pak Lah tidak tega merestui sebarang tindakan undang2 terhadapnya dan merupakan penyelamatnya!
Kalau itulah 'stand' DSN, maka saya menganggapnya bersikap 'naive' dan lari dari tujuan asal untuk membetulkan keadaan parti dan negara yang telah dikenalpasti angkara kepimpinan Pak Lah. Ramai kawan saya dari kaum cina meyatakan bahawa DSN 'is going to be had by Pak Lah'( bahasa mudah- kena tipu le tu!!)
Tidak kah beliau sedar bahawa jari jemari lain sedang merangka untuk berkuasa, (sudah tentu dengan bantuan Pak Lah)?
Tidak kah beliau sedar bahawa beliau berada di'final curtain'?
Tidak kah beliau sedar bahawa beliau tidak mungkin jadi PM dalam keadaan sekarang?
Olih itu apa akan jadi kepada TS M? Adakah beliau akan berpuashati mengikori rentak DSN untuk tinggal ditakuk lama? Setahu saya , beliau yang mencetuskan isu peralihan kuasa sebagai tindakan segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti dan kerajaan. Kalau dah terlampau panjang tempuh peralihan tersebut, sudah tentu akan menjejaskan proses mengkonsolidasi yang dirancangkan. Jadi adakah wajar TS M berdiam diri?
Bagi saya , kesanggupan DSN untuk menunggu begitu lama proses peralihan kuasa mengesahkan bahawa beliau hanya inginkan jawatan dan pangkat sahaja, 'come what may' itu lah pokok pangkalnya. Jadi tujuan asalnya untuk menyelamatkan parti dan negara menjadi sekunder baginya. Sedangkan beliau harus sedar dengan kemiskinan masa untuk mengkonsolidasikan parti akan mengundang keputusan yang amat negatif apabila berhadapan dengan PRU 13 kelak. Dalam masa dua tahun agak tidak mungkin sempat untuk membuat sesuatu yabng bolih meyakinkan rakyat balik menyokong parti kerajaan.Relakah DSN jadi PM hanya bagi tempoh 2 tahun sahaja! Ini mungkin akan berlaku kerana parti pembangkang telah mendapat mmomentum yang begitu tinggi kearah memenagi PRU 13!!!
Saya berharap DSN fikir masak2 gunakan kepintaran 'think-tank' untuk membuat keputusan demi kepentingan bangsa,agama dan tanah air!! Jangan biarkan TS M mengambil tindakan berasaskan opsyen yang terdedah kepadanya secara individu!!!!!
Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.
Petikan itu seperti di bawah:
From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.
Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.
Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?
Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.
Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.
Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.
Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?
Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .
Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?
Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.
Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?
Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.
Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.
Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?
Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?
Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?
Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.
Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.
Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.
Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.
Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.
Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.
Berani lakukan perubahan!
Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.
Datuk,
Semalam tv3 menunjukkan klip keangkuhan dan kelupaan diri Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan bahawa pada 2004 kejayaan yang diperoleh adalah menandingi kejayaan yang pernah dibuat dalam pilihanraya sebelumnya oleh BN, akan tetapi pemimpin ini lupa, bak kata Tun M, "Melayu mudah lupa...". Abdullah Ahmad Badawi lupa yang beliau juga mengalami kekalahan yang paling teruk pada 2008 yang mencorotkan pilihanraya BN 2008 lebih teruk daripada pilihanraya sebelumnya.
Do us a favour will you, remove this person before more damage is done to the nation. Only UMNO can remove him, not us the regular Joes.
Dato' Ron,
Nak tanya sikit, UMNO ni kan ada pelembagaan? Dalam pelembagaan tu kata boleh kata aku kasi hang jawatan Presiden gitu-gitu jer ker?
Kata ahli UMNO berjuta. Semua ikut angguk jer ker? Jangan nampakkan sangat hapraknya kita ni.
Pada saya Pak Lah tak der hak untuk kata "aku kasi jawatan Presiden ni kepada si polan si polan". Hang nak terus pegang jawatan tu hang bertanding dan jgn halang orang lain dari bertanding. Hang menang, hang jadi presiden. Biar ahli atau pewakilan yang putuskan. Senang bukan?
Tapi masalahnya.. parti ni dah semakin busuk dan haprak.. penamaan main borong2.. undi nanti pakai tong2...Pelembangaan ikut suka Presiden jer.
Democratic in UMNO? Zimbabwe pun kut ada baguih sikit kut? Jangan sampai kita ditertawa orang.
DS Najib tidak akan jadi PM!
****************************
DSAAB akan terus berkuasa sehingga 1 atau 2 penggal lagi!
Mana ada pecacai2 di bawah nye yg berani buka mulut supaya dia berundur.
Yg lantang dan nyaring melaungkan supaya dia berundur hanya lah manusia2 UMNO ahli biasa yg tak de kepentingan langsung dlm UMNO.
Cube lihat, sekarang sudah berapa negeri yg dah bagi 'sokongan penuh' kepada DSAAB.
Ini bermakna DSAAB dah kuat dan mendapat mandat penuh dari ahli2(pecacai2) nye.
Jika selagi pecacai2 ini memberi sokongan penuh, tiada siapa yg boleh mengundurkan nye.
Post a Comment