Wednesday, July 09, 2008

UMNO SELANGOR CALONKAN ABDULLAH, NAJIB

KUALA LUMPUR 8 Julai - Badan Perhubungan UMNO Selangor sebulat suara akan mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, UMNO Selangor juga memutuskan sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden UMNO.

"Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan di Ibu Pejabat UMNO Selangor di Shah Alam malam tadi.

"Ia dihadiri oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian dari seluruh Selangor," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sebelum ini Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang turut memutuskan untuk mencalonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Setakat ini, hanya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan secara terbuka hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

Komen:

Hari itu Pulau Pinang, hari ini Selangor. Nampaknya strategi pencalonan ala-pasar borong untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan tahun ini sudah mula merebak. Inikah gambarannya di seluruh negara kelak? Adakah ini mencerminkan aspirasi warga UMNO akar umbi dan bahagian-bahagian? – Ruhanie Ahmad

28 comments:

ketam said...

Pada pandangan saya kedua-dua Ketua Perhubungan dan Timbalan Ketua Perhubungan Negeri telah melanggar ETIKA dan UNDANG-UNDANG UMNO, dimana mesyuarat agong cawangan dan Bahagian belum berlangsung jadi mana datangnya sokongan tersebut??? Tindakan Tatatertib harus di ambil keatas mereka kerana melanggar Fasal 20 Perlembagaan UMNO.

Wassalam

zam said...

Salam Datuk,

Saya memang telah menjangkakan keputusannya sebab semua ketua cawangan telah pun berjumpa dengan Presiden dan dipujuk dan diberikan kain pelikat dan duit RM100 untuk setiap yang hadir pada perjumpaan tersebut. Hari ini (9-7-08) perjumpaan dengan ketua cawangan Wilayah Persekutuan di PWTC dan perkara yang sama juga telah saya dengar. Tun Mahathir dalam blognya juga ada menyatakan perkara yang sama sebelum ini.

Pada saya ini adalah perbuatan terkutuk sama seperti politik wang. Cuma yang bezanya wang yang diberi bukan dari poket sendiri tapi dari Jabatan kerajaan (JASA). Untuk apa wang ini jika makan dan tempat penginapan telah disediakan. Biarlah semua bahagian / ketua cawangan menyokongnya tapi jangan harapkan sokongan kami (rakyat) semasa pilihan raya kelak. Saya dah muak dengan telatah politik masa kini.

zeme said...

Salam Dato',

Inilah parti UMNO, belum pun ahli akar umbi bermesyuarat pada peringkat cawangan dan bahagian, sudah ada semacam keputusan dibuat oleh pihak tertentu. Seolah-olah sudah wujud "order in silent" kepada ahli akar umbi UMNO. Jadi di mana letaknya kebebasan dan hak ahli untuk bersuara memilih atau dipilih sekira "order in silent" telah diputuskan sebelum tempoh sepatutnya?

Jadi manakah peraturan tataetika yang dilaung-laungkan sekiranya pihak perhubungan negeri telah mendahului keputusan yang sepatutnya di buat diperingkat cawangan dan bahagian terlebih dahulu? Apakah ini boleh dianggap suatu tindakan melobi dan memancing sokongan sebelum mesyuarat dijalankan? Ia sekadar menwujudkan lagi gimik polimik pihak yang terancam dengan mendadik dada "victory in hand, fear in around".

Wasalam.

KZSO said...

mesyarat cawangan belumpun bermula...
mesyarat bahagian belumpun berlangsung
tapi
bagaimana ada pencalunan kepada ydp presiden dan timb presiden?

kepimpinan umno mike tyson) tidak dan masih belum belajar lagi ke dari 'pengajaran' pru12 tempuh hari dimana ramai ahli akar umbi(grassroot) 'mengajar' kepimpinana umno negeri tentang pemilihan calun.

harap mike tyson tidak membelakangkan grassroot dan mencabar kekuatan grassroot!

jatikota said...

itu pendapat dia....yg akar umbi kita tak pasti sama ada menyokong atau pun tidak...

Quantum Metal Consultant said...

UMNO Pulau Pinang dan sama bodoh dengannya ialah UMNO Selangor dan mungkin ada lagi UMNO negeri lain yang dungu untuk mengistiharkan pencalonan Dolah sebagai Presiden.

BODEK dan AMPU secara terang terangan inilah sebenarnya yang mengundang kekalahan besar BN di PRU 12. Mereka cuba menggarapkan keputusan Perhubungan Negeri menjadi satu peraturan yang perlu dipatuhi Bahagian dan Cawangan. Idea, percaturan dan tentulah sekurang kurangnya restu dari Dolah sendiri. Peralihan kuasa kepada Najib adalah ilusi.

Bagaimanapun dari sumber terdekat, 13 Bahagian dari Johor akan mencalonkan Najib dan Muhyiddin sebagai Presiden dan Timbalan. Ini merupakan satu perkembangan yang terbaik kerana hanya UMNO Johor sahaja yang masih mempunyai wibawa yang belum tergadai sepenuhnya.

Pemilihan kali ini adalah merupakan benteng terakhir UMNO untuk mencorakan masa depannya, jika masih di tangan Dolah, maka pasti UMNO akan terus 'maju' dan laju terjun gaung.

Jika Dolah masih kekal menjadi Presiden, adalah wajar ahli UMNO yang tidak senadanya gantung diri dari bertuankan ************* ( fikir sendiri )

Quantum Metal Consultant said...

Kata Dr. Mahathir...27. Selepas akhbar melapor jawapan saya, Perdana Menteri berkata dia tidak pun tidak beri kebenaran. Sejurus itu Dato Seri Najib juga jemput saya ke rumahnya. Saya pergi dan saya dapati yang dia tidak sanggup untuk menentang apa sahaja yang Perdana Menteri kata atau lakukan. Jelaslah yang dia takut kepada Perdana Menteri. Kenapa dianya begitu takut saya tak tahu. Tetapi semua Menteri Kabinet, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua-Ketua Bahagian memangpun takut dengan Perdana Menteri Abdullah. Mereka tidakpun pernah takut semasa saya menjadi Perdana Menteri. ..

Dato', saya rasa elok Majlis Tertinggi UMNO membuat peristiharan bahawa mana mana Bahagian yang mencalonkan orang lain selain dolah sebagai Presiden, maka Bahagian tersebut di anggap pengkhianat dan derhaka.

dzimba said...

Akum dato

apa nak buat dato,budaya bodek lebih penting dari UMNO itu sendiri. Kita tunggu PRU 13 akan datang. berdasarkan semakan saya secara rambang dgn pelbagai kaum dan latarbelakang, saya yakin pakatan rakyat akan menjadi pemerintah. jadi, soal UMNO nak pilih AAB lagi ke sebagai presiden UMNO sudah tidak penting.

kalau senang2.. layarari lah www.pantausblog.blogspot.com

Unknown said...

umno sudah menanmkan sifat pak turut ke dalam setiap jiwa warga umno kini dan selamanya demi menyelamatkan diri pemimpin. maka jadilah semua warga umno sebagai pak anggok. saya teringatkan satu sajak bekas pengerusi dewan bahasa Aziz Deraman bertajuk "Pok Kor Angguk" tapi sayang sajak berkenaan telah hilang di dalam simpanan saya. kalau datuk ada simpan , kalau boleh tolong dato' postkan di mana-mana blog datuk

zukeri said...

Bukan akar umbi yang mencalonkan tapi perwakilan. Jadi saya rasa tak perlulah tanya akar umbi.

Kalau nak tanya akar umbi, ubahlah sistem pemilihan seperti mana pemilihan presiden US.

Syahir said...

Ini bukan aspirasi kepada perjuangan akar umbi! Bolehlah kalau semua ketua bahagian dibeli! UMNO AKAN HANCUR SELEPAS INI! AGENDA JAHAT PARA SYAITAN DALAM UMNO YANG INGIN MEMUSNAHKAN PARTI KITA PERLU DIHAPUSKAN!!

HIDOP MELAYU!

Sal said...

Kenapa orang UMNO lantik presiden yang kuat tidur? Adakah orang UMNO suka kalau PM tidur?

Reds said...

Kita berharap perwakilan2 cawangan ke bahagian akan berani untuk menentang pencalonan tersebut. Biarkan undi dijalankan secara "On The Floor". Walaupun Ketua Bahagian telah dibeli, tetapi sekiranya majoriti perwakilan mahukan pencalonan diberi kpd Ku Li, maka insyaAllah, kebenaran akan terserlah.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Memasang tajur dilubuk teluk,
Joran galah berumpan katak;
Berlunjur dulu sebelum duduk,
Pinggang patah kerana terhentak!

Dimanakah demokrasinya UMNO? Ahli-ahli bagaikan sudah ditindik hidung? Inilah pemimpin yang melaongkan demokrasi. Ahli Umno bagaikan tidak ada hak bersuara.

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

AJAI62 said...

Salam

Dato,

Apa nak dikatakan orang yang menyokong tu lupa yang mereka belum pun di lantik semula untuk jawatan yang mereka sandang...Macamana mereka boleh memberikan sokongan sebulat suara pun kita tak tahu..Itulah susahnya kalau pemimpin di bahagia dan cawangan yang ada pun sering menjaga periuk nasi mereka tanpa memikirkan masalah dan suara ahli akar umbi...kalau macam ni mengapa diadakan pemilihan UMNO ni...untuk apa kalau belum bersidang dah dipaksa untuk menyokong calon yang ahli akar umbi tak sokong...mana dia demokrasi yang sering di canangkan oleh Pembesor UMNO...nampaknya ahli akar umbi hanya menjadi stamp pad untuk mengesahkan pencalonan Presiden/TP UMNO masa pemilihan nanti...tu lah harga pejuangan ahli UMNO pada pandangan Pembesor UMNO sekarang...kita di anggap tak pandai memilih dan mesti ikut apa kata ketua kita walaupun terpaksa menyokong membawa rebah...

Bangunlah wahai ahli UMNO...janganlah kita lupa asas Perjuangan Kita Untuk Agama, Bangsa dan Negara...Buatlah pemilihan yang bijak demi untuk anak dan cucu kita...amin..

Wasalam

slyderrose said...

Tahniah umno Pulai Pinang dan Selangor, anda semua menyokong kenaikan minyak dan harga barangan. Tahniah kerana mengundang inflasi. muhammad taib banyak duit, minyak naik, barang naik ke atau inflasi..dia tak terasa pun.,..orang-orang umno marhaen dan rakyat akan menderita. Tunggulah hingga akhir tahun ini..lagi parah

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datuk,

Demokrasi seharusnya asas dari bawah menuju ke atas. Malangnya UMNO mendidik dan memaksa demokrasi ala UMNO yang songsang.

UMNO sekarang mengamalkan demokrasi mengarah yang wajib dipatuhi oleh mereka yang lemah dan tiada prinsip pejuangan ikhlas.

Sekiranya budaya ini diteruskan, jelas pemimpin UMNO telah buta hati. Justeru tidak dapat menilai dan merasai apa yang dinilai dan dirasai oleh rakyat Malaysia dan ahli akar umbi.

Perangai pemimpin seperti inilah yang sebenarnya menjahanamkan UMNO.

Salam takzim

Unggal said...

Maaf Datuk
I won't be surprised....if he can smuggle out millions before, surely now he can do the same to all the UMNOs...as he has a strong backing from the top-man himself... Losers as well as corrupts are still honoured in the present politburo..!!...

Habislah Negaraku..

noris helmi nordin said...

Tindakan Perhubungan Negeri ini seolah-olah mereka tidak tahu undang-undang perlembagaan UMNO. Adakah ini disengajakan supaya menampak kan kepincangan UMNO secara berterusan? Masalah Ketua Penerangan UMNO Malaysia sendiri yang mengumumkan. Media patut cari 'akar umbi' sebenar dan tanyakan aspirasi mereka sendiri. Bukan dari Bahagian-bahagian yang terang-terangan bukan suara akar umbi................ Bukan contoh yang baik untuk ahli-ahli biasa .

Sutera Timur said...

Kalau benarlah itu gambaran sebenar maknanya org melayu mungkin dah tertidur ganti PakLah..,SilllLUNCAI pula telah terjun dgn labu-labunya ....biarkan biarkan dendangan ahli UMNO...kALAU ITULAH BAKAL TERJADI ,memang patut pun TUN M BERUNDUR DIRI dari UMNO..DAN UMNO mEMG DAH TAK RELEVAN LG KINI....sEMUGA ALLAH memelihara malaysia dari segala bencana angkara perbuatan manusia hipokrit ini.

Desperado said...

Salam Datuk...

Saya pun pening la memikiorkan deme ni...bahagian dan cawangan belum bermesyuarat lagi..deme dah sokong pulak..

ish! ish! ish!

Berita dari gunung said...

Dear Dato Ron,

The reality of politics in UMNO. Mandate for leadership may not necessarily reflect true grassroot sentiments. Leadership in UMNO, most of the time is well shielded.

The bitter truth emerge in election. Lessons learned in general election has not been put into corrective action. We thought we analyse well, but we dont.

Strategic planning in politics has different meaning as compared to the conventional environment. Everybody understands the bitter truth about leadership weaknesses. It is very difficult but it is true.

Again, we are human afterall, including Abdullah Ahmad Badawi. Holding on the position is the natural thing to do, more so in politics.

As we mature, we may look less at personal interest, but more at the benefit of the society. Abdullah Ahmad Badawi may not be the best choice today.

Remember how China is succesfull in putting in reforms and how Russia suffered for years for thoughtless reforms decades ago. A writer has in fact placed Abdullah in Gorbachev mould.

And in Malaysia who will be the Vladimir Putin to put things right and strong years down the road?

May God bless us all.

mCrossings said...

Datuk,

Kita tunggu mesyuarat cawangan dan bahagian.

mesti lantang kali ini.

Juraimi Zainal said...

Macam biasa la... sokongan Pak Turut...

Quantum Metal Consultant said...

Kadang2 terfikir juga, kenapakah kita tidak memberi keyakinan kepada Dolah, sekurang kurangnya memberi peluang kepadanya sekali lagi untuk mentadbir negara seperti yang digesa olehnya bahawa dia akan membawa Malaysia menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Koridor Raya idea mutlaknya akan terlaksana jaya sama gah dengan Twin Tower, Putrajaya dan sebagainya.

Bukankah rakyat sudah memberi ingatan kepada Dolah dalam PRU12 yang lalu, dan ingatan itu bukan terus menghukum Dolah untuk terus berundur, sebaliknya hanya memberi peringatan awal dan akhir. Bukankah Dolah berhak untuk terus menunjukkan atau memperbetulkan kesilapannya.

Teruk sangatkah Malaysia hingga kita tidak menjadi rasional kepada dolah.

mohsein shariff said...

Datuk Ron,

Senario politik UMNO masih di takuk lama yang memberi ruang kuasa kepada pembesarnya.

Nah, inilah hasil dari pendekatan itu dimana ahli2 nya tidak diberi peluang membuat pandangan sendiri kerana semuanya telah disogok awal2
lagi...

mungkin kena juga tempias kepada bangsa melayu itu sendiri yang terlalu santun hatta pada soal yang mungkin akan merugikan diri sendiri masih lagi 'berkias dan berbunga'...

Lagak Melayu sedemikian rupa,
kepada pembesar jiwa dan raga,
tanpa sedari kian hilang harga,
akhirnya tinggal sekangkang kera..

MD said...

Dear DS Najib. Supaya tak terkejut dihari pemilihan, minta polis periksa latar belakang pegawai-pegawai Dato Sri. Ada maklumat yang mengatakan pegawai Dato Sri "tidur sekatil" dengan lelaki lain semasa mengadakan lawatan ke luar negara.

Oh ya saya sebagai ahli UMNO boleh membuat pilihan tak?

Cheguman said...

masa Tun dulu pun macam ni gak, kan? Takkan Datuk pun boleh lupa kot?