Thursday, July 10, 2008

TAKLIMAT KHAS PRESIDEN UMNO


PUTRAJAYA 9 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan taklimat khas kepada kesemua 191 ketua UMNO bahagian dan kepimpinan empat sayap parti di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), esok.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengesahkan perkara itu berkata, pertemuan tertutup itu akan diadakan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti dipengerusikan oleh Abdullah di Menara Datuk Onn.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

6 comments:

wira said...

Datuk Ron

Sokong Umno terhadap kepimpinan telah terbukti padu. Yang harus dipersoal dan diperkatakan adalah:

1. Kenapa peratusan besar tidak keluar mengundi.

2. Kenapa ada peralihan undi kepada pilihan parti semua kaum.

3. Kenapa pegawai kerajaan di JPA sanggup merubahkan peratusan peruntukan biasiswa mungkin dengan kebenaran kepimpinan Umno

4. Rata rata generasi baru melayu sudah memikirkan pilihan lain menerajui kerajaan dari parti bukan Umno. Adakah generasi baru ini yang akan mendapat biasiswa dan jelas akan menyokong parti bukan Umno.

Banyak lagi isu-isu asas yang perlu difikirkan dan dikemukakan dengan jelas dan telus seperti yang selalu dilakukan oleh pemimpin terdahulu. Oleh itu ingatlah apa yang kita lakukan sekarang akan menentukan keputusan yang akan datang. Maka bertindaklah dengan waspada dan mohon petunjuk Allah.

Wan Shamsudin said...

Dato Ron yang dihurmati;

Saya begitu yakin bahawa ini adalah strategi Pemimpin Pemimpin kita untuk berkempen.Beliau hanya pentingkan kedudukan beliau sahaja.

Beliau juga akan mengambil kesempatan untuk menyerang penulis blog yang dikatakan beliau pengkhianat.

Apakah Penulis blog semuanya PENGKHIANAT? Dan MEREKA Pemimpin UMNO adalah PENYELAMAT BANGSA dan NEGARA?


Pemimpin yang tidak bertanggung jawab akan tanggung jawab dan janji janji mereka kepada Rakyat adalah Pengkhianat sebenarnya.Kenapa mereka mesti takut, jika mereka itu jujur dan telus didalam menjalankan tugas mereka sebagai Wakil Rakyat yang di pilih olih Rakyat. Mereka telah menjadi LUPA DARATAN pabila dipilih.Tengok sajalah cara hidup mereka. Kebanyakannya BODOH SOMBONG yang tidak bolih ditegur. Apakah semua yang mereka lakukan itu BETUL dan BENAR?

Ada Wakil Rakyat UMNO yang benar benar bekerja untuk Rakyat, tapi bilangannya bolih dibilang. JADI kita TAHU SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT dan SIAPAKAH PENYELAMAT...

melayu-tertindas said...

Datok Ron

Sesungguhnya Melayu menjadi lebih Bebal and Benggap di bawah UMNO di ketuai oleh Pak lah dan Najib.

Hancurlah masa hadapan UMNO and puak puak Melayu jika mereka tidak di benarkan di cabar dan di uji oleh umat umat mereka sendiri.

Alangkah memalu kan jika menjadi Melayu hanya pandai hidup sesudu suapan dari hasil kekayaan bangsa usaha umat lain, seperti Cina India dan sebagai nya.

Melayu hanya mampu angkuh dengan duit duit kopi dan rasuah siang malam hingga ke surau surau dan masjid masjid.

Bersatu lah Melayu untuk menegak kan jiwa Melayu dan Ugama Islam jika masih mempercayai ALLAH itu Satu, dan Mati itu Benar.
---------------------------------------------------------

www.malaysiakini.com
Pakatan plans no-confidence move
Jul 10, 08 11:11am

breaking news The opposition Pakatan Rakyat coalition has planned to move a motion of no-confidence against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.MORE
Announcement to be made
24-hour notice required

MD said...

191 orang ini merupakan ketua kepada kelab elit seribu perwakilan UMNO, yang akan menentukan kepimpinan umno, kepimpinan Negara, kabinet. Mengawal dan membelanja perbendaharaan Negara... (Agama, bangsa dan tanah air)

Sebagai seorang ahli biasa umno dan sebagai seorang rakyat Malaysia – Saya ingin ingatkan, buatlah keputusan yang betul. Tanya hati. Tidak guna walaupun meninggalkan emas bergunung atau harta berbillion jika anak cucu kita kencing di atas kubur kita.

Ingatlah tauladan cerita pandak di Langkawi. Di mana anak cucu beliau hendak letakkan muka mereka kerana malunya mereka akan moyang mereka yang menyula Mahsuri??? Ingattak kejatuhan Shah of Iran yang merupakan raja segala raja? Dengan kekuasaan askar rahsia “Sabak” mereka? Penaklukan melaka oleh portugis kerana gilakan seorang pelacur?

Perlu diingat, mengikut pepatah jepun (Juga cina, amerika dll…) harta kekayaan tidak akan bertahan selepas tiga generasi…

Selamat bersidang dan buatlah pilihan yang betul – Yang benar tetap benar. Mungkin juga ini merupakan pemilihan yang terakhir umno sebelum parti ini menjadi pembangkang di Malaysia. Kuasa rakyat dan kuasa Allah itu kuat.

NGINAP SRENGENGE said...

Ramalan ku : umno akan mati buat kali kedua.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Untuk Pak Lah dan pembodeknya!

PISAU RAUT BERHULU REPUT,
JANGAN DIASAH ATAS PEDANA;
BILA MAUT DATANG MENJEMPUT,
JAMPI SERAPAH TIDAK BERMAKNA.


http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU