Thursday, July 03, 2008

NAJIB TEGASKAN TIDAK KENAL ALTANTUYA

KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, akuan bersumpah pegawai penyiasat P. Balasubramaniam berkaitan hubungannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu merupakan usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengalihkan perhatian umum terhadap dakwaan liwat yang dihadapinya.

Baca berita sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com

12 comments:

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datuk,

Dalam akuan berkanunnya, Balasubramaniam berkata beliau pernah berbual dengan Altantuya - yang dikenali juga sebagai "Aminah" - di luar pagar rumah Abdul Razak pada 19 Oktober tahun itu semasa bertugas mengawal rumah majikannya.

Dalam perbualan mereka, penyiasat itu mendakwa wanita itu memberitahunya:

* Altantuya bertemu dengan Abdul Razak dan Najib di Singapura.

* Mereka bertiga pernah makan malam bersama di Paris.

* Wanita itu pernah dijanjikan wang komisyen US$500,000 berhubung urusan pembelian kapal selam.

* Altantunya memerlukan wang untuk menebus kembali rumah yang dibelikan untuknya oleh Abdul Razak tetapi telah dibiayai semula oleh saudara lelakinya.

• Ibunya sedang sakit dan beliau memerlukan wang untuk rawatan.

................

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku bahawa Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum dia membuat laporan mendakwa diliwat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim..

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Siapakah budak nakal ini sehingga mampu bertemu dengan TPM mengadu hal? Sedangkan pengundi di Pekan pun susah nak bertemu Wakil Rakyat mereka itu.

Apakah budak ini tidak tahu bahawa TPM bukannya bertanggung jawab bidang kuasa undang-undang keselamatan dalam negeri? Adakah ini bererti seolah-olah Menteri Dalam Negeri sudah tidak berperanan dan turut sama tidak dipercayai anggota polis?

TPM begitu mudah menerima tetamu seperti budak itu. Agaknya berapa banyakkah lagi manusia biasa yang telah bertemu dengan TPM mengadu hal pribadi?

Atau adakah budak yang tidak tamat pengajian menara gading telah dibawa oleh seseorang bertemu TPM?
Siapakah yang membawanya?

Adakah budak itu telah merancang atau dirancang untuk bertemu TPM? Siapakah perancangannya?

MASUK KE HUTAN DICANGKOK ONAK,
ONAK ROTAN SONGSANG MEMBUJUR;
KECIL JANGAN DISANGKA ANAK,
BERKUASA JANGAN DISANGKA JUJUR!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

slyderrose said...

Banyak kes berprofil tinggi melibatkan polis. Macam mana rakyat nak percaya pada polis. Tiada kejujuran dan amanah dalam menjalani tugas. Menurut perintah membabi buta walaupun perintah tersebut sungguh salah, jijik dan dilaknati Allah SWT. Orang Islam apa ini?. Menjatuhkan maruah Islam dan melayu. Macam mana kaum lain nak menghormati Islam dan melayu.?

Sudahlah tu,,berhenti aja dan bertaubatlah.

Sal said...

Persoalannya siapa yang memberi arahan kepada Sirul dan Azilah untuk meletupkan Altantuya? Ramai orang tidak percaya mereka bertindak di atas arahan Razak Baginda

Unknown said...

Ada getar suara Najib..
Ada kerut resah di wajahnya..
anak mata meliar entah ke mana..

wira said...

Datuk Ron,

Setelah merdeka melebihi 50 tahun, orang orang melayu kini tentu telah mencapai tahap kematangan yang tinggi dengan ilmu duniawi serta akhirat. Ciri-ciri kerja zalim seharusnya tidak dikekalkan kerana Allah telah berfirman didalam Alquran balasannya kepada yang melakukan kezaliman tidak menunggu mati. Semasa hidup balasan akan diturunkan - itu janji Allah.

Maka sedar dan insaflah pertingkatkan iman supaya kita tidak terlanjur membuat khianat sesama manusia terutamanya sesama bangsa melayu dan ugama islam.

Unggal said...

Salam Datuk,
In the West (in the UK, for that matter), you are known or address by your SURNAME.. Imagine... when the Malaysian Immigration at KLIA asked the late Mongolian lady for the purpose of coming into Malaysia, surely you can guess for her reply...!!
If our DPM kata 'mati-hidup tak kenal 'makwe malang tu'...saya takut nanti ada pula makhluk-makhluk yang mengikuti rombongan ke that part of the world buat declaration macam si Bala tapi with photos too (mcm Tian Chua buat) ...bahaya beb.!!...

Salam Perjuangan
..................Unggal

FB said...

A.kum Datuk,

1. Negara kita berkucar-kacir hanya kerana beberapa 'individu' tertentu?

2. Ekonomi tergugat. Kos sara hidup meningkat. Kehidupan rakyat tertekan.

3. Ini semua angkara 'Manusia' yang tamak kuasa. Didunia mereka terkenal dan disanjung. Tetapi diakhirat kelak belum tentu Tuhan mengenali mereka.

Anonymous said...

emm dalam kes najib xmengaku nie...
sye rase mane ade org nak mengaku bila dia buat salah...

Juraimi Zainal said...

Dato'

Pelik betul ya, mengapa si Rosmah tu tidak membuat saman kpd Raja Petra sedangkan pertuduhan itu adalah akuan bersumpah..

Lagi satu pelik, mengapa si Najib juga tidak menyatakan akan menyaman si Balasubramaniam tu walaupun akaun bersumpah jugatelah dibuat...

Kedua-duanya hanya menafikan shj..

ibnu a rahman said...

Kalau pun ada pihak nak desak DSAI bersumpah junjung al-Quran, kesemua pihak yg menganjur majlis dan yg terlibat itu KESEMUANYA dari golongan al-Muttaqiin yg beriman sepenuhnya dgn Kalam Allah.. Bukan setakat kita junjung-junjung aje. Mane2 Munafik pun boleh buat gitu..Macam seseorang yg buat Statutory Declaration bersumpah depan P'jaya Sumpah kemudian nak tarik balik!

Wan Shamsudin said...

Dato yang dihurmati;

'Kita hanya bisa sembunyikan bangkai, akan tetapi pabila terdapat baunya maka jumpalah akan bangkai yang disembunyikan itu'.