Thursday, July 31, 2008

PAS TOLAK USAHA TUBUH KERAJAAN CAMPURAN DENGAN UMNO DAN BN

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- PAS menolak sebarang usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan campuran sama ada di peringkat pusat atau negeri, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=349784

18 comments:

Unknown said...

Nah. Apa dah jadi? Baru Datuk cakap muqabalah ni banyak yang tak telus. Tup-tup PAS pun menolak ura-ura kerajaan campuran PAS-BN. Padan muka Dolah Badawi.

Sang Rajuna said...

Buat masa ini saya kira itulah pendirian yang wajar diambil oleh PAS.

PAS memang tidak wajar meninggalkan PKR dan DAP yang menjadi sekutunya dalam pilihan raya yang lalu, dan mengenepikan orang-orang bukan Melayu/Islam yang telah menyokongnya.

Lagipun, jika PAS mahu orang bukan Islam terus menyokongnya, (dengan menubuhkan kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam atau menjadikan mereka ahli bersekutu), memang wajar sekali PAS mengekalkan pakatannya dengan PKR dan DAP -- dan bukan bekerjasama dengan UMNO.

Unknown said...

Sekarang apa Dolah Badawi nak cakap pada orang UMNO? PAS penipu? Atau Dolah Badawi yang nak tipu PAS dan orang UMNO? Inilah akibatnya bila buat kerja dengan niat yang bengkok.

bat8 said...

dato Ron

Keputusan PAS hari ini memang dijangka. Sekarang, UMNO dimata rakyat terutamanya the silent majority semakin parah. Amat menarik untuk kita perhatikan reaksi dari pemimpin-pemimpin utama UMNO dan parti komponen BN esok.

Reaksi dari pemimpin utama juga kita boleh jangka - reaksi sub-standard yang tidak akan mengubah persepsi rakyat yang melihat UMNO sebagai desperado, kaki rasuah dsb. Kedudukan UMNO tetap parah.

Reaksi dari parti komponen juga perlu diperhatikan. MCA telah memberi amaran kepada UMNO secara tersirat apabila mengulas kenyataan TG Nik Azxiz tempohari.

UMNO juga sedang menjerat dirinya dengan lebih dasyat lagi dengan pengumuman bahawa kertas siasatan kes liwat DSAI telah dihantar kepada AG.

Persepsi rakyat ( kecuali hardcore UMNO) ialah ini merupakan tindakan desperate UMNO/Kerajaan yang kelihatan takut apabila DSAI mengumumkan akan bertanding dalam pilihanraya kecil di bandar baru.

Orang buta pun boleh faham perkara ini. Alasannya mudah saya - dah sebulan dok siasat dan masih tak ade apa-apa berita yang DSAI akan didakwa atau kenyataan tentang status siasatan.

Tapi selepas 3/4 hari DSAi umum nak bertanding...tup tup....tiba-tiba je kertas siasatan siap. Tu belum diambilkira tentang medical report saiful yang bocor kat internet.

Sedih...sedih. Mutakhir ini kerajaan dan UMNO begitu preoccupied dengan usaha nak mematikan karier politik DSAI. Seolah-olah governingand managing the country are all about killing of DSAI...not about managing the economy etc.

How sad to see UMNO has lost the plot....their demise is immenent and very near day by day.

bat8

limado said...

Keputusan PAS ini membuktikan Abdullah kecundang. Dia buat muqabalah dengan PAS sorang diri. Dia ingat dia akan dapat glory sepenuhnya. Sekarang apa jadi? MALU!!!! Tapi, macam mana rahsia yang dah sampai ke tangan PAS bahawa Abdullah nak gunakan muqabalah ni untuk hancurkan Najib, Anwar, Musa Hassan dan Gani Patel? Siaplah kau Abdullah.. Masa sudah tiba untuk anda ditimpa musibah yang anda sendiri pilih dan cipta!!!!

wira said...

Belum lagi 365 hari berlalu sejak dari PRU12 yang lalu berbagai bagai isu timbul dan tindakan yang tidak bernas dilakukan yang tidak membenihkan hasil yang mantap membuktikan bahawa kepimpinan masa kini tidak sama seperti kepimpinan yang lalu yang telah membawa kita keperingkat yang kita nikmati sekarang. Bolehkah kita memperbaiki masyarakat melayu menjadi lebih beriman dengan persekitaran yang sepatutnya lebih menumpukan kepada kebahagian dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Datuk Ron, paradigma ini perlu kita perjuangkan kerana kefahaman pengetahuan islam telah menjadi lebih mantap dan logikal dikalangan generasi muda yang menjadi pelapis kepimpinan kita.

Oleh itu, jika ada usaha untuk menyatukan masyarakat melayu menjadi satu masyarakat yang lebih beriman maka kita perlu usahakan kerana ganjarannya adalah kesejahteraan dunia dan akhirat. Tidaklah orang lain akan mengata kita hipokrit dan tidak beriman.

Tayadih Maysia said...

Salam Datuk,

Pada saya perjuangan Pas itu sudah jelas arah tujuannya...ISLAM. Perjuangan UMNO, walaupun pada asas dan asalnya untuk bangsa, agama, dan negara...TAPI sejak berpuluh tahun...siapa yang dapat manfaat?...AGAMA-Islam semakin terpinggir di jiwa generasi baru, malah diperlekehkan oleh orang UMNO, dicabar oleh agama lain, isu murtad yang semakin kritikal...BANGSA-yang dapat manfaat hanya sekelompok melayu elit UMNO dan kroni cina dan indianya...NEGARA-zaman Tun, negara ok dari segi pembangunan (bukan dari segi etika dan moral)tapi apabila ditangan presiden UMNO yang flip flop, maruah dan jajahan negara dah tergadai (Pulau Putih Mata) dan skit lagi Iskandar Malaysia, Singapura warisan orang Melayu jatuh ke tangan orang lain.

Jadi kalau UMNO betul2 dah insaf kerana agama dan bangsa bukan bersifat ada udang di balik batu, bubar dan sertai Pas...bukannya berusaha mensekularkan Pas melalui UMNO yang terang2 parti melayu sekular. Tengok saja amalan agama Imam Hadhari dan keluarganya, menangis arwah datuknya jika melihat bagaimana indahnya Islam Hadhari pegangan cucunya.

Unknown said...

mak Cik Musalmah Lebar bertanya, "Zal, apakah telus adil transparen partimu bila tok gurumu meletakkan syarat hudud dan qisas dengan partiku tetapi tidak meletakkan syarat yang sama (hudud dan qisas) dengan orang itu?"

"Jangan...jangan su'u dzan Kak Sal."

Mak Cik Musalmah Lebar buat muka selamba, "Ohhhh dengan Amerika boleh husnu dzan kah? Hebat partimu..."

"Makam tinggi Kak Sal."

"Ohhh...sungguh tinggi akhlak begitu."

"Hah, itu Kak Sal dah su'u dzan!"

"Zal, isunya bukan patut sumpah ke tak atau isunya bukan qazaf ke tak, tapi Zal benda mudah saja...partimu modalnya hanyalah kekayaan moral tapi kalau ruang keadilan pun partimu tak dapat pertimbangkan maka apalah ertinya. Kalau ada hudud qisas pun akak suka sebab pembunuh Nurin kita boleh jolok dia semula, tapi Zal...adillah, ikhlaslah...kenapa dengan parti akak buruk sangka, dengan orang itu berbaik sangka. Padahal kami dari lubuk yang sama."

Saya akui kata Mak Cik Musalmah Lebar dalam hati, tapi saya ingin berlakon menjadi seperti ahli PAS yang lain, kami semua in the state of denial, kalau saya langgar tok guru nanti orang tohmah saya tidak wala', maka saya pun tetap menegak benang basah, "Itu Kak Sal dah su'u dzan!"

Mak Cik Musalmah Lebar geleng kepala. Muka dia sehabis kesal. Dan buat sekian kali saya tak rasa bangga.

http://tehranifaisal.blogspot.com/2008/07/sangka-baik-sangka-buruk.html

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Dgn penolakan PAS ter hadap kerajaan campuran dgn BN(UMNO) saya rasa ia nya sangat merugikan melayu(Islam)

Jika melayu(Islam) bersatu dlm satu parti, maka ia nye akan menjadi satu parti yg kuat dan perkasa.

Parti2 lain seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti2 lain di Sabah & Sarawak boleh bergabung seperti dlm Barisan Nasional.

Dalam pengabungan parti2 ini, pehak2 yg ada rekod tidak baik atau yg bermasalah digugurkan.

Hanya yg bersih tiada rekod buruk dan berpendidikan tinggi sahaja di lantik dlam kabinet.

Pembahagian jawatan hendak lah mengikut quota parti masing2.

Di peringkat akarumbi (ketua2 bahagian dan cawangan) di larang bagi orang2 yg koperat. Ini untuk mengelak kan rasuah.

Mengapa UMNO tidak sanggup membubarkan parti nye? Sedangkan PAS bersetuju untuk membubarkan parti nye.

Selagi UMNO tidak di bubarkan, UMNO tidak akan pulih.
Yg menanggung derita nye bangsa melayu itu sendiri.

Sudah lebih 50 tahun UMNO memerintah, tetapi hasil nye sangat mengecewakan.

Bangsa melayu sudah menjadi bangsa kelas 3 dari segala segi.

Selagi tidak di buat apa2 perubahan dlm parti UMNO dan PAS, melayu akan terus berkadaan begini.

Pemimpin2 dan pecacai2 UMNO makin bertambah kaya raya banyak harta wang ringgit berjuta2.

tok janggut said...

Salam,

Saya memang dah agak dah benda ni akan berlaku. Saya pun tak faham kenapa Si Tajol ni begitu ghairah sangat, bagilah depa pegang jawatan sekejap. Rakyat dah pilih depa.

Dan di sebelah PAS pula, kalau dia sudi bergabung, alangkah bodohnya. Sudah tentu pengundi akan menyalahkan PAS nanti. Tak yah gunakan alasan nak menyatukan melayu. Kalau melayu nak bersatu, biar melayu bawahan yang menentukan, bukan melayu atasan. Melayu atasan tak tahu selera melayu bawahan.

byeee

lamandau said...

Saya dah jangka perkara ini akan berlaku, kerana tiada pesiapan kemas dilakukan olih kedua2 pihak untuk bermuqaballah. Seharusnya Presiden Umno membulatkan dulu niat nya dengan MT Umno dan BN sebelum melangkah kegelanggang perbincangan. Begitu juga Pas yang dilihat dari awal lagi tida sekata diantara pemimpin2nya. Ada pemimpintidak men dikalang parti tersebut yang hanya mahukan situasi 'win-win' sahaja. Saya melihat muqaballah ini di adakan secara ad-hoc tanpa sebarang 'preliminaries' dan asas perbincangan yang rapuh!! Saya juga beranggapan kedua2 parti ini berada dalam alam yang berbeza dan agak sukar untuk menggabungkan alam2 ini kerana titik pertemuan/persefahaman tidak kelihatan. Kredibiliti pemimpin juga amat penting untuk meyakinkan antara satu sama lain. Kalau dah didapati masih mengamalkan nepotisma dan kronisma , siapa yang mahu percaya!

Apakah persepsi rakyat terhadap kegagalan muqaballah ini? Umno dilihat gelojoh kuasa dan akan buat apa sahaja untuk mengembalikan kekuasannya di tiga buah negeri yang terjatuh ketangan pembangkang dalam PRU 12. Orang bukan melayu akan bertepuk tangan kerana UMNO gagal melebarkan dasar ketuanan melayu yang kini sedang berada ditahap yang uzur dan tidak menyenangkan, gara2 kepimpinan yang kurang bijak!

Pada hemat saya kehakisan sokongan dari bukan melayu terhadap BN merupakan usaha mereka mengekangkan ketuanan melayu yang sentiasa menjadi duri dalam daging kepada integrasi kaum di negara ini. Saya harap Datuk bisa ulas lebih tntang ini dimasa muka.
Walaubagaimana pun, Umno jgn berputus asa, demi kesatuan orang melayu/islam , cuba lagi dengan menggunakan pendekatan yang berbeza dan effektif!!!

m123 said...

Saya tak sokong DSAI, tapi i rasa dia adalah seorang pemimpin yang licik dan bijak berpolitik. So politicians can not be honest, right? Tapi, pucuk pemimpinan UMNO, mungkin adalah tersangat bodoh, buta dan tuli atau mereka memang mempunyai agenda nak merosakkan apa yang telah diperjuangkan selama ini, dan ini memang akan menghancurkan bangsa Melayu dan MAlaysia. Saya rasa, pada masa sekarang, adalah terlambat untuk menyerahlahkan kuasa kepada Najib, kerana rakyat kebanyakkan termasuklah akar umbi, sudah 'fed-up', bosan, muak dengan Umno pimpinan Paklah. Ini telah memberi kesan kepada peluang Najib, jika beliau mengambil alih nanti, tak kira sekarang atau pada2010. Saya bukan ingin menjadi pessimistik, dan tak ingin melihat UMNO yang saya kenal hancur, tapi UMNO dan BN pucuk pimpinan Paklah memang sudah terkubur dan akan terbenam bersama-sama mimpinya. Tpi saya yakin, jika Mukhriz atau Muhyiddin bertanding dalam tiket UMNO, mereka akan menang. Yang lain adalah teramat 'insignificant'. Allah maha berkuasa, Allah tahu yang mana terbaik untuk kita, dan Allah tahu yang mana ikhlas.

KM said...

Perjuangan bangsa hanya sia2, berjuangla Islam kerana ia kekal hingga kiamat.
UMNO sebelum ni kuat di banyak negeri tp apa yg org melayu dpt? Org melayu dpt susah ja tp yg kaya hanyalah pemimpin & kroni UMNO ja. Kuasa politik org melayu juga terhakis ngan perkongsian kurang bijak pemimpin UMNO dlm BN.
Tp 18thn, PAS memerintah kelantan, kuasa politik org Melayu terus kukuh. Syabas tok guru.

Unknown said...

tindakan sedemikian memang sudah dijangka oleh banyak pihak.biasa la tu.ini semua politik dan permainan psikologi dalam politik.sekejap kata lain,nanti kata lain.


tok janggut,
"Kalau melayu nak bersatu, biar melayu bawahan yang menentukan, bukan melayu atasan. Melayu atasan tak tahu selera melayu bawahan."

betul ke ayat ni?.kenapa perlu ada terma "atasan" dan "bawahan"?.boleh jelaskan?

King-Fx said...

Dato'

Terbukti kini yg UMNO aka Pak lah dgn kuncu2nya sedang sibuk mencanang kpd dunia yg Anwar Ibrahim seorang peliwat. Seluruh jentera pentadbiran dan swasta (PUSRAWI) digunakan untuk mengiakan tuduhan tersebut.

Rakyat sekarang bukan bodoh Dato' hanya UMNO totok aje yg percaya. Dato', setiap kejadian ada Sequential Mode. Tapi apabila urutan kejadian byk bercanggah apa lagi yg nak dipertahankan.Tiada yg percaya...

BodohLah hanya mementingkan politik tanpa memperdulikan hal NEGARA, ie: Ekonomi, masalah sosioekonomi, gejala sosial, kehidupan rakyat. Apa yg dia sibuk, berpolitik-politik tak habis-habis.

Tak payah pusing ceritalah... Dr's note on early finding adalah VALID untuk membuktikan bahawa tiada kesan LIWAT.Jgn nak memperkecilkan sumpah kedoktoran.

Tak lama lagi Malaysia akan jadi Zimbabwe. Saya asal Johor dato'. Pergilah , tak yah jauh... pergi area Parlimen Semberong, berapa byk kilang tutup? So, suruh si MULUT BESAR tu buat keje.. jgn sibuk mengampu..

Saya dah keluar UMNO sejak Tun keluar , kerana dah nampak UMNO ni tak boleh harap lagi untuk membela nasib org Melayu. Kerja UMNO skg ni membela Pak Lah dan Najib.

Unknown said...

MoneyMatters,

jangan minta untuk Malaysia jadi seperti zimbabwe.disana lebih teruk dari sana.kita disini "political crisis" tapi disana "political violence".kita tidak perlu dikerah untuk berpindah seperi di sana.kadar inflasi sana memang terlalu dan sangat teruk.jangan sampai kita saling bunuh membunuh seperti di sana.

bukannya UMNO tak boleh diharap untuk membela orang melayu tapi sebelum ini orang melayu "dimanjakan" oleh DrM.tapi dari dulu sampai sekarang orang melayu kita masih sama je.kerana apa?kerana kita dimanjakan.nak kerja kerajaan aje sebab senang tapi dalam masa yang sama lawan kerajaan.dah dapat subsidi pergi jual kat pihak luar.

kenapa seorang sahaja orang melayu yang ada dalam senarai orang terkaya di Malaysia?sebab dia ubah mindset.dia keluar dari "kotak".orang melayu kita selalunya bila dah dapat duit lebih skit mulalah nak kawin la,beli kereta baru la.

jangan hanya menuduh UMNO tak reti jaga orang melayu.kita orang melayu sendiri yang patut tolong diri kita sendiri.jangan nak harap kerajaan je bantu.

inderaloka said...

Saya berusaha untuk mengembalikan kepercayaan saya terhadap kepimpinan Umno/Barisan Nasional kerana dahulu saya memandang positif kepada kepimpinan mereka. Tetapi, kepercayaan saya semakin terhakis sejak Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak yang mendadak beberapa tahun lepas. Tahun berganti tahun. Kini, saya semakin dewasa dan matang untuk mengambil tahu serta menilai perkembangan politik negara. Dengan segala kepincangan yang berlaku (terlalu banyak untuk dinyatakan di sini, dan saya yakin rakyat tahu kepincangan yang berlaku) dalam kerajaan Umno/Barisan Nasional akhir-akhir ini, saya tidak lagi dapat mengembalikan kepercayaan saya terhadap kepimpinan mereka. Bukan saya seorang. Rakyat terbanyak juga mengalami apa yang saya alami. Sebabnya? Penyakit (kepincangan) itu telah menjadi barah yang tidak dapat diubati lagi.

Tak Sungguh Tak Kata

odeen said...

salam dato...

Ternyata UMNO tidak ikhlas dalam bermuqabalah....UMNO sebenarnya cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat supaya UMNO(BN) dapat kembali berkuasa dan bertempat di hati rakyat. Namun niat UMNO ini talah lama dihidu oleh PAS. Sebab itulah PAS berterus-terang tidak akan bekerjasama dengan UMNO..