Thursday, July 31, 2008

PERTAHAN KEDAULATAN NEGARA SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR, TITAH TUANKU MIZAN

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta pasukan keselamatan negara untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang serta mempertahankan kedaulatan negara sehingga ke "titisan darah yang terakhir".

Baginda bertitah kecemerlangan dan pengorbanan perwira-perwira terdahulu dalam memastikan agama, bangsa dan negara serta kedaulatan negara dipertahankan, wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada pasukan keselamatan negara sekarang.

"Beta ingin mengingatkan, walaupun negara kita adalah sebuah negara yang sentiasa cintakan kedamaian dan kesejahteraan serta menjalin hubungan baik dengan semua negara, namun isu-isu keselamatan global dan serantau memerlukan pasukan keselamatan yang kuat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman ke atas kedaulatan negara yang tercinta ini," titah baginda sempena Hari Pahlawan 2008. Titah baginda disiarkan melalui RTM1 Rabu malam.

Baginda juga meminta rakyat menghayati semangat taat setia tidak berbelah bahagi oleh pasukan keselamatan terdahulu apabila hasil perjuangan dan pengorbanan mereka menyebabkan negara aman dan sejahtera.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=349543

5 comments:

Tayadih Maysia said...

Salam Datuk,

DYMM Agong dan Sultan dan rakyat jelata risau dan kecewa cara negara diurus dan bagaimana kerajaan mempertahankan jajahan dan maruah negara.

Orang UMNO dan pemimpin sibuk dengan drama liwat. Tipu sana, tuduh sana. Skrip yang tidak berjaya pada tahun 1998 kini diulang semula selepas 10 tahun dengan harapan rakyat di negara ini "bodoh" dan tak tahu menilai kebenaran. Seluruh jentera kerajaan dikerah untuk menjayakan misi yang dari awalnya sudah nampak temberangnya. Pelbagai pihak diugut agar bersekongkol mengfitnah dan sebagainya. Nampaknya banyak orang akan melutut meminta ampun dari DSAI di akhirat nanti.

Banyak lagi kes-kes besar dipendam begitu sahaja. Apa cerita kes budak kurang ajar yang menghina lagu "Negaraku" suatu ketika dulu?

mn said...

A.kum Datuk,

1. Pertahankan:

a. Islam
b. Negara
c. Melayu...bergantung kepada keadaan?

2. Selamat menyambut Hari Pahlawan.

3. Semoga negara kita aman dan sejahtera.

Kapt(B) Saad Jaafar
Rejimen Askar Melayu DiRaja(RAMD)
TJT-23, Maktab Tentera DiRaja(RMC)/1982

berasiam said...

Salam Datuk ron

Selamat Hari Pahlawan.

Segala ancaman terhadap negara, tanahair tercinta perlu ditentang, hatta ancaman itu daripada daripada kerajaan yang memerintah.

Unknown said...

Saya respek Agong kita. Baginda mahukan kita pertahankan tanahair ini sampai titisan darah terakhir. Macam mana dengan Dollah, KJ dan geng dia orang? Bukankah dia orang ni yang gadai kedaulatan negara kita kepada Singapura? Orang macam ni adakah tempat lagi dalam UMNO? Atau mungkinkah UMNO sudah lupa yang matlamat asal perjuangannya adalah demi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan tanahair? DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!!!

Unknown said...

Tugas pertahankan bukan tugas angkatan tentera saja. Ini tugas semua rakyat. Ini tugas pemimpin negara termasuk Abdullah. Kalau Abdullah faham apa Agong cakap, dia patut tersindir bila di bawah regim dia Malaysia hilang kedaulatan atas Batu Putih dan kerajaan Abdullah juga buka Iskandar Malaysia buat Singapura.