MUHYIDDIN PERTAHANKAN KERUSI NAIB PRESIDEN
Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan mempertahankan jawatannya selaku Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember 2008 ini.
Keputusan ini pasti mendatangkan pelbagai tafsiran. Tetapi, Muhyiddin juga pasti mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk membuat keputusan tersebut.
Bagaimanapun, keputusan di atas membuktikan bahawa Muhyiddin memang sentiasa menyerahkan destini siasahnya kepada ketentuan Allah SWT.
Dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia 27 Disember 1996, Muhyiddin menyatakan seperti berikut:
Masa dan keadaan akan menentukan (masa depan saya dalam politik). Saya reda dengan ketentuan takdir. Politik bukan segala-galanya.
Dalam interbiu dengan Mingguan Malaysia 13 April 2008, beliau pula menegaskan seperti berikut:
Sekarang ini kedudukan saya adalah Naib Presiden. Saya bersuara lebih daripada pihak-pihak yang lain, saya tidak kisah. Kadang-kadang ada orang kata saya lebih banyak bersuara daripada Najib, bercakap lebih daripada Pak Lah, tetapi kalau mereka tidak bercakap, saya bercakap… Saya tidak berfikir langsung inilah peluang terbaik untuk masuk bertanding di mana-mana peringkat bagi melawan sesiapa.
Pada 16 April 2008, Muhyiddin pula berkata bahawa beliau “tidak berniat menentang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun dilihat lantang bersuara selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.”
Katanya, dalam senario politik yang meruncing, (selepas PRU12) beliau terpaksa menyatakan kebenaran untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu.
“Tiada motif politik. Niat saya ikhlas dan bukan tujuan saya untuk bertanding lawan Presiden, Pak Lah atau bertanding lawan Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib, itu bukan niat saya.”
Demikianlah hakikatnya Muhyiddin. Saya pasti beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan di atas dalam tempoh terdekat ini. Kita nantikanlah perkembangan selanjutnya. – Ruhanie Ahmad
Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan mempertahankan jawatannya selaku Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember 2008 ini.
Keputusan ini pasti mendatangkan pelbagai tafsiran. Tetapi, Muhyiddin juga pasti mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk membuat keputusan tersebut.
Bagaimanapun, keputusan di atas membuktikan bahawa Muhyiddin memang sentiasa menyerahkan destini siasahnya kepada ketentuan Allah SWT.
Dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia 27 Disember 1996, Muhyiddin menyatakan seperti berikut:
Masa dan keadaan akan menentukan (masa depan saya dalam politik). Saya reda dengan ketentuan takdir. Politik bukan segala-galanya.
Dalam interbiu dengan Mingguan Malaysia 13 April 2008, beliau pula menegaskan seperti berikut:
Sekarang ini kedudukan saya adalah Naib Presiden. Saya bersuara lebih daripada pihak-pihak yang lain, saya tidak kisah. Kadang-kadang ada orang kata saya lebih banyak bersuara daripada Najib, bercakap lebih daripada Pak Lah, tetapi kalau mereka tidak bercakap, saya bercakap… Saya tidak berfikir langsung inilah peluang terbaik untuk masuk bertanding di mana-mana peringkat bagi melawan sesiapa.
Pada 16 April 2008, Muhyiddin pula berkata bahawa beliau “tidak berniat menentang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun dilihat lantang bersuara selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.”
Katanya, dalam senario politik yang meruncing, (selepas PRU12) beliau terpaksa menyatakan kebenaran untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu.
“Tiada motif politik. Niat saya ikhlas dan bukan tujuan saya untuk bertanding lawan Presiden, Pak Lah atau bertanding lawan Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib, itu bukan niat saya.”
Demikianlah hakikatnya Muhyiddin. Saya pasti beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan di atas dalam tempoh terdekat ini. Kita nantikanlah perkembangan selanjutnya. – Ruhanie Ahmad
35 comments:
Salam Datuk,
Saya menaruh harapan yang tinggi terhadap Muhyiddin. Bagi saya beliau seorang yang mempnyai kekuatan untuk membawa perubahan. Berdasarkan kepada caka-cakap beliau - seolah-olah beliau seorang anak jantan.
Namun sekiranya betul sebagaimana yang dikata, maka betullah pandangan saya terhadap pemimpim-pemimpin Melayu di dalam hiraki kepimpinan UMNO. Cakap sahaja lebih, namun bila ketua bersuara sedikit terus menikus. Pandangan saya itu adalah seperti di link berikut:
http://c-bok.blogspot.com/2008/07/pemimpin-bawahan-umno-cuma-ikut-sahaja.html
Antara semua dialah calon terbaik untuk presiden.Yang lain telah tercemar.Why not he combine with Ku Li ? Orang Johor calonkan beliau....jangan lepas peluang.For the good of Malaysians.
Salam Datuk Ruhanie,
Pandangan pribadi saya yang seangkatan dengan Datuk, pemimpin pemimpin muda kini telah hilang semangat setiakawan tidak seperti angkatan dahulu. Saya kira generasi kita harus dipersalahkan kerana khusuk dengan keghairahan mementingkan pembangunan pribadi dan lupa hendak menentukan semangat pelapis senantiasa utuh dan terus membawa manifesto asal membangunkan bangsa berlandaskan perlembagaan persekutuan tanah melayu (Malaysia).
Hakikatnya perjuangan yang berterusan mesti menjadi agenda bangsa kita dan pemimpin haruslah sensitif, telus dan ikhlas didalam perjuangan mereka. Jangan ada kalau boleh unsur-unsur nepotisma seperti yang berlaku teran-terangan dimana ayah, anak dan isteri/menantu menjadi pemimpin rakyat. Rasulullah pun tidak begitu.
Maka insaflah dan kembali kepangkal jalan. Mungkin ini yang kita perlu muhasabah diri kita terutama pemimpin pimpin bangsa kita.
Kalau Pak Muhyiddin mempunyai semangat orang Johor, sebuah negeri raja melayu dan bukan negeri selat, maka tidak salah berdiri diatas kebenaran. Insya Allah, Pak Muhyiddin akan mendapat rahmat. Kita berusaha Allah menentukan.
Dato'
Kenyataan Muhyiddin walaupun mengecewakan bukanlah sesuatu yang sangat terkejut kerana Jawa, Bugis, Boyan atau Melayu Johor memang sudah ditakdirkan untuk diperintah.
Walaupun dibangga banggakan UMNO lahir bukan di kaki lima tetapi di Istana, hakikatnya belum ada yang pernah mencium kerusi PM, hatta Musa Hitam yang begitu licik pun tersungkur.
UMNO Johor terbahagi kepada puak Ghani, Muhyiddin dan Shahril kemudiannya berpecah pula di bawah dengan puak Khaled Nordin dan Razali, itu belum lagi dibahagikan kepada puak puak yang lebih kecil seperti Halimah dan sebagainya.
Selainnya, hakikatnya, Dato' lebih ariffffffffffffff
Sesuatu yang mendukacitakan jika jawatan Presiden dan timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Peralihan kuasa yang panjang banyak menimbulkan spekulasi. Ikhlas atau sekdar memancing. telah diingatkan, Pak seharusnya pergi bercuti di Australia. Dan Urusan pentadbiran Kerajaan diserahkan kepada DS Najib sebagai latihan pra-PM. Mulai saat pengumuman Peralihan Kuasa tersebut, DS Najib seharusnya diberi kuasa dan tanggungkawab yang lebih besar bukan hanya sekadar Menteri Pertahanan.
www.hang-jebat.blogspot.com
Mungkinkah tokoh2 besar dari Johor tidak dapat digembleng untuk menaikkan TSM? Kalau di Johor pun Umno tidak sekata untuk tokoh Johor, apa hal di luar Johor.
Salam Datuk,
PM flip flop ini memang lemah dalam hal memerintah negara, tetapi tak selemah yang disangka dalam politik. 2 tahun dibawah PM ini umpama 20 tahun dalam sengsara.
Berbanding Najid, Tan Sri Muhyiddin lebih meyakinkan untuk mengangakat maruah negara terutama selepas banyak kali tunduk dengan kuasa-kuasa asing terutamanya kepada pemerintah pulau yang dahulunya milik bangsa kita.
Salam Datuk,
Sepatutnya kerana keikhlasan itulah Tan Sri Muhyiddin perlu menawarkan diri untuk jawatan yang bersesuai dengan keberanian dan kelantangannya menegur ketempangan dan kepincangan yang berlaku dalam umno.
Muhyiddin perlu ditolak ke atas.
Salam takzim
Dear Dato'
Badan dah bersuara - dia mau vice presiden saja. Itu keputusan beliau dan kita kena respect dia.
Sehingga kini kita ada dua calon president - untuk dibuat pilihan. Dengarnya Najib dicalon tapi dia belum kata yang dia mau.
Sehingga kini Najib nampaknya menang tidak bertanding sebagai timbalan.
Untuk Muhyiddin lebih bersuara selepas PRU12, ia amat sesuai dan selari dengan citarasa kepimpinan.
Kepimpinan Abdullah adalah kepimpinan yang agak lompong. Itulah sebabnya kekosongan itu diisi dengan pelbagai suara dan arah. Rakyat melihat sebagai ketidaktentuan. Tun Mahathir melabelkannya "Flip-flop".
Tidak salah untuk sesiapa jua bersuara. Dalam senario lompong dan kosong itu (jua flip flop), Abdullah disebut demokratik. Ada sedikit unsur liberalisma (ala Musa Hitam) dicelah-celahnya.
Demokratik adalah dalih mudah untuk kelemahan memimpin dan menentu arah.
Eluk Muhyiddin tinggi bersuara dari terus membiarkan Khairy, Mahdzir Khalid, Shahrir, Anwar dan yang lain-lain membuka mulut. Mereka menyebut apa-apa secara noncommittal. Dengan mereka ini, secara tidak sedar kita hilang banyak dari yang kita dapat.
PRU12 adalah kenyataan mutlak kepada kehilangan itu. Kehilangan wujud secara incremental tanpa disedari. Demokratik dan liberal yang makin kuat dipegang ini bukanlah mujarab untuk negara kita.
Jika Muhyiddin mahu bingkas bangun, menawarkan diri, sekurang-kurangnya turut menari sama dengan lagu demokratik dan liberal yang kian kuat dipasang. Kepimpinan Abdullah tentu akan mengalu-alukan percikan kebijaksanaan Muhyiddin.
Kalau boleh dipesan kepada Muhyiddin, saya katakan bahawa Abdullah bukanlah demokratik seperti yang disangkakan. Itulah yang malangnya.
Politik ada topeng, dan sering ditanggal dan ditukar bila babak baru dimulakan. Topeng itu adalah sebahagian dari prop dalam sketsa POLITIK.
( Dato', saya minta maaf kerana menghantar komen yang dibuat untuk The Scribe A Kadir Jasin, diharap berkaitan dan masih releven, ampun maaf)
Assalamu'alaikum,
Saya minta laluan untuk berkongsi pandangan atas maudhuk dan isu yang sangat menarik perhatian saya.
Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya?
Pada fahaman saya, kesimpulan daripada isu yg Datuk ketengahkan adalah persoalan 'kepercayaan' terhadap 'kepemimpinan'.
Suka saya menarik perhatian Datuk tentang ketokohan seorang pemimpin Melayu yang telah 'dibunuh' dan cuba 'dikuburkan' ketokohan beliau.
Sedang semua usaha 'memusnahkan' kredibilitinya berakhir dengan jalan buntu.
Abuya Ashaari Muhammad adalah nama yang tidak asing lagi. Pemimpin yang di'kontraversi'kan oleh pihak Pusat Islam dan Jakim selama ini.
Abuya telah dicuba melalui pelbagai bentuk sekatan, halangan, cubaan dan akhirnya 'pembunuhan' karakternya oleh sekuat-kuat tenaga pemerintah sebelum ini.
Namun sehingga kini, mampukah kita menafikan ketokohan beliau?
Sebelum saya perpanjangkan hujah dan keterangan, saya penuh yakin bahawa Datuk tentu mengenali tokoh ini dari berbagai sudut. Saya yakin juga bahawa Datuk tentu tidak dapat menolak ketokohan dan kepemimpinan beliau. Inilah kepercayaan saya dalam hal ini.
Abuya mempunyai sebuah wadah perjuangan yang terbukti sangat berkesan dan berjaya merealisasikan gagasan dan kepimpinannya.
Abuya telah berjuang mendominasi bangsa Melayu dalam berbagai sudut seperti ekonomi, pertanian, pembangunan, kebudayaan, pendidikan, penerbitan, kesihatan, masyarakat, perhubungan antarabangsa dan lain-lain.
Abuya berjuang dengan prinsip, konsep, kaedah, teknik dan taktiknya yang sangat tersendiri.
Beliau tidak bersandar pada sistem yang diasaskan oleh Barat atau menceduk dari mana-mana sumber selain dari Islam.
Kaedah dan pendekatan perjuangannya sangat segar, praktikal dan mendahului zaman.
Sebagai hujah, mana ada gerakan Islam yang menggunakan bas double decker sebagai pusat tarbiah dan dewan meeting. Persembahan nasyid dan kebudayaan Islam telah dipeloporinya lebih dari 30 tahun dahulu diwaktu tiada gerakan Islam terfikir melakukannya.
Dalam sudut ekonomi, bukankah Abuya berjaya membuktikan melalui jiwa yang dididik takut dan cintakan Tuhan berjaya menggegarkan kuasa monopoli bangsa asing. Prinsip pernigaan bermodalkan Tuhan telah terbukti dijayakan tanpa sebarang sokongan atau dokongan sistem kewangan konvensional.
(Maaf Datuk..
sebagai tambahan yang perlu dinyatakan tentang Abuya adalah;
Terlalu ramai tokoh dan badan NGO berbangsa Cina menyokong ketokohan dan kepemimpinan Abuya secara terbuka dan senyap2.
Pada tahun 90an, hampir kesemua akhbar berbahasa Mandarin menyiarkan berita dan komentar yang sangat positif terhadap Abuya.
Harap sambungan ini disertakan pada komen saya yang awal, terima kasih Datuk.)
Terlalu banyak hujah untuk semua pihak mengakui ketokohan dan keberkesanan kepimpinan Abuya.
Persoalannya sekarang ialah, siapakah Abuya sebenarnya?
Benarkah beiau tokoh yang paling digeruni sehingga merupakan Melayu paling lama di'ISA'kan, yakni selama 10 tahun?
Tahukah Datuk beberapa pihak tertinggi yang berperanan menentukan kepemimpinan Malaysia sedang 'menjaga' dan 'menaikkan' beliau melalui sistem 'tersendiri' tetapi sah?
Sedarkah Datuk bahawa Abuya telah dan sedang mendapat perhatian dan sokongan pemimpin gerakan Islam seluruh dunia terutamanya Asia?
Saya bersaksi bahawa senario yang terjadi kini, keruntuhan politik, ekonomi dan budaya merupakan perkara yang telah Abuya sebutkan sejak 20 tahun dahulu.
Keadaan ini adalah membenarkan isyarat kebenaran dari Tuhan akan menang.
Oleh kerana kebenaran kepunyaan Tuhan, maka Tuhan ada caranya tersendiri untuk membela dan memenangkan HAKNYA.
Sementara kebatilan adalah musuh Tuhan, maka Tuhanlah yang berhak mengagal dan mengalahkannya.
Kita sebagai hambaNya hanya perlu menurut dan menerima kehendakNya.
Saya berharap Datuk terbuka dalam soal ini dan saya sangat ingin berjumpa Datuk jika sudi untuk berbincang mengenainya.
Ampun maaf dan terima kasih.
nawawidahalan.blogspot.com
Yg Berbahagia Dato'
-----------------
Pemimpin UMNo mana ada keberanian lawan tauke walaupun dia nampak ketuanya tidak betul, Tak usahlah memberi pelbagai alasan takut cakap takut Siapa sahaja pemimpin yang gagal bertindak apa yang tak betul bermakna dia bersetuju dan menyokong perkara perkara yang tak betul (Cakap Bak Tin Kosong) ...Jaga peruik nasi sendiri sudah lah pergi jahanam dengan masaalah rakyat.
Didalam Negara kita ini hanya DS ANWAR IBRAHIM saja yang berani melawan kemugkaran.....Mana ada pemimpin yang berani menanggung RISIKO macam DSAI .DSAI saja lah pejuang rakyat yang tulin. Ya Allah Kau Selamatkan Lah Saudara ANWAR IBRAHIM..Dan kau hancurkan musuh musuh pejuang rakyat ini.AMIN.....
Rakyat dah tidak nampak siapa dikalangan pemimpin tertinggi umno yg dapat memacu dan memulihkan ekonomi negara kecuali Ku Li dan Muhyiddin Yassin. Olih itu Ku Li dan Muhyiddin kena make a move now. Tunjukan kewibawaan anda. Buktikan komitmen untuk membantu rakyat dengan memulihkan ekonomi. Yakin pelabur asing. Bagi saya pak lah dan najib sudah cukup tercalar dan mempunyai imej yg buruk dikalangan rakyat dan juga pelabur asing. Saya tak fikir pelabur asing yakin dengan kebolihan dan ketelusan najib ditambah pulak tuduhan skandal dengan gadis mongolia.
I am deeply saddened by this news. Adalah harapan saya agar muhyiddin bertanding jawatan yang lebih tinggi kerana kemampuan dan kredibiliti beliau untuk memimpin parti dan bangsa.
Namun seperti yang saya jangka, keadaan didalam UMNO tidak akan sesekali membenarkan peluang seseorang ahli menapak kedepan dengan cara telus, hak dan semangat perjuangan yang betul.
Permainan politik orang UMNO sudah sungguh rosak sehingga menzalimi ahli sendiri walaupun mati hidup mereka adalah untuk parti. UMNO ketika ini sungguh bernasib baik kerana tiada parti berbangsa melayu yang lain. Kalau ada pun yang ada hanyalah PAS yang berbeza ideologinya. Tunggulah sehingga parti melayu lain muncul..
Wahai orang-orang UMNO, kembalilah kita kejalan yang benar, Panglima kamu yang terakhir sudah pun mundur dan mengalah. Tinggal tunggu hanyutlah...
Salam dato..
Sekarang nie orang dah tak minat pasal pucuk kepimpinan negara...orang lebih minat bicara hal liwat Anwar....Kalu dato asyik sebut pasal kepimpinan masa nie nescaya forum atau blog dato tiada sambutan...percayalah..
Tuan,
1. Sebagai seorang rakyat malaysia, saya letih dengan isu-isu politik murahan yang cuba disogokkan oleh BN dan PR. Siapa betul siapa salah, apa rakyat malaysia peduli? bukan kami rakyat marhein yang nak jadi PM.
2. Ternyata media massa arus perdana setiap hari cuba menghidangkan kepada rakyat tentang permasalahan dan isu politik murahan. rakyat cuma ingin tahu apa langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk meringankan beban ekonomi yang melambung tinggi dan inflasi.
3. Isu perkauman juga seringkali diputar belitkan oleh semua pihak politik baik Bn atau PR. Siapa yang bergaduh? di Malaysia bangsa melayu, cina dan india hidup aman damai. Yang bergaduh ialah MP-MP bangsa BN dan Bangsa PR. Orang Melayu cuma ingin meneruskan kelansungan hidup, Orang Cina cuma mahu kuatkan bisnes dan orang India cuma mahu keluar dari kepompong kemiskinan. kami rakyat marhein tidak mahu bergaduh. kami cuma mahu ekonomi maju dan semua orang boleh cari rezeki masing-masing dan boleh beli beras, makanan basah, susu anak dan minyak dengan harga yang berpatutan.
4. Malangnya, kerajaan pimpinan PakLah tidak memahami kepentingan rakyat ini. Keputusan PRU12 cuma satu pengajaran agar kerajaan PakLah mengkaji semula perlaksanaan ekonominya. Lebih malang lagi, selepas PRU12 kerajaan PakLah tidak insaf malah mahu membalas dendam kepada rakyat. Hasilnya harga minyak dinaikkan tanpa lansung memikirkan kebajikan rakyat. kesannya inflasi meningkat dengan mendadak.
5. jika harga minyak naik sebanyak 41% adakah logik semua pihak jika Gabenor BNM, menteri kewangan & PakLah memberi jaminan yang inflasi hanya akan naik sekitar 5% sahaja. Rakyat mana yang ingin ditipu dan dibohong oleh kerajaan? warga kota atau makcik dan pakcik yang duduk di ulu kampung, felda atau pedalaman sabah sarawak yg selama ini setia memangkah dacing?
6. Penyerahan kuasa Presiden umno PakLah kepada DS Najib? semua perhubungan umno negeri setuju calonkan regu PakLAh & DS Najib as presiden & Timbalan presiden Umno? inikah definisi demokrasi? Puas saya membaca falsafah demokrasi tetapi tak pernah pula jumpa bab ini? mungkin tuan yang memang mahir dan pakar dalam bab sosiologi manusia boleh terangkan falsampah demokrasi yang dianuti oleh umno. Orang melayu peduli apa? ahli bawahan umno pula tak boleh nak peduli. sebabnya ketua cawangan dan ketua bahagian yg tentukan siapa patut dicalonkan sebab nak jaga periuk nasi sendiri bukannya periuk nasi rakyat. maaf ye bukan rasuah! alaa ..politik wang aje...
7. pakar ekonomi dunia meramalkan ekonomi US dan dunia akan menguncup selepas sukan olimpik beijing. Kenaikan inflasi dan kemelesetan ekonomi dunia dijangka berlaku. Malaysia macam mana? olimpik belum mula pun, ekonomi dah menjunam, lepas olimpik agaknya ramai yang terjun bangunan kerana hutang.
8. Akhirnya, inilah kesannya jika kita rakyat marhein mahupun pemerntah tidak berlaku adil dengan memilih dan meletakkan orang yang benar di tempat yang betul. wahai rakyat malaysia, akuilah hakikatnya, kita telah memilih orang yang salah untuk berada ditempat yang salah dan pada masa yang salah. soalnya siapakah yang bersalah....
jawapannya….......mereka dan keluarga mereka...
Saya terkejut bila TSM dikatakan hanya nak pertahankan kerusi Naib Presiden UMNO. Tapi saya juga hormati keputusan ini. Apa taknya? Dalam situasi hari ini TSM semacam tersepit dalam permainan kuasa Dollah-Najib. Kalau TSM tawar diri untuk jawatan Timbalan Presiden, tentu TSM dituduh nak ganyang Najib. Orang-orang Najib tentu akan block pencalonan TSM. Ini natural dalam politik. Kalau TSM lawan jawatan Presiden, orang Dollah dan Najib akan sekat TSM. Ini pun sudah dijangka. In short, TSM ambil keputusan yang tepat. Kalau tak dia jadi mentimun kena gelek kanan dan kiri akhirnya kecundang dalam gelanggang. Syabas Abang Din. Keep up the right strategy of one step backward….. Kita akan sokong anda dan doakan anda akan jadi pemimpin utama negara kita suatu hari nanti!!!!
Kita semua memang menaruh harapan yang tinggi kepada Tan Sri Muhyiddin. Kita harap dia lawan Najib atau lawan Abdullah. Tapi risikonya amat besar. Macam Putera Bentan kata, kalau Muhyiddin ambik keputusan lawan, tentu dia akan tergolek dikerjakan oleh orang Najib dab Abdullah. Pertahankan jawatan memang keputusan yang terbaik. Tapi Muhyiddin akan berhadapan dengan nama-nama seperti Mike Tyson, Khaled Nordin, Shafie Apdal, Ali Rustam, dan sapa lagi. Harap-harap Najib akan buktikan kesetiakawanannya kepada Muhyiddin. Kerana demi kesetiakawanan ini Muhyiddin dipercayai tak mau langgar Najib….
Sebagai anak Johor saya rasa kecewa dengan keputusan Abang Din. Tapi keputusan dia memang tepat. Saya yakin keputusan ini diambil setelah ditimbang dan dikaji implikasinya kalau Abang Din tanding Timbalan Presiden atau Presiden UMNO.
Tapi, kita kena ingat. Isu peralihan kuasa yang kini dipolitikkan oleh Abdullah Badawi adalah cadangan Muhyiddin. Cuma Abdullah tak dengar cakap. Orang nak dia kosongkan kerusi Presiden UMNO dan PM Disember 2008 ini. Tapi, dia nak sambung sampai dua tahun lagi.
Jadi, macam mana kita? Nak marahkan Abang Din pasal tak menongkah arus? Kalau dia menongkah arus dia akan hanyut. Kalau dia bertahan di jawatan hari ini, Insya Allah dia menang dan boleh terus suara demi agama, bangsa dan tanahair.
Kita kena ingat, untuk pertahankan jawatan yang ada pun Abang Din akan diasak oleh banyak calon lain. Dari Johor je sekurang-kurangnya empat lima orang. Ada Khaled Nordin, ada Syed Hamid yang hari ni nampak sangat berlagak dengan kuasa KDN, ada Hishammuddin, ada Shahrir Samad. Tapi kalau YAB Ghani tunjukkan sokongannya pada Abang Din, warga UMNO laur Johor mesti respect Abang Din dan Ghani.
Pada peringkat kita warga siber, kita hanya mampu menghormati keputusan Abang Din ini. Kita juga pohonkah restu Allah SWT semoga Abang Din beroleh kejayaan. Insya Allah!
Penasihat Abdullah memang bijak orangnya. Kita kena tabik pada penasihat ini. Dengan proses peralihan kuasa dipolitikkan sehingga dua tahun, Najib tak boleh bergerak dan Muhyiddin pun kematian langkah. Kita sedar proses peralihan kuasa yang panjang ini hanya akan menyebabkan UMNO lebih bermasalah. Tapi apa pilihan yang ada pada Muhyiddin? Lawan Najib dan lawan Dollah? Mana lebih baik dia duduk pada kerusi Naib Presiden dan terus boleh bersuara atau lawan No. 2 atau No. 1 tapi tak dapat kuota pencalonan yang diperlukan? Ini yang saya katakan penasihat Abdullah ni bijaksana. Tapi bijaksana dia ni menghancurkan UMNO. Jadi, kita harap Muhyiddin bertahan dan menang. Jadi taklah semua yang menang kaki bodek Abdullah belaka. Najib kena faham soal ini. Kalau semua Naib Presiden kaki bodek Abdullah, gepeng Najib dikerjakan dia orang. Kalau Muhyiddin menang lagi, adalah suara yang disegani dan Abdullah pun tak boleh bertindak semberono je.
Memang Muhyiddin kena corner oleh mainan politik Abdullah. Tapi, cawangan-cawangan boleh buat usul mintak bahagian masing-masing calonkan Najib No 1 dan Muhyiddin No 2. Kalau ketua bahagian tak setuju, kita boleh gulingkan dia orang. Kalau semua cawangan berani buat macam ni selamat Najib dan Muhyiddin. Kalau semua ketua bahagian betul-betul sensitif kepada kehendak cawangan, memang tergolek Abdullah.... Apa macam? Berani tak cawangan dan bahagian calonkan Najib dan Muhyiddin? Kalau tak berani, UMNO jadilah parti pembangkang lepas PRU13!!!!
Dato Ron yang dihurmati,
JANGAN DIHARAP SI BUNGA PUDIN,
ENTAH BERSERI ENTAHKAN TIDAK,
ENTAHKAN LAYU SEBELUM TUMBANG;
JANGAN DIHARAP KEPADA MAHYUDDIN,
ENTAH BERANI ENTAHKAN TIDAK,
ENTAH MENUNGGU DICAMPAK ORANG.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
PERINGATAN DARI TULANG BUSUK
Ketika menjadi Gabenor Mesir, Amru bin Al’Ash menduduki sebuah istana yang besar. Di hadapannya terhampar sebidang tanah yang cantik tetapi dicacatkan oleh sebuah pondok seorang yahudi yang terlalu buruk.
Amru tidak sedap hati melihat pemandangan yang begitu rupa. Alangkah baiknya jika di hadapan istananya itu dibina sebuah masjid. Dan Amru, tanpa bertangguh lagi meminta Yahudi itu datang mengadapnya.
“Saya mahu membeli tanah tuan,”kata Amru Al’Ash.
“Saya tidak mahu menjualnya.”
“saya bayar tiga kali ganda daripada harga biasa,”balas Amru lagi.
“Walau berapa pun tuan tawarkan, saya tetap tidak akan jualkan.”
“Tuan akan menyesal nanti.”
Keesokan harinya Amru sudah membuat keputusan untuk merobohkan pondok buruk itu. Yahudi itu tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menangis. Namun dia bertekad mahu membawa masalahnya kepada khalifah.
Sampai di Madinah, dia berjumpa khalifah Umar Al Khattab di halaman Masjid Nabawi di bawah sebatang pokok kurma yang rendang.
“Ada masalah apa tuan datang ke mari ?”Tanya Sayidina Umar.”Mesir terlalu jauh dari sini.”
Yahudi itu menceritakan segala-galanya.
Wajah Sayidina Umar berubah.”Tidak sepatutnya dia berbuat bergitu!”Lalu diambilnya sebatang tulang dari tempat sampah.Di atas tulang itu diguris huruf alif dengan pedangnya di tengah-tengah huruf alif itu pula dipalangnya.
“Nah, ambil tulang ini dan serahkan kepada gabenorku.”
“Dari jauh saya datang untuk menuntut keadilan tetapi tulang busuk ini yang tuan berikan. Adakah tuan mahu menghina saya?”
“Wahai tuan yang saya hormati, pada tulang busuk itulah terletak keadilan yang tuan mahukan,”balas Sayidina Umar.
Yahudi itupun pulang dan menyerahkan tulang busuk itu kepada gabenor. Sungguh aneh.Amru kelihatan pucat dan menggigil tubuhnya apabila menerima tulang yang busuk itu. Dia segera memerintahkan supaya dirobohkan masjid yang baru itu dan dibina semula pondok Yahudi tersebut.
Tiba-tiba Yahudi tadi datang kepada Amru dengan tergesa-gesa.
“Ada apa lagi tuan?”Tanya Amru lembut.
]“Jangan dibongkar masjid ini. Beritahu saya mengapa tuan begitu takut apabila memandang tulang itu.”
Amru menjelaskannya:”Sebenarnya tulang itu tulang biasa, malah baunya pun busuk.Tapi kerana dikirimkan oleh khalifah, ia mengandungi peringatan yang tajam dan tegas.
“Maksud alif itu ialah: Ingatlah, betapa tinggi pangkat dan kekuasaanmu sekarang, suatu masa nanti kamu akan berubah menjadi tulang busuk juga.Kerana itu bertindak adillah seperti huruf alif,adil di bawah dan adil di atas.Andainya engkau tidak bertindak lurus, akan kutebas lehermu.”
Yahudi tersebut terharu.Dia lantas mengisytiharkan tanahnya diwakafkan.Dirinya juga Islam akhirnya.
Pemimpin UMNO tidak perlu takut dicemuh oleh 'peers' mereka. Yang penting, akar umbi akan menganggap mereka seperti seorang Hero. Kenapa Muhyiddin takut untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi? Rakyat sendiri dah jelak tengok muka PM dan TPM.
Kalau macam tu, Datuk Shabeery sahajalah yang bertanding jawatan Presiden. Sekurang-kurangnya, dia berani.
Oleh kerana ramai sungguh pengecut-pengecut dalam UMNO, rakyat Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada UMNO untuk memimpin negara kita. Kita perlukan pemimpin yang berani dan yang sanggup menyelesaikan masalah negara yang sedang sakit tenat ini.
UMNO harus sedar, rakyat memerhati UMNO sebab siapa yang memimpin UMNO, akan memimpin Negara. Tetapi, kalau orang UMNO sendiri kelihatan lemah dan pengecut, maka rakyat tiada pilihan lain. Sudah sampai masanya, rakyat terpaksa memilih oang luar dari BN sebab negara kita amat-amat memerlukan seorang pemimpin.
Saya tak nak komen tentang pucuk pimpinan BN saya nak komen pasal TUN.
RAMAI YANG MENYALAH DAN MENGATAKAN PAKLAH LEMAH..Masalahnya Paklah jadi PM Malaysia ketika era ICT dan globalisasi begitu memuncak di Malysia ketika ini...Sebab itulah kedengaran di sana-sini seolah-olah Paklah adalah lemah....Orang lupa bahawa Tun lah yang melantik orang lemah ini...Orang kata Tun silap pilih, bagi saya tidak Tun sengaja pilih Paklah walaupun dia tahu paklah lemah kerana dia nak elakkan kejatuhan BN pada PRU12(2004).
Sebelum itu, Tun talah menafikan kepintaran Anwar kerana Anwar boleh menjatuhkan reputasinya sebagai pemimpin yang berkaliber...ternyata firasatnya benar, apabila Anwar dipenjarakan, ramai penyokong Tun kata bahawa Tun memang hebat kerana telah membawa perubahan yang besar terhadap negara...Tetapi jika kita lihat balik zaman kegemilangan Malaysia adalah semasa Anwar menjadi TPM sehingga kerancakan ekonomi Malaysia adalah hampir setaraf dengan singapura(8%-9%) setahun...
Namun selepas itu kegemilangan Malaysia jatuh seperti jatuhnya Anwar dari politik Malaysia. Tun tahu tentang semua itu, sebab itu Tun cepat-cepat meletak jawatan pada 2003 tanpa alasan yang munasabah dan beban Tun telah dialih kepada Paklah...Di sini kita lihat kepintaran Tun berpolitik walaupun mengakui beliau tidak akan selamanya memegang sesuatu jawatan, namun selepas itu Tun menyalahkan paklah dengan mengatakan paklah lemah...
PATUTKAH KITA MENYALAHKAN 100% KEPADA PAKLAH...NAMUN PUNCA SEBENAR KEMELESETAN EKONOMI DAN MASALAH POLITIK MALAYSIA ADALAH AKIBAT TUN SENDIRI...USAH BERSELINDUNG LAGI DISEBALIK KEBENARAN INI TUN...BERTAUBATLAH
kita memerlukan seourang pemimpin yang mempunyai pendirian dan berani menyuarakannya. muhyiddin adalah calon sesuai. bagaimana pula Ku li yg sy rasakan kepintarannya sudah terbukti. Kuli presiden dan muhyiddin timbalan.
Assalamualaikum Y.Bhg Datuk,
Saya mengharapkan datuk dalam keadaan sihat hendaknya walaupun keadaan politik dalam negara kita semakin caca merba jadinya.
Izinkan saya terus kepada hajat saya. Ini adalah kali ketiga saya menyuarakan hajat kepada datuk iaitu saya ingin berkongsi maklumat dan juga memohon bantuan datuk berkenaan dengan seseorang yang begitu saya curigai dan tampak begitu berkuasa dalam medan politik malaysia yang tidak ramai mengetahuinya. Yang saya maksudkan ialah bukan KJ kerana yang itu saudah terang lagi bersuluh. yang ini bukan sahaja tidak terang malah betul-betul bahaya.
Saya sudah tidak membuka isu dan maklumat ini melainkan kepada datuk. Kredibaliti datuk saya kagumi. Saya perlukan datuk unutuk berbicara persaoalan ini. Saya juga inginkan datuk membantu saya jikalau boleh.
Datuk, apa yang saya buat ini bukanlah kerana mana-mana orang politik, tetapi kerana saya AMAT MAKLUM DENGAN KEADAAN dan demi agar negara kita ini tidak tergadai dari segi politiknya kepada mana-mana kuasa luar. Tolonglah datuk hubungi saya. Jikalau datuk ragu, datuk boleh hubungi saya dengan telefon sapa-sapa sahaja. Apa yang penting ialah saya tidak mahu negara ini sekali lagi tergadai sebagaimana tergadainya maruah proton-agusta dan jambatan kedua.
Yang berbahagian Datuk. Ini adalah maklumat peribadi saya : AHMAD MASRIZAL HJ.MUHAMMAD (720727035737). SEORANG PENJAWAT AWAM. BEKAS PRESIDEN MPP USM. PERNAH MENJADI TENAGA PENGGERAK BTN SUATU MASA DAHULU-KETIKA DATUK MASIH KETUA BACKBENCHERS. PERNAH TERLIBAT SEBAGAI AHLI THINK THANK. TELEFON SAYA IALAH 013 52 33 861. Email : ammiab@yahoo.com
Datuk saya mohon kepada datuk untuk mendapatkan maklumat mengenai w.Chan Kim -the co founder of Blue ocean strategy. Apa yang akan saya bincangkan ada kaitan terusn dengan orang ini.Siapa dia sebenarnya selain daripada pernah terlibat dalam menyusun semula angkatan tentera israel. Please datuk.
Saya tak nak komen tentang pucuk pimpinan BN saya nak komen pasal TUN.
RAMAI YANG MENYALAH DAN MENGATAKAN PAKLAH LEMAH..Masalahnya Paklah jadi PM Malaysia ketika era ICT dan globalisasi begitu memuncak di Malysia ketika ini...Sebab itulah kedengaran di sana-sini seolah-olah Paklah adalah lemah....Orang lupa bahawa Tun lah yang melantik orang lemah ini...Orang kata Tun silap pilih, bagi saya tidak Tun sengaja pilih Paklah walaupun dia tahu paklah lemah kerana dia nak elakkan kejatuhan BN pada PRU11(2004).
Sebelum itu, Tun talah menafikan kepintaran Anwar kerana Anwar boleh menjatuhkan reputasinya sebagai pemimpin yang berkaliber...ternyata firasatnya benar, apabila Anwar dipenjarakan, ramai penyokong Tun kata bahawa Tun memang hebat kerana telah membawa perubahan yang besar terhadap negara...Tetapi jika kita lihat balik zaman kegemilangan Malaysia adalah semasa Anwar menjadi TPM sehingga kerancakan ekonomi Malaysia adalah hampir setaraf dengan singapura(8%-9%) setahun...
Namun selepas itu kegemilangan Malaysia jatuh seperti jatuhnya Anwar dari politik Malaysia. Tun tahu tentang semua itu, sebab itu Tun cepat-cepat meletak jawatan pada 2003 tanpa alasan yang munasabah dan beban Tun telah dialih kepada Paklah...Di sini kita lihat kepintaran Tun berpolitik walaupun mengakui beliau tidak akan selamanya memegang sesuatu jawatan, namun selepas itu Tun menyalahkan paklah dengan mengatakan paklah lemah...
PATUTKAH KITA MENYALAHKAN 100% KEPADA PAKLAH...NAMUN PUNCA SEBENAR KEMELESETAN EKONOMI DAN MASALAH POLITIK MALAYSIA ADALAH AKIBAT TUN SENDIRI...USAH BERSELINDUNG LAGI DISEBALIK KEBENARAN INI TUN...BERTAUBATLAH
Saudara Pak Nawawi Dahalan, apa yang tuan hikayatkan tentang Ashaari boleh dikatakan baik terutama tentang rangkaian pembangunan ekonominya.
Bagaimanapun keteguhan ekonominya itu membuatkan Ashaari tenggelam dalam kemewahan dan rasa tersangat berpengaruh (kuasa) lalu menggunakan apa jua cara dan helah untuk mengekalkan, dan menunjuk nunjuk kemwahan dan pengaruh itu.
Perkahwinan yang melebihi 1 dan bertukar tukar pasangan sesama sendiri secara bebas dan mudah menjadi agenda 'kegilaan' pemimpin di bawah Ashaari.
Itu belum kita sentuh lagi tentang akidah Ashaari !!!!
Kesimpulannya: rakyat tidak boleh dihidangkan dengan pelbagai kemudahan di dalam satu kandang yang di dalamnya juga terdapat seekor buaya yang ganas dan rosak etikanya - kluangman
Dato
Bukan muhyidin takut nak bertanding jawatan yang lebih tinggi. Sebenarnya muhyidin bersikap ikhlas kerana beliau tahu masalah yang dihadapi negara hari ini adalah terlalu berat dan sukar.
Beliau tentunya lebih maklum tentang betapa tenatnya keadaan dan beliau mungkin rasa beliau tak mampu untuk menyelesaikannya melalui wadah UMNO/BN.
Bat8
Wahai Ahli UMNO Yang BODOH dan BAHLOL! Dengarlah....!
Yang pasti, jika benar tiada apa-apa tindakan yang boleh membawa perubahan kepada pucuk pimpinan UMNO pada Disember 2008 nanti, maka penulis tidak teragak-agak akan memberi sokongan padu kepada mana-mana parti selain daripada UMNO dan BN dan memastikan UMNO akan berkubur pada PRU 13 nanti. Ini kerana dalam tempoh dua tahun ini akan membuatkan rakyat akan terus menderita. Banyak duit negara habis dirompak oleh Abdullah Ahmad Badawi dan konco-konconya. Itu adalah pasti. Rakyat tidak mampu meredhai akan kebangsatan ini. Sudah habis maki hamun dihamburkan namun ahli UMNO lebih menjaga temolok diri sendiri daripada kepentingan rakyat kebanyakan.
Fine! Bersiap sedia lah wahai semua hali UMNO yang BODOH dan BAHLOL....parti anda akan berkubur sebaik sahaja keputusan PRU 13 diumumkan. Tiada maaf jika anda membiarkan Abdullah Ahmad Badawi terus memerintah negara selepas Disember 2008. A Lu Fikirlah Sendiri! Nokhtah!
lawati -
fikirlahsendiri.blogspot.com
Salam Datuk
In my humble opinion, TSM should go for broke if he believes that UMNO needs someone of calibre than PM or TPM.
TSM has nothing to loose. Even if he loses at least his conscience is clear and he can sleep easy. He can also afford to retire in the lap of luxury (unlike us) without worrying about rebate or kenaikan harga minyak....even if he loses.
Salam Datuk Ron
Sekiranya benar TSM membuat keputusan sedemikian, memanglah amat mengecewakan. Persidangan cawangan baru sahaja melepasi satu hujung minggu dan senjata usul yang dicanangkan sebagai saluran untuk akar umbi meluahkan isi hati mereka juga belum diketahui sejauh mana akan digunakan. Setakat ini hanya satu cawangan di Bahagian Pekan mengusulkan DSN calonkan sebagai Presiden, manakala 32 cawangan di Gua Musang pula mencadangkan Ku Li sebagai calon Presiden. Satu cawangan di Bahagian Pandan, Selangor dikhabarkan telah meluluskan usul mencalonkan DSN sebagai Presiden dan TSM sebagai Timbalan Presiden. Kita tidak pasti corak usul bagaimana yang akan menjadi ikutan di kalangan cawangan, seandainya cawangan benar-benar menggunakan senjata mereka. Kita percaya, sekiranya bilangan cawangan yang tampil dengan usul sedemikian mencapai jumlah tertentu, DSN dan TSM pasti akan mempertimbangkan hasrat dan harapan yang dilaungkan oleh akar umbi. Sebagaimana yang pernah dibangkitkan sebelum ini, satu usaha besar-besaran harus digerakkan bagi menggalak dan menyemarak cawangan-cawangan mengutarakan usul serupa sebagai isyarat kepada pimpinan tertinggi. Adalah diharapkan pimpinan tertinggi akan menyahut laungan akar umbi melalui usul yang dikemukakan dan menjadikannya sebagai salah satu faktor yang diberi pertimbangan khusus untuk mereka membuat keputusan.
Pencalonan hanya akan bermula apabila Persidangan Perwakilan Bahagian berlangsung pada Oktober-November nanti. Sekurang-kurangnya, mereka perlu menunggu sehingga berakhirnya tempoh Persidangan Cawangan Ogos ini sebelum mengumumkan jawatan mana yang dirasakan mahu ditandingi pada Perhimpunan Agung Disember 2008.
Saya setuju dangan momsaurus "...Datuk Shabeery sahajalah yang bertanding jawatan Presiden. Sekurang-kurangnya, dia berani..." Saya kagum dengan keberanian beliau.
Tak semestinya presiden atau timbalan, dia boleh cuba nasib untuk naib.
WAHAI Be eNd!! TURUNKAN HARGE MINYAK.......KALAU X KAMI NAIK MINYAK!!!
Post a Comment