Saturday, July 05, 2008


KESEMU 13 UMNO BAHAGIAN DI PENANG CALONKAN ABDULLAH-NAJIB

Berita Bernama di bawah ini belum lagi disiarkan dalam bahagian Bahasa Malaysia agensi berita berkenaan. – Ruhanie Ahmad

PENANG, July 5 (Bernama) -- All the 13 Umno divisions in Penang have agreed to nominate Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and Datuk Seri Najib Tun Razak to defend their posts of president and deputy president, respectively, at the party elections scheduled for December.

15 comments:

Slyders said...

Satu lagi petanda UMNO Penang akan terus berkubur. Mentaliti pemimpin UMNO Penang masih di kepala takuk sebelum PRU12.... masih tak sedar. masih tak ketemu jawapan kepada punca kejatuhan BN dalam PRU12 yg lalu.


harap2... UMNO johor tak jadi mcm Penang. Jadilah pemimpin yg sebenar2nya mendengar hasrat akar umbi. minta maap bebanyak... setakat hari ni, aku belum pernah jumpa orang yg puji pak lah. semua orang yg aku berbual... semuanya mengatakan pak lah lembik!!! malah mereka bandingkan dengan Tun dr Mahathir yang jauh lebih bijak dan hebat. ala... zaman gawat ekonomi tahun 1997 dulu tu pun, Tun masih bermurah hati untuk beri bonus pada kakitangan awam... Sekarang, kununnya ekonomi tengah memuncak... tapi bonus RM500 pun kedekut... padan benorle ramai kakitangan awam yg 'berbulu' dgn pak lah...

Harap EGM Umno Muar 12 Julai ni akan ada hasil yg diimpikan oleh akar umbi...



SLYDERS
Ex-UMNO,
UMNO Cawangan Simpulan Setia,
Muar.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datuk,

Tahniah kepada golongan pembodek, dayus dan manusia yang tiada harga diri.

mohsein shariff said...

Salam Datuk Ruhanie,

Inilah yang dikatakan pembesar yang menyalahgunakan kuasa. Apa yang berlaku di dalam UMNO masih terus berlaku dimana pembesar2 nya membuat keputusan dahulu tanpa merujuk kepada ahli ahli umno di peringkat bahagian.

Belumpun mesyuarat peringkat cawangan dijalankan pembesar UMNO PP sudah mula menjadi broker membuat pencalonan. Bagaimana rakyat nak menerima ini semua, jika pembesar UMNO PP sendiri tidak dapat menerima luahan dan pendapat ahli di peringkat cawangan dan bahagian.

Saya percaya "drama" yang dimainkan perhubungan UMNO PP begitu terdesak dan saya juga percaya rata2 keputusan yang di ambil bukanlah sebulat suara. Kenapa dari awal menidakkan demokrasi rakyat???!

Unknown said...

Dato Ron

Melayu-Mamak UMNO Penang ini dah kaya raya dan ingat Tuhan member UMNO Club.

Itu sebab confident tutp mata support Pak Lah untuk PM Malaysia. Elok lah, kalau semua Melayu & Mamak baik baik belaka, tak ada Melayu & Mamak jadi ahli Neraka pulak.

Nanti ada kaum kafir lain ingin Tuhan in Racist dan pakai NEP pulak.

Yang support Pak Lah itu dok tunggu Heart Attack; tak belajar dari kesilapan lalu menganiaya Rakyat, macam Abang Zack (RIP).

Berita dari gunung said...

Tahniah kepada orang melayu UMNO Pulau Pinang kerana masih mampu berpakat.

Kikuri-hime said...

Salam Datuk... thanx for the enlightment. I don't mean to be hasty or over-generalizing, it's just that I am one of the little people who needs security and assurance from our leaders. Anyway, I am merely expressing my worry and insecurity. Thanx for your comment. I really appreciate it.

Unknown said...

Assalamualaikum Dato...

Apa yg saya nampak, muka kalah dlm pru12 pun ada masa pengumuman tadi. Nampak sangat nak jaga periuk belanga masing2 supaya tak bocor.

Bukankah dolah ketua perhubungan UMNO pp? semestinya drama ni diarah oleh dolah.

Mesti lepas ni ada ketua2 bahagian yg bantah, yelah perang baru nak mula dah ada orang mengaku menang.

King-Fx said...

Wah hebatnye UMNO PP,

Nasib mereka sendiri belum tahu samada boleh kekal di bahagian sudah memandai2 nak menclonkan si LELAH dgn JIB. Tunggulah nanti bila sampai mesyuarat Cawangan dan Bahagian.

DESPERADO

m123 said...

I'm neither am an UMNO member, nor am i a Badawi supporter, more of Chedet supporter. However, as i see it, it's not really fair to say all Penang Umno leaders r ass-licking suckers. what i mean is, now is really not the time to 'hentam' the leadership, if anyone is thinking of strengthening UMNO. Paklah is not a good leader, that i must say, but with all the 'fitnahs' going about his deputy ( whom i think i the most suitable candidate to lead the country), i guess that's why most UMNO leaders have to say that they are behind them now. Bashing the government does not bring any good to those who are pro-UMNO ( the Mahathir's UMNO) right now, coz this will definately pave the way for Anwar and his goons to take over the country. So, Barisan people please unite this time, and only by unity, we can ask Paklah politely to step down, thus prevent the nation turning into chaos. he maybe is good person, but daft, he is definitely not the one who can lead this country.

Sama Sedia said...

D Ron

saya harap sdra tulus lagi ingatkan umno penang tu.
sampai bela nak bodek dolah.
tak kan sampai umno dah hancur baru nak sedar.
mentang2 dia orang mamak ada second home agaknya

limado said...

Saya harap perwakilan semua bahagian di Penang bangkang cadangan nak calonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO. Ketua-ketua bahagian tak dengar cakap perwakilan mandikan dia orang sampai hanyut. Kalau tidak, hancur UMNO.

chean said...

Orang Melayu perlu sedar keadaan mereka pada hari ini amat kritikal. Kita diasak kiri dan kanan, depan dan belakang, atas dan bawah oleh kaum yang dahulu telah menyatakan kesanggupan dan kesetiaan untuk bermaufakat.

Kini akibat kelemahan Pak Lah, the true color of permaufakatan sudah jelas terpampang. Mereka tidak akan berhenti menuntut dan mereka akan pastikan setiap tuntutan mereka akan tercapai.

Kita pula asyik terlepas dan melepas.Oleh itu fikirkan masak-masak, apakah dengan memilih Pak Lah dalam pemilihan UMNO kali ini kita dapat pastikan apa yang terlepas akan kembali atau makin banyak yang akan dilepaskan.

Wan Shamsudin said...

Dato yang dihurmati;

Dari awal lagi saya sudah tahu akan keputusan ini.Bagi saya pemilihan UMNO tidak penting.Semuannya bolih di rancangkan. Tunggu PRU 13, apabila Rakyat memberi undi mereka.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Mana le si tikus2 tu berani angkat kepala jika sang kucing berada di hadapan mereka.

Kan ke si tikus2 ini semua nye ada kepenting diri masing2.

Biarkan negeri P.Pinang di kuasai oleh DAP asalkan si tikus2 ini kenyang dan gemuk2 belaka.

Biarkan orang Melayu terus menderita di bawah perintah DAP.

Unknown said...

To wan shamsudin,
Saya amat tidak bersetuju dgn cadangan kita menunggu sehingga Pru13 utk kita memberi warning ke dua utk PL.Ketika itu, orang Melayu sudah hilang kuasa, PL mmg dah "dikuburkan" tetapi sanggupkah kita kuburkan bersama harapan anak2 kita.
Lihat apa yg jadi pada undi protes dlm Pru12, pembangkang menang selesa dgn peluru yg memamah kita semula, lihat akibat drastik yg berlaku di Perak. Mentaliti kita melepaskan geram dan marah kepada PL dan memberi lawan yg sudah tentu akan memijak kita semula patut dihentikan.
Pada saya jika saudara betul2 berjuang, turun ke padang ( cawangan ), nyatakan prinsip di sana, minta PL undur atau buat undi tidak percaya...pastikan, jika cadangan saudara tidak diterima, ia tetap diminitkan dan pastikan saudara membawa perakam ( audio/video )
Jika di PR13,kalau PL masih ada,boikot sahaja,jgn keluar mengundi dan nyatakan dari awal.Tolonglah jgn beri peluru pada musuh kita lagi.