Monday, July 28, 2008

HANYA 48 DARIPADA 20401 CAWANGAN MAHU ABDULLAH BERSARA?

Hanya 48 cawangan daripada sembilan bahagian di seluruh negara setakat ini berani menolak kehendak Majlis Tertinggi UMNO supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikekalkan sebagai Presiden dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timblan Presiden dalam pemilihan pimpinan tertinggi parti di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Disember 2008.

Ini bermakna cawangan-cawangan ini juga secara tidak langsung telah menyanggah formula peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib mulai Jun 2010.

Jumlah di atas memang satu peratusan yang amat kecil kerana keseluruhan 191 bahagian UMNO di Malaysia kini mempunyai 20,401 cawangan.

Tetapi, ini membuktikan kenyataan Abdullah pada 10 Julai 2008, bahawa “formula peralihan kuasa yang dibuat secara muafakat antara beliau dan timbalannya mendapat sokongan besar daripada akar umbi yang mahu melihat parti terus kukuh dan aman” tidaklah diterima oleh keseluruhan warga UMNO akar umbi.

Hakikat ini juga membuktikan kenyataan Najib pada 26 Julai 2008, yang meminta "semua cawangan UMNO yang bermesyuarat supaya tidak lagi membangkitkan usul pencalonan beliau sebagai Presiden pada pemilihan parti itu Disember ini” memang agak sukar untuk diterima oleh warga UMNO di peringkat cawangan.

Tindakan cawangan-cawangan di atas juga tidak pedulikan kenyataan Khairy Jamaluddin pada 11 Julai 2008, yang meminta “pelbagai pihak tidak mempertikaikan tempoh dua tahun peralihan kuasa” Abdullah kepada Najib.

Ketika diminta mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Naib Presiden UMNO, bahawa sesetengah pihak berpendapat tempoh peralihan kuasa tersebut terlalu lama, Khairy yang hanya Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata: “Saya tak mahu ulas panjang mengenai kenyataan pemimpin lain yang mempertikaikan tempoh masa peralihan tersebut. Saya tidak tahu apa motif dan agenda mereka.”

Senarai cawangan-cawangan yang setakat ini menolak Abdullah sebagai Presiden UMNO adalah seperti berikut:

Keseluruhan 39 cawangan dalam Bahagian Gua Musang, Kelantan. Cawangan-cawangan ini mengusulkan supaya UMNO Bahagian Gua Musang mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah selaku ketuanya, sebagai calon Presiden UMNO.

Cawangan Kampung Ubai, Bahagian Pekan, Pahang. Cawangan ini mengusulkan supaya Najib selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan dicalonkan sebagai Presiden.

Cawangan Bukit Kuantan 2, Bahagian Paya Besar, Pahang. Cawangan ini juga mengusulkan semoga bahagiannya mencalonkan Najib menentang Abdullah.

Cawangan USJ2, Bahagian Kelana Jaya, Selangor. Cawangan ini mengusulkan bahagiannya mencalonkan Najib sebagai Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin calon Timbalan Presiden.

Cawangan Air Keroh, Bahagian Bukit Katil, Melaka. Cawangan ini hanya mengusulkan Abdullah melepaskan jawatan Presiden UMNO dan tidak lagi bertanding dalam pemilihan parti Disember 2008.

Sebuah cawangan (nama sebenar belum diperolehi) dalam Bahagian Alor Gajah, Melaka, juga mencadangkan supaya Abdullah mengundurkan diri sebagai Presiden UMNO.

Cawangan Jalan Enggang, Bahagian Ampang, Selangor. Cawangan ini mengusulkan kepada bahagiannya supaya mencalonkan Razaleigh mencabar Abdullah.

Sebuah cawangan (nama sebenar belum diperolehi) dalam Bahagian Pandan, Selangor, mengusulkan “bukan Abdullah” sebagai Presiden UMNO.

Cawangan Desa Jaya, Bahagian Johor Bahru, Johor. Cawangan ini mengusulkan bahagiannya mencalonkan Muhyiddin selaku calon Presiden UMNO.

Cawangan Parit Simis Darat, Bahagian Parit Sulong, Johor. Cawangan ini mengusulkan bahagiannya mencalonkan Najib selaku Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden.

Senarai di atas mungkin tidak mencerminkan jumlah yang sebenarnya kerana tindakan yang dianggap sebagai anti-Abdullah ini tidak langsung dilaporkan oleh media perdana.

Akhir sekali, ramai pengirim komen ke blog ini yang bertanya, berapa banyak lagikah cawangan yang berani membawa usul seperti di atas dan adakah usul berkenaan akan membawa kesan kepada corak pencalonan yang akan dibuat oleh peringkat bahagian yang akan bersidang mulai September 2008?

Wajarlah kita serahkan kedua-dua pertanyaan ini kepada warga UMNO akar umbi yang masih menjalankan persidangan cawangan masing-masing dan juga para pemimpin bahagian yang akan bersidangan tidak lama lagi.

Pokoknya, warga UMNO akar umbi peru insaf bahawa tanpa cawangan, tidak akan ada bahagian, perhubungan dan Majlis Tertinggi UMNO. Ini bermakna UMNO cawangan adalah berkuasa untuk mencartakan destini dan masa depan perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanahair asalkan mereka jujur, ikhlas, tegas, berani, konsisten dan komited kepada misi perjuangan UMNO. – Ruhanie Ahmad

20 comments:

Tayadih Maysia said...

Salam Datuk,

Orang Melayu...kalau dikutuk marah...nak kutuk yang tulis ni pun Melayu...tapi kalau negara sampai dah nak tergadai, ekonomi menjunam, politik kucar-kacir, anak menantu pemimpin kaya raya pun masih nak sokong pemimpin itu juga...tak tahu lagi nak kata apa...semua kat Malaysia ni berpemikiran tahap Pak Din Kadi kah?...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya....

mata-mata pencen said...

Salam Dato'

Kalau pencalonan untuk penentang Sleeping Monk sebagai Presiden tak cukup, maka sudah sah lah bahawa majoriti ahli UMNO mahu UMNO dikafan dan ditalqinkan selepas PRU13 nanti. Amin

zeme said...

Salam Datuk,

Selain percalonan yang diterima YBM Ku Li daripada Cawangan² UMNO Bahagian Gua Musang serta Cawangan Jalan Enggang Bahagian Ampang, terdapat juga usul percalonan satu daripada Cawangan Kelana Jaya Baru UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, satu daripada Bahagian Muar dan dua lagi Cawangan bagi setiap Bahagian Kuala Kedah dan Pokok Sena di Kedah.

Wasalam.

Unknown said...

Salam Dato Ron,

Saya sedang kumpul maklumat di MERBOK dan negeri Kedah,setekat semalam 5 Cawangan telah mencalonkan antara Mahyuddin ,Najib dan Tengku Razali sebagai Presiden dan timbalan Presiden.
Terdapat juga cawangan yang buat usul undi tidak percaya terhadap Pak Lah dan minta Pak Lah letak jawatan sebelum Disember 2008.

Salam hormat

aah(merbok)

Quantum Metal Consultant said...

TDM pernah 'disalahkan' kerana melantik Dolah sebagai penggantinya walaupun pada masa itu bukan sahaja Tun, tetapi seluruh rakyat tertipu dengan lagak 'clean'nya.

Jika Dolah terus terpilih, maka gugurlah 'kesilapan' TDM dan benarlah Dolah terus dan lebih 'bersih' dari dulu. Itu keputusan majoriti ahli UMNO.

Selepas itu, adalah tanggungjawab bersama ali UMNO untuk melihat parti mereka 'ranap' atau terus tegak megah - kluangman

tok janggut said...

Sedara Ron,

Sedarlah sikit, mana mungkin 20,401 cawangan boleh bersetuju dengan cadangan peralihan kuasa tersebut. Kalau ada 1,000 cawangan yang tak bersetuju pun ia masih dikategorikan sebagai kecil, inikan pula 47 cawangan sahaja. Tak sampai 1%.

Unknown said...

bagi saya ini perkara biasa.biasa la tu ada yang menyokong dan ada yang membangkang.tapi kita tengok pada yang majoriti.kalo majoriti menyokong Majlis Tertinggi UMNO supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikekalkan sebagai Presiden dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timblan Presiden dalam pemilihan pimpinan tertinggi parti di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Disember 2008 maka kekallah begitu.jika majoriri bertindak sebalik,maka sebaliknya lah yang berlaku.suara akarumbi ini kuat kerana mereka ramai.kalau akarumbi tak beri sokongan,memang susah la MT.

Teratak Cahaya said...

Datuk,

Saya menyeru semua Cawangan UMNO dalam Negeri Johor Darul Ta'zim agar mendesak Bahagian masing-masing untuk TIDAK mencalonkan DSAAB sebagai PM dan mahukan pelan peralihan kuasa dipercepatkan seperti yang Datuk usulkan dan juga saya juga menyeru pemimpin-pemimpin UMNO Johor agar mendengar suara akar umbi. Kasihanilah kami anak-anak Johor yang berada di perantauan. Sudahlah inflasi tertinggi dalam sejarah, perbelanjaan di bandar besar menelan kos yang tinggi, keperluan perubatan ibubapa perlu disediakan, sebulan sekali mesti pulang ke Johor untuk menjenguk ibubapa yang sudah uzur. Macamanakah lagi kami nak berjimat...saya sebagai bapa bolehlah berjimat dengan berpuasa dan sebagainya. Anak-anak yang perlukan makanan berkhasiat macamana? Takkan nak makan maggi hari-hari baru dikatakan berjimat! Saya sedar lebih ramai lagi orang yang lebih susah dari saya dalam menghadapi suasana GENTING ini...tapi fikir dan timbang-timbanglah sebagai pemimpin adakah KITA telah membuat keputusan dengan TEPAT, ADIL dan SAKSAMA untuk seluruh warga Malaysia. Malaysia bumi bertuah, Kaya dengan alam semulajadi, Kurniakanlah kami pemimpin laksana Hang Tuah, Dalam Menangani inflasi ciptaan Duniawi. Wallahualam.

Teratak Cahaya said...

Datuk,

Saya menyeru semua Cawangan UMNO dalam Negeri Johor Darul Ta'zim agar mendesak Bahagian masing-masing untuk TIDAK mencalonkan DSAAB sebagai PM dan mahukan pelan peralihan kuasa dipercepatkan seperti yang Datuk usulkan dan juga saya juga menyeru pemimpin-pemimpin UMNO Johor agar mendengar suara akar umbi. Kasihanilah kami anak-anak Johor yang berada di perantauan. Sudahlah inflasi tertinggi dalam sejarah, perbelanjaan di bandar besar menelan kos yang tinggi, keperluan perubatan ibubapa perlu disediakan, sebulan sekali mesti pulang ke Johor untuk menjenguk ibubapa yang sudah uzur. Macamanakah lagi kami nak berjimat...saya sebagai bapa bolehlah berjimat dengan berpuasa dan sebagainya. Anak-anak yang perlukan makanan berkhasiat macamana? Takkan nak makan maggi hari-hari baru dikatakan berjimat! Saya sedar lebih ramai lagi orang yang lebih susah dari saya dalam menghadapi suasana GENTING ini...tapi fikir dan timbang-timbanglah sebagai pemimpin adakah KITA telah membuat keputusan dengan TEPAT, ADIL dan SAKSAMA untuk seluruh warga Malaysia. Malaysia bumi bertuah, Kaya dengan alam semulajadi, Kurniakanlah kami pemimpin laksana Hang Tuah, Dalam Menangani inflasi ciptaan Duniawi. Wallahualam.

W M Zain Mahmud said...

Orang UMNO ini bodoh....lah.Tak pandia baca surat dan tak reti sebenar apa yang berlaku Pak Lah tu tak boleh jadi ketua negara seterusnya....fasal apa ? Fasal dia masih tidur. Alah baru naik pelamin....tiap tiap hari minum tongkat ali.kalau tak maka tak ada MU>>ZAKAR>>RAH.

Bodoh ..stupid... banggang....ketul ketuanan melayu nee.

W M Zain Mahmud said...

UMNO macam doremon....kadang kadang geli hati dibuatnya. Kata bodoh tapi bijak.Kata bijak tapi bodoh.

PAS terima muzakarrah syarat bubar parti UMNO dan Pas tubuh parti baru adalah satu cadangan yang menarek. Tapi UMNO akan hilang ditelan zaman.Disamping itu identiti PAS wujud keranan parti baru akan memperjuangkan islam sebagai ajenda utama.

Cadangan nama parti baru...Parti Islam Bersatu Melayu.(PIBM)...Parti Agama Islam Bersatu Malaysia (PAIBM)....Parti Hadari islam Bersatu (PHIB)PAHALAMTU...PASUMNO....atau UMNOPAS...atau UMPANOS...SUMPANO...Parti SUP PAS UMNO....PASUPANO.

peon pencen said...

Mana ada pemimpin besar di dunia yg mahu berundur dgn secara sukarela melainkan TDM sahaja.

Sebagai contoh president Suharto, Marcos dan Taksin, kesemua nye di paksa berundur.
*********************************
Tempoh 2 tahun yg di buat oleh DSAAB itu BUKAN tempoh peralehan. Tetapi tempoh 'cooling off period' dan atur strategi untuk menguat kan kedudukan.
**********************************
Selepas Perhimpunan Agung, kedudukan DSAAB akan nampak gah dan kuat kerana mendapat sokongan besar dari parti.

Oleh kerana mendapat mandat penuh, DSAAB akan terus berkuasa sehingga PUR13.

Selepas PRU13 DSAAB akan berundur. Sebelum berundur beliau akan melantik seorang 'menteri tua' sebagai PM. 'Menteri tua' ini akan melantik KJ sebagai timbalan nye.

'Menteri tua' ini akan berundur sebelum PRU14. KJ akan di lantik sebagai PM.

"SEMUA INI TIDAK MUSTAHIL BOLEH BERLAKU, KERANA WANG!,WANG!,WANG!

PulaiBistari said...

Malas dah nak komen, apalah sibuk2 pasal peralihan kuasa, baik fikir peralihan kerajaan terus, InsyaAllah september ini... tungguu.. Cuba tuan2 ahli umno bayangkan betapa harmoninya malaysia dengan kepimpinan yang jujur, tidak membazir dan paling utama beriman.. katakan i benci umno!!!!

Quantum Metal Consultant said...

Harapan Anwar untuk menerajui kerajaan hancur lebur, dia tak mungkin memang untuk berdepan dengan Ezam, tahniah UMNO..

lamandau said...

Adalah amat sukar untuk menyingkir orang yang sedang berkuasa melalui proses "demokrasi' parti politik. Orang yang sedang berkuasa mempunyai beranika teknik, tektik dan pasarana untuk menentukan tekanan seumpama ini tidak akan memberi kesan. Sejarah Umno menunjukkan bahawa tekanan keatas presiden parti untuk berundur hanya akan terjadi sekiranya ada tekanan dalaman terdekat (inner circle) iaitu dikalangan Timbalan, Naib dan Ahli MT. Ahli dibawah bolih berteriak sehingga pecah kerongkong,namun akan tetap tidak memberi kesan dalam usaha memaksa Pesiden parti berundur. Percayalah, Pak Lah akan terselamat dalam PAU kali ini dan akan terus menerajui UMNO sehingga beliau dan keluarganya merasakan dah bosan, baru peralihan kuasa akan terjadi dan tidak semestinya beliau akan mengota janjinya untuk menyerah kepada DSN!
Kalau kita lihat perkembangan mutakhir ini, percubaan membabitkan DSN dengan isu2 sekarang semakin ghairah diusahakan olih mereka berkepentingan dengan menggunakan jentera yang sofistikated termasuk blogger(s) upahan yang juga menjadi pencetus atau penyibar dakyah tertentu. Saya menjangka usaha ini akan berterusan sehingga DSN tewas tanpa dapat meyerang balas kerana PAU telah berlalu!!!
Jadi apa opsyen terdedah kepada DSN dewasa ini? Tepuk dada tanya selero!! Saya tidak percaya DSN bersikap naif menghadapi kemungkinan ini, beliau mempunyai jentera yang kuat juga. Walaubagaimana pun berapa kuat jentera yang ada ,kalau tidak bergerak atau digerakkan, tidak mempunyai apa2 erti pun. Jangan terantuk baru mengadah!!!

Sang Rajuna said...

Sebenarnya pemimpin UMNO di peringkat cawangan ialah "orang kecil" yang tidak berpengaruh dan berkuasa, berbanding dengan "orang besar" di peringkat negeri dan pusat. Jadi dalam keadaan biasa, tanpa ada tokoh besar lain yang boleh menggerakkan mereka, mana mungkin mereka menentang keputusan yang diambil pucuk pimpinan UMNO?

Ini bukan soal bodoh atau pandai. Tapi soal tidak ada kekuatan atau tidak berdaya , kerana mereka telah begitu lama dikongkong oleh budaya feudal yang menghendaki mereka sentiasa patuh dan setia kepada "orang atas" yang biasanya dibayangkan tidak pernah berbuat salah!

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datuk Ron,



Akan tiba masanya nanti,
Kehampaan rakyat tak dapat dibendungi
Rakyat bangkit menentang bapak menteri,
Tanpa mengira siang atau malam hari,

Segala halangan akan ditempohi,
Biar terluka atau tubuh dicalari,
Walau benteng batu yang memagari,
Rakyat kan tetap bangkit bangun berlari,

Hj.Mat said...

Assalamualaikum Datuk.
Maaf cakap la orang umno sekarang takut nak calum KULI sebab mereka takut tak dapat projek,kerana semua
projek dikendalikan olih orang rembau.
tak kan begitu datuk?
Orang melayu sekarang macam tok kadok

Berita dari gunung said...

Titah Tuanku Jaafar baru-baru ini wajar diberi perhatian. Tuanku melihat ada yang bersungguh mengekal kuasa, dan ada yang bermatian mengejar kuasa.

Kuasa di tangan yang salah, adalah mudharat untuk negara.

Teratak Cahaya said...

Salam Datuk Ron,

Walaupun setakat ni 48 cawangan sahaja yang menolak kepimpinan DSAAB, namun saya percaya beribu-ribu cawangan lagi akan menolak kepimpinan DSAAB. Berkat doa seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara ini dari gejala politikus yang berpolitik untuk kepentingan diri sendiri, Insya-Allah lain-lain cawangan akan membawa USUL YANG SENADA DAN SEIRAMA. Banyak lagi cawangan yang masih belum menjalankan mesyuarat. Tunggulah nanti waktu cuti sekolah. Kita akan dapat lihat suatu tsunami politik kedua berlaku dalam UMNO oleh ahli-ahli UMNO akar umbi UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Allahuakbar!!!