MELAKA MAHU ABDULLAH DAN NAJIB KEKAL TERAJUI UMNO
MELAKA, 9 Julai (Bernama) -- Semua bahagian Umno Melaka akan mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengekalkan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Disember ini.
Mereka juga akan mencalonkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Umno.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Melaka di sini pada 3 Julai lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam satu kenyataan di sini hari Rabu.
Mohd Ali berkata mesyuarat itu dihadiri kesemua enam ketua Umno bahagian di negeri itu.
Sebelum ini, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Selangor turut menyatakan sokongan kepada Abdullah dan Najib untuk terus menerajui parti itu.
-- BERNAMA

6 comments:
Dato Ron yang dihurmati;
Saya tidak merasa hairan atau pun terkejut, kerana dari awal lagi saya sudah tahu akan keputusannya.
Setiap Negeri akan membuat keputusan yang sama. Semuanya KAKI BODEK...Kalau ada yang menentang tentu akan dapat 'habuan' atau tentunya sudah mendapat 'habuan' tersebut. Ini strategi Pak Lah dan menantunya.Percayalah....Allah SWT Maha Mengetahui.
Budaya berpolitik yang merosakkan.Yang kotor.Yang jijik.
Kemanakah hilangnya islam hadhari ?
Nampak nya mereka masih menyokong Pak Lah dan Najib.
Ini lah yang kita mahukan.
Perpaduan antara pemimpin akan menjamin pentadbiran negara yang lebih baik.
Dato Ron yang dihurmati.
Siapa cakap UMNO demokrasi?
Nilaikan sendiri perbuatan dan keputusan pemimpin mereka. Buat keputusan tanpa tunggu keputusan dari ahli-ahli dicawangan.
Apa nilainya ahli di cawangan-cawangan? Hanya sebungkus nasi? Atau hanya slogan Ketuanan Melayu yang telah layu?
Ahli0-ahli UMNO di kampung-kampung kena nilai kedudukan mereka dalam UMNO kerana rakan-rakan di rumah-rumah pangsa telah mula mengubah haluan.
Biarlah Pak Lah dengan pembodek setianya mendayung perahu UMNo menuju gelombang kehancuran!
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
selamat hari jadi tun...
semoga panjang umur dan dapat bejuang lagi kepada malaysia
Kalau inilah yang terjadi, UMNO akan menghadapi senario yang membimbangkan dimasa hadapan. Orang-orang UMNO jangan asyik pandang dalam parti saja, parti komponen yang lain bagaimana. Gerakan dan MCA hampir tak percaya lagi kemampuan pucuk pimpinan untuk membawa perubahan terutama meningkatkan perekonomian khususnya
dikalangan masyarakat Cina. Tanpa sokongan parti-parti koponen lain UMNO tidak akan dapat pergi jauh dalam PRU akan datang. Percayalah.
Post a Comment