Wednesday, July 30, 2008

ALFATEHAH BUAT SEORANG SAHABAT DAN PEJUANG

Di bawah ini adalah berita mengenai seorang veteran UMNO yang disegani ramai. Di era Datuk Harun Idris, beliau tergolongan dalam kelompok pemuda “pressure group” yang sentiasa bersuara lantang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Beliau adalah seorang sahabat dan seorang pejuang. Beliau adalah Datuk Mufti Shuib. Petang tadi beliau kembali ke rahmatullah. Saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada Datin Norlia sekeluarga. Moga-moga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat Allah SWT jua. Al-Fatehah! - Ruhanie Ahmad

MUFTI SHUIB MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR 29 Julai – Bekas Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Mufti Shuib meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, di sini kira-kira pukul 6 petang ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini pukul 10 pagi esok.

Allahyarham yang merupakan bapa mertua kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azman Wahid, meninggalkan seorang isteri, Datin Norlia Osman serta empat anak lelaki dan dua anak perempuan.

Allahyarham, 68, berasal dari Kampung Baru di sini memegang jawatan Ketua UMNO bahagian berkenaan sejak 1986 hingga 2008. - Utusan.

Untuk berita sepenuhnya sila klik link di bawah ini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

2 comments:

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Untuk larangan Dato Seri Adnan pantun ini kon hulurkan:

APALAH UBI KEPADA GALI,
JIKA GALI BERULU BENGKOK;
APALAH UMBI KEPADA AHLI,
JIKA AHLI TUKANG MENGANGGOK.

Kepada Allahyarham sahabat yang pergi ke alam baka:

BERGEGAS-GEGAS KE TANJUNG SENA,
MENJELANG SUBUH DI TANJUNG KERAMAT;
BERAKHIRLAH TUGAS DI DUNIA PANA,
SEMOGA ROH DICUCURI RAHMAT.

AL FATIHAH!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

zeme said...

Salam Datuk,

AL-FATIHAH buat bekas Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Mufti Shuib dan takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya.

Wasalam.