DUA VERSI KISAH MUHYIDDIN
DALAM UTUSAN ONLINE 15.7.8
MUHYIDDIN LEBIH BERPELUANG MENANG JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO
KUALA LUMPUR 15 Julai – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO sekiranya pemilihan bagi jawatan itu dibuat secara terbuka.
Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini berikutan tanggapan umum yang melihat Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang lemah dan tidak pernah mempunyai pendirian sendiri.
Beliau turut membayangkan Muhyiddin akan lebih diterima sebagai Perdana Menteri oleh ahli-ahli UMNO yang tidak dikongkong oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan orang-orang luar UMNO berbanding Najib.
Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan keyakinannya Abdullah akan memanipulasi mesyuarat Agung UMNO Disember ini agar ahli-ahli UMNO mengundi calon pilihannya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat Pentadbiran dan Biro Pengaduan Awam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di sini hari ini. – Utusan15.7.2008 2:04pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

MUHYIDDIN BERPELUANG MENANG - DR. MAHATHIR
KUALA LUMPUR 15 Julai - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO sekiranya pemilihan bagi jawatan itu dibuat secara terbuka.
Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kini wujud tanggapan umum yang melihat Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang lemah dan tidak pernah mempunyai pendirian sendiri.
''Dia (Najib) hanya cakap, selalu cakap, saya sokong, saya sokong, saya terharu. Tetapi dia tidak pernah sebut apa-apa mengenai hasrat rakyat terhadapnya atau bagaimana dia menghormati mereka,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Pentadbiran dan Biro Pengaduan Awam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, keputusan Najib untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO bermakna beliau mungkin terpaksa berdepan dengan Muhyiddin.
''Mengikut amalan UMNO, Najib tidak lagi boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya dia kalah,'' jelasnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
2 comments:
Saya yakin sekiranya Tan Sri Muhyiddin menyatakan pendirian untuk bertanding, beliau akan mendapat pencalonan yang melepasi kuota.
UMNO perlukan pemimpin yang berani mengkritik dan kekuatan ini tiada pada Najib.
Perlu diingat, pelan peralihan kuasa oleh Abdullah Ahmad Badawi adalah agenda mainan masa (buying time) yang disusunatur oleh anak menantu.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Dia boleh menang even as presiden umno.
Najib is not like father like son.
Post a Comment