STATUS QUO KEKUASAAN NEGARA
MESTI DIROBAH DENGAN SEGERA
Ruhanie Ahmad
Perkembangan politik yang sedang menggegarkan tanahair ketika ini adalah satu thriller masterpiece karya pencatur kuasa yang bijaksana. Ia menggabungkan elemen seks, jenayah, darah dan nyawa. Ia dirancang secara rapi. Ia dilaksanakan secara menawan dan penuh sensasi.
Sukar untuk memastikan sama ada thriller ini disediakan oleh satu pihak yang khusus. Tetapi, matlamat utamanya adalah satu - mempertahan, mengukuh serta mengekalkan status quo kekuasaan negara yang wujud sekarang – biarpun lemah, tempang dan telah disanggah oleh rakyat jelata menerusi PRU12.
Malamat ini dicapai menerusi penggunaan plot adu-domba, babak tohmah-mentohmah, adegan perbalahan terbuka dan proses pembunuhan watak atau character assassination secara baling batu sembunyi tangan.
Baca posting sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com
MESTI DIROBAH DENGAN SEGERA
Ruhanie Ahmad
Perkembangan politik yang sedang menggegarkan tanahair ketika ini adalah satu thriller masterpiece karya pencatur kuasa yang bijaksana. Ia menggabungkan elemen seks, jenayah, darah dan nyawa. Ia dirancang secara rapi. Ia dilaksanakan secara menawan dan penuh sensasi.
Sukar untuk memastikan sama ada thriller ini disediakan oleh satu pihak yang khusus. Tetapi, matlamat utamanya adalah satu - mempertahan, mengukuh serta mengekalkan status quo kekuasaan negara yang wujud sekarang – biarpun lemah, tempang dan telah disanggah oleh rakyat jelata menerusi PRU12.
Malamat ini dicapai menerusi penggunaan plot adu-domba, babak tohmah-mentohmah, adegan perbalahan terbuka dan proses pembunuhan watak atau character assassination secara baling batu sembunyi tangan.
Baca posting sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com
11 comments:
Setuju dengan datuk ruhanie.
ada tangan lain yang tengah mengarah wayang politik kita.
sekadar bertanya,
adakah kewajaran untuk mengistiharkan darurat supaya pembersihan politik tanah air secara maksima dapat dilaksanakan?
saya ada membuat posting di blog saya berkenaan kewajaran darurat diistiharkan.
tq
http://tingkat4.blogspot.com/
Apa yang dikatakan itu benar! Kerajaan cuba alihkan isu pokok seperti rasuah, korupsi dan kebejatan ekonomi Malaysia! Hidup Kuda Kepang!
-www.gunungraya.blogspot.com
Saya rasa blog page anda amat menarik. Sekarang ni, saya bingung dengan senarion politik semasa. Saya harap blog page anda akan sentiasa 'stay true'...
A.kum Datuk,
1. Dari dulu lagi saya telah berkali-kali mengatakan apa yang berlaku dinegara kita sekarang ia hanyalah 'satu drama'?
2. Sebuah drama yang Pengarahnya 'misteri'?
3. Saya harap drama ini akan membawa 'Faedah dan Kebaikan' kepada seluruh umat Melayu Islam dinegara ini.
http://suarasukj.blogspot.com
Dato Ron yang dihurmati.
NASI LEMAK SEDAPNYA RASA,
BAWA SERTA JAMUAN DI PAYA;
BILA SI TAMAK PERTAHANKAN KUASA,
RAKYAT JELATA MELUAT MELOYA.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Filem Terbaru ARAHAN P. .......
Jangan Liwat Daku
Perbalahan dua lelaki yang ingin menjadi PM.Mari kita lihat siapa yang kena.Menang jadi arang kalah jadi abu.Yang menang mungkin USA,yang ketawa mungkin SINGPURA dan yang merana MELAYU.
Saya lemas dengan kenyataan yang cetek dan cepat bertukar. Gaji 2 kali sebulan adalah contohnya. Saya masih hairan kenapa siling pampasan petrol di Pejabat Pos adalah untuk 5 (lima) buah kenderaan. Mungkin Khairy dan Nazri saja yang ada 5 kenderaan (atau lebih). Lalu saya ingin bertanya siapakah sebenarnya Rasputin dalam kerajaan sekarang?
Bila Abdullah keluarkan kenyataan bagaimana beliau rasa pelik dengan keadaan negara yang berserabut dengan fitnah itu dan fitnah ini, saya tidak pula rasa pelik.
Sebaliknya saya kecewa kerana Abdullah sudah "out of touch" dengan dunia dan realiti. Lagu songsang ini sudah lama berkumandang sejak beliau menyorok belakang tabir "keterbukaan" yang mengelirukan.
Bila anak Karpal Singh dibenarkan dalam media perdana mencerca Yang DiPertua Dewan Rakyat dengan kata-kata " Dia ingat dia siapa?", saya jadi kaget.
Bila Shahrir membisu dalam gawat kenaikan harga saya yakin beliau terkeliru dengan ungkapan "senyap yang anggun" Musa Hitam.
Saya kecewa dengan Kerajaan kini. Keadaan sering menunjukkan bahawa sesetengah keputusan dan kenyataan adalah bersifat cetek, tidak sensitif dan bukan dibuat dan diteliti oleh orang yang pakar.
Kecetekan pemikiran adalah seburuk meletak "budak berlagak hero" bertanding di Baling, sedangkan semua orang tahu bahawa Baling adalah gelanggang untuk Ustaz dan Ustazah sahaja. Musa Hitam sendiri boleh sahkan kenapa Pusara Memali masih berdendang sayu.
Saya rasa malu dan kecewa dengan Kerajaan kini. Kalau Umno dan Abdullah adalah tonggaknya, sayulah semangat anak-anak Melayu. Airmata akan bercucuran bila tiba masanya nanti, dan tidak ada apa-apa lagi yang berguna selepas itu.
Mungkin berundurnya Abdullah akan menyegarkan semula jiwa Melayu yang teruk terhakis. Negara ini harus dipulihkan sebelum terlewat.
salam datuk..
ada betulnya telahan datuk..sebab apa yang berlaku sekarang ini macam ada dalang besar di sebaliknya dan amay menyedihkan rakyat malaysia terutama umno. unsur unsur politik yang dimainkan sekarang mirip kepada The RealPolitic Barat yang melibatkan pelbagai elimen negatif asalkan matlamat tercapai. oleh itu tidak mustahil juga mastermind nya bermindakan barat. suatu hari pasti diketahui juga..
Datuk,
Mungkin tak juga menghairankan jika Amerika sendiri yang akan membunuh Anwar untuk tujuan perangkap Malaysia pula.
Yin & Yan
Dato yang dihurmati;
Saya yakin ini adalah angkara SI TUA BODOH dan SI MUDA yang GILAKAN KUASA.
Post a Comment