PERDANA MENTERI JANJI NEGARA AKAN TERUS AMAN DAN SELAMAT
PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan memastikan Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan selamat walaupun negara kini dipengaruhi oleh persepsi yang tidak baik kepada negara dan kerajaan.
"Kerajaan mahu memastikan suatu suasana di mana rakyat tidak perlu bimbang atau takut dan mereka berupaya memberikan tumpuan kepada isu utama bagi memastikan mereka dapat mengatasi masalah yang dihadapi sekarang dan melakukan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan syarikat atau organisasi yang mereka wakili," kata Perdana Menteri. – BERNAMA, 6 Julai, 2008, 19:56 pm
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=344321
18 comments:
Datuk Ron,
Adalah fardhu kifayah bagi pemimpin untuk menjamin kesejahteraan pengikutnya. Dengan ikhlas seorang pemimpin mesti menjamin insya Allah akan semua kebahagian ummah bagi tujuan dunia mahu pun akhirat.
Semua perkara yang melibatkan fitnah perlu diuruskan dengan telus supaya tidak ada yang menanggung dosa. Oleh yang demikian sebagai seorang Melayu dan Islam kita semua berdoa kepada Allah supaya kemelut yang sedang dihadapi oleh negara Malaysia yang dicintai ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdepat dengan izin Allah.
Salam,
kita sama-sama doakan kpd ALLAH agar negara kita terus aman & damai. Kita doakan juga agar semua penyangat dan perosak bangsa, agama dan negara akan dilaknati ALLAH hendaknya....
"Sesungguhnya aku insan yang cintakan keselesaan & kedamaian..!"
Kenyataan Dollah kita hormati. Tapi bolehkah kita percayai? Dia dan seringkali cakap tak serupa bikin. Ini masalahnya.
Kita memang selamat. Selamat menderita. Dulu RM50.00 dapat satu tangki minyak kereta proton. hari ni RM50 setengah je. Ini namanya selamat. Lagi pun, Pak Lah mana selalu cakap yang boleh kita pegang sampai bila-bila. Hari tu cakap BN akan menang besar. Dua hari lepas tu BN nyaris-nyaris lingkup di Dewan Rakyat. Habis macam mana, nak percaya cakap dia yang rakyat akan selamat?
Salam Dato' dan semua pembaca,
Benar dan memang benar kita harus hormati apa pun pemimpin nak beri jaminan kebaikan kepada rakyat dan negara tetapi persoalannya jaminan DS Abdullah ni boleh pakai ke lagi?
Dah banyak kali tak terkira dah... macam-macam dia pernah beri jaminan tapi semuanya haprak satu pun tak boleh pakai. Kesimpulannya di sini, adalah juga BERDOSA hukumnya bersubahat menyokong PEMIMPIN PEMUSNAH yang secara nyata telah mengkhianati agama, bangsa dan negara.
Akhirkata, saya juga berani memberi jaminan bahawasanya, DS Abdullah tidak akan sekali-kali mampu menunaikan apa sahaja yang dicakapkannya. Hanya tunggu dan lihat.
Wassalam!
PEMUDA PELAPIS
www.pemuda-pelapis.blogspot.com
"Saya berharap rakyat akan bersama saya untuk beri perhatian kepada usaha-usaha mengatasi segala masalah dan cabaran yang dihadapi hari ini agar kita dapat menjamin keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat," kata Abdullah.
---
Kata kata Pak Lah pada barisan ayat yang terakhir adalah satu satu retorika yang amat jelas yang membawa makna dan meminta rakyat menyokong beliau pada saat krisis dua tokoh yang sangat menggugat kedudukannya iaitu DSAI dan Najib. Beliau mengolah keadaan ini untuk mendapatkan pengaruh kembali daripada rakyat yang sejak akhir2 ni telah luntur. Perkiraan beliau adalah supaya mendapatkan keuntungan daripada apa yang berlaku pada kedua-dua batu penggugat kedudukannya.
Dato Ron yang diburmati.
ANGKAT PAPAN TEPUK BELALANG'
KAYU MATI HANYUT TERAPUNG;
KALAU MENYIMPAN TELUR TEMBELANG,
PECAHNYA NANTI BUSUK SEKAMPUNG.
Tak kan Pak Lah tak faham maksud pantun kon tu! Ke dia sama tak guna! Kalau gitu cepat-cepatlah bawa diri!
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Salam Dato;
"Ya, kita menyampah, mual dan loya dengan permainan politik para pembesar dan masalah yang mereka bebankan ke atas bahu rakyat jelata."
Sebagai rakyat saya memang merasakan apa yang seperti rakyat jelata yang lain rasakan. "Ya, kami menyampah, mual dan loya dengan permainan politik para pembesar dan masalah yang mereka bebankan ke atas bahu rakyat jelata.
Pada akhir era TDM berakhir & bermula Dollah Badawi saya melihatkan visi atau wawasan kebanyakan orang yang melibatkan diri dalam politik adalah kerana kepentingan peribadi, nak dapat projek, nak kayakan diri sendiri, anak beranak dan yang sewaktu dengannya.
Ini terbukti bila seorang sahabat yg menjadi naib ketua pemuda bahagian bersyukur tidak terpilih sbg calon selepas kekalahan besar BN dalam PRU12 kerana katanya skrg 'SUSAH CARI MAKAN' kerana rakyat dah celik dan memerhati apa yang dilakukan oleh mereka.
Selepas era TDM berakhir saya tidak dapat melihat sesuatu yang dapat dibangga sebagai seorang rakyat M'sia yang dapat memberi manfaat kepada rakyat marhain. Ya mmg ada projek2 besar yang dilaksanakan tapi apa yang dapat dirasakan oleh rakyat kebanyakan????
Kebanyakkan pemimpin terlalu sibuk berpolitik untuk mengekalkan jawatan masing2 agar KANTONG/POKET/PERUT mereka dapat diisi dulu.
Masalah dalam negara tidak pernah selesai. Badan Kehakiman, POLIS dan BPR menjadi badan yang diragui KETELUSAN MEREKA. Ya, bukan semua mereka terlibat malah ada juga yang membenci sikap PEMBODEK/PENGAMPU KETUA2 mereka di atas yang tidak telus dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Masalah PATI di negara ni sukar sangatkah nak diselesaikan???? Kalau kerajaan yang mengizinkan kemasukan mereka ke negara ini, tentu mereka ada langkah2 untuk mengawal mereka2 ni tapi apa yang dilihat sekarang PATI ini telah menguasai kegiatan ekonomi/peluang kerja rakyat tempatan. Pasaraya di tempat saya pemiliknya lebih percaya dengan PATI dari warga tempatan, saya menjadi rimas dengan suasana ini.... tapi saya tak ada pilihan...
Akhir kalam saya dapat merasakan bahawa PEMIMPIN2 yang ada hari adalah pemimpin2 yang tidak JUJUR dan mempunyai kepentingan PERIBADI apabila memilih jadi pemimpin....
Mereka lupa bahawa di akhirat kelak mereka akan DITANYA tentang kepimpinan mereka...
Dua perkara saya SETUJU dewasa ini:
1) Isytihar DARURAT seperti yang dicadangkan oleh Dato
2) Seruan Hj Hadi supaya kembali kepada ajaran ISLAM sebenar....
sebagai pemimpin, rakyat bukan hanya mahu mendengar ucapan, slogan, saranan dan janji mahu pun jaminan yg kosong.rakyat mahu pelaksanaan demi kualiti hidup yg lebih terjamin.Kuasa telah diberi oleh rakyat kepada dolah sejak 4 tahun yg lepas, tetapi apa hasilnya kepada rakyat?
Sy ada mendengar cerita tentang dubai, sebuah kawasan tandus.untuk menanam taugeh pun payah.tetapi rakyatnya tidak keputusan bekalan makanan.kita sebagai pengeluar TERBESAR minyak kelapa sawit, tetapi tiap kali hampir musim perayaan, akan tiadalah minyak masak di pasaran.begitu juga dgn barang2 keperluan lain.jika benda yg macm ini pun kerajaan gagal untuk mengawal,untuk apa lagi dolah diberi kepercayaan mengepalai negara?
Dato' Ron,
Tak caya lah.
Semuanya bermula dari chedet.
Harap semua rakyat Malaysia dapat komen berkenaan perkara berikut. Kenapa Pengakuan Sumpah RAJA PETRA DAN BALA yang terang-terang adalah daripada "hearsay" atau dengar daripada pihak ketiga atau khabar angin MENJADI BUALAN dan PEKIKAN semua orang TERUTAMANYA PARA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM yang kononnya betul tetapi PENGAKUAN SUMPAH oleh BEKAS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA yang dibuatnya sendiri atas apa yang dia lakukan sendiri TIDAK DIAMBIL BERAT?
Pengakuan sumpah yang mana benar? dari yang dengar orang kata ke atau dari org yang melakukan??
Rakyat masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan lapuran siasatan BPR tentang pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.
Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.
Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.
Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.
Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.
Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat dan cela. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini? Rakyat mahu jawapannya.
Dato Ron
Boleh kah Rakyat Malaysia terima kata kata Pak lah bulat bulat. Pak Lah ataupun Pak De ini terkenal dengan FLIP FLOP nye.
Dia seorang Pemimpin Melayu (kacukan Melayu Cina - OK lah!) yang paling banyak kelentong Rakyat Malaysia, di perbodohkan siang dan malam.
Adakah Malaysia akan aman sejahtera jika FLIP FLOP mendapati keadaan kerusi tidurnya tergoyang goyang yang akan menghumbankan nye ke dalam jel, sama seperti para para Hindraft?
Ketahui lah bahawa mereka mereka yang kaki tipu seperti Pak Lah ini tidak lain hanya menipu diri mereka sendiri, dan azab yang menanti mereka di alam kubur adalah amat menyiksa kan.
Sesungguh nye seksaan di dunia itu benar, hanya perhati kan raut muka Pak Lah tiada senyuman murni, tapi raut raut panggilan Syaitan yang di rejam.
Renungi lah bersama agar kita semua tidak ter ikut ikut jejak jejak Mr FLIP FLOP mengharungi panggilan ke neraka kerana menganiaya rakyat nya, ketika dia menjadi Pemimpin.
Salam Datuk,
Pak Lah berjanji...?!?
Hahahahahahahahahahahah...
Saya tak mau komen, saya hanya mahu ketawa.
salam dato'...
pendapat sy hampir sama dgn pendapat pengunjung blog dato' yg lainnya...BLEH CAYA LAGI KE MAMAT NIH CAKAP???
Sifat dan perangai manusia ini berbeza. Dalam pengamatan saya Pak Lah bukannya pemimpin dan pejuang dalam erti kata yang sebenar. Dia hanya bolih memimpin kumpulan kecil bukannya sebuah negara. Beliau lebih mirip kepada seorang pentadbir ataupun manusia yang rela diperintah dari memerintah.
Seorang pemimpin dan pejuang harus mempunyai banyak idea, tegas dan berani menghadapi rintangan dan cabaran. Mengotakan apa yang dikatakan. Berani saya katakan Pak Lah tidak termasuk dalam kategori ini. Pak Lah lebih banyak mengharapkan idea dari orang lain. Tidak bolih membuat on the spot decision. Itulah sebabnya banyak idea-idea datang dari menantu beliau dan tingkat 4. Dan saya tidak akan percaya on the spot decision Pak Lah kerana ianya tidak akan berlaku. Dan satu lagi sifat bukan pemimpin dan pejuang ialah peminpin yg sebenar tidak akan tidor dalam mensyuarat. Seorang pemimpin akan memberi idea dan pelan tindakan. Bukan listener. Pak Lah adalah listerner.
Dalam kalangan DPM dan TPM Malaysia tidak ramai pemimpin dan pejuang kecuali Tun Abd Razak, Tun Ismail, Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim. Berani saya katakan tidak seorang pun MT umno sekarang mempunyai sifat begini kecuali dan mungkin Dato Fuad Zakarshi.
Demi masa depan Malaysia dan rakyat saya cadangkan Pak Lah dan Najib meletakkan jawatan. Biarlah orang lain mengambil alih.
Assalamu'alaikum Datuk
That must be the 'most laughable joke of the century..!!!' Safe and peaceful from what? Where is Sharlene? Peaceful demonstrations ends with more arrests and police brutality? Where's the missing millions gone or to make matters worse my mum's gas-cooker and a big 'a tempayan' of rice were stolen yesterday when she was out attending the neighbour's funeral...!!!..
Dato'
Saya amat bersetuju dgn pendapat para pembaca di sini, memang benar PL selalunya beretorik, cakap lain buat lain dan selalu flip flop.
Di sini saya nak minta dato' komen ttg syarat baru PL :
PL mahu semua bahagian dirasmikan oleh ketua bahagian dan semua mesyuarat di cawangan UMNO, Pemuda dan Wanita dibuat berkelompok.
Bacaan saya, strategi PL adalah utk:
1)Menyekat DSN, Muhyidin dan Rais dari mengancam beliau, kerana mereka tidak dibenarkan ke bahagian
maka sudah tentu peluang untuk lobi ketua bahagian kurang.
2)Ketua2 bahagian, ramai org2 beliau dan tentunya pencalonan utk beliau selamat...baca Penang
3)Ketua2 bahagian telah dibeli dengan jutaan RM...ingat tentang pemberian jutaan RM kepada bahagian2
4)KJ telah dapat menghidu, ketua2 bahagian semakin kempis poket kerana ekonomi merudum dan banyak projek tiada dana...roadtour KJ sgt merbahaya, jika dia tiba2 umum nak bertanding Naib Pres. saya tak terkejut.
Mesyuarat cawangan berkelompok saya lihat cuba dieksploitasi PL:
1)Dgn 3 mesyuarat berjalan serentak alasan paling sopan PL...jimat belanja dan masa tetapi cuma wayang.
2)PL atau KJ telah terima banyak info, mereka akan didesak berundur, letak jawatan atau menghadapi undi tidak percaya, jadi masa yg sedikit diharap akan dapat menutup banyak mulut.
3)Kalau ketua bahagin boleh dibeli...ketua cawangan???...Kubang Pasu???
Jadi, saya minta komen dato'tentang isu ini. Saya dah nampak kod tataetika dah tak berkesan, ini cara baru PL utk menang selesa. Terima kasih.
Dato yang dihurmati;
Apakah Perdana Menteri kita NYANYOK atau dah hilang ingatan? Kenapa secara tiba tiba pula ingat akan masaalah Rakyat. Heran saya dibuat dengan berita ini.
Apakah selama ini beliau sudah lupa akan tanggung jawab beliau sebagai Wakil Rakyat yang di pilih olih Rakyat.Apakah beliau hanya ingat Rakyat memilihnya untuk menyenangkan beliau dan keluarga, sanak saudara dan kuncu kuncunya. Lihat sajalah kehidupan beliau dan keluarganya....terlalu mewah dengan tingkah laku yang bodoh sombong.JENIS MAKLUK APAKAH MEREKA SEMUA INI???
Maaf, kerana saya beremosional disini. Ini adalah kerana saya benar benar mengenali Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau susah pabila mengikut Team B ketika itu.
Semenjak beliau memenantukan Si KJ, maka pendiriannya terus berubah, mengikut rentak Si Budak yang gilakan KUASA itu.
Post a Comment