Tuesday, July 01, 2008

ISA SAMAD JADI PENGERUSI FELDA?

Sumber-sumber Mubarak Wilayah Persekutuan memberitahu blog ini hari ini bahawa Tan Sri Isa Samad telah dilantik sebagai Pengerusi FLEDA yang baru menggantikan Tan Sri Dr. Yusof Nor. - Ruhanie Ahmad

23 comments:

bronaga said...

orang yang telah didapati bersalah tak usahlah diberi jawatan yang melibatkan wang rakyat

momsaurus said...

Mengapakah orang yang telah dibuktikan mengamal rasuah diberi reward?!!! Orang UMNO seakan-akan tidak endahkan moral pemimpin. Kalau negara lain, orang seperti ini dah bersara dan duduk senyap-senyap kat kampung.

Tidak cukupkah hidup rakyat bertambah susah. Nak letak lagi pemimpin yang mencuri duit rakyat??? Bukankah laporan morgan stanley menyatakan 300Billion duit rakyat dibelanjakan untuk rasuah. Masih lagi nak letak pemimpin yang mengamal rasuah menjadi ketua di organisasi yang memegang duit rakyat. Kerajaan Malaysia tidak tahu maluke???

Saya rasa hampa dan gerammmm!!!

MoneyMatters said...

Salam dato'

Aikk, baru bebas dah dirasuah dgn pangkat?

Nampak dah Najib sedang mencari sokongan skg ni. Memandangkan Felda berada di bawah seliaan Najib.

ilhamghaz... said...

biasala inilah keje orang umno...saya orang n9 tau sangat politik isa pendek..bagus juga umno bela orang mcm ni..memang rumah umno nak runtuh sebab suka bela anai-anai.

bujai said...

plse la, bro ron!

isa is not fit to hold any position in the govt agency. those who were doomed for money-politics should not preside any profit-making organisation.

isa has had his days. let others take up the position.

politicians should be barred from holding any position in such agencies. leave it to the corporate figures as they are better-off in managing money.

so, tak payah la bagi orang politik pegang jawatan. kita dah tgk macam mana persatuan sukan diterajui oleh orang politik - bungkus!

let isa manage his own businesses, not managing others. afterall, he will contest in the umno elections in december. he may need money for that.

dah la tu! baik pegi shamelin je! jom!

bond said...

Yes FELDA - thats the way to Go!

Now its a chance for rural poor Malays in Kampung Feldas make a quantum leap into Construction sector from Agricultural based, where the real money is.

For a start, construct a 4-Coaches Monorail, UnderGround Tunnel, and 6-lanes highways between to and from FELDA Office, Kuala Lumpur and PutraJaya and also to Tan Sri Md Isa residence in Seremban.

Way to go to increase the Poverty levels of the hardcore Bumiputras.

Thumbs Up!

pemerhati said...

Salam Perjuangan Anak Johor kepada semua pembaca budiman.

Sriwgi-SBG

generasi said...

emm bn mmg nak cari masalah besar...
emm mungkin malaysia akan jatuh ke tangan pakatan rakyat

spycatcher03 said...

Tak hairan Dtk, kalau Pak Lah bolih lantik Zaid Ibrahim, apa salahnya lantik Mat Isa, dua2 bekas 'didapati bersalah politik wang'!!! Kalau DSN yang melantik Mat Isa, saya DSN lebih stratejik. Mat Isa ada pengaruh, sedangkan Zaid ada apa? Ibrahim ali cepat sangatnak melatah, kalau tidak mungkin beliau jadi Menteri Dalam Negeri!!!!
Itu lah hakikatnya Dtk, apabila kita mempunyai pemimpin yang beraja diperut bersultan dihati... kun fayakun!!!

Juraimi Zainal said...

elok lah tu, bagilah jawatan tu kat puak-puak politik hang pa... lagi bagus.... cepat lah UMNO bungkus...

mujahidin said...

kepada saudara yg memberi komen,

Kesalahan yg dijatuhkan terhadap isa samad, sememangnya bermotifkan politik semata2 utk menjatuhkan beliau. Dan perlu diingat bahawa yg menjatuhkan hukuman dan yg jalankan siasatan ialah Lembaga disiplin UMNO bukannya polis. Cara judgement pun tak seperti mahkamah. Sekiranya benar skali pon dakwaan politik wang terhadap beliau, bersih sangat kah pemimpn politik yg lain termasukla UMNO/PAS?PKR/DAP? Tny la Dato' Ruhanie sendiri.. beliau pun tentu arif.

Yang arif sekali ialah orang2 UMNO yg telah mengundi beliau pada pemmelihan yg lepas. Yg kita ingat hanyalah kesalahan beliau...Jasa dan pengorbanan beliau tidak pernah kita fikirkan lnsg.

Kepada saudara ilhamghaz,
benarkah awak mengenali isa samad? sejauh mana saudara tau politik isa samad??

Hang-Jebat said...

Jika benar bagai di kata, amatlah memalukan dan mendukacitakan. Pada hamba Felda kini lubuk wang. Sepatutnya Felda dilantik golongan profesional terutamanya bekas pegawai tertinggi kerajaan yang sudah bersara. Umum diketahui, Felda merupakan aset melayu/bumiputera yang penting. Sepatutnya aset ini dijaga dengan telus.
www.hang-jebat.blogspot.com

mujahidin said...

Orang yg telah terbukti mengamalkan rasuah seperti isa samad hanya didapati bersalah oleh lembaga disipllin umno bukannya BPR /polis/mahkamah. Cara penyiasatan dan kehakiman pon tertakluk pada budi bicara org yg menghakimi bukannya pada akta2 terentu. Yg menghakimi plk telah dipegang oleh org2 atas yg tertentu. Para perwakilan semua tau akan perkara ni.

Kalau benar skali pon bersalah, berilah peluang pada beliau. Lihatlah sama jasa dan pengorbanan beliau. Jangan yg buruk jek yang nampak. Apa bersih sangat ke semua pemimpin politik yg lain (UMNO/PAS?PKR?DAP etc.)?

kluangman said...

Mohon laluan:

Anwar yang hanya menanti masa dan ketika untuk menjadi PM merasakan beliau perlu kelihatan dan nampak bersih dai imagenya yang tercalar akibat peristiwa lama (dituduh liwat ketika zaman Mahathir).
Anwar tidak sanggup menjadi PM selagi peristiwa tersebut tidak dipadamkan terus dihati rakyat yang masih percaya ia dbenar benar berlaku. Semua ini memnghantuinya sejak sekian lama, lenanya terganggu dengan wajah wajah Mahathir di mana mana.

Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, untuk memenangi hati rakyat, drama yang hampir sama dilakonkan semula.

Di pendekkan cerita...akhirnya di mahkamah, Anwar didapati tidak bersalah dan digambarkan 'ada satu tangan ajaib' telah menjadi konspirator untuk menjatuhkan Anwar. ( Pada masa mahkamah membuat keputusan tersebut, Anwar sudahpun menjadi PM ).

Inilah rentetan peristiwa yang Anwar perlu buat sebelum dia memegang kuasa sebagai PM, dia ingin kelihatan hebat dan bersih sejak dahulu lagi hingga sekarang.

Masa akan menyebelahi siapa? Menyebelahi ANWAR atau menyebelahi KEBENARAN. Mungkin Anwar telupa tentang hakikat tersebut.

zGreat said...

apa nak jadiklah zaman sekarang nie...perosak Guthrie jadik menteri besar selangor, tauke JE pulak nak naik jadik tauke FELDA? konfuse-konfuse! dulu ada ura-ura supaya FELDA hanya terlibat dengan aktiviti pertanian shj, aktiviti yg lain perlu dihentikan...tapi tak berjaya. mungkin ini salah satu langkah untuk mencapai matlamat tersebut? kesian kat kawan-kawan yg kerja dengan anak syarikat FELDA..takpelah kawan-kawan kita ngeteh kat dataran sarang buaya lepas nie, biar aku belanja! Assalamualaikum.
http://zgreat.blogspot.com/

Unggal said...

Aslmkum Datuk
Kesian Allahyarham Tun Razak... tergolek-golek dalam kubur..!!.. mengenangkan apa dah terjadi dengan misi sebenar Felda ditubuhkan... mula-mula beri pada (you know who) dan sekarang...??...oh my God..!! Tak puas-puas UMNO masakini memilih calon -calon yang mempunyai rekod...!!

Salam Perjuangan

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

PERGI KE PAYA BAWA LADA,
NASI PULUT BERSAMBAL LIMAU;
APALAH NASIBNYA ORANG FELDA?
LEPAS MULUT BUAYA KE MULUT HARIMAU!

kudakepang said...

Komen di bawah ini adalah kiriman BUNDEL. Saya terpaksa edit komen beliau kerana mengandungi kata-kata yang mungkin menyebabkan BUNDEL dan Kuda-Kepang terheret ke kancah undang-undang. Harap Maaf. Bagaimanapun, saya hormati luahan perasaan BUNDEL. Pastinya beliau mempunyai sebab untuk jadi emosi dan marah. Salam takzim – Ruhanie Ahmad

“ISA SAMAD NAK DILANTIK JADI PENGERUSI FELDA? HABISSSS!!!!! KALAU MACAM NI MAKIN TERTINDAS LA RAKYAT.” - BUNDEL, 12:25 PM, 2 JULAI 2008

Berita dari gunung said...

Syabas Tan Sri Isa Samad. Tuan beruntung kerana tidak perlu berada dalam kemelut politik kini dan PRU yang lalu.

Dulu tuan boleh bersabar dengan Orang Kuat Lenggeng, tetapi Dato Mohamad Hassan lain pulak.... Tan Sri simbol manusia yang boleh urus pelbagai hal, baik susah baik senang. Dato Mohamad Hassan tidak.

epain said...

msia ni dah kurang sgt ke bijak pandai?

bebalik org politik...pengerusi mara, felda, gabem n pelbagai lagi...

semuanya org politik...especially bekas menteri...

apa? felda takde yg berjaya ke?...bagilah jawatan pengerusi kpd yg dtg drpd felda...hanya org felda shj tau apa yg felda perlukan....

shastrishah said...

Tuan,

Sesiapa yang kerajaan nak lantik dalam apa juga tugas ialah hak kerajaan (prerogative). Tetapi mesti ada beberapa kriteria. Antaranya amanah, berhemah dan ikhlas lagi jujur. Jika seseorang itu mempunyai sifat yang diragukan, dan pernah pula dihukum atas sebab-sebab yang terbukti, maka perlantikannya akan juga diragui. Orang yang melantiknya juga akan diragui. Semua pihak yang ada kena mengena dengan perlantikan ini akan diragui. Isa, Najib, Abdullah Badawi - semua diragui.

Tidakkah ada individu lain yang lebih layak? Apakah ini cara mencari pengaruh? apakah ini tanda@ bahawa Isa sedang diberi petunjuk bahawa beliau direstu untuk kembali ke kancah politik Umno di peringkat atas?

Perlantikan ini sama dengan Zaid Ibrahim. Buat salah, dan kemudian jalani hukuman, dan balik dengan pangkat yang lebih tinggi! Hebat negara kita!

MEDIA WATCH
shastrishah.blogspot.com

sheron said...

dulu orang tak kenal felda pun, lepas yusof nor tolong naikkan nama felda tanpa motif politik (sebab dah pencen from politik), biasalah habis madu sepah di buang. Yang peliknya, isa belum dapat surat lantik pun tapi dah heboh satu malaya, pelik bin ajaib. Ada agenda tertentu untuk pemilihan UMNO nak datang ni kutttt

Letting the time pass me by said...

Macam nak bagi bagi ex-gratia aje..

Yela... Tan Sri Isa tu bukan masuk mahkamah pun, cuma lembaga displin UMNO yang mengatakan beliau bersalah....