SINGAPURA MAHU BELI 100 PESAWAT KALIS RADAR F-35
WASHINGTON 8 Julai – Singapura menunjukkan minat untuk membeli sehingga 100 pesawat F-35 Joint Strike Fighter keluaran Lockheed Martin Corp untuk beberapa dekad akan datang, sekali gus menyamai pelan pertahanan udara Israel.
“Israel menyatakan mereka mahu membeli sehingga 100 pesawat. Singapura juga pada asasnya menyatakan perkara yang sama,” kata Ketua Program Pentagon, Mejar Jeneral Charles Davis.
Pembangunan F-35 yang merupakan pesawat kalis radar dibiayai bersama oleh Britain, Itali, Belanda, Turki, Kanada, Australia, Denmark dan Norway.
Amerika Syarikat (AS) pula merancang untuk membeli sejumlah 2,443 model F-35 termasuk 1,763 untuk Tentera Udara AS dan 680 untuk Marin dan Tentera Laut dengan kos dianggarkan AS$299 bilion (RM986.7 bilion).
Beratus-ratus pesawat model ini mungkin dijual ke seberang laut bagi menggantikan F-16s keluaran Lockheed dan F-18 keluaran Boeing.
Davis turut meramalkan Jepun akan secara rasmi meminta harga dan maklumat mengenai F-35 menjelang hujung tahun ini dalam prosesnya memilih pesawat pejuang generasi baru.
Jurucakap Lockheed Martin, Tom Jurkowsky berkata, program F-35 kini melalui “kemajuan teknikal memberangsangkan terutamanya dalam konteks pesawat paling kompleks pernah dibuat.”
Penerbangan ujian pertama bagi versi mendarat dan berlepas secara konvensional dilakukan pada 15 Disember 2006.
Antara pesaing utama model F-35 adalah Gripen keluaran Saab; Dassault Rafale; MiG-35; Sukhoi Su-35 dan Eurofighter Typhon keluaran konsortium syarikat Britain, Jerman, Itali dan Sepanyol. – Reuters
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm
Komen:
Hari ini, kita telah hilang kedaulatan Pulau Batu Puteh; kita telah batalkan Jambatan Bengkok yang strategik kepada pertahanan negara; pemerintah kita pula mungkin merestui satu jambatan raya atau super-bridge yang kalis bom dan strategik kepada pertahanan jiran selatan dibina untuk menghubungkan Singapura dengan Nusajaya dalam Wilayah Iskandar di Johor Bahru.
Dengan latarbelakang ini, sila rincikan berita di atas dengan penuh keinsafan terhadap masa depan cucu-cicit kita. – Ruhanie Ahmad

4 comments:
Dato Ron yang dihurmati.
DATO RON JUAL:
DI DALAM SAUJANA MEMINTA RESTU,
BAKAR PELITA MENCOLOK SUBUH;
DALAM SUASANA TIDAK MENENTU,
WAJAR KITA BERPELOK TUBUH?
KON JAWAB:
BAKAR PELITA MENCOLOK SUBUH,
CAHAYA TERTAMPAN TIRAI BERTABUR;
JIKA KITA BERPELOK TUBUH,
TARAF BERKAPAN KE LIANG KUBUR.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Salam Datuk,
Malaysia memerlukan satu dasar luar dan dasar pertahanan yang sensitif kepada perkembangan geopolitik di selatan tanahairnya. Untuk itu, Malaysia memerlukan satu team kepimpinan yang baru, mengamalkan diplomasi secara tegas tetapi berhemah dan pintar menggunakan asset strategik negara sebagai bahan "jual-beli" dalam merundingkan isu-isu dua-hala dengan jiran selatan. Pucuk pimpinan hari ini terbukti gagal dalam perjuangan ini. Waspadalah!
Kita kena waspada dengan Israel kecil ni. Apa sebab pasang niat beli pesawat perang kalau tak ada hati nak langgar orang lain? Tak pasti Dollah Badawi insaf akan hal ini. Kena tukar pucuk pimpinan kita kalau nak selamat di hari muka.
Kebebasan negara jiran untuk membeli pesawat canggih adalah hak mutlak mereka dan apa syak pun kita, itu tidak menahan mereka atau membantu kita.
Jika kita bimbang serangan fizikal dari negara jiran, kita hanya bimbang kepada sesuatu langkah terakhir yang orang lain akan ambil kepada kita. Kita bukan sahaja lewat berfikir dan bertindak, malah kita juga tidak mampu lagi, kita umpama budak sekolah yang keciciran, yang teruk dalam matematik dan sain, yang lemah dalam English dan Kenegaraan.
Hakikatnya kita boleh ditewaskan tanpa senjata atau fizikal oleh negara jiran, bukan akan datang, tetapi bila bila masa malah penjahan itu sudahpun bermula dengan jayanya. Penjajahan itu berlaku ke atas pemimpin, ke atas dasar dalam dan luar negara, malah otak pemikiran kita datang alirannya dari sana, bukan untuk memajukan, tetapi untuk tunduk dan musnah.
Dato', di atas kertas kita sebanarnya sudah 'bungkus'.
Post a Comment