Tuesday, July 08, 2008

REALITY CHECK BUAT ABDULLAH

Ruhanie Ahmad

Kehadiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di persada kekuasaan negara mulai 31 Oktober 2003, amat dialu-alukan oleh rakyat Malaysia. Imej Abdullah yang bersih, warak dan mesra sungguh menawan hati nurani mereka. Tekad Abdullah membanteras rasuah secara habis-habisan menambat minat semua pihak. Cita-cita Abdullah menjadikan negara-bangsa Malaysia cemerlang, gemilang, terbilang disokong sepenuhnya oleh pihak kawan dan lawan.

Rekod kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencatatkan lonjakan paradigma dalam hampir semua aspek kehidupan rakyat dan kemajuan negara pula menjadi asas paling kukuh untuk membolehkan Abdullah mencartakan kejayaan demi kejayaan di hari muka.

Lantaran itulah BN dalam fasa awal kepimpinan Abdullah mampu merangkul kejayaan paling bersejarah menerusi PRU 11 pada 20 April 2004.

Tetapi, hanya kira-kira dua tahun sesudah itu, kepimpinan Abdullah seolah-olah mula menjanjikan satu era yang malang dalam sejarah BN, UMNO dan negara. Antara puncanya adalah imej Abdullah yang mulai luntur. Hakikat ini jadi semakin ketara bila isu ECM Libra yang membabitkan menantunya, Khairy Jamaluddin, mulai diperkatakan secara meluas oleh rakyat jelata di seluruh tanahair.

Reality Check

Lain-lain faktor yang menyebabkan Abdullah tidak lagi diyakini oleh rakyat jelata boleh dipastikan menerusi reality check ke atas Abdullah dan kepimpinannya seperti berikut:

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah menyanjung tinggi jasa dan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Hari bagaimana?

Adakah rakyat masih percayakan kata-kata Abdullah bahawa beliau tidak mahu mencari “harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya” atau “wang berjuta-juta untuk hidup bergaya”?

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah memperkenalkan apa yang beliau katakan sebagai Islam Hadhari. Insafkah Abdullah bahawa termonologi ini kini sudah jadi bahan jenaka dan amat mengecewakan sebilangan umat Islam?

Pada ketika ini, benar-benarkah Abdullah mahu mencari “mana dia Al-Ghazali” dan “mana dia Al-Shafie”? Benar-benar jugakah Abdullah mahu “bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman dan bongkar rahsia sunnah Nabi, cari panduan”?

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah mengatakan beliau tidak mahu dikelilingi oleh manusia pembodek. Hari ini bagaimana? Abdullah juga mahukan para pegawai peribadinya bersikap mesra rakyat. Hari ini bagaimana?

Dolak-dalik

Benarkah Abdullah tidak berdolak-dalik? Jambatan Bengkok? Kenaikan harga minyak? Kontroversi “wanita ketuk-ketampi”? Kisah cintanya yang dinafikan tapi kini jadi realiti?

Abdullah ghairah mahu membanteras rasuah, kronisme dan neopotisme. Ini dimanifestasikan dalam manifesto BN bagi PRU11. Kini bagaimana? Kisah ECM Libra bagaimana? Mengapakah manifesto PRU12 tidak sebut langsung soal anti-rasuah?

MV Agusta dibeli oleh Proton dengan harga RM500 kenapa dijual dengan harga RM4.00? Sampai sekarang kenapa tidak ada jawapan yang telus mengenai hal ini?

Pada tahun 2007, Abdullah mengumumkan perangkaan ekonomi negara yang trillion ringgit jumlahnya untuk menggambarkan kepimpinan beliau lebih baik daripada Mahathir. Kenapa kesannya tidak dirasai oleh rakyat bahawan?

Abdullah amat marah dengan pemimpin Hindraf yang menuduh UMNO melakukan mini-genocide ke atas kaum India dan kerana mereka mendesak komuniti antarabangsa memansuhkan Perlembagaan Persekutuan yang kononnya tidak adil kepada semua pihak? Kenapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA tidak disiasat serapi-rapinya?

Hanya beberapa hari menjelang hari pembuangan undi bagi PRU12, Abdullah mendabik dada bahawa BN akan menang besar? Hari ini bagaimana?

Bukankah keputusan PRU12 merupakan mesej daripada rakyat jelata bahawa beliau wajar mengundurkan diri daripada persada kekuasaan kerajaan dan politik?

Post-mortem

BN dan UMNO kalah teruk dalam PRU12. Mengapakah Abdullah enggan adakan satu post-mortem menyeluruh mengenai kekalahan ini?

Mengapakah tuduh warga UMNO mensabotaj parti dalam PRU12? Apa bukti nyata mengenai hal ini jika tiada post-mortem mengenainya?

Salahkah bila Mahathir mengatakan bahawa beliau keluar meninggalkan UMNO mulai 19 Mei 2008, kerana UMNO kini hanya mempertahankan Abdullah dan bukannya berjuang demi agama, bangsa dan tanahair?

Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan melakukan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Bila? Dan, mengapakah beliau akan terus mengekalkan jawatan Presiden UMNO?

Sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri, Abdullah membidas Singapura kerana mempolitikkan isu air dengan Malaysia. Hari ini kenapa tangguhkan semua isu tertunggak dengan Singapura, termasuk perundingan mengenai tariff air yang baru?

Malaysia enggan jual pasir kepada Singapura untuk jadikan pulau itu dua kali lebih besar daripada saiznya hari ini. Kenapa Abdullah wujudkan Iskandar Malaysia yang dua kali saiz Singapura kononnya untuk kepentingan rakyat Malaysia?

Kenapa hapuskan semangat DEB untuk Bumiputera menyertai aktiviti ekonomi dan pembangunan di Iskandar Malaysia?

Halliburton

Halliburton sebuah syarikat minyak yang membabitkan diri dalam perang di Iraq dan segolongan pekerjanya didakwa terbabit membunuh rakyat Iraq. Kenapakah izinkan syarikat ini melabur di Iskandar Malaysia?

Telekomunikasi adalah industri strategik sesebuah negara. Kenapa izinkan syarikat Singapura melabur dalam Telekom Malaysia?

Di era Mahathir, kapal perang Amerika Syarikat yang membawa senjata nuklear tidak boleh lalu Selat Melaka. Hari ini kenapa boleh dan mengapa kapal itu juga diizinkan berlabuh di Pelabuhan Kelang?

Menteri Luar mengatakan bahawa team Pulau Batu Puteh sudah membuat persediaan sejak berpuluh tahun lamanya. Bila Malaysia kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh, kenapa tidak adakah siasatan terperinci di atas kekalahan yang jelas berasaskan keputusan political?

Regime Change

Berasaskan reality check di atas, salahkah jika rakyat jelata mempunyai persepsi negatif terhadap Abdullah pada hari ini? Salahkah jika rakyat jelata mengatakan Abdullah seolah-olah dalam keadaan out-of-control dan dibelenggu sindrom penafian yang panjang.

Rakyat jelata semakin resah gelisah kerana Abdullah terus memimpin negara. Kestabilan politik tanahair pula nampaknya sedang menuju ke suatu arah yang mungkin parah dan mendebarkan.

Dalam situasi begini, wajarkah Abdullah menuduh bloggers sebagai antara faktor yang menyebabkan politik negara tidak stabil?

Sebaliknya, bukankah faktor utama yang menyebabkan politik negara tidak stabil mutakhir ini adalah keengganan Abdullah menerima hakikat dan realiti bahawa kepimpinan beliau sudah tidak lagi diyakini oleh majoriti rakyat jelata Malaysia?

Sedarkah Abdullah bahawa menurut satu poll yang dilakukan oleh lamanweb Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bar-baru ini, seramai 88 peratus responden mahukan pucuk kepimpinan negara ditukar atau negara ini memerlukan regime change?

Demikianlah realiti check mengenai Abdullah. Moga-moga beliau insaf akan hakikat ini. Demi agama, bangsa dan tanahair, segeralah berundur daripada persada kepimpinan kerajaan dan parti secara terhormat. Serahkanlah tampok kepimpinan negara dan parti kepada Najib. Insya Allah, politik negara kembali stabil, ekonomi akan berkembang, rakyat jelata tidak lagi resah gelisah malahan akan dibela dengan sewajarnya.

24 comments:

Anonymous said...

Dato'

Tak tau nak kata apa dah kita buatlah yg mana berfaedah.
Sya rasa perkara yg paling perlu kita lakukan sekarang ialah memberi kesedaran kepada mereka2 yg akan ke mesyurat cawangan serta bahagian supaya berfikir dan membuat pertimbangan secara serius dan akan memberi impak besar kepada keputusan pencalonan bagi puak2 PL.
Ini sahaja senjata paling ampuh dan merbahaya, senjata dari grassroot,...tetapi ia juga merupakan peluru terakhir kita kepada PL.
Saya amat khuatir para bloggers cuma banyak menulis dan berbincang tetapi mereka mengabaikan tanggungjawab reality di cawangan dan bahagian.
Satu lagi kebimbangan saya,kebanyakkan AHLI UMNO saluran satu tidak lagi turun padang, PENGUNDI saluran 3, termakan umpan pembangkang, ditambah lagi, pemilihan kali ini adalah untuk sah jawatan. Saya percaya isu Reality Check PL ini akan berlalu begitu sahaja dan mesyuarat pun ditangguhkan

Azlan Nizam said...

serah kat Najib ? Sama jek ... ziana zain lah.. altantuya lah .. C4 lah ... sama jek .... cari lah pemimpin lain yg bersih sket.. rakyat dah muak dahh..

odeen said...

Damaikan Hang Tuah dan Hang Jebat Atau Hapuskan Kedua-duanya

Suasana politik negara buat masa ini adalah sangat tenat seperti berulangnya sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat di zaman Kesultanan Melaka.Di zaman Kesultanan Melaka Hang Tuah dan hang Jebat telah bertikam sesama sendiri demi menegakkan prinsip masing-masing. Hang Tuah dengan sikap taat kepada raja demi mengekalkan sistem yang sedia ada. Hang Jebat pula dengan sikap menderhakanya kerana beliau dan keluarga sendiri dianiaya oleh raja.

Maka Hang Jebat dengan prinsipnya "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" demi untuk menegakkan keadilan. Sebagai rakyat biasa Hang Jebat merasakan perlu untuk mengubah sistem raja yang tidak adil ini.

Namun Hang Tuah tidak berdiam diri dengan dengan tindakan rakanya yang menderhaka dan cuba mencetuskan perasaan tidak puashati rakyat. maka kedua-duanya bertikam sehingga Hang Jebat terbunuh. Selepas peristiwa itu Hang Tuah terus membawa diri dan menghilangkan diri.Ketiadaan Hang Tuah dan Hang Jebat menyebabkan negeri Melaka tidak pernah aman dan terus huru-hara sehingga ia telah ditawan oleh Portugis, kemudian Belanda, British dan Jepun dalam satu penjajahan yang panjang mengambil masa lebih 400 tahun.

Apakah kita tidak belajar daripada sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat ini? Apakah kita mahu peristiwa pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat berlaku dan berterusan lagi hingga ke hari ini. Sejarah membuktikan pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat ini tidak pernah terhenti dan sejarah membuktikan pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat ini merugikan pemerintah dan rakyat sendiri.

Melihat situasi politik hari ini, watak Hang Tuah dan Hang Jebat kembali lagi namun dalam versi moden. Pihak pembangkang boleh kita umpamakan mewakili watak Hang Jebat manakala pihak pemerintah mewakili watak Hang Tuah. Jika dulu Hang Tuah dan Hang Jebat bertelingkah disebabkan fitnah dan Taming Sari sebagai senjata bisa untuk membunuh Jebat. Hari ini situasi itu hampir sama namun kini kedua-duanya saling mempunyai senjata berbisa iaitu Fitnah bukannya keris Taming Sari lagi. Tuduh menuduh antara keduanya seolah-olah sudah tiada noktahnya. Wujudnya watak si Tuah dan si Jebat ini telah memberi ruang kepada musuh kedua-duanya untuk menangguk di air yang keruh. Berjayakah Hang Tuah dan Hang Jebat mencapai impian masing-masing? Namun yang jelas pertelingkahan kedua-duanya telah menyebabkan rakyat menderita dan berasa bimbang.

Berjayakah Hang Jebat untuk menegakkan keadilan atau berjayakah Hang Tuah untuk mempertahankan kuasa pemerintahan yang sedia ada? Namun berjaya atau tidak kedua-duanya sudah tidak penting lagi. Kerana jika dilihat pada situasi kini, seolah-olah ada Tangan Asing telah menyusup masuk ke dalam sistem pemerintahan dan cuba mengapi-apikan kedua-dua watak ini. Apakah kedua-dua watak Si Jebat dan Si Tuah ini akan berjaya dihapuskan oleh Tangan Asing ini? Perlukah kita mendamai atau menghapuskan sendiri kedua-dua watak ini dengan sistem sedia ada seperti mengistiharkan darurat atau mengadakan pilihan raya sekali lagi? Adakah dengan mengitiharkan darurat dapat menghapuskan kedua-dua watak ini? Atau adakah dengan mengadakan pilihan raya sekali lagi dapat memuaskan hati dan seterusnya mendamaikan kedua-dua watak ini. Berjaya atau tidak tindakan kita, adalah amat bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk membuat pilihan. Namun yang pasti watak Tuah dan Jebat perlu didamaikan atau perlu dihapuskan. Pilihan semuanya di tangan kita sebagai rakyat jelata bukannya pada Tangan Asing.

RS said...

Assalamualaikum Dato' Ruhanie,

Saya hargai tulisan dan kupasan Dato' tapi saya tak nampak kenapa Dato' terlalu sangat meminta negara ini diserahkan pada Najib dan tidak pada nama-nama lain. Bukankah Najib seorang yg cukup kotor dengan rasuah dan berbagai kes sejak dari dulu lagi? Tentunya Dato' lebih tahu. Sokongan ahli akar-umbi UMNO bukan penentunya seseorang itu layak menjadi peneraju negara. Najib boleh jadi peneraju UMNO kalau Dato' dan ahli-ahli UMNO yg lain mahu, tapi bukan peneraju Malaysia. Saya bukan ahli mana-mana party tetapi saya lebih sayangkan agama dan negara saya. Maafkan saya sekiranya tulisan saya ini tidak menyenangi Dato' tetapi besar harapan saya, Dato' juga punya harapan untuk melihat agama, bangsa, dan negara selamat dan makmur. Boleh diharapkah orang semacam Najib?

NFH said...

Salam Dato,

Politik di Malaysia selepas PRU12 semakin menjijikkan. Membaca posting Dato bagaikan melihat siaran ulangan episod-episod kotor mainan Dollah.

Ini tidak termasuk tindakan Dollah mencampuri urusan kehakiman dalam pembebasan si penjenayah Anwar menerusi menantunya Khairi.

Kesan pembebasan tersebut amat besar. Selain si penjenayah berkesempatan melakukan jenayah kegemarannya berkali-kali lagi, kita juga dapat melihat bagaimana penjenayah berfrofil tinggi ini berjaya mengheret rakyat Malaysia taksub padanya.

Saya memang bosan dengan Dollah. Tapi apakan daya. Saya tiada kuasa selain undi di PRU. Bagi PAU Disember ini, saya merayu pada ketua-ketua cawangan dan bahagian untuk menyampaikan hasrat kami akar umbi untuk tidak mencalonkan Pak Lah lagi.

Hanya kita yang dapat mengubah nasib bangsa kita sendiri. Dollah dah kaya dah. Insyallah dia takkan melarat kalau tidak dipilih untuk menjadi presiden kita lagi.

Terima kasih

Anonymous said...

problem is that : all and everything falls into deaf ears. The PM is not willing to listen and whatever comes from the people is rejected completely - thouh it's coming from the ballot boxes. Shall we all pray to the Almighty to save this country from the blurred and non-strategist thinker that might violating the future generation's

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

KEPALA IKAN DIBUAT KARI,
DIGAUL JATI REMPAH ULAMAN,
DI SEBALIK TABIR DITUTUP RAGA;
SESAT DI HUTAN BOLEH DICARI,
SESAT DI HATI GUGURLAH IMAN,
SESAT MENTADBIR PUNAHLAH NEGARA.

Azam Abd Rahman said...

kenaian hatga minyak dan inflasi yang meningkat hingga hampir 7% sepertimana yang diumumkan oleh Gov. Bank Negara sedikitpun nampaknya tidak membimbangkan PM. Nasib rakyat makin tiada pembelaan. PM sibuk untuk mengekalkan kedudukan bagi jangka masa yang lebih lama. Rakyat dari berbagai peringkat dan fahaman pokitik harus bangkit dalam usaha menukar kepimpinan sebelum negara musnah dan tergadai.

tipulagi said...

Salam Dato dan pemblogger

Pandangan saya satu je...

Apabila Dollah mempermainkan agama islam dengan mengwujudkan islam hadhari, disitulah punca sebenar masalah yang ada pada dirinya, diri sendiri tidak dapat mengikut kehendak dan tuntutan agama islam yang sebenar, lihat saja bagaimana pakaian keluarganya, adakah itu ciri2 pakaian islam??

Jadi bila agama islam dipermainkan oleh beliau untuk kepentingan survival nya oelh itu siapa yang paling rapat dengan dia?? Manusia yang lalai kawan paling rapat adalah syaitan. Apa sifat syaitan? Suka berbohong, munafik dan membangga diri.

Saya tidak katakan Dollah adalah syaitan tetapi beliau sedang lalai sekarang, jadi kawan paling rapat beliau adalah syaitan. Bantulah beliau untuk sedar perkara ini terutama imam besar dalam umno iaitu bekas imam masjid negara, ramai lagikan orang yang mempunyai pengetahuan agama dalam kerajaan BN yg boleh membantu Dollah kan? So bantulah sebelum rakyat yang tidak berdosa ini terpalit dengan azab allah. nauzubillah...

band0tue said...

Assalmu'alaikum Datuk dan semua;

Saya ingin menarik perhatian bahawa semua yg berlaku dalam dunia ini ketentuan Tuhan.

Tuhan telah berjanji akan gilir-gilirkan kuasa kpd bangsa2 di dunia ini.

Dalam sejarah telah dibuktikan bagaimana pergiliran kuasa dunia berpindah dari satu bangsa ke bangsa lain berlaku setiap zaman.

Bila sesuatu bangsa itu akan jatuh, maka berlakulah sebab2nya, begitu juga sebaliknya.

Grand design Tuhan telah diterjemahkan dalam realiti kehidupan. Melalui janji Rasulullah, baki grand design akhirzaman sedang berlaku.

Pasrahlah kita pada Tuhan. Apakah Allah tidak campurtangan dalam apa yang berlaku? Sebenarnya bila sesuatu kebatilan akan jatuh, maka ada sebab2 yg Tuhan jadikan. Begitu juga bila kebenaran mulai pudar, maka Tuhan jadikan sebab2 kebatilan menguasainya.

Sekarang adalah giliran kebenaran akan menguasai dunia setelah dikalahkan oleh kebatilan selama lebih 700 tahun.

Semua sistem yang mendokong sistem kebatilan dunia akan tumpas satu persatu. Sistem kebenaran atas nama Tuhan yakni Allah akan naik dan mengembalikan kesejahteraan dunia.

HUJAH KEMUNCULAN SISTEM KHILAFAH(PENYELAMAT) DI AKHIR ZAMAN

1. Dalil Al Quran

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi inisebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55

2. Dalil Al Hadis

Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu sepertiyg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalamkitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.]

nawawidahalan.blogspot.com

KudaKepang-Terbang said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MD said...

Dato'

Saya rasa kita tak ada pilihan. Biarlah UMNO dec election menentukan pemimpin negara. Kalau Pak Lah turun sekarang, siapa akan ganti? Kalau Najib, tak kena juga kerana Najib adalah pengarah pilihanraya yang menyebabkan disaster kepada UMNO. Kalau KU Li - sapa pula dia dalam umno? VP lain - yang mana?

Pemilihan UMNO dec ni pun saya tak sedap hati - Seribu wakil-wakil umno itu yang akan menentukan kepimpinan parti dan negara? Kalau bagi sejuta sorang - satu billion ringgit dah cukup untuk mengawal khazanah negara. Satu pelaburan yang beribu kali menguntungkan!

Saya lebih cenderung supaya semua ahli umno mengundi terus untuk memilih pemimpin. Bukan senang nak suap 3 juta ahli umno!

Wan Shamsudin said...

Dato yang dihurmati;

Jika kita nak bandingkan Pak Lah dengan Tun Mahathir(TDM), maka terlalu sukar nak diperbandingkan. Lihat saja jasa TDM pada Negara dengan segala pembangunan yang bolih kita banggakan, sehingga Dunia luar benar benar menghurmati Negara kita ketika itu.

Kini di zaman pentadbiran Pak Lah, lain pula yang kita dapat. Ya, Rakyat memberi undi yang terbaik di PRU 11. Rakyat tidak nampak apa apa ketika itu, hanya janji janji kosong saja. Pak Lah bercakap tentang integriti, maka kita pun suka dan tepuk tangan kerana mempunyai seorang Pemimpin yang berintegriti dan ingin menghapuskan Rasuah. Sayang janjinya hanya tinggal janji.Pak Lah berkata ' work with me', tapi ' he only works with his families, cronies and the puppet cabinet members'.

Lihat saja bagaimana beliau menyelesaikan masaalah perlantikan MB Perlis dan Trengganu.Sehingga ada Menteri yang kaki bodek mengatakan MB Trengganu sekarang akan 'jatuh seperti nangka busuk'.Dari informasi yang reliable ada mengatakan bahawa Pak Lah ada menyuruh MB Trengganu sekarang keluar dari mesyuarat Ketua bahagian yang diadakan di Putrajaya pada suatu ketika selepas PRU 12.Jika Pak Lah bolih menentang pemilihan MB yang dibuat olih Raja Raja, maka kita Rakyat ni apa? Hanya seperti 'kucing kurap' bagi beliau.

Tengok saja pada 'kabinet boneka' beliau. Semuanya pak turut. Ada yang baru jadi Menteri dah pandai bercakap hentam sesaorang, nak tunjuk hero kononnya sampai ada Hakim Hakim yang pencen pun dapat ex gratia. Selepas dapat imbuhan, Hakim tersebut pun terus kutuk TDM. Kenapa sekarang? Kenapa tidak semasa mereka pencen dulu?

Kini timbul krisis global harga bahan api.Kita faham akan kenaikan harga tersebut.Kita Negara pengeluar minyak,jadi tentunya kita mendapat keuntungan besar didalam kenaikan harga minyak ini.Harga minyak petrol kita RM 2.70 seliter.

Persoalannya, kenapa harga minyak di Negara Indonesia hanya RM 2.20 seliter? Setahu saya, Indonesia mengimpot minyak dan tidak expot lagi.Penduduk Indonesia ratusan juta, jika ramai yang mengunakan bahan api ini maka banyaklah subsidi yang akan diberi olih Kerajaan Indonesia.Jadi kita kenalah berfikir masak semasaknya kenapa harga petrol di Negara kita ini terlalu tinggi.

Apabila harga bahan api naik meninggi, maka harga barangan lain yang bersangkutan dengan bahan api juga akan naik, seperti pengangkutan dan makanan. Ini akan membebankan Rakyat.Kerajaan sepatutnya menangguhkan semua Projek pembangunan yang tidak menguntungkan Rakyat.

Kini Kerajaan menambah hampir RM 30 Billion untuk Projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke 9, dan memberi RM 2 Billion bagi setiap Projek pembangunan Koridor, yang sepatutnya dibiayai olih ' Private Financing Initiatives'.Tambahan pula RM 1 Billion diberi pada Sabah dan Sarawak kerana takut ada 'katak katak' lompat.

Soalannya kenapa? Kerana apabila ada pembangunan maka tentunya ada 'tempiasnya' yang akan masuk ke kantung kuncu kuncu mereka. Kenapa dua projek pembangunan dan kemudahan awam dibatalkan di Pulau Pinang? Jawapannya kerana tentu tidak ada 'tempias' buat orang orang UMNO kerana akan di pantau olih Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat.

Apakah Pak Lah dan kabinetnya jujur? Hanya allah yang Maha Mengetahui.

Saya mempunyai terlalu banyak bukti yang salah guna kuasa berlaku di Negeri Negeri yang di tadbir olih UMNO, sehingga saya rasa muak dan jelek pabila melihat dan mendengar percakapan mereka untuk membela dan memperjuangkan nasib Rakyat.

Saya berharap agar pintu hati kita sentiasa dibuka, bersabar hingga paling lewat PRU 13. Disini lah kita buat perubahan total..demi nasib generasi kita yang akan datang.

zeme said...

Salam Dato',

Politik UMNO sekarang perlu dirubah oleh ahli UMNO sendiri. Jawapan kepada perubahan ini tidak perlu ditunggu sehingga Disember malahan Oktober yang paling penting kerana bulan tersebut suara ahli-ahli UMNO telah dapat dinilai daripada percalonan Bahagian.

Andai percalonan Bahagian bulan Oktober sudah diketahui mencalonkan pemimpin² yang daif, maka tidak mustahil rosaklah masa depan UMNO menjelang Disember. Andai percalonan Oktober sudah melihatkan bibit² perubahan ke arah kebaikan yang mana ahli-ahli UMNO akar umbi inginkan, maka bersinarlah kembali UMNO.

Perwakilan yang akan mewakili Bahagian ke PAU 2008 nanti sebenarnya membawa seribu amanat, amanah akar umbi untuk merubah satu bentuk kuasa politik UMNO. Kalau perwakilan sayangkan parti UMNO, buatlah keputusan yang semolek-moleknya andai tidak sediakan batu nisan untuk UMNO(baru) yang jangka hayat usianya 1988-2008 selepas UMNO lama 1946 diharamkan pada 1988 kerana perwakilan sendiri yang mengkuburkan hayat UMNO.

Wasalam.

hj ismail a hamid said...

kpd semua ahli UMNO gunakn kuasa anda dlm mesu. caw dan bahgian.Jgn ashik ikut ckp ketua caw dan ketua bhg je. Buat keputusan dgn sebaiknya.Memang kita perlu pimpinan baru.Tukan Presiden dan Timbalannya sekaligus. Munkin baik gandingan Mohiden/Mustafa 2M.Mari kita kembalikan kegemilangan era 2M tahun 80an.Hidup UMNO, hidupm 2M

Unknown said...

Macam mana ni Dato', Kalau BN terus memerintah dengan berkepalakan pemimpin yang ada hari ini Malaysia akan "Punah" rakyat akan "kebulur", marwah akan "luntur" Islam akan "Hancur". Kalau PR yang memerintah, Malaysia mungkin akan "ok" Melayu akan "tersungkur" Islam mungkin "longlai". Awal-awal lagi DAP dah tunjuk "bagak" sebab PAS jadi Pak Turut. Jadi macam mane?

Syahir said...

Saya sokong Najib jadi pengganti terbaik! Saya tidak kisah meskipun jika benar dia berpakat dalam konspirasi membunuh Altantuya, tapi saya rela terima Najib sebagai PM daripada orang lain yang jadi PM tapi menjadi Tali Barut Asing Kuasa Zionis!!!

HIDOP NAJIB!!

KITA KAN LAWANNN TETAPP LAWANN!!!

politica said...

Memang masanya sudah tiba untuk Abdullah Badawi bersara. Jika tidak, kita sengsara dan menderita. Semoga SPBY di-Pertuan Agong akan guna Perkara 150 untuk selamatkan kita semua. – Ampun Tuanku! Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!

kudakepang said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Semua reality check ni betul. Dollah je yang buat pekak badak. Dia kena berhenti cepat-cepat, kalau boleh semalam.

Unknown said...

Sebenarnya kita semua dah cukup-cukup kecewa dengan PM. Rakyat macam saya ni dan berbuih mulut cakap pasal dia. Apa jenis manusia dia ni pun tak taulah kita. Tapi tak boleh putih mata. Kita kena terus desak dia sampai bersara....

Si Tampok Manggis said...

Ron,

Pak Lah wajib berundur untuk menjamin kestabilan, kesinambungan dan perkembangan ekonomi dan menghentikan kegelisahan rakyat.

Tapi kenapa perlu di beri tampuk kuasa kepada Najib? Bukankah pemilihan pada hujung tahun ini adalah masa yang paling sesuai untuk Pak Lah menyatakan tidak akan mempertahankan jawatan President? Kalau Najib berminat biar dia bertanding untuk jawatan apa pun. Biar ahli UMNO dgn kematangan mereka memilih President dan pemimpin mereka yang baru. Samaada Najib atau sesiapa sahaja.

Kita khuatir.. kuasa yang diserahkan begitu sebenarnya menafikan hak rakyat atau pun ahli UMNO sendiri. Bukankah kalau Najib menang di permilihan hujung tahun ini nanti, kemenangan itu sebagai endorsement kepada kepimpinan beliau. Telah berapa lama UMNO tidak memilih President?

Ron.. kadang-kadang saya melihat gaya pemikiran Ron sendiri perlukan sedikit anjakan.Saya tahu Ron sayangkan UMNO. Tetapi pemikiran yang sedikit terkebelakang yang dimiliki ramai oleh pemimpin dan ahli UMNO adalah antara sebab UMNO tidak begitu relevant dikalangan rakyat terbanyak hari ni.

MD said...

Dear Dato'

Biarlah ahli umno yang memilih pemimpin mereka dis ini. Harap-harap mereka buat pilihan yang betul. Kalau perwakilan tersalah pilih, gelaplah masa depan Malaysia, atau sekurang-kurangnya umno akan menjadi pembangkang selepas PRU13.

Saya pohonkan supaya setiap ahli umno diberi kuasa untuk memilih secara terus, tapi agaknya tak kesampaian.

CracKerzisme said...

YB Dato'. Bila nk lompat parti. memang takde yg telus dalam pemerintahan. Keuntungan kerajaan berlipat ganda, tapi KENAPA masih ramai lagi yg dibelenggu kemiskinan. Sebagai rakyat johor saya amat kecewa kerana pulau batu puteh tak berpihak kepada malaysia dan Johor khususnya. Nampak tiada kesungguhan. Fanomena politik yang kini melanda negara menampakan kepincangan dalam kepinmpinan BN. Rakyat mahukan perubahan. UMNO dahulu berbeza dengan sekarang. WPI pula bertukar kepada WILAYAH PEMBANGUNAN SINGAPURA. Sebilangan rakyat johor hanya nampak kepimpinan BN gah menerajui negara, tetapi tidak nampak apa di sebaliknya. Kewujudan ramai blogger sepatutnya dinilai. Terima pandangan mereka. Saya pasti akan sampai satu generasi nanti yang mula sedar akan kepincangan politik negara dengan kewujudan blogger, dan saya pasti ramai lagi rakyat yang masih sempit pemikirannya.