Friday, August 01, 2008

UMNO AKAN TERUS ADAKAN PERBINCANGAN DENGAN PAS

PUTRAJAYA 1 Ogos - Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, parti itu akan terus mengadakan perbincangan dengan Pas mengenai isu-isu berkaitan Islam walaupun Pas menolak sebarang kerjasama untuk membentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN). – Utusan, 1 Ogos 2008, 12:48pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

7 comments:

Jeffri said...

Ini menunjukkan Pak Lah benar-benar ikhlas untuk memartabatkan Islam dan Melayu dengan kenyataan beliau yang tetap akan meneruskan pertemuan dengan PAS untuk membincangkan hal berkaitan Islam dan Melayu walaupun PAS menolak cadangan untuk membina kerajaan campuran..

Pertemuan dengan PAS bukan bermakna UMNO tidak cukup kuat untuk mempertahankan Islam dan Melayu tetapi untuk membuktikan kerajaan peka terhadap hal tersebut dan pertemuan dengan PAS adalah cara terbaik supaya bangsa Melayu dapat dilihat boleh bersatu walaupun berlainan parti. Tapi keikhlasan tersebut sering disalah anggap oleh pembangkang...

Gagak di Rimba said...

Tidak mengapalah UMNO terus berbincang dengan PAS, kalau PAS juga bersedia menyambut pelawaan UMNO.

Tapi yang saya hairan sedikit, mengapa UMNO terlampau ghairah hendak berbincang dengan PAS sahaja?

Apakah motif dan tujuan UMNO yang sebenarnya? Adakah UMNO betul-betul ikhlas atau ada udang di sebalik batu?

Memang kita akui sekarang orang Melayu/Islam sedang mengalami pelbagai masalah, dan mungkin perlukan idea dan pemikiran yang bernas untuk mengatasinya.

Akan tetapi mengapa UMNO beria-ia hendak berbincang dengan PAS sahaja? Mengapa tidak mahu berbincang dengan PKR (pemimpin utamanya pun Melayu juga), atau dengan banyak NGO Melayu yang juga perihatin tentang nasib orang Melayu dan agama Islam?

pak tam said...

LAGU WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

.......bersatulah semua org melayu kerana Allah, buanglah semua hasad dengki.... kerana masa sudah jauh meninggalkan kita semua......

salam ta'zim

Syahir the Owl said...

Saya sokong PAS tolak berkerjasama dengan UMNO. Ia lebih kepada usaha kepimpinan Abdullah untuk kekal berkuasa demi mencukupkan majoriti 2/3. Mengapa semasa UMNO kuat pada 2004, UMNO sombong dan angkuh serta bermegah-megah bahawa tiada parti lain yang dapat menggugat mereka. Bila dah kalah besar, baru ingat soal perpaduan!

Syabas PAS. PAS bijak bermain politik pada kali ini! Cuma saya harap PAS dan UMNO akan berkerjasama bila Najib atau sesiapa menjadi Presiden UMNO! Sedangkan ahli UMNO menolak UMNO dan kepimpinan Abdullah, apatah lagi PAS??

anonymous said...

Ini senang je nak agak. Mula mula dgn PAS. PAS tolak dan campur sikit tangisan dan airmata.
Lepas tu ngan PKR. Adalah sikit sandiwara, proxy kena tangkap, ezam menang dan ajak PKR bergabung. Kemudian Anuar jadik TPM / KJ jadik menteri. Lepas tu KJ lak jadik PM.
Tujuan nya tidak ada pehak akan marah kerana BN cakap dengan PKR sebab PAS dah tak nak dan perpaduan Melayu kononya akan dapat diperbaiki lagi.

politica said...

UMNO kena confront Abdullah Badawi dalam isu muqabalah ini. Macam Datuk tulis, kenapa dia berahsia sangat pasal hal ini? Kenapa Najib, Muhyiddin dan Ali Rustam tak dibawa ke meja perundingan dengan PAS? Mengapa dia kata ada jawatankuasa tertinggi bila hakikatnya dia sorang diri yang bincang dengan PAS????

nakhoda said...

Muqabalah atau MUKO BALOH tak penting. Yang penting Abdullah kena akui yang dia telah bohongi seluruh ahli UMNO bila dia kata UMNO diwakili satu jawatankuasa tertinggi dalam pertemuannya dengan PAS sebanyak tiga kali. Lama mana lagi Abdullah nak berbohong? Kalau isu besar macam ni pun dia nak bohongkan kita, apa hal pulak dengan isu lain? Bohong jugak la jawapnya? SIAKAP SENOHONG, GELAMA IKAN DURI, CAKAP BOHONG, LAMA-LAMA JADI PENCURI? Begitukah kesimpulannya Abdullah?