Sunday, July 20, 2008

32 CAWANGAN UMNO GUA MUSANG LULUS USUL CALONKAN KU LI TANDING PRESIDEN

GUA MUSANG, 20 Julai (Bernama) -- Sebanyak 32 cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tahunan semalam, sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Anggota Parlimen dan Ketua Umno bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan Presiden Umno Disember ini.

Cawangan yang bersidang itu membabitkan 17 cawangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sembilan cawangan dalam DUN Paloh dan enam cawangan dalam DUN Galas. Umno Bahagian Gua Musang mempunyai 116 cawangan.

Bagaimanapun, semua cawangan terbabit tidak mengusulkan sebarang nama bagi jawatan Timbalan Presiden Umno dan lain-lain jawatan kerana perkara itu terserah kepada anggota Umno di cawangan lain di seluruh negara. –BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=347230

11 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Cuma di Gua Musang,tempat lain masih bodek berbodek.

kamal... said...

calon saja yg penting jangan undur, buat yg terbaik..kalau untung sabut timbul kalau untung batu bye2..good luck tengku.

Quantum Metal Consultant said...

Ku Li sudah ketinggalan bas dan keretapi.

Muhyiddin ditinggalkan keretapi dan bas.

Najib menumpang di bahagian bagasi keetapi dan bas.

Dolah selesa di kerusi empuk dalam perjalanan yang lancar.

KJ adalah pemandunya.

Ada lagi siapa yang berani menghalang.

Sang Rajuna said...

Dalam konteks semasa, Tengku Razaleigh agaknya boleh menjadi pemimpin alternatif kepada Abdullah.

Jadi memang bagus kalau beliau mendapat pencalonan yang lebih banyak. Pencalonan dari Gua Musang saja tentu tidak mencukupi.

Masalahnya sekarang beranikah orang UMNO di tempat lain mencalonkan beliau?

Perkembangan setakatini tidak menggalakkan, kerana kebanyakan orang UMNO agaknya lebih selesa membodek pemimpin yang sedia ada daripada menukar pemimpin.

Ini bermakna belum terlihat bayangan yang jelas kita akan mendapat pemimpin yang lebih baik dan lebih berwibawa

Anonymous said...

Ku Li jer tinggal....lain2 takder kaliber.... bukan true leader

basar said...

Salam Dato,
Kalau digembelingkan tenaga Ku Li dan Mahyuddin untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat Melayu kepada UMNO alangkah baiknya. Sayangnya kebanyakan pemimpin kita masih menutamakan kepentingan diri dari bangsa amnya.

Saya khuatir walaupun ada perlihan kuasa, hakikatnya nanti pada PRU 13, peralihan kuasa dalm Kerajaan akan beralih kepada parti lain.

zeme said...

Salam Datuk

Percalonan pembuka yang terima YBM Ku Li dari Cawangan² UMNO Bahagian Gua Musang ini mencernakan suara keinginan akar umbi kepada perubahan tampuk pimpinan UMNO secara total sebelum peralihan kuasa Jun 2010 dan juga PRU13.

Akar umbi UMNO mengamati bahawa langkah penyatuan dan pemulihan kembali perlu disegerakan sebelum terlewat bilamana kepincangan pada kepimpinan sedia ada akan merosakkan parti merebak sehingga boleh menyebabkan UMNO tinggal hanya pada nama satu masa.

Inilah alternatif yang ada pada ahli² akar umbi UMNO merawat parti dari dalam mengikut perlembagaan yang dibenarkan parti, mungkin ini satu pengorbanan yang akan merubah satu bentuk perjuangan.

Wasalam.

CUCU TOK KEDU said...

Orang macam Ku Li amatlah rugi kalau UMNO membiarkannya bersendirian di Gua Musang! Jangan bila pemilihan dah selesai, Pak Lah dan Najib berkuasa semula,maka ada pemimpin-pemimpin UMNO disemua perengkat terkenangkan Ku Li dan cari dia untuk pulihkan UMNO - Masa itu mungkin Ku Li dah dipenditakan oleh Pak Lah / Najib dalam gua di Gua Musang!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam Dato',
Saya salute kat Ku Li.Bukan bermakna bertanding kita memecah belah parti,tetapi menyuburkan demokrasi.Itu je.Yang lain lain CUMA bagi jawapan klise,"tidak mahu perpecahan dalam pati,perlu menguatkan parti didalam keadaan orang melayu semangkin terancam,bla,bla,bla".Bukankah kalau ada pertandingan "yang adil" dan ramai calon yang bertanding kita boleh membuat pilihan terbaik melalui proses demokrasi.Bagi Ku Li dan bakal-bakal calon hayatilah kata-kata :"BIAR MATI BERDIRI DARI HIDUP MELUTUT".HIDUP KU LI

bat8 said...

Yang jelas AAB dan pemimpin yang ada tidak mampu untuk meembetulkan semula UMNO(Baru). Tg Razaleigh pun tak mampu kerana telah begitu parah.

Tetapi kuli sekurang-kurangnya boleh melambatkan kapal UMNO dari karam...kalau bernasib baik mungkin UMNo boleh dibawa ke pelabuhan untuk repair. Itu pun kuli xboleh jamin.

Masaalah kedua, AAB dan barisan pemimpin sekarang terbukti tidak mampu membaiki keadaan ekonomi. Yang jelas, sehari AAb berada diatas, sehari rakyat rugi dan sehari lagi menanggung beban hidup.

Tang ekonomi, kuli dapat membawa kebaikan. Kuli mungkin boleh jamin bahawa dia mempunyai keupayaan untuk memcuba membaikinya. After all, semasa tun razak, dia menjadi akitek kepada beberapa projek ekonomi yang membawa banyak perubahaan kepada negara.

Unknown said...

Dalam keadaan ekonomi yang meruncing, amat wajar jika kita beri peluang kepada mana-mana individu yang pernah atau berpengalaman dalam soal pentadbiran ekonomi negara. Ku Li mempunyai kelayakan itu. Pak Lah telah diberi peluang 5 tahun dan beliau dilihat gagal di mata rakyat. Sewajarnya beliau tidak mempertahankan kerusi Presiden nanti.