Friday, November 24, 2006


Ucapan Simpati
Buat Pak Habib

Berikut adalah dua komen mengenai kisah sahabat saya, Pak Tuan Syed Hussein Alattas, kena serbu pegawai polis pasal jual buku politik di PWTC baru-baru ini.

Hasrul Halid: Malang untuk penulis-penulis politik di Malaysia sekarang. Tapi sekurang-kurangnya pengalaman itu boleh jadi modal berguna untuk Pak Habib dalam menghasilkan karyanya pada masa akan datang.

Dari lubuk hati yang paling kecil, saya bersimpati dengan Pak Habib. Harapnya tidaklah perkara sebegini akan mematahkan hati dan merobekkan jantung beliau.

Harat: Tindakan kerajaan melarang penjualan buku-buku politik sempena PAU memang patut diprotes. Tak ada alasan yang munasabah mengapa ketika itu buku politik tidak boleh dijual. Mudah-mudahan Datuk Seri Abdullah akan menyedari kesilapannya.

2 comments:

A Voice said...

Lalang melintuk kesana pun kena ... kah kah kah

Sorry not a fan of his books. merapu dan caca marba. The mind of a confused and unprofessional man.

Penulis dan buku2 sepertinya memundurkan pemikiran orang Melayu kerarna i tidak melatih orang ramai untuk memikir dgn tersusun.

Selepas menulis berpuloh buku, mari kita tanya: Apakah pegangan dan falsafah dirinya yang tertulis boleh diambil sebagai contoh? NONE!!!

Harat said...

Isu pokoknya saya kira ialah mengapa buku-buku politik tidak boleh dijual bersempena dengan PAU?

Adakah kerana takut buku-buku yang mengkritik PM dan menantunya dijual juga pada masa tersaebut?

Pembaca tentu boleh memilih sama ada hendak membeli buku SHA dan buku lain atau tidak.