Thursday, November 16, 2006

Masih Relevankah UMNO?
Oleh Datuk Rejal Arbee

Sekitar 4,000 orang perwakilan UMNO bersidang kembali minggu ini dalam Perhimpunan Agung tahunan ke 51 parti itu di Pusat Perdagangan Dunia Putra. Isu-isu semasa mengenai kedudukan Melayu dan bagaimana kepentingan mereka dapat terus dipertahankan serta kedudukan Umno sebagai tunjang kepada penguasaan Melayu dalam politik negara akan kembali dibincangkan.

Akhir-akhir ini berbagai persoalan ditimbulkan hingga ada yang resah dan ragu apakah Umno masih bermaya untuk menentukan kedudukan Melayu dan akan terus mendapat kepercayaan majoriti orang Melayu. Kini sudah semakin kerap kedengaran suara mengatakan mereka sudah hilang kepercayaan kepada parti itu kerana wujudnya gelagat memalukan oleh sebahagian pemimpin-pemimpin Umno baik di peringkat cawangan, bahagian, negeri mahu pun pusat.

Cerita-cerita mengenai kegiatan menyalahgunakan kuasa, rasuah dan tindak-tanduk yang tidak prihatin terhadap golongan Melayu yang tertekan menghadapi kehidupan harian baik di bandar mahu pun di luar bandar memberikan imej yang negatif terhadap parti itu.

Tunjang

Hinggakan ada golongan tertentu termasuk professional Melayu telah mula persoalkan apakah parti yang telah perjuangkan hak dan kepentingan Melayu selama hampir 60 tahun ini masih relevan? Ada yang berpendapat Umno masih terus dapat pertahankan kedudukannya sebagai parti tunjang dalam kerajaan hanya kerana tidak ada parti lain yang boleh menjadi parti alternatif untuk perjuangkan kepentingan Melayu.

Pas dikatakan tidak boleh diharapkan untuk pertahankan kepentingan Melayu kerana sejak kebelakangan ini jarang mahu memperlihatkannya sebagai sebuah parti yang perjuangankan hak dan ketuanan Melayu.

Demikian juga Parti Keadilan yang mahu menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti multi-etnik yang bukan saja perjuangkan kepentingan Melayu malah kepentingan semua rakyat tanpa kira bangsa dan agama. Kalau demikianlah kedudukannya, bagaimana ia boleh diberi kepercayaan perjuangkan kedudukan Melayu selain dari dapat menentukan Melayu terus menerajui politik tanah air.

Kalau Umno mahu terus relevan kepada perjuangan Melayu, ia harus dapat mengikis persepsi bahawa ia terlalu diperalatkan untuk kedudukan dan kepentingan golongan Melayu yang tertentu sahaja dan bukannya untuk majoriti Melayu. Mereka yang berpendapat sedemikian ini kesal bahawa ramai daripada pimpinan Umno dipelbagai peringkat bukannya berjuang untuk kepentingan nusa dan bangsa tetapi terang-terangan berjuang untuk kepentingan diri sendiri.

Rasuah

Maka tidak menghairankan kenapa jolokan rasuah politik dan politik wang sering ditimbulkan lebih-lebih lagi waktu pemilihan pimpinan baik di peringkat cawangan, bahagian mahu pun untuk Majllis Tertinggi. Malah desas desus mengatakan ada yang sanggup berbelanja melebihi RM1juta hanya untuk merebut jawatan ketua bahagian.

Apa kesimpulan yang boleh dibuat dari perkembangan demikian itu? Apakah Umno kini dipegaruhi mereka yang berada dan sanggup berbelanja mewah saja? Persoalannya bagaimana mana mereka memperolehi kekayaan itu?

Tidak salah Melayu mengecapi kekayaan. Sememangnya Dasar Ekonomi Baru berusaha untuk memberikan peluang kepada Melayu berjaya dalam serba serbi bidang ekonomi termasuk perdagangan dan perindustrian. Tetapi ianya hendaklah secara halal dan tidak mencurigakan.

Demikian pula yang mengecapi faedah dari dasar itu hendaknya merangkumi keseluruhan orang Melayu khususnya mereka yang dhaif. Ia itu untuk faedah semua peringkat bukan tersekat kepada sekian individu sahaja hingga ujud jurang berbedaan kekayaan/kemiskinan yang amat ketara antara Melayu yang berada dengan yang tiada. Dikhuatirkan kalau masaalah ini tidak ditanggani, akan timbul konflik antara golongan Melayu yang berada dengan Melayu yang daif dan terpinggir dari arus pembangunan.

Jawatan

Dalam pada itu harus juga di soalkan kenapakah begitu ghairah sekali sesetengah pihak mahu merebut sesuatu jawatan dalam Umno? Apakah mereka begitu beria-ia sangat hendak memberi khidmat kepada parti dan bangsa atau pun ada sebab lain yang mendorong mereka berbuat demikian hingga sanggup berbelanja besar untuk dipilih?

Maka tidak menghairankan dalam satu perjumpaan di Institut Integriti Malaysia minggu lalu orang-orang politik disebut-sebut sebagai berada ditangga teratas terlibat dalam gejala rasuah. Mereka diikuti oleh ahli perniagaan dan kaki tangan perkhidmatan awam di tempat ketiga.

Akhir-akhir ini, pelbagai hal mengenai parti itu telah disuarakan termasuk kedudukannya dalam kancah politik negara. Antara persoalan yang harus diamati ialah apakah benar tohmahan bahawa Umno kini sudah hilang arah kerana kerenah beberapa pemimpin yang menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan peribadi dan keluarga.

Ada juga beberapa kalangan yang secara terang-terangan menyatakan bahawa parti itu sebagaimana yang wujud sekarang sudah tidak relevan lagi kepada perjuangan Melayu. Malah ada yang sudah hilang kepercayaan kepada Umno.

Kebiasaannya sesebuah parti memerintah mempunyai jangka hayat tertentu saja sebagaimana berlaku kepada Parti Congress India atau Kuomintang di Taiwan.

Alternatif

Para perwakilan juga harus meneliti apakah benar Umno masih dapat bertahan hanya kerana hingga kini belum wujud satu parti yang boleh menjadi alternatif kepadanya.

Berbagai kemelut yang berlaku melibatkan pemimpin-pemimpin Umno telah memburukkan lagi imej parti itu. Ini telah menimbulkan persoalan bagaimana perkara demikian ini boleh dibiarkan berlaku tanpa adanya sebarang sekatan dan halangan oleh sesiapa. Kedudukan mereka sebagai pemimin Umno telah membawa imej buruk terhadap parti itu yang didakwa tidak lagi mencerminkan kehendak rakyat biasa.

Malah ada yang sudah hilang kepercayaan mereka terhadap Umno yang dianggap tidak lagi berjuang untuk pertahankan kedudukan dan kepentingan Melayu secara amnya tetapi hanya untuk kepentigan orang-orang tertentu saja.

Keseluruhan perwakilan perlu merenung kembali terhadap kedudukan Melayu dalam negara masa ini berikutan dengan berbagai tohmahan dan tuduhan yang terus saja di lontarkan kepada Melayu. Atau apakah perjuangan memprakasakan Melayu sudah dikeruhkan dengan keghairahan menekankan keharmonian antara kaum hingga kepentingan Melayu ada kalanya tidak diberikan pertimbangan wajar?

alaupun tidak salah pimpinan pusat melaung-laungkan bahawa mereka kini bukan saja mewakili Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya tetapi kepentingan Melayu juga tidak harus dilihat sebagai sudah dibelakangi.

Pimpinan

Jika pimpinan Umno mengatakan mereka bukan lagi perjuangkan kepentingan Melayu, siapa pula yang boleh diharap untuk pertahan dan perjuangkan hak Melayu yang terus saja dipersoalkan? Bukankah Umno wujud untuk perjuangkan hak dan kedudukan Melayu? Atau apakah ini pun sudah hendak diabaikan?

Kepentingan Melayu dikatakan banyak diabaikan oleh Kementerian dimana Menterinya terdiri dari bukan Melayu. Di sini saya hendak menyebut dua perkara saja yang berlaku di sebuah kementerian, ia itu Kementerian Sumber Manusia khususnya dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (Human Resource Development Fund) dan Socso.

Dikhabarkan berbagai syarikat ditubuhkan oleh mereka yang berkepentingan dalam MCA untuk menggunakan dana berjumlah RM1.2 bilion. Berbagai kurus latihan diadakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan syarikat-syarikat swasta. Kos mengikuti kursus ditampung oleh dana itu. Kabarnya syarikat-syarikat latihan Melayu jangan harap boleh dapat didaftarkan untuk melakukan latihan dengan menggunakan dana itu.

Di Socso juga begitu yang berlaku. Ia mempunyai 49 buah pejabat tempatan. Pengurusi Jawatankuasa Penasihat pejabat itu dahulunya terdiri dari pegawai kerajaan. Kini semua pengurusinya adalah dari kalangan MCA. Dahulu timbalan pengurusnya adalah Melayu, kini semuanya Cina sebagaimana juga ahli biasa jawatankuasa itu majoritinya adalah Cina.

Perhatian

Ini hanya satu sahaja perlakuan di sebuah Kementerian dimana Menterinya adalah dari MCA, ia itu Dr Fong Chan Onn. Keadaan demikian berlaku juga di kementerian yang diterajui Menteri dari Gerakan dan MIC. Mereka ini tidak segan silu lagi melantik atau berikan peluang mendapat projek dari kalangan sebangsa. Malangnya, walaupun perlakuan begini berlanjutan ia tidak pun mendapat perhatian Umno walaupun berbagai sungutan telah dibuat.

Masaalahnya, Umno seolah-olah tidak bermaya untuk menanggani perlakuan demikian. Sebagaimana juga tohmahan kononnya Melayu sudah menguasai ekonomi negara juga tidak diberikan respon munasabah. Ia nampaknya begitu lesu sekali membalas atau menjawab dakwaan-dakwaan melampau.

Malangnya parti-parti yang mewakili Cina dan India - MCA, Gerakan dan MIC - berterusan melaung-laungkan hak dan kepentingan Cina dan India. Jadi siapa sebenarnya yang boleh perjuangkan kepentingan Melayu?

Kesimpulannya bukan Melayu tetap menganggap Melayu sudah pun menguasai ekonomi negara, walaupun pada hakikatnya perkara ini tidak betul. Kalau pun Melayu sudah menguasai sehingga 37 peratus keseluruhan ekuiti syarikat-syarikat yang tersenari di Bursa Saham Kuala Lumpur ini bukan bermakna Melayu sudah menguasai ekonomi negara. Bagaimana dengan beratus ribu syarikat-syarikat persendirian yang kembanyakannya dimiliki bukan Melayu?

Sekali pun Melayu/Bumiputera menguasai 40 peratus daripada ekonomi negara ia juga adalah tidak seimbang dengan nisbah jumlah penduduk dalam negara, ia itu 50 peratus Melayu dan melebihi 60 peratus Bumiputera dibandingkan dengan jumlah rakyat bukan Melayu.

-www.mykmu.net.
http://www.beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5536

13 comments:

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kluangman said...

Untuk mencari kesalahan atau semua kesalahan bukan di sini. Kelemahan diri sendiri pun berlambak lambak..

Individu yang begitu terpengaruh dengan arus media perdana memanglah mempunyai fikiran sehala dan melenting bila idolanya dikritik walaupun untuk kebenaran.

Pengkritik dianggapnya musuh dan dengki, sedangkan teguran itu penting sehinggakan Khalifah umar pun meminta beliau dikritik ketika memegang jawatan Khalifah, tapi hari ini ada yang sudah mengaku mahu menjadi Khalifah berpenggal penggal walaunpun berpuluh teguran belum dijawab dengan jelas, tidak cukup dengan itu, ugutan pula dikeluarkan jangan dirinya diuji berkali kali.

Kalau mahu jadi perompak seumur hidup, hadapilah kemungkinan ditangkap polis, kalau mahu jadi polis bertahun tahun, hadapilah kemungkinan ditembak perompak.

Di sini tidak perlu sesiapa jadi hero atau berteknologi tinggi, memadai menjadi rasional dan sopan, tidak perlu menepuk dada mencabar cabar, jangan hunus keris di dewan perhimpunan, tetapi hunuslah keris di medan peperangan dan perjuangan, itu baru anak jantan namanya.

Minoriti rakyat mempertikaikan PM atas dasar dan perlaksanaannya, adalah hak rakyat untuk berbuat demikian di masa sekarang atau di masa lalu cuma jenama AAB yang sedang berada di jawatan tersebut tidak begitu berwibawa ketika dan saat ini. Itulah hakikat yang tidak boleh diterima oleh pemujanya.

kluangman said...

Berhubung dengan 'keris' ini kita berharap hishamuddin pandai pandai menjaga keris pendeknya, jangan salah hunus di masa dan tempat yang salah.

Sudah ramai pembesar termasuk pembesar UMNO yang nama nama mereka tidak perlu disebutkan di sini telah terpenjara, terhukum dan sekaligus terlepas jawatan akibat menghunus keris pendek masing masing di salah masa dan tempat.

Pendekar atau individu yang selalu menghunus keris pula diibaratkan oleh mahaguru sebagai pendekar yang hilang keyakinan diri, rasa terpinggir, rasa tidak digeruni kawan dan lawan, mempunyai hati yang kecil, mudah di uja dan hilang kewarasan ketika membuat pertimbangan, keputusan dan berkata kata.

kluangman said...

Untuk mencari kesalahan atau semua kesalahan bukan di sini. Kelemahan diri sendiri pun berlambak lambak..

Individu yang begitu terpengaruh dengan arus media perdana memanglah mempunyai fikiran sehala dan melenting bila idolanya dikritik walaupun untuk kebenaran.

Pengkritik dianggapnya musuh dan dengki, sedangkan teguran itu penting sehinggakan Khalifah umar pun meminta beliau dikritik ketika memegang jawatan Khalifah, tapi hari ini ada yang sudah mengaku mahu menjadi Khalifah berpenggal penggal walaunpun berpuluh teguran belum dijawab dengan jelas, tidak cukup dengan itu, ugutan pula dikeluarkan jangan dirinya diuji berkali kali.

Kalau mahu jadi perompak seumur hidup, hadapilah kemungkinan ditangkap polis, kalau mahu jadi polis bertahun tahun, hadapilah kemungkinan ditembak perompak.

Di sini tidak perlu sesiapa jadi hero atau berteknologi tinggi, memadai menjadi rasional dan sopan, tidak perlu menepuk dada mencabar cabar, jangan hunus keris di dewan perhimpunan, tetapi hunuslah keris di medan peperangan dan perjuangan, itu baru anak jantan namanya.

Minoriti rakyat mempertikaikan PM atas dasar dan perlaksanaannya, adalah hak rakyat untuk berbuat demikian di masa sekarang atau di masa lalu cuma jenama AAB yang sedang berada di jawatan tersebut tidak begitu berwibawa ketika dan saat ini. Itulah hakikat yang tidak boleh diterima oleh pemujanya.

Harat said...

Saya ingin melihat ketiga-tiga parti, UMNO,PAS dan Keadilan adalah relevan dan sentiasa relevan.

Dengan itu, orang Melayu ada pilihan untuk memilih parti pemerintah yang terbaik pada masa yang tertentu.

Jika UMNO sudah korup, banyak kelemahan dan melakukan penyelewengan, mengapa tidak pilih PAS atau Keadilan?

Malaysia tidak akan runtuh dan kiamat, jika orang Melayu menolak UMNO.

Orang Kelantan sudah tunjuk contoh: mereka pilih PAS dan UMNO berganti-ganti mengikut masa, keadaan dan kepentingan pada satu-satu masa.

Mengapa orang Melayu di negeri lain "tidak nampak" hal itu dan tidak mencontohi tindakan yang bijak itu?

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Segala yang berlaku natijah daripada tindak-tanduk AAB sendiri yg 'lost control'. Masih ingat lagi bagaimana 10 Menteri Bukan Melayu/Islam menghantar MEMORANDUM pasal agama tu?

Itulah manifestasi keterbukaan, ketelusan, integriti yg diwar-warkan, dipekik-pekikkan, dilolong-lolongkan, disalak-salakkan di mimbar media cetak & elektronik saban hari selama AAB berkuasa.

Justeru terimalah sendiri padahnya! Ironinya pabila soalan demi persoalan diajukan oleh Rakyat tidak pula dijawab malah dituduh pula kami ini (Rakyat) sebagai iblis', 'pengacau', dsbnya. Kata telus! Musyawarah! Bisa saja menerima teguran! Boleh saja terima kritikan (yg membina saja... seenaknya menjadi halwa telinga ya pak...tak gitu?).

Apa hak kita nak menentukan jenis kritikan yg hendak dilontarkan oleh Rakyat. Itu hak mereka. Terpulanglah kepada mereka jenis kritikan yg macam mana mahu dilontarkan bergantung kepada kesesuaian semasa dan respon yg diberikan oleh pemerintah sendiri. Seandainya pemerintah terus saja bikin pekak telinga, bersikap dungu tunggu, enggak apa-apa sih..., akhirnya kocakan air kopi itu bisa saja menjadi TSUNAMI di suatu hari. Bagaimana? Apa masih mahu mempermainkan sentimen Rakyat?

Pemerintah diangkat oleh Rakyat dan terserahlah pula kepada Rakyat menentukan nasibnya. Mengapa harus mengistiharkan seluruh pelosok negara yg 'Misi Nasional' (apa ke bende itu? ... macam asing saja bunyinya!) saban waktu harus diserlah. Justeru membutuhkan beberapa penggal lagi untuk merealisasikannya. Lantas tanpa segan silu merintih menagih simpati para perwakilan dan Rakyat agar diberi peluang lagi dan lagi untuk entah berapa penggal gamaknya!

Tolong jangan menambahparahkan kami (Rakyat) dengan beban ekonomi yg lembab dan tak bermaya. Jangan dimomokkan lagi pasal angka indeks komposit itu. Rakyat tak tertipu dengan mainan sebegitu.

Hari ini kos hidup berganda dan begitu menekan, mengasak, menghimpit, melanyak Rakyat yg terus diburu oleh kenaikan harga barangan lantaran kenaikan harga bahan bakar. Ilusi apa yg pemerintah mainkan yg kononnya jaminan diberi bahawa harga barangan keperluan seharian tidak meningkat. Teori ekonomi mana kalian pakai? Tak sekolah ke?

Retail price = Net profit + Cost + Operating expenses

Justeru siapa yg boleh menahan kenaikan harga di pasaran terbuka. Perbelanjaan operasi terus meningkat dengan kenaikan harga bahan api.

Cakap biarlah bernas. Mana datanya. Mana statistiknya. Jangan menjerit tak tentu pasal. Melaungkan sebebas-bebasnya, sewenang-wenangnya 'Hidup UMNO', 'Hidup Melayu'. Kalian ingat slogan itu jajaan penjual 'sate' dan peniaga ikan di pasar borongkah? Jangan jadi bongok. Kalau ia kalian bongok sekalipun janganlah pula membongokkan Rakyat!

Datuk,

Perlukah saya melayan orang yang meracau tanpa pengkhususan tajuk...

Sepanjang yang saya tahu ada dua tempat yang paling sesuai baginya, Datuk cadangkanlah salah satunya...

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MYI said...

Datuk,
Saya fikir untuk UMNO kembali relevan dan berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara serta tidak mempunyai jangka hayat yang pendek, UMNO hendaklah berhenti menganugerahkan jawatan dalam mana mana organisasi dan dalam masa yang sama tidak menganugerahkan kontrek kepada pemimpin pemimpin UMNO disemua peringkat baik cawangan maupun bahagian untuk mengumpul kekayaan.
Saya yakin antara punca utama Melayu gagal mencapai prestasi yang baik dalam ekonomi negara adalah kerana pemimpin politik disemua peringkat sibuk mengumpul kekayaan sehingga lupa kepada amanah yang diberikan oleh bangsa mereka sendiri.
Sanggupkah UMNO berbuat demikian? Jika tidak sanggup, saya yakin jangka hayat UMNO berkuasa sebagai parti yang dominan dalam BN akan dapat ditentukan.