Thursday, November 02, 2006

BERITA TERBARU

KUTIP TANDATANGAN
UNTUK PECAT TUN M
DARIPADA UMNO?

Saya difahamkan kini ada sekumpulan insan sedang bekerja keras mengutip tanda tangan untuk menyokong usaha memecat Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada UMNO.

Adalah tidak diketahui sama ada Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan Presiden UMNO sendiri menyedari akan wujudnya usaha ini. Juga tidak diketahui sama ada usaha ini dilaksanakan di seluruh negara.

Bagaimanapun, saya difahamkan, usaha tersebut dikatakan dipelopori oleh seorang individu tertentu yang memang mahukan Tun Dr. Mahathir segera disingkirkan daripada UMNO, walau dengan apa jua cara sekalipun.

Pokoknya, adakah berita di atas sahih? Kalau sahih, apa dah jadi ni? Siapakah yang menguasai UMNO pada hari ini? Mungkinkah ada parti di dalam parti? – Ruhanie Ahmad



1 comment:

Eugenist said...

Datok..Apa yang nak dihairankan? Bukankah parti UMNO kini telah menjadi "family party"?

Mungkin ini adalah permulaan kepada satu kejatuhan..

Tuhan selamatkan kita semua.

-aqalkalayuda-