Friday, November 24, 2006


Ikuti Perhimpunan Agung Umno
Menerusi UMNOTV Di New York

Kini saya berpeluang melayari laman-laman web untuk mengikuti mengenai perkembangan negara. Menerusi internet, saya yang kini menetap di New York, juga berkesempatan menonton siaran TV nasional, TV swasta dan UMNOTV daripada Malaysia.

Sebab itulah baru-baru ini saya brpeluang menonton Perhimpunan Agung Umno (PAU) menrusi UMNOTV. Walaupun berbeza waktu selama 13 jam, ia bukannya penghalang untuk saya mendapatkan maklumat atau mengikuti siaran TV Malaysia.

Baru-baru ini, saya sempat menonton Nightline yang disiarkan TV3, menerusi internet. Saya mengikuti reaksi Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien, terhadap laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai kenyataan Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir, pada PAU kali ini.

Pada pendapat saya, apa salahnya Datuk Mukhriz bersuara? Salahkah beliau bersuara sampai kedudukan beliau sebagai Exco akan dikaji. Apa ni? Sejak bila ahli Umno dilarang beri pendapat?

Malaysiakan negara demokrasi. Sesiapa pun boleh bercakap dan menyatakan pendapat mereka. Saya rasa tidak salah, Datuk Mukhriz memberi pendapat. Semua orang boleh beri pendapat. Tambah-tambah lagi dalam kerajaan sekarang yang mengamalkan sikap keterbukaan.

Mukhriz

Lagipun Datuk Mukhriz bukan maki orang, bukan bunuh orang, dan bukan amal politik wang. Kenapa nak hukum sampai macam tu sekali? Biarlah beliau beri pendapat. Saya rasa lebih ramai lagi yang mahu beri pendapat mereka. Tetapi sebenarnya tidak berkesempatan ataupun takut untuk bersuara. Takut nanti hilang segala-galanya. Pemimpin macam ini, tak perlu berada dalam Umno.

Macam mana nak membela nasib orang Melayu kalau tidak berani menegakkan kebenaran? Macam mana nak bela nasib anak bangsa dan generasi masa depan, kalau masih ada lagi yang takut pada kebenaran?

Saya setuju dengan Datuk Mukhriz bahawa ucapan Presiden Umno sebenarnya tidak begitu kuat untuk "mengegarkan" Dewan Merdeka di PWTC. Hanya ucapan biasa saja.

Saya berkata demikian, bukan kerana Datuk Mukhriz anak Tun Dr. Mahathir. Saya berkata demikian kerana memang benar apa yang dikatakan oleh Datuk Mukhriz. "Tak dak apa sangat" kata orang Penang.

Topik perbualan kami di sini, sebaik saja melayari UMNOTV, ialah berkaitan ucapan dasar Presiden Umno. Komen seorang rakan dan juga pendapat saya sendiri, tiada apa yang baru dan istimewa pada ucapan itu. Ia hanya ucapan biasa. Ucapan yang tidak boleh mengegarkan Dewan Merdeka sehingga boleh menaikkan bulu roma.

Mengampu

Masih ingat lagi, semasa Tun Dr. Mahathir berucap dulu, semua perwakilan akan memberi tumpuan dan semuanya akan menanti apa yang mahu disampaikan. Bukan saja perwakilan malah mereka yang "bertugas" juga akan mendengarkan dengan khusuk dan tawaduknya.

Mengenai PAU tahun ini, saya dapati kebanyakan perwakilan tidak menggunakan pentas yang diberikan untuk mengupas sesuatu isu itu dengan baik-baiknya. Sebaliknya mereka hanya dibayangi perasaan mahu "mengampu dan bodek".

Please la. Tolonglah. Gunakanlah pentas itu untuk memperjuangankan nasib anak bangsa dan generasi masa depan kita, kerana sejak kebelakangan ini, kita berhadapan dengan permintaan dan suara-suara kurang enak dari rakan-rakan dalam Barisan Nasional yang sebelum ini tidak berani untuk berbuat demikian.

Sekianlah luahan isi hati anak perantau yang masih cintakan negara. Salam kepada rakan-rakan Datuk yang lain, seperti Brother Rocky, Datuk Kadir Jasin dan Datuk Rejal Arbee. Teruskan menulis mengenai kebenaran demi anak bangsa dan generasi akan datang. – kiriman NN New York.

6 comments:

Andin Salleh said...

Walaupun negara ini dikatakan sebuah negara demokrasi, barangkali ramai orang lupa bahawa kebanyakan pemimpin dan ahli UMNO sebenarnya masih mempunyai mentaliti feudal atau neo-feudal.

Dalam budaya politik feudal, mengkritik seorang raja dan orang besar secara terbuka bukanlah suatu amalan yang dianggap wajar. Hanya seorang yang "kurang ajar" barangkali berani berbuat demikian.

Mukhriz sebagai anak bekas PM mungkin merasa dirinya mempunyai keistimewaan dan "kekebalan" untuk mengkritik PM secara terbuka.

Sekarang pemimpin tertinggi UMNO dan Pemimpin Pemuda UMNO sendiri tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh Mukhriz.

Apatah lagi sekarang ayahnya Tun M masih "bersengketa" dengan PM. Hanya penyokong fanatik Tun M barangkali yang akan menganggap perbuatan Mukhriz itu sebagai sesuatu yang wajar.

Anonymous said...

saya menyokong kuat komen ini. bagi saya Datuk Mukhriz adalah pemimpin rakyat. Saya ketakan demikian kerana kedudukan beliau dalam Kepimpinan Pemuda UMNO adalah pilihan rakyat. Tidak seperti Hishamudin dan KJ yang menang tanpa bertanding. semakin hari UMNO semakin tidak releven kerana kebanyakan pemimpin atasan memperolehi jawatan tanpa bertanding. dan kebanyakannya menang undi kerana WANG. apa sudah jadi dengan pemimpin melayu yg mengaku beragama ISLAM pada masa mempertahankan kuasa dengan wang.

Anonymous said...

adalah amat wajar Datuk Mukhriz memberikan pendapat beliau tentang Ucapan Tuan Presiden. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan UMNO adalah sebuah parti untuk melayu, dan pemimpin melayu yang dipilh rakyat berhak untuk memberi pendapat beliau. dalam pada itu juga Tuan Presiden dari awal lagi sudah melaungkan keterbukaan dalam kepimpinan beliau. Jadi tak salah jika seoarng pemimpin yang dipih oleh rakyat dan juga mewakili rakyat memberi komen. Beliau adalah pemimpin demokrasi yg sejati, kerana jawatan yg diperolehi secarai pemilihan. tidak seperti tuan presiden dan timbalan dan ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda yang secara dasarnya memperolehi jawatan secara tidak demokrasi. mereka menang jatan tanpa bertanding, Datuk Mukhriz dipilih oleh rakyat. bagaimana pula tuan Presiden mengatakan dia memperolehi sokong rakyat. rakyat mengundi untuk UMNO. bukannya untuk seseorang. jika inilah yg dibanggakan dan terus dialamakan, tak mustahil UMNO akan binasa pada masa akan datang.

Anonymous said...

Salam anak bangsa...

Bukan sekadar bersetuju sahaja dengan pendapat saudara Kuda Kepang, malah saya sendiri perlu ucapkan terima kasih kepada saudara kerana meluahkan dahulu apa yang terependam seperti apa yang meledak di dalam hati saya.

Perhimpunan Umno kini bukan lagi seperti zaman untuk memperjuangkan bangsa, kini ia lebih kepada zaman mengekalkan kroni dan sekadar dewan wajib untuk dihimpunkan kerana sudah termaktub dalam rang undang2.

Semakin tenat barisan pemimpin hari ini, yang mana berkuasa dah lupa erti demokrasi yang mana hanya ada saki baki kuasa cuba menuntut demokrasi...

Saya tak dapat menonton PAU baru baru ini memandangkan saya jauh dari negara, tp itu tak bererti saya lupa akan negara tercinta! Bahangnya terasa sehingga ke rusuk tulang...

SALAM REFORMASI

Anonymous said...

Apa nak jadi dan akan terjadi dgn. bumi Malaya ini 5 tahun, 10 tahun.. jika mempunyai pemimpin yg tidak serupa pemimpim negara, harapkan org lain yang dok merancang beliu cuma menjadi jurucakap saja.Setiap kali soalan ditanya nanti kita bawa jemaah mesyuarat.Apakah awak tidak berani membuat keputusan?? Ketua apa ini namanya cuba bagitau jawapan kat kami.

Sedarlah yg buruk akan menjadi ulat,jadi sebelum ianya berulat dan busuk dimana akan diingat oleh cucu2 anda serta seluruh cucu2 kami.Harapan kami tidak wujud TAKSIN 2 lagi kat dunia ini.

Tak payah dok pukul canang lah.... setakat 3 tahun baru pegang Malaya Sama macam MENANTU AWAK baru 3 tahun saja ahli UMNO kenai dok tunjuk terror..Sendiri mau ingat malaya ni terkenai kerana dia tu.
Awak hanya bernasib baik sikit dari Najib


SALABU SALABI=dulu org kuat UMNO sekarang dok cari-cari nak pangkah apa kali ini...

Anonymous said...

Jebat terkenal kerana derhaka kepada raja,siTuah terkenal kerana pembelanya.Disini jika dilihat senario PEMUDA tidak ubah seperti zaman dahulu.Jebat keseorangan manakala Tuah serta HANG AMPU, HANG BODEK,HANG GABUIH SERTA HANG JILAT(merujuk mereka yang dulu keluar UMNO ) disisi Tuah.Dulu mereka sekawan sekarang mereka bertikam . Semua ini kerana demi menjaga ISI PERUT yang tak pernah puas.Sebab itulah kesultanan Melaka runtuh.Sokong membawa rebah tak iklas.

Cuba tayangkan balik ucapan Pm kat HANG.. HANG.. ini, berani depa kata atau tidak ramai yg dok nak pejam mata saja waktu PM dok ucap.
Termasuk lah yg. dok atas pentas belakang PM.Suruh depa tengok dgn biji mata sendiri sapa yg. beri tumpuan dan sapa yg mata layu...
Sebab apa????Sebab LAGU LAMA org.nak dgr LAGU BARU baru best.

Dok layan kat kedai kopi belum jumpa yg kata PAU kali ini best.
Salabu salabi.