Sunday, November 12, 2006

Ucap Selamat Untuk Tun Mahathir
Masih Terus Datang Mencurah-Curah
Berikut adalah ucap selamat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masih dirawat di IJN, Kuala Lumpur. Ucap selamat ini dikirimkan menerusi bol ini dan dua e-mail khusus kepada saya.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa ucap selamat dan komen ini saya siarkan tanpa saringan. Bagaimanapun, saya tidak siarkan kenyataan yang sensitif. Ianya berada di dalam ruang comments dalam blog ini.– Ruhanie Ahmad.

Dr Butiq: Datuk, apabila dapat tahu sahaja Tun di masukkan ke IJN, air mata saya terus sahaja mengalir tanpa berhenti dan setiap kali saya teringatkan Tun air mata saya senantisa sahaja berlinangan. Begitulah kasihnya saya pada insan yang bernama Mahathir. Apalah yang dapat saya bantu Tun yang saya kasihi selain mendoakan Tun cepat sembuh.

BANGUNLAH DAN BERDIRILAH PANGLIMA PERANG KU DENGAN GAGAH DAN BERANI TERUSKAN LAH PERJUANGAN MU DEMI BANGSA AGAMA DAN NEGARA. SAYA SALAH SEORANG DARI TENTERA MU AKAN TETAP BERJUANG BERSAMA MU.

AYAHANDA KU TUN YANG KU KASIHI SEMOGA CEPAT SEMBUH. - 8:26 PM

Orangmawas: Inilah buat kali pertama hati saya betul-betul tersentuh pada nasib yang menimpa orangg yang bukan dari darah daging saya sendiri.TDM....

Semangat juang mu telah pun melekat tersemat abadi dalam diri saya. Saya sendiri akan menongkah arus dalam parti jika pembodek-pembodek kerajaan sekarang ni mempertikai soal perjuangan yang Tun kemudi selama ini.

Saya betul-betul malu dengan apa yang pembodek-pembodek ni dah buat pada Tun. Mana maruah kalian semua sebagai orang Melayu?

Maaf kalau kami dari peringkat cawangan keluar dari parti keramat ini jika sesuatu yang tak patut berlaku menimpa Tun di dalam parti ini!! Allahuakbar!! - 5:17 PM

Mfiarb: Doa ikhlas buat Tun Dr M. agar cepat sembuh. Ketahuilah YAB Tun Dr M, yang membenci mu hanyalah segelintir pemimpin UMNO yang lupa kepada kuasa di tangan rakyat.

Insyallah dengan kuasa yang ada pada rakyat dan dengan izin ALLAH, mereka akan tahulah untung nasib mereka apabila tiba waktunya. Amin!!!- 8:00 PM

Silent voter: To Great Leader !!!: Saya dan sekeluarga medoakan semoga Tun cepat sembuh dan sihat sejahtera...Kami rakyat biasa sentiasa mengenag budi Tun dan apa yang Tun dah lakukan kepada negara ini. You make us proud...

Saya tak malu mengaku Tun sebagai our Prime Minester during your time...You change Malaysia a lot...Saya harap pemuda-pemuda dan/atau Menteri-Menteri atau Menteri Besar yang kurang ajar dan lupa diri serta jasa kepada Tun sedar apa yang mereka cakap.

JANGAN JADI MELAYU YANG TIDAK KENANG BUDI ...Pepatah Melayu "habis madu sepah dibuang". Kalau Bekas Presiden boleh dibelasah, dihina, apakan lagi kalau rakyat biasa saja. Jika inilah trendnya sekarang, tunggu aja waktu pilihanraya nanti... Moga-moga ambil iktibar hal ini.. Semoga Tun cepat sembuh.

Anak Wawasan, Perak: Semoga YABhg Tun Dr Mahathir cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala hendaknya. InsyaAllah. Selama 22 tahun kau menabur bakti memimpin negara ini menuju kearah wawasan yang kau wujudkan.

Kini selepas kau berundur secara sukarela, segelintir manusia mengatakan kau telah nyanyuk, menyanggah teguranmu, menghina dan mahu menyisihmu dari parti yang kau pimpin.

Tapi kami generasi merdeka dan berwawasan tetap utuh dibelakangmu wahai negarawan ulung kami. Tun, kau tetap menjadi inspirasi perjuangan kami.

RHG: Dearest Tun, We pray to Allah that he'll give you the best of health and keep guiding us. We really appreciate what you have done for us but regrets that we can’t do much for you except our doa to you and your family.

As an UMNO member, if you are sacked by Umno or the delegates, I will sack myself from Umno too. WE ARE WITH YOU.
AN: Semoga TDM kembali sihat seperti sedia kala untuk kembali memberi teguran untuk kesejahtera rakyat Malaysia.Amin. - an@streamyx.com.

Anak Perantauan: In the name of ALLAH the most gracious and the most graceful. May ALLAH The Almighty heal our beloved Tun Dr. Mahathir, and may this test upon him motivates him and to us, the citizen of Malaysia for not giving up to speak the truth and do something good for our beloved country, Malaysia. - zecool@hotmail.com.

No comments: