Friday, November 17, 2006

Perhimpunan Tidak Ceria
Altantuya Di mana-mana?

Ramai sahabat handai memberitahu saya, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2006 tidak meriah, muram dan tidak ceria. Mereka juga menyatakan bahawa kes pembunuhan wanita Mongolia seolah-olah diperkatakan oleh segolongan besar orang ramai yang berkeliaran di mana-mana sahaja di sekitar PWTC.

Wah, ini sudah lain ceritanya. Waktu zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, orang ramai berpusu-pusu datang dari seluruh pelusuk negara ke PWTC, semata-mata untuk mengikuti PAU secara dekat menerusi TV litar dekat, atau CCTV.

Agaknya, kenapa jadi begini? Kata sahabat-sahabat saya, beberapa orang kuat Datuk Seri Abdullah Ahmad kelihatan gelisah dan termangu-mangu. Mereka jadi demikian kerana keadaan dan suasana di sekitar PWTC itu mencerminkan sesuatu yang agak luar biasa.

Warung

Pada waktu yang sama, ada sesetengah perwakilan lebih selesa bersidang di warung-warung kopi di The Mall dan Riverside berhampiran PWTC.

Topik perbincangan mereka pula bukannya pasal politik Umno, RMK-9, pembanterasan rasuah dan politik wang, Khairy Jamaluddin, atau pun Agenda Melayu.

Rata-ratanya, kata sahabat-sahabat saya, mereka lebih rancak memperkatakan kes pembunuhan pergawati Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu.

Kenapa? Saya tak pasti! Tetapi, orang-orang politik itu meramalkan kononnya kes berkenaan mungkin jadi satu-satunya kes mahkamah yang cukup sensasi.

Arahan

Satu lagi hal yang dikesali banyak pihak adalah arahan buku-buku politik tidak boleh dijual di sekitar PWTC. Tahun lalu pun arahan yang sama dikuatkuasakan.

Siapa yang beri arahan? Tanyalah Umno Malaysia. Adakah Datuk Seri Abdullah tahu akan arahan seperti ini? Tidakkah ini bercanggah dengan pendirian bahawa kerajaan kini lebih terbuka dan lebih memberikan kebebasan akhbar?

Kalau nak tau lebih lanjut, tanyalah penulis S.H. Alattas yang kini dikatakan terpaksa menjual bukunya secara sorok-sorok.

Blogger

Bayangkan, buku sahabat saya, blogger Datuk A. Kadir Jasin, dan blogger Raja Petra Kamaruddin, pun diharamnkan mendekati PWTC.

Saya dah tau awal-awal lagi mengenai arahan ini. Sebab itulah saya cepat-cepat tawakufkan penerbitan dan percetakan buku saya yang berjodol Catur Dajjal. Bagaimanapun buku ini akan menjelma dalam format e-book tidak lama lagi.

Mawi

Dalam gitu-gitu, bekas tunang Mawi, Ina daripada Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor, boleh pula menjual bukunya di PWTC. Tidakkah ini satu ironi?

Bagaianapun, bayangkan dan fikirkanlah sendiri. Apakah maknanya ini semua? Apakah ini mencerminkan kekecewaan orang ramai? Apakah ini menggambarkan kebencian?

Paling penting lagi, apakah Datuk Seri Abdullah sedar akan perkembangan seperti ini? Atau, inikah akibatnya manipulasi sesetengah pihak ke atas kepimpinan mutakhir? Manipulasi inikah yang sebenarnya menjadi punca kepada segala-galanya? – Ruhanie Ahmad

2 comments:

Anonymous said...

Yanh Berbahagia Ruhainie,

Seandai nya Ahmad Badawi, Najid dan rakan rkan yang lain termasuk Majlis Tertinngi, jujur, ikhlas tidah berhati busuk,bermaruah awal awal lagi mereka sudah pergi berjumpa dengah Tun dan menjawab secara professiaonal atas issue issue tersebut. Malangnya , kejujuran itu yang sepatutnya lahir dari Islam Hadhari seperti di perjuangkan oleh PM, hilang, tidak nampak atau Invinsible atau terleak di belakang 'Hati'nuani mereka. Pada majlis Hari Raya terbuka TDM, maaf, saya dengar tidak ramai rakan rakan Tun di dalam kerajaan sekarang yang hadir, lebih malang lagi cuma apabila TDM dimasukkan ke Hospita, maka ramai lah yang hadir, tapi untuk apa, adakah kerana takut tidak sempat meminta maaf di atas dosa dosa mereka terhadap Tun atau sekadar 'prihatin'. Inilah Malaysia ku sekarang ini. Teruskan perjuangan mu wahai Tun dan insan yang bernama Ruhainie.

Andin Salleh said...

Saya rasa PAU kali ni dibayangi oleh konflik antara Mahathir dengan Pak Lah.

Mungkin sebahagian perwakilan terpengaruh oleh kritik=kritik yang dilemparkan oleh Mahathir kepada Pak Lah, sehingga ada perwakilan yang melihat Mahathir sekarang sebagai "dewa penyelamat" bangsa Melayu.

Mereka lupa Mahathir pun sebenarnya melakukan banyak kesilapan dan penyalewengan (bahkan kezaliman) ketika berkuasa dahulu .

Akan tetapi, budaya politik Melayu menuntut mereka menunjukkan taat setia kepada pemimpin yang berkuasa (Pak Lah).

Dalam keadaan demikian, tentulah persidangan tidak begitu ceria!