Thursday, November 09, 2006

Berita Terkini
Tun Dr. Mahathir
Berada Di IJN KL

Mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad,
kini berehat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur,
akibat serangan sakit jantung lewat malam tadi.
Beliau dinasihatkan oleh para pakar supaya berehat
selama seminggu di institut berkenaan.
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, sudah pun mengunjungi
Tun Dr. Mahathir di IJN, pada 2.15 petang, 9 November 2006.
Tetapi, beliau tidak dapat berjumpa kerana Tun Dr. Mahathir sedang tidur.
Bagaimanapun Datuk Seri Abdullah diberikan taklimat oleh para doktor pakar
selama 15 minit mengenai keadaan kesihatan Tun Dr. Mahathir.
Rakyat jelata yang ingin membuat ucapan selamat kepada Tun Dr. Mahathir
silalah hantarkan e-mail anda menerusi blog ini.
Kami akan salurkan mesej-msej anda kepadanya.
Terima kasih.

Ruhanie Ahmad

9 comments:

neutralsite said...

Kami rakyat Malaysia berharap Tun akan sembuh secepat munkin,semoga kesihatan Tun akan bertambah baik lagi.

Penarik Beca said...

"Other people have struggled against greater odds. What is there for me? If I have to struggle I will struggle by whatever means possible" - Tun Dr M

Izinkan saya memetik kata-kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa:

"Semoga Allah menyegerakan kesembuhan Tun dan beliau dapat meneruskan peranannya yang sangat berkesan hari ini dalam memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara".

Dan, kata-kata Mahfuz Omar:

"Ketika negara diancam oleh kelemahan kepimpinan yang ada kini, negarawan dihormati sepeti Tun sangat diperlukan untuk memperbetulkan keadaaan".

TAK NAK LAH! UNDUR LAH!

zaliec said...

Sebagai seorang yang mengenang budi Tun.... kami doakan semoga Tun sembuh dan menjadi penyuluh kepada `kecacamarbaan' pimppinan negara sekarang.

cakapsiang said...

semoga Allah segera menyembuhkan YABhg Tun yang kami kasihi. Kami masih memerlukan Tun untuk terus memberi kekuatan terhadap perjuangan kami.

A Voice said...

Tun you have my prayers and good wishes.

We need you.

However, I hope we begin to realise that its time we speak and do what need to be done ourselves than burdening Tun anymore.

Is that the "tongkat" that we have grown dependent? The "tongkat" that he will be there for us. And out of our selfish reason, we forgot that he is 82.

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim.

Wassalatu wassalamu ala rasulillahi ajma in.

Ya Rabb,

Syifa tu bi iz nillah! Sihatkanlah hambamu Mahathir Mohamad dari keadaan nya sekarang jika ianya ada keredhaan dari mu Ya Rahman.

Amin Ya Rabbal Alamin.

selendang sutra said...

Kami warga insan penerbangan di awan biru senatiasa berdoa semoga Allah swt berkati doa kami Tun dipanjangkan usia untuk teruskan perjuangan yang belum selesai. Selaku anak Johor... kami amat berterima kasih kepada Tun membina Gerbang Perdana menjadi mercu tanda arus kemajuaan negeri Johor.Kami terasa amat malu dan rasa terhina rakyat negara maju menyindir projek Jambatan Bengkok dibatalkan sedangkan ia menunjukkan pemimpin negara fikiran pandangan jauh menaikkan taraf ekonomi menjadikan negara maju. Kami amat amat berharap Tun cepat sihat dan harumkan semula nama Malaysia di mata dunia. Kami merasa malu ketika berada diluar negara mendengar sindiran mendapat yang mudah tertidur mencari ilham.

anak2020 said...

A'kum... harap kita semua mendoakan Tun cepat sembuh dan sihat...

Nasib baik Tun tidur waktu itu jika tidak orang datang melawat pula tidur dikatil Tun menerima rawatan..

Semoga Allah cepat sembuhkan kesihatan Tun supaya dapat hadir ke johor pada 19hb Nov. Kami peniaga-peniaga melayu menunggu kedatangan Tun dengan selawat nabi. Sekian

mfiarb said...

Doa iklas buat Tun Dr M. agar cepat sembuh. Ketahui lah YAB Tun Dr M, yang membenci mu hanya lah segelintir pemimpin UMNO yang lupa kepada kuasa di tangan rakyat. Insyallah dengan kuasa yang pada rakyat dan dengan izin ALLAH, mereka akan tahu lah untung nasib mereka apabila tiba waktunya. Amin!!!