Monday, November 13, 2006

CEO SYARIKAT
BERKAITAN KERAJAAN
PERLU SERTAI UMNO


BATU PAHAT 12 Nov. – Biro Ekonomi UMNO Batu Pahat mahu mereka yang dilantik mengepalai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disyaratkan menganggotai UMNO supaya perjuangan memajukan kedudukan bangsa Melayu dalam sektor korporat menjadi lebih jelas.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Sehat Mahmud berkata, antara objektif utama pengwujudan GLC adalah untuk menjaga kepentingan orang Melayu sama ada dalam sektor korporat atau jawatan profesional di negara ini.

‘‘Jika ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat menjadi ahli UMNO, mereka akan lebih mudah faham hasrat pucuk pimpinan parti bahawa matlamat GLC bukan sekadar mengaut keuntungan berbilion ringgit setiap tahun.

‘‘CEO yang tidak sehaluan dengan perjuangan parti perlu dielakkan kerana mereka mungkin tidak mengambil berat ‘tanggungjawab sosial kepada parti,” katanya.

Cadangan di atas baik untuk dilaksanakan. Ini kerana kebelakangan ini kita sering terdengar banyak desas-desus mengatakan bahawa sesetengah peneraju GLC dikatakan tidak sensitif terhadap Agenda Melayu.

Sebab itulah ada sesetengah orang besar GLC atau agensi yang mngendalikan GLC dikatakan terdiri dari orang asing. Ada pula yang melantik perunding asing tanpa mengambilkira sensitiviti tertentu.

Kalau anda nak tau lebih, rajin-rajinlah melayari lamanweb dan blog tempatan. Pastinya anda akan ketemu dengan bebrapa kenyataan yang menggerunkan. – Ruhanie Ahmad.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm

No comments: