Thursday, November 23, 2006

Gara-Gara Jual Buku Politik
S. H. Alattas Diserbu Polis…

Apa dah jadi ni? Penulis buku politik terkenal, Pak Tuan Syed Hussein Alattas @ Pak Habib @ Nujum Pak Belalang, diserbu oleh sekumpulan tiga orang pegawai polis berpangkat Inspekter dan beberapa orang pengawal keselamatan di PWCT, pada 14 November 2006.

Sebabnya? Alah… Sebabnya kecil aje! Pak Habib yang duduk-duduk menghirup secawan kopi, telah meletakkan beberapa jilid buku tulisannya yang terbaru di atas meja di kedai kopi berkenaan di sekitar PWTC.

Tiba-tiba, kata Pak Habib kepada www.kuda-kepang.blogspot.com., beliau pun diserbu oleh tiga pegawai polis beruniform dan beberapa pegawai keselamatan PWCT.

Pegawai-pegawai polis berkenaan meminta Pak Habib tidak menjual buku politik di sekitar PWTC. Pak Habib enggan mematuhi permintaan itu.

Sebaliknya, Pak Habib meminta pegawai-pegawai berkenaan memberitahu beliau, berasaskan peruntukan undang-undang manakah seseorang itu dilarang menjual buku-buku politik di sekitar PWTC sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Pak Habib juga menyatakan dengan tegas kepada pegawai-pegawai polis berkenaan, selagi mereka tidak dapat menyatakanb undang-undang yang khusus, Pak Habib akan terus menjual bukunya di PWTC.

Kata Pak Habib kepada pegawai-pegawai polis terbabit: “Saya rela disumbatkan ke penjara. Saya dah berumur 66 tahun. Biarlah saya menghabiskan sisa hidup saya di penjara.”

Oleh kerana mereka tidak dapat menyatakan peruntukan undang-undang yang melarang penjualan buku-buku politik di sekitar PWTC sewaktu PAU, pegawai-pegawai polis itu pun beredar meninggalkan Pak Habib.

Sewaktu menghubungi blog ini pada 21 November 2006, Pak Habib berkata: “Kalau apa yang berlaku bukannya bukti police state, saya tak taulah apa nak kata lagi.”

Pak Habib kesal dengan tindakan yang menimpa dirinya. Arahan supaya buku-buku politik tidak boleh dijual di sekitar PWTC sewaktu PAU bermula tahun 2005.

Tahun ini, sebuah buku politik oleh Saudara Sayuti Omar dan dua buku tulisan blogger Datuk A. Kadir Jasin dan Raja Petra Kamaruddin, turut disekat daripada di jual di PWTC.

Pokok persoalan kepada kejadian di atas adalah: siapakah yang sebenarnya mengeluarkan arahan berkenaan? Adakah Presiden Umno tahu mengenainya? - Ruhanie Ahmad.

4 comments:

AMLG said...

padan muka pak habib.

Anonymous said...

Dato' Ron,

Malang untuk penulis-penulis politik di Malaysia sekarang.

Tapi sekurang-kurangnya 'pengalaman' ini boleh menjadi modal berguna untuk Pak Habib dalam menghasilkan karyanya pada masa akan datang.

Ye lah kan.. dulu dia jugak yang kata TDM seorang diktator a.k.a Pemerintah Negara Polis.

Mungkin bertepatan dengan peribahasa meludah ke langit, akhirnya tertimpa batang hidung sendiri.

Walaupun begitu, dari lubuk hati yang paling kecil, saya bersimpati dengan Pak Habib. Harapnya tidaklah perkara sebegini akan mematahkan hati dan merobekkan jantung beliau.

Harat said...

Tindakan "kerajaan Dolah" melarang penjualan buku-buku politik sempena PAU itu memang patut diprotes. Tak ada alasan yang munasabah mengapa ketika itu buku politik tidak boleh dijual. Mudah-mudahan Dolah Badawi akan sedar kesilapannya.

Gedembai said...

"Pokok persoalan kepada kejadian di atas adalah: siapakah yang sebenarnya mengeluarkan arahan berkenaan? Adakah Presiden Umno tahu mengenainya? -"

Nanti dijawabnya:

" Saya tak tahu. Saya tak terlibat."