Monday, November 13, 2006

‘Bukan PM Satu Penggal’
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

DALAM wawancaranya dengan Mingguan Malaysia, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, telah menghantar satu mesej yang terang dan nyata – beliau bukan Perdana Menteri untuk satu penggal.

Mesej ini perlu memandangkan terdapat ramai juga yang menjadikan penyebaran tohmahan terhadap Abdullah sebagai tugasan harian mereka. Yang bekerja lebih masa pun tidak kurang.

Abdullah sebenarnya tidak perlu terganggu dengan semua itu kerana kebanyakan pengacaunya kumpulan kecil orang yang sama.

Penegasannya bahawa beliau tidak akan lari walaupun terdapat pelbagai gangguan menunjukkan keazamannya untuk berdepan dengan cabaran dan dugaan.

Semua ini sepak terajang politik. Tiada pemimpin yang tidak menghadapinya. Seperti yang pernah Awang catatkan dalam pojok ini, ribut yang lalu pasti pergi jua.

Suasana tenteram semakin terasa. Awang yakin keadaan akan menjadi lebih tenteram selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Perhimpunan itu tempat paling baik untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, jika ada. Selepas itu kembalilah bekerja.

Awang – Luah melalui pojok ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm

1 comment:

Anonymous said...

Yang menentukan 1 penggal ke 2 penggal ke.. 1000 penggal sekalipun ialah Rakyat! Bukannya empunya diri yang sebok mengangkat-angkat diri!

Apalah punya harga diri orang yang terpekik terlolong mengemis tempat untuk sepenggal lagi?

Apakah harga diri AAB setara dengan pengemis di jambatan Puduraya itu?

Renung kendiri. Insafi diri. Kalau dah terang-terangan Rakyat meluat apa tunggu lagi. Tak kan tak faham-faham lagi! Nak kena cakap German ke baru faham?

Kepada gurkha Hishamuddin Hussein: Jangan cakap saja berapi tapi tak berisi. Nampak gah hunus keris tapi tak bertaji. Lembik. Tak berideologi.

Inikah pemimpin Pemuda UMNO yang ternyata jadi liabiliti kepada bangsa, agama dan negara.

Awas kalian semua! Pilihanraya Umum akan menjadi gelanggang sebenarnya. Tak tahulah pula kalau kalian dah jadi komunis pangkah sendiri kertas undi berlori-lori masuk peti sendiri!