Monday, November 06, 2006

SIAPA PEMUTARBELIT
ISU MENGENANG BUDI?

Baru-baru ini saya paparkan nombor telefon saya dalam blog ini. Saya buat begitu berkaitan kisah seorang insan yang memutarbelitkan isu budi dan membalas budi. Insan itu dikatakan memberitahu Perdana Mentri bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad marah sangat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad kononnya kerana Perdana Menteri tidak melantik anak Tun Dr. Mahathir ke jawatan Menteri.

Akibatnya, saya menerima berpuluh-puluh sms. Majoritinya mendesak saya mendedahkan nama insan berkenaan. Majoriti yang mengirimkan mesej itu pula adalah ahli UMNO dari seluruh negara.

Seperti saya tanyakan baru-baru ini, apa yang mesti saya lakukan? Dedahkan nama individu yang terbabit? Biarkan dia kena balun (secara politik) cukup-cukup oleh kaum kerabat politik kita di seluruh negara?

Atau, menerusi blog ini, kita tuntut individu terbabit supaya pergi balik kepada Perdana Menteri dan betulkan kesilapannya sebelum ini?

Saya cadangkan jalan keluar seperti di atas kerana saya tidak tergamak untuk merosakkan nama baik individu terbabit. Tapi, kalau selepas ini dia terus bercakap secara cebelang-cebelung, ikut suka lidah dia sahaja, janganlah salahkan sesiapa kalau ada pihak yang mungkin membelasahnya secara habis-habisan.

Saya berterima kasih kepada Saudara Madzar Ramli daripada Bukit Mertajam, 019 44028… kerana mempersetujui saya mengambil jalan keluar seperti di atas.

Juga ucapan terima kasih saya kepada seorang pengirim sms yang menggunakan 013 9571…Saya berterima kasih kerana beliau mengatakan “cadangan Datuk molek. Tapi, kalau Karma Wijaya tu tak nak ubah juga, lakukanlah balunan pena.”

Oleh itu, saya harap sahabat-sahabat saya semua fahamlah bahawa “malaun” (pinjam kata-kata anda) tu tak payahlah saya dedahkan namanya. Tapi, saya dah hantar orang bisik pada dia supaya membetulkan kesilapannya dengan seberapa segra.

Untuk makluman semua, sekali lagi saya senaraikan seluruh sms yang saya perolehi sejak 1 November 2006 hingga hari ini seperti berikut:
Dikemaskinikan pada 1 November 2006:

Siapa gerangan yang putarbelit isu budi? – 012 6715…

Saya ahli UMNO Sabah. Please supply me the name of the munafuik. - 019 8817…

Siapa pemutarbelit isu tu? Siapa malaun tu? – 017 3171…

Musibat mana yang putarbelit isu tu? - 019 4402…

Siapa yang mainkan isu tersebut? - 013 4888…

Saya ingin tahu siapa manusia yang pintar memutarbelitkan isu budi dan balas budi tu. Hidup Tun Dr. Mahathir - AZ ,Kangar. – 012 4804…

Siapakah yang memutarbelitkan isu budi dan balas budi? - 016 3826…

Saya MI, asal Benut, Johor, ingin tahu manusia mana yang putar alam itu? - 019 6146…

Sapalah agaknya malaun yang memutarbelitkan cerita mengenai budi dan balas budi tu? – 017 4391…
Boleh saya tau siapa dalang tu? - 012 5210…

Saya ingin tahu siapa manusia yang memutarbelitkan isu budi dan balas budi tu? – 019 8899…

Tolong maklumkan siapa yang fitnah Dr. M? AA, Serdang, Ahli UMNO Temenggong, Segamat. – 019 7404…

Siapa yang dimaksudkan dalam blog Kuda- Kepang? – 012 2705…

Saya, MT dari Sarawak. Siapakah gerangan puratbelitkan isu balas budi ini? 012 8773…

Siapa yang memutarbelitkan soal budi dan bahasa. –019 5558…

Teruskan perjuangan. Dari ahli Pergerakan Pemuda UMNO Pekan, Pahang.- 013 9571…

Saya MF, Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kampung ….., Kubang Pasu, ingin mengetahui manusia yang menghasut Pak Lah bahawa Tun marah kerana anaknya tiada tempat. – 012 4897…

Bolehkah beritahu saya, siapa yang dimaksudkan sebagai manusia yang memutarbelitkan isu budi dan balas budi tu? – 019 4808…

Siapakah manusia tu? – 019 3761…

Boleh saya tau, siapa yang dimaksudkan putarbelit isu budi dan balas budi tu? - 012 4757…

Siapa yang putarbelitkan isu budi? – 013 8681…Siapa manusia yang dimaksudkan – 019 7611…

Siapa manusia yang putarbelit isu budi? – 019 7540…

Boleh saya tahu siapa manusia memutarbelitkan isu itu? – 019 2122…

Isu balas budi, siapa yang putarbelit? – 012 6341…

Boleh bagi tau dajal mana yang buat fitnah tu? DR M di hati... Slyders, Sungai Mati, Muar. - 012 7501...

Siapa manusia tu. Apa tujuan dia? F, Lipis, Pahang. - 019 2858..

Siapakah itu? - 012 6278...

Saya berminat nak tahu siapa dalangnya. - 013 6341 ...

Siapa batu api tu? - 012 4871...

Siapa gerangan manusia yang dimaksudkan itu? Pensyarah UMS - 013 8012...

Saya dari Kedah. Siapa malaun tu? Che Det forever! - 012 4781...

[SMS terus bertumpu-tumpu ke telefon saya. berikut adalah 8 SMS yang saya terima sejak lepas Maghrib 2 November 2006 sehingga 2.30 pagi 3 November 2006.]

Siapakah petualang itu? Syed. Membesar di era Tun Dr. Mahathir. - 016 2386…

Atas nama parti keramat bernama UMNO, hebohkanlah nama petualang tersebut... Bekas
Exco Pemuda UMNO Kedah. - 017 2595...

Siapakah orang yang memutarbelitkan isu budi itu? - 019 7889...

Siapa orangnya yang putarbelit tu? - 019 2705...

Saya ahli UMNO, sekarang berkerja di Qatar. Hanya ahli UMNO yang bodoh saja yang tak mahu menilai Tun. Salam. K dari Qatar. +9745856...

Saya dari Kelantan. Ahli UMNO. Siapakah dalang yang dimaksudkan di blog Datuk. - 019 9388...

Siapa pemutarbelit isu budi? - 019 6533..

Boleh saya tau orangnya? AB - 012 3320…

Dikemaskinikan pada 3 November 2006:

Saya amat berminat tentang isu ini. - 017 7868…

Saya Hadi, Kedah. Ahli UMNO Sungai Petani, ingin tau siapa malaun tu? Che Det forever. – 012 4781…

Saya anak jati Kedah tetap pertahankan Tun – 016 4849…

Siapa orangnya? - 017 3298…

Dikemaskinikan pada 5 November 2006:

Boleh saya tau sapa malaun tu? – Amin, Klang. – 019 2405…

Datuk, siapakah manusia tu? – 016 7221…

Orang yang putarbelit isu mengenang budi wajib dimaklumkan kepada umum. Dia adalah barua bangsa yang wajib dihukum. Generasi Dr. M. – 016 4771…

Siapa malaun tu? – 019 7323…

Saya harap seluruh pengirim di atas sudilah menjadi sahabat saya dan juga sudilah menjadi mata dan telinga kepada blog ini demi agama, bangsa dan negara.

Akhir kata buat kali ini, saya ucapkan jutaan terima kasih, selamat maju jaya, salam takzim dan selamat berjuang. – Ruhanie Ahmad.

No comments: