Wednesday, November 08, 2006


DR M AKAN BERUCAP DI JB
11 NOVEMBER 2006

Walaupun pelbagai sekatan dikenakan ke atasnya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan tetap menemui rakyat bagi menyanmpaikan pandangannya.

Ceramahnya dalam "Seminar Kepimpinan: Cabaran UMNO Menghadapi Wawasan 2020" akan diadakan di Hotel New York, Johor Bahru, Johor pada 11 November 2006, jam 2.30 petang ini dijangka akan mendapat sambutan hebat berikutan beberapa perkembangan terbaru.

Antaranya ialah tindakan menjadikan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER) wilayah yang dinyatakan oleh Associated Press (AP) sebagai pembantu ekonomi Singapura.

Malah, agensi berita dari Singapura, Channel News Asia (CNA) secara terbuka menyatakan Singapura akan mendapat keuntungan dari SJER berikutan penggunaan lapangan terbang dan pelabuhan negara itu sebagai saluran keluar masuk utama untuk SJER.

Satu lagi keuntungan kepada Singapura, menurut CNA, ialah Free Acces Zones (FAZ) di SJER akan membolehkan rakyat pulau itu memasuki Malaysia tanpa menggunakan pasport atau melalui imigresen.

Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak gesaan Sultan Johor supaya Tambak dirobohkan bagi membolehkan negeri itu mencapai kemajuan juga dianggap akan menarik lebih ramai rakyat datang mendengar ucapan Dr Mahathir di Johor Bahru itu.

"Tu causeway tu (Tambak Johor) bukakan, baru negeri Johor ini maju," titah baginda semasa merasmikan projek Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) di Teluk Danga baru-baru ini.

Malah, menurut Sultan Johor, kewujudan tambak yang dibina penjajah Inggeris itu, kini menghalang kapal-kapal daripada melalui Selat Tebrau, menyebabkan Johor sering menerima kutukan.

Projek jambatan bengkok ke Singapura yang diperjuangkan oleh Dr Mahathir sehingga menyebabkan beliau berkrisis teruk dengan Perdana Menteri dan kerajaan antara lain bertujuan membolehkan kapal-kapal melalui Selat Tebrau.

Dr Mahathir setakat ini belum lagi mengulas SJER yang dianggap oleh banyak pihak sebagai perluasan wilayah Singapura itu.

Abdullah membanggakan SJER sebagai idea beliau sendiri.

Penganjuran majlis itu oleh ahli dan penyokong UMNO menerusi laman mykmu.net dibuat "berikutan banyak pembatalan dan penarikan diri para penganjur yang sebelum ini menjemput Tun Dr. Mahathir akibat tekanan politik".

Dalam majlis itu, Dr. Mahathir dijangka menyampaikan ucapan selama dua jam dan seterusnya diadakan sesi dialog bersama ahli UMNO dan orang ramai yang hadir.

Majlis tersebut juga merupakan majlis dialog terbuka pertama Dr. Mahathir bersama orang ramai sejak pertemuan beliau dengan Abdullah menjelang Hari Raya baru-baru ini.

Mereka yang berminat untuk hadir boleh hadir terus ke Hotel New York, Johor Baru untuk mendaftar diri sekitar jam 2.00 petang hari tersebut. Penyertaan adalah percuma.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi mykmu.net di 014-6269646.

Sumber Petikan : Malaysiatoday online

http://www.generasi-m.com/today/index.php?ind=news&op=news_show_single&ide=995

3 comments:

Andin Salleh said...

Mahathir boleh berucap dan boleh menghentam PM dan kerajaan selagi dia mahu.
Akan tetapi, pada akhirnya, adakah ini akan menguntungkan UMNO dan orang Melayu?

Sebahagian orang Melayu begitu ghairah menyokong Mahathir, kerana mereka tidak "berpuas hati" terhadap Abdullah.

Akan tetapi, tidakkah sokongan ini akan menyebabkan UMNO berpecah belah dan lemah?

Sebelum ini saya tidak pernah terfikir UMNO boleh lemah dan runtuh.

Akan tetapi, pada kali ini tidakkah mungkin UMNO akan lemah dan runtuh, kerana "olah" bekas pemimpin besarnya sendiri?

PAS dan parti pembangkang mungkin tidak boleh meruntuhkan UMNO. Akan tetapi Mahathir mungkin berpontesi besar untuk meruntuhkan UMNO.

Adakah ini yang kita suka?

Unknown said...

Saudara Harat,

UMNO sudah lemah sejak awal 2005 lagi. ahli, penyokong dan pengundi UMNO dan BN sudah marah kepada kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad badawi lama sebelum Dr. M mengkritik secara keras.

Sebab itu Dr. M terpaksa melakukan kritikan demi kritikan keras bagi memperbetulkan UMNO. Oleh kerana tiada siapa yang berani mengkritik Abdullah Badawi sedangkan gelora akar umbi UMNO sudah membuak, maka mahathir terpaksa mengorbankan diri dan imej beliau.

Jika beliau tidak mengkritik bermakna tiada siapa lagi akan membetulkan pak lah and co sekaligus akan memberi kesan besar kepada UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang.

UMNO memang penting tetapi agama, bangsa dan negara ini lebih penting dari UMNO itu sendiri

A Voice said...

Harat ini orang Keadilan yang cuba nak sibok di KMU tapi argument dia tak sustainable.

Anyway, harap Tun akan cakap mengenai "Wilayah Pembangunan ... apa pakai nama aku ni". This is a development project that has disaster written all over the place... financially, viablity-wise, legally, and politically.