Sunday, November 12, 2006

Salam Mesra Dari New York
Kepada Bloggers Malaysia

Berikut adalah satu bingkisan khas daripada seorang rakyat Malaysia yang kini berada di perantauan. Beliau kini berada di New York, A.S. bersama suaminya. Mesejnya adalah seperti berikut:

Kepada semua bloggers Malaysia, terutamanya Datuk Ruhanie Ahmad, Datuk A. Kadir Jasin, Datuk Rejal Arbee, dan Rocky, TERIMA KASIH atas segala kebenaran dari anda semua. Saya juga berbangga kerana masih terdapat orang seperti anda tampil ke depan menulis cerita yang sebenarnya.

Bagi kami yang berada di seberang laut, hanya melalui blog-blog yang disediakan oleh anda semua dapat memberi maklumat yang sememangnya tidak dipaparkan di suratkhabar. – AC, New York City.

Terima kasih di atas ingatan Saudari dan seluruh warga Malaysia yang kini berada di New York. Saya akan panjangkan ingatan mesra di atas kepada Datuk Kadir, Datuk Rejal dan Saudara Rocky.

Pada 1996, saya pernah tinggal di satu apartment di 38th Street, New York selama lima minggu. Saya sentiasa berulang-alik ke Misi Malaysia di 42nd Street (kalau tersilap pasal jalan-jalan tu, minta maaf, dah lama sangat...) dan juga Ibupejabat PBB yang hanya beberapa meter sahaja jauhnya dari misi tersebut. Ketika itu saya jadi salah seorang delegasi Malaysia ke UNGA. Pada ketika itu juga PBB merayakan ulangtahunnya yang ke-50.

Mudah-mudahan anda semua yang di perantauan akan terus berbangga jadi anak Malaysia dan menjadi global players yang tinggi kredibalitinya. Selamat berjuang, selamat majujaya dan salam takzim daripada saya. - Ruhanie Ahmad.

No comments: