Thursday, November 30, 2006

Betulkah Khairy Jamaluddin
Punca Masalah Dalam Umno?

Kebelakangan ini saya menerima macam-macam e-mail daripada pengunjung blog ini. Apa yang membimbangkan saya ialah majoriti kandungan e-mail tersebut membayangkan keresahan sesetengah golongan rakyat akar umbi terhadap pucuk kepimpinan hari ini.

Keresahan ini pula rata-ratanya berpunca daripada persepsi umum kononnya Datuk Seri Abdullah Ahmad dimanipulasikan oleh segolongan individu di sekelilingnya.

Individu yang sering dijadikan sasaran utama persepsi umum ini adalah Khairy Jamaluddin – Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia merangkap anak menantu Datuk Seri Abdullah.

E-mail di bawah ini adalah antara contohnya. Pengirimnya menggunakan nama sebenar. Tetapi, saya hanya gunakan singkatan namanya sahaja dalam blog ini. E-mailnya adalah seperti berikut:

“KJ adalah punca perpecahan di kalangan orang Umno. Dia aktif untuk menanamkan kebencian orang Melayu terhadap Umno.

Dengan itu, ramai ahli Umno telah menyertai parti pembangkang, terutama sekali Keadilan.

KJ juga memainkan peranan melemahkan Umno. Sebab itu dia mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dan menyerang mantan Perdana Menteri.

Ini dia lakukan untuk menanamkam kebencian ahli-ahli Umno terhadap Umno. Tindakan ini dilakukannya dengan begitu teliti sehingga tidak di sedari oleh ahli-ahli Umno.

Kenapa KJ menghentam Tun Dr. Mahathir Mohamad? KJ berbuat begitu kerana dia sedar orang-orang Umno kebanyakkannya menghormati Tun Dr. Mahathir.

Dengan itu, dia terus menerus menggunakan konco-konconya untuk mengutuk Tun Dr. Mahathir supaya kebanyakkan ahli Umno benci dan muak dengan tindakan seperti itu.

Bila tahap kemarahan ahli-ahli Umno terlampau tinggi, maka jalan yang merka ambil ialah menjadi ahli pembangkang.

Oleh itu, ahli-ahli Umno harus sedar dengan perilaku KJ ini. Mereka harus menolak KJ dan bukannya keluar dari Umno.” - ZN

Demikianlah persepsi ZN terhadap Khairy. Berasaskan lain-lain komen dalam blog ini dan juga berasaskan beberapa e-mail yang saya terima, persepsi seperti di atas nampaknya sedang merebak luas di kalangan rakyat akar umbi, khususnya golongan professional.
Jadi, janganlah persepsi seperti di atas dipandang remeh. Gunakanlah kebijaksanaan kepimpinan kita di semua peringkat untuk mengatasi persepsi negatif seperti di atas dengan segera dan berkesan. – Ruhanie Ahmad.

Wednesday, November 29, 2006

Terus Terang Akui
Kelemahan Yang Wujud
Kata Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Organisasi mahupun individu dalam perkhidmatan awam perlu mengamalkan sikap berterus terang dalam mengakui apa juga kelemahan serta kesilapan yang wujud, dan harus sentiasa mengambil langkah untuk memperbaiki dan membetulkan kelemahan tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata dalam konteks ini mereka tidak harus berada dalam keadaan "self denial".

Katanya usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan awam perlu menjadi gerakan berterusan bagi memastikan Malaysia terus dan mampu berdaya saing dalam dunia yang penuh dengan cabaran pada hari ini.

"Yang salah kita betulkan, yang tidak elok kita elokkan... itulah cara kita. Semua yang kita lakukan yang baik mesti menjadi terbaik," katanya semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam 2006 di sini Selasa malam.

Abdullah berkata usaha membaiki sektor perkhidmatan awam bukanlah perkara baru dalam negara, tapi sudah bermula sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein lagi.

Namun menurutnya sampai hari ini rakyat masih memandang atau mempunyai persepsi negatif terutama mengenai sistem penyampaian perkhidmatan awam, dan persepsi ini perlu diubah.

"Mungkinkah kerana perbuatan sebilangan kecil yang bersalah yang menjadi tajuk berita yang menggemparkan dan membuat kesimpulan (pandangan negatif mengenai keseluruhan sektor awam)... Sebenarnya rosak susu sebelanga kerana nila setitik. Sebenarnya oleh kerana kumpulan kecil seorang dua, timbul banyak masalah kepada ramai orang," katanya.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=233105

Kenyataan di atas cukup bermakna. Syabas. Bagaimanapun, relevankah kalau Datuk Seri Abdullah dapat mengaplikasikan hakikat "yang salah kita betulkan, yang tidak elok kita elokkan” seperti yang ditegaskan di atas kepada Umno mutakhir ini? – Ruhanie Ahmad.

Umno Akan Panggil Pembahas
- Najib

PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa pengurusan Umno, sebagai satu langkah proaktif, akan memanggil dalam sehari dua ini beberapa anggota perwakilan parti yang ucapan mereka pada perhimpunan agung Umno lepas, telah menyentuh perkara sensitif.

Timbalan Perdana Menteri berkata polis setakat ini tidak pernah berhubungan dengan ibupejabat Umno mengenai perkara itu.

"Jawatankuasa pengurusan parti akan memanggil mereka dan membuat keputusan yang difikirkan wajar," kata Najib pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan mengenai Kerajaan Tempatan di sini Selasa.

Beliau berkata Umno sedar bahawa terdapat undang-undang di negara ini yang harus dipatuhi oleh para pembahas itu.

"Umno akan bertindak proaktif dan kami akan memanggil mereka dalam beberapa hari ini," katanya.

Mengenai lawatan Pemerintah Tentera Thai Jeneral Sonthi Boonyaratkalin yang mengetuai rampasan kuasa pada September lepas, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata: "Beliau hendak menemui saya, maka saya akan berjumpa dengan beliau."

"Terdapat beberapa isu yang mungkin berkaitan dengan selatan Thailand (yang akan dibincangkan)," katanya merujuk kepada wilayah yang diduduki kebanyakan penduduk Islam Thailand yang dilanda keganasan setelah sekian lama.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=232980

Apa dah jadi ni? Kenapakah rumah dah siap, tapi pahat terus berbunyi? Kenapakah Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2006 sudah berlalu, tapi kecohnya masih berlarutan? Perkembangan seperti ini tak pernah berlaku sebelum ini. Kenapa ya? – Ruhanie Ahmad.
Pemilikan Aset:
Najib Mahu Singapura
Bersikap Lebih Terbuka

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kerajaan Singapura bersikap lebih terbuka bagi membolehkan lebih banyak syarikat Malaysia memiliki aset di republik itu.

Beliau berkata, aliran pelaburan dua hala yang saksama dan seimbang adalah untuk kepentingan bersama serta menguntungkan kedua-dua negara.

Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek di negara ini beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkata, aliran kemasukan pelaburan dari Singapura ternyata besar.

“Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia.

“Dari satu segi, kita memahami pemerolehan yang dikenal pasti adalah sukar untuk syarikat-syarikat Malaysia, mengambil kira struktur ekonomi Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Malaysia dan Singapura: Menyahut Cabaran Baru’ pada Persidangan Serantau London Business School (LBS) di sini hari ini.

Najib berkata, landskap ekonomi global kini menjadi lebih kompetitif dan memerlukan kedua-dua negara untuk bekerjasama.

Dalam hal ini, katanya, dengan perkongsian dan kerjasama yang adil, kedua-dua negara akan kekal bersaing apabila berhadapan dengan kuasa ekonomi yang lebih besar.

“Dengan persaingan yang bertambah, adalah perlu bagi Malaysia dan Singapura untuk melabur bagi masa depan masing-masing,” kata beliau.

Tambah Najib lagi, usaha meningkatkan hubungan politik juga adalah penting, bukan sahaja untuk tujuan diplomasi, malah disebabkan faktor ekonomi.

Justeru jelas beliau, tanpa menghiraukan percanggahan antara dua kerajaan pada masa lalu, kedua-dua negara terus terikat melalui hubungan yang kukuh.

Ini kerana, Malaysia dan Singapura berkongsi sejarah dan kebudayaan melampaui politik.

“Saya fikir pemimpin-pemimpin di Malaysia dan Singapura akan bersetuju bahawa kita mesti bergerak melampaui retorik dan memberi tumpuan kepada asas-asas yang mendasari kepentingan bersama.

“Saya percaya kita harus membangkitkan azam politik untuk bekerjasama di mana kita boleh, dan saling membantu dalam bidang-bidang yang kita tidak boleh.

“Kita tiada pilihan. Logik ekonomi pada hari ini adalah jelas. Kita mesti membina kerjasama untuk memanfaatkan peluang dan kelebihan yang ada di rantau ini.

“Malaysia dan Singapura boleh menjadi pemenang dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar. Tetapi, jika kita memilih untuk kekal tidak berminat, menghadapinya secara bersendirian, maka kita akan ketinggalan dalam persaingan tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, syarikat Singapura terutama milik kerajaan seperti Temasek, dialu-alu untuk turut serta dalam pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Katanya, WPI bakal menjana aktiviti ekonomi di wilayah selatan Johor dan sudah tentu akan turut memberi faedah kepada Singapura.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Bacalah kenyataan di atas dengan teliti dan secara berulang kali. Sesudah itu, carilah kesimpulan kepada kata-kata berikut:

Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek, di negara ini beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkata, aliran kemasukan pelaburan dari Singapura ternyata besar.

“Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia.”

Saya pasti kepimpinan Malaysia sentiasa bijaksana dan sentiasa waspada bila berurusan dengan Singapura.

Saya juga harap kerajaan Malaysia akan mengatasi hakikat “bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia.”

Bagaimanapun, wajarlah hakikat di atas diperjelaskan lagi oleh pucuk kepimpinan negara. Contohnya, nyatakanlah maksud “pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar…”

Bagaimanakah ini boleh berlaku? Adakah transaksi yang membabitkan “pemerolehan” seperti di atas dijalankan scara telus? Janganlah sampai dagang lalu ditanakkan, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan! – Ruhanie Ahmad.



Tuesday, November 28, 2006

Ini Kes Berat…
www.agendadaily.com

Rupanya ‘ ada cerita ‘ disebalik kejadian Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin hentam Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di Perhimpunan Agung UMNO pada pagi Jumaat 17 November baru ini.

Ramai yang terkejut bila Shamsul dengan lantang suruh Zam digantikan kerana mendakwa beliau gagal mermatabatkan Islam Hadhari menerusi program-program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sebagai pembahas usul agama mewakili Pemuda UMNO di perhimpunan itu tentu sekali berbagai andaian timbul termasuk apakah bab itu mendapat restu dari pergerakan itu.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Hishamuddin Hussein sudah menjelaskan hal ini.Terbaru beliau memberitahu dalam satu interbiu dengan wartawan The Star,Joceline Tan bahawa Shamsul antara pembahas dalam perhimpunan itu yang got out of control .

“Saya merasa sungguh upset dan bila saya jumpa dia esoknya,saya suruh dia meminta maaf dan Zam menerimanya,”katanya.

Zam yang diminta mengulas kenyataan maaf Shamsul oleh para wartawan semasa selepas satu acara di Melaka antara lain berkata, "Saya tidak cepat tersinggung, saya selalu membuat analisis sendiri apabila orang mengkiritik sama ada dia punya kreadibiliti atau tidak, sebab itu saya tidak buat kesimpulan".

Ini membuatkan ada yang bertanya apa kena mengenanya soal kredibiliti Samsul dengan kenyataan pedasnya di depan para perwakilan UMNO dari seluruh negara itu.

Yang tidak tahu ‘apa ceritanya’ bertanya apa salahnya Shamsul menyuarakan pandangannya soal program RTM.

Sebagai maklumat latar belakang Shamsul ialah bekas ahli penal pemikir di Jabatan Hal Ehwal Khas atau lebih dikenali sebagai JASA iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Penerangan.

Sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily khidmatnya telah ditamatkan baru-baru ini berikutan beberapa insiden yang dikira tidak wajar dilakukan oleh seorang yang ada jawatan politik sepertinya.

Exco Pemuda UMNO itu dikatakan ada bikin gamat dalam tindak tanduknya menuntut kenaikan taraf gred jawatannya lebih tinggi di JASA.

Difahamkan ia melibatkan kejadian tendang kerusi meja.Lebih teruk dari itu dia telah menceroboh masuk ke dalam bilik Ketua Pengarah JASA.

Bukti tindak tanduknya itu dirakam oleh kamera CCTV jabatan itu.

Shamsul juga dikatakan ada menuntut agar dia dijadikan pengacara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM 1.

Shamsul pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Tan Sri Hamid Othman yang jaga portfolio agama.

Sumber itu berkata tindak tanduknya menghentam Zam di Perhimpunan Agung UMNO nyata sekali berlatarbelakangkan soal peribadinya.

Al kisahnya kalangan pimpinan Pemuda yang tahu masalah Shamsul di JASA terkejut bila dia membawa hal peribadinya ke perhimpunan itu mengunakan platform pergerakan itu.

“Maaf memang boleh maaf…tapi siapa yang kena tanggong malu bila dia main bantai ikut suka hati macam tu,”rungut salah seorang dari mereka .-27/11/2007

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e3546a97-3132372e-10a4a320-5b705885

Sunday, November 26, 2006

Lanjutan Isu Kenyataan
Datuk Mukhriz Mahathir

Apabila Zahid Hamidi
Marahkan Mukhriz….
Oleh Mohd Sayuti Omar
www.malaysiatoday.net


Bengkengnya ahli Umno macamlah ikan haruan beranak! Bila ketua mereka disentuh, maka semuanya akan melenting! Tapi setakat ikan haruan saja, bukan macam harimau atau kucing. Ikan haruan tidak ada taring dan kuku, hanya ada gigi macam gergaji tumpul saja.

Kalaulah macam kucing atau harimau, ada kuku dan taring, nahaslah sesiapa yang berani mengusik dan mengejek ketua mereka.

Jadi Mukhriz Mahathir bernasib baik, kerana ahli Umno tidak macam kucing dan macam harimau. Walaupun dia kena marah dan diserang oleh ahli Umno apabila beliau kritik presidennya, tetapi tidak sampai luka-luka. Kulitnya tidak tercalar apa-apa, kerana ahli Umno macam ikan haruan sahaja!

Maka Mukhriz pun bolehlah berlalu senang sambil merungut dan melucu sendiri. Apa yang dihumbankan ke atasnya tidak berbekas pun. Kenyaringan itu persis tong kosong saja. Lagipun ia sudah menjadi kebiasaan dan budaya di dalam Umno, pantang ketua mereka diusik dan diejek, maka adalah tindakbalasnya.

Mungkin Mukhriz sudah belajar dan mengarifi budaya itu. Berpandukan kepada apa yang berlaku ke atas bapanya selama 22 tahun menjadi perdana menteri dan presiden parti.

Masa bapanya menjadi Perdana Menteri dan presiden parti tidak ada siapa berani menyerang dan mengejeknya. Semua ahli Umno, baik; Wanita, Pemuda atau Puteri akan bersikap macam ikan haruan tadi – menyerang sesiapa yang berani mengusik bapanya.

Kuasa

Tetapi apabila bapanya tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan presiden parti, walhasil balik asal. Bukan beliau tidak dihormati, tetapi ada yang berani mengatakan bapanya nyanyuk, gila kuasa dan macam-macam kata nesta lagi. Tidak ada lagi ahli wanita, pemuda atau puteri yang melompat macam ikan haruan beranak kecil, membela dan melindungi bapanya.

Kerana memahami dan mengarifi segala budaya dan tindak-tanduk ahli Umno itu, telah menyebabkan Mukhriz berani mengkritik dan mempersendakan Perdana Menteri. Mukhriz sedikitpun tidak bimbang risiko yang akan berlaku kepada dirinya. Kerana dia sudah saksikan hal yang sama sejak berdekad lalu.

Jadi Mukhriz buat lembu kenyang sahaja apabila ahli Umno berpakat marahkannya. Beliau buat ‘sardin’ sahaja, seolah apa yang berlaku di luar tidak sampai ke telinganya pun. Beliau tahu kritikan dan serangan balas ke atasnya itu adalah tidak lebih daripada agenda bodek ahli-ahli Umno itu untuk kepentingan diri mereka. Mereka marah bukan berlandaskan kepada realiti atau asas kritikan kepada Abdullah Ahmad Badawi itu, tapi kerana sebab lain.

Apalah sangat hendak dimarahkan. Kata-kata Mukhriz itu bukannya lantang atau biadab sangat. Beliau hanya mengupas ucapan presiden parti sebagai tidak ada apa yang baru. Sebenarnya tidak timbul anak bekas PM itu cuba memperlecehkan Abdullah. Abdullah sendiri mengakui bahawa apa yang dibaca itu adalah ulangan kepada apa yang disebut pada ucapan dasar pertamanya tiga tahun lalu.

Jadi, orang yang marah dan tersentuh dengan pandangan Mukhriz itu tidak ada alasan dan tidak logik, kerana apa yang disifatkan Mukhriz itu hakikat yang diakui sendiri oleh tuan haknya (Abdullah).

Intim

Kritikan atau pandangan itu menjadi masalah mungkin kerana orang melihat hubungan bapanya dengan Perdana Menteri yang tidak intim ke belakangan ini. Jadi orang meletakkan ucapan Mukhriz itu sebagai suara hati Mahathir. Kalau inilah keadaannya, sekali lagi tindakan itu tidak demokratik terhadap Mukhriz, seolah-olah beliau tidak ada hak dan kebebasan untuk bercakap.

Walaupun beliau ada hubungan darah daging dengan Mahathir tidak seharusnya pandangan peribadi Mukhriz itu dibabitkan dengan bapanya. Semua orang perlu melihat pandangan itu adalah haknya sebagai ahli Umno.

Sebenarnya mereka yang bingkas bangun melanyak Mukhriz dan membela Abdullah itu kerana mereka mencari udang di sebalik batu. Mereka bertindak menjadi lebih sudu daripada kuah kerana mengharapkan sesuatu ganjaran daripada presiden atau PM.

Antara mereka yang mengkririk dan lantang marahkan Mukhriz sehingga menganggap Mukhriz menghina Perdana Menteri serta tidak berpijak di bumi nyata, ialah bekas ketua pergerakan itu Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Telatah Zahid itu tidak menghairankan. Jika dibelek sejarah masa lampaunya, orang akan mudah kenal dan mengerti siapa Zahid dan kenapa beliau beriya-iya bertindak lebih sudu daripada kuah. Kesan dan tragedi yang menyinggah diri dan nasib politik ahli Parlimen Bagan Datoh itu menyebabkan beliau bangkit marahkan Mukhriz.

Bertaubat

Barangkali tidak salah kalau dikatakan tindakan Zahid itu sebagai hendak membalas dendam lamanya terhadap bapa Mukhriz. Sejarah mencatatkan bahawa Zahid merasakan dia dianiaya oleh bapa Mukhriz semasa beliau menjawat jawatan ketua Pemuda dulu dan juga setelah bertaubat – kembali semula kepada Umno.

Mahathir tidak melantik Zahid mengikut seniority dan kedudukannya ke dalam Kabinet. Semasa menjadi ketua pemuda, Zahid tidak diberi apa-apa jawatan di dalam kabinet dan hanya sebagai pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Hal demikian tidak pernah terjadi kepada ketua pemuda sekarang yang terus dilantik menjadi menteri kanan. Mungkin keperitan yang dilalui itu menjadikan Zahid geram lantas membelasah Mukhriz.

Kalau andaian ini benar ia tidak adil. Zahid tidak boleh menghukum Mukhriz kerana angkara bapa Mukhriz kepadanya. Cerita beliau dengan Mahathir cerita lain. Kesalahan bapa tidak seharusnya ditanggung oleh anaknya.

Di sini bukan hendak membela Mukhriz. Tetapi kalau Zahid membuka helaian sejarahnya semula dan menginsafi mengapa beliau menentang Mahathir tahun 1998 dan sebelumnya, ia akan menemui jawapan mengapa Mukhriz bersikap demikian yang dikatakan sebagai penghinaan kepada Abdullah.

Apakah apabila Anwar Ibrahim dipecat daripada Umno, 3 September 1998 di mana beliau mengambil sikap membela Anwar walaupun parti memutuskan bekas TPM itu bersalah, tidak boleh dianggap biadap?

Prinsip

Apakah ketika itu Zahid berpegang kepada prinsip dan keyakinannya maka beliau tetap menyokong Anwar? Nah, begitulah dirasakan apa yang dilakukan Mukhriz terhadap Abdullah itu.

Tepuk dada dan tanyanlah selera. Jawapan ada di dalam hati Zahid sendiri dan juga lain-lain yang marahkan Mukhriz.

Dalam keadaan sekarang ini, dilihat dari sudut mana pun Mukhriz berada di pihak yang salah hanya kerana beliau tidak bersama Abdullah. Apa yang harus difahami bahawa berada di pihak majoriti itu bukan bermakna benar, dan berada di pihak minoriti itu bukan bermakna salah.

Kalau sembilan tahun dulu Zahid juga bertindak songsang dan menentang arus, dengan menyokong orang yang dipecat dari parti, apalah perlu hairankan kalau Mukhriz juga bersikap tidak berpijak di bumi nyata. Bukankah Mukhriz itu adalah pemuda (anak kepada) Umno – yang berperangai ‘bapa borek anak rintik’.

Apakah niat Zahid menghentam Mukhriz itu kerana ingin menjaga hati Abdullah!
Ucapan Dasar Presiden Umno
Memang Tak Ada Apa-Apa?

“Saya seorang pemerhati yang berada jauh di luar gelanggang Umno. Sebab itulah saya amat teruja sewaktu mengikuti ucapan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad, di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2006, menerusi telvisyen baru-baru ini.

Saya tertanya-tanya sendirian. Mengapakah ucapan dasar itu tidak menjawab seluruh isu dan kritikan yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Saya dan banyak pihak di seluruh negara menjangka Datuk Seri Abdullah akan menjelaskan secara terperinci setiap isu yang dikemukan oleh Tun Dr. Mahathir.

Malangnya, Datuk Seri Abdullah mengambil sikap berdiam diri terhadap kritikan Tun Dr. Mahathir.

Nampaknya, akan terus berpanjanganlah persengketaan Abdullah-Mahathir. Perkembangan seperti ini pastinya tidak sihat kepada Umno dan kita semua.

Di zaman Tun Dr. Mahathir jadi Prsiden Umno, beliau sentiasa menjawab semua isu secara tegas dan jelas sehingga memuaskan hati seluruh para perwakilan.

Datuk Seri Abdullah tidak bertindak begitu. Sampaikan soal politik wang di dalam Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu pun tidak dijawabnya.

Kesimpulannya, saya dan rakyat Malaysia yang teruja untuk mendengar ucapan dasar Datuk Seri Abdullah, berpendapat sama seperti Datuk Mukhriz Mahathir. Iaitu, memang “tak ada apa-apa yang baru” dalam ucapan tersebut!” – JH, Sabah.

Saudara JH mungkin tersilap. Ucapan dasar Datuk Seri Abdullah tidak kosong. Banyak perkara telah dihuraikan. Ada huraian mengenai polisi keterbukaan kerajaan dan parti. Ada huraian mengenai ruginya bangsa Melayu kalau terus bersengketa. Ada huraian mengenai modal insan dan sebagainya.

Tetapi, Saudara JH memang betul bila menyatakan bahawa isu dan kritikan yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir kebelakangan ini tidak dijawab oleh Datuk Seri Abdullah. Mungkinkah isu dan kritikan itu tidak relevan? – Ruhanie Ahmad.

ZN Bertanya,
Apa Nak Jadi?

“Tujuan saya mengirimkan e-mail ini adalah untuk mendapatkan sedikit penjelasan terhadap senario politik yang melanda negara kita yang tercinta.

Kebelakangan ini, isu perkauman nampaknya sudah menular dan kerap bermain di bibir segolongan pemimpin Umno.Yang memulakan agenda ini adalah ‘beruk hitam’.

Sekarang ini, dengan derasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pun mencanangkan DEB adalah tidak releven. Si ‘beruk hitam’ itu pula dengan semangat Melayunya.

Nampaknya macam mereka berdua ni seolah-olah sedang merancangkan sesuatu yang boleh merugikan bangsa Melayu. . Di Parlimen pula berlaku pergeseran diantara LKS dan salah seorang MP Umno. Ini pun pasal isu perkauman juga. LKY dari Gerakan pun seolah-olah senada dengan LKS. Adakah senario ini TIDAK membahayakan Malaysia?Satu perkara lagi, apakah akan terjadi sekiranya sesetengah parti komponen BN keluar dari pakatan? Persoalannya, kalau ini berlaku, adakah parti Melayu masih mampu untuk memerintah negara?” – ZS @yahoo.com.

Minta maaf Saudara ZS. Pertanyaan di atas terlalu berat untuk saya ulas. Bagaimanapun, saya harap pemantau blog di Ibupejabat Umno Malaysia akan memanjangkan e-mail Saudara kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Kalau saya memandai-mandai, nanti parah saya kena balun macam Datuk Mukhriz Mahathir. Dalam saya tak memandai-mandai pun ada orang di Ibupejabat Umno Malaysia tuduh saya sebagai penyebar fitnah! – Ruhanie Ahmad.

Wahai Pemerintah Negara
Dengarlah Jeritan Batinku

“Kami rakyat marhaen, orang Melayu, terutamanya golongan peniaga dan professional dalam industri bangunan, terasa begitu terpinggir setelah Datuk Seri Abdullah Ahmad mengambil teraju pentadbiran negara.

Saya sering mengikuti ucapan-ucapan Tun Dr. Mahathir Dr. Mahathir Mohamad dan ada ketikanya saya hadir di dalam dewan untuk mendengar ucapan beliau.

Isu-isu yang diketengahkan oleh Tun Dr. Mahathir sangat relevan. Kami rakyat marhaen terasa benar yang Tun Dr. Mahathir bercakap bagi pihak kami yang sudah tidak tahu ke mana lagi harus kami mengadu.

Ramai di kalangan kami tahu apa yang dicakapkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah benar. Terutama sekali apabila Tun Dr. Mahathir menyentuh soal kontrak, tender, pembayaran, RMK-9, dan penguasaan KJ serta orang-orang di sekelilngnya.

Dibolot

Apa gunanya modal insan yang diagung-agungkan Datuk Seri Abdullah kalau peluang pekerjaan kurang, semantara kontrak dan peluang perniagaan kepada professional Melayu hanya dibolot oleh segelintir orang yang berada di lingkaran Datuk Seri Abdullah dan KJ?

Ini kenyataan. Ianya terlalu banyak berlaku sejak dari mula Tun Dr. Mahathir meletak jawatan. Saya adalah salah seorang yang cukup teruk menerima akibat dari ketamakkan orang-orang di sekeliling Datuk Seri Abdullah.

Bukan saya seorang, malah ramai lagi yang hanya mampu melihat satu persatu projek yang telah kami usahakan sejak zaman Tun Dr. Mahathir, satu persatu disonglap, samada oleh keluarga Datuk Seri Abdullah, rakan-rakannya, atau KJ and co.

Kami langsung tidak berada di dalam mana-mana ‘kem’ politik. Kami hanya sekadar rakyat biasa yang menyokong kerajaan, menyumbang kepada pembangunan fizikal negara, dan mencari rezeki halal di negara tercinta.

Kenapa kami dipinggirkan dan hanya diberi "sisa-sisa lebihan" setelah semua "isi" mereka kaut? Yang lebih teruk lagi, sekarang ni, nak mencari "sisa-sisa lebihan" pun payah.

Di dalam industri bangunan, bukan sahaja kami terpaksa bersaing dengan orang-orang Datuk Seri Abdullah dan KJ untuk mencari projek, malah ditekan oleh segolongan kakitangan kerajaan yang amat korup.

Korup

Tujuhbelas tahun saya berada di dalam industri bangunan, di zaman Datuk Seri Abdullah, segolongan kakitangan kerajaan nampaknya semakin berani, korup dan meminta-minta.

Di mana-mana sahaja, itu yang berlaku kepada saya dan ramai lagi. Di mana-mana jabatan, di mana-mana PBT, di mana-mana kementerian, di mana-mana agensi kerajaan, amalan di atas yang dulunya sangat tersembunyi, sekarang ini secara terang-terang dilakukan oleh segolongan kakitangan kerajaan di zaman Datuk Seri Abdullah.

Kakitangan terbabit malah berani meminta dalam jumlah yang bukan-bukan! Jadi, apa yang Datuk Seri Abdullah cakap pasal membenteras rasuah?

Sama ada Datuk Seri Abdullah tahu atau tidak, segolongan kakitangan kerajaan banyak membuatkan projek-projek tergendala pelaksanaannya.

Surat niat dan LA sangat susah untuk dikeluarkan. Selalunya lembab kalau kita tidak ada "connection" dengan pegawai-pegawai atau kita tidak ada "aku janji" dengan mereka.

Mereka ini cukup tamak. Walau menerima gaji bulanan dari kerajaan, tetapi tidak melepaskan peluang mendapatkan habuan lumayan dari projek-projek kerajaan!

Sudah berkali-kali saya dengar, Datuk Seri Abdullah membuat kenyataan, kononnya supaya pihak kementerian berkenaan membayar segera kepada kontraktor-kontraktor bumiputera, dan perunding-perunding binaan. Tetapi ini semua omong kosong.

Connections

Hanya dua atau tiga kerat yang dapat bayaran. Itu pun dengan "certain connections". Yang selebihnya terpinga-pinga. Tapi, setia menunggu hingga ke saat ini.

Soal bayaran ini ada diketengahkan (tersiar di TV) oleh wakil Pergerakan Wanita UMNO dari Perak, kalau tak silap saya, dan Datuk Azizah dari Johor, dalam perbahasan di Perhimpunan Aagung Umno (PAU). Tapi, langsung tak disiarkan oleh media arus perdana pada keesokannya.

Saya rasa seolah-olah Datuk Seri Abdullah langsung tidak mengambil berat soal ini dan cakap-cakapnya sekadar melepaskan batuk di tangga. Projek-projek RMK9 yang diumumkan entah bila akan menjadi kenyataan?

Yang dibina hanyalah projek-projek mega seperti jambatan Pulau Pinang, awlau pun dulu, Datuk Seri Abdullah kata tidak akan menuruti Tun Dr. Mahathir yang sering membina projek-projek mega!

Sebelum Hari Raya, projek-projek jalan oleh JKR ditender dan disiarkan di dalam akhbar. Tetapi, tarikh lawatan tapak dan tutup tender adalah tahun depan. Seingat saya belum pernah berlaku perkara seperti ini di zaman Tun Dr. Mahathir.

Kemudian, ditender pula projek-projek BLT yang merangkumi projek-projek KKDN, seperti balai polis, kuarters PDRM dan ibupejabat polis. Saya dengar, ianya hanya untuk "formality." Dah ada orang-orang KJ yang kononnya dah "booking".

Upfront

Dulu pun saya pernah memohon untuk terlibat dalam perancangan projek-projek tersebut kepada pegawai BLT. Tetapi, mereka meminta "upfront" sehingga saya terpaksa mengundurkan diri.

Sewaktu PAU baru-baru ini, secara tiba-tiba ditender pula projek-projek sekolah baru. Tetapi, sekali lagi tarikh lawatan tapak dan tutup tender adalah Februari tahun depan.

Siapa punya angkara semua ini? Tidak pernah berlaku hal seperti ini di zaman Tun Dr. Mahathir. Maka, ramai orang berasa amat pelik dan curiga.

Adakah ini semata-mata untuk "menggula-gulakan" perwakilan Umno dan menunjuk-nunjuk bahawa Datuk Seri Abdullah dan kerajaan serius untuk melaksanakan projek-projek RMK-9?

Baru-baru ini pegawai Kementerian Pelajaran memaklumkan kepada kami untuk menghantar profile syarikat masing-masing kerana belum kesemua 200 buah sekolah telah diserahkan untuk rekabentuk dan perancangan oleh perunding swasta.

Syarat yang dikenakan oleh pegawai yang terlibat ialah 15 % hingga 25%. Sungguh tak masuk akal. Sudahlah sebelum ini, orang-orang seperti kami dikenakan 25% kalau ingin mendapatkan projek Kementerian Pelancongan melalui UPEN, BLT minta "upfront", PBT pulak minta "duit kopi" bulanan, sekarang pegawai di Kementerian Pelajaran pula minta 15%-25%.

Rembat

Zaman Datuk Seri Abdullah ni memang teruk. Pembodek-pembodak Datuk Seri Abdullah tuduh zaman Tun Dr. Mahathir korup. Sebenarnya, zaman Datuk Seri Abdullah nampaknya lebih korup dan lebih KURAP!

Kalau report kepada BPR, bukannya nak disiasat ke atas pegawai-pegawai berkenaan. Sebaliknya, fail-fail kita pula dirampas. Ini berlaku kepada salah seorang rakan saya sendiri.

Satu lagi rencana Datuk Seri Abdullah yang sangat dimusykilkan ialah PFI. Ini melibatkan SME Bank, satu bank yang pada asalnya ialah Bank Pembangunan yang sangat korup dan hanya membantu kroni sahaja.

Dulu diumumkan bahawa projek sekolah di bawah PFI. Sekarang, selepas Tun Dr. Mahathir "buat bising", open tender pula. Dulu Datuk Seri Abdullah umum nak bagi JKR semuanya. Bila Samy Vellu menolak, sekarang diberi semula kepada perunding swasta. Design and build, dimansuhkan!

Betul seperti Tun Dr. Mahathir kata, PFI tu lebih kurang design and build saja. Ini cuma untuk lebih justified orang-orang KJ "rembat" peruntukan. Mana tidaknya? Projek PFI yang saya laksanakan awal bulan dulu, tersangkut kerana SME Bank mintak 10%. Sehingga sekarang wang pinjaman tidak diberi walau telah lama diluluskan.

Penaung

Tak percaya? Tanya Zahid Hamidi. Itupun kalau dia mau cerita! Saya yakin pegawai-pegawai di SME Bank memang berani dan korup kerana ada "penaung". Adik ipar saya yang memohon pinjaman dari SME Bank untuk memperluaskan perniagaannya turut dikenakan 20% oleh pegawai bank berkenaan.

Apa yang kami alami sperti di atas sangat menyedihkan. Apa yang berlaku kepada peniaga bumiputera kita juga amat menyedihkan. Kalau ini berterusan, saya percaya hanya segelintir bumiputera akan mendapat peluang perniagaan dan hanya segelintir bumiputera juga yang akan merasai kekayaan negara.

Jadi apa yang UMNO cakap pasal Agenda Melayu? Orang seperti kami sudah muak dan menyesal menyokong UMNO dan kerajaan. Rasanya sudah tiba masanya untuk kita membuat pembaharuan. Kalau dikatakan kita akan susah kalau pembangkang memerintah, UMNO dan BN memerintah sekarang pun kita dah susah.

Jadi apa bezanya? Kenapa kita takut mencuba? Saya rasa rakyat negara ini cukup matang untuk mengelakkan kekacauan. Wassalam.”
- antitipu@gmail.com

Kebenaran

E-mail di atas dikirimkan kepada saya baru-baru ini. Saya insaf ianya memang penuh dengan dakwaan dan tuduhan. Melulu tak melulu, terserahlah kepada pihak terbabit mempastikannya. Tetapi, saya juga yakin e-mail di atas mungkin mengandungi beberapa elemen kebenaran.

Oleh itu, pihak pemerintah kajilah e-mail di atas dari segi semangatnya. Kajilah sama ada kesemua tuduhan di dalamnya adalah betul, 70% betul, 50% betul, 25% betul, atau pun keseluruhannya langsung tidak betul.

Bijaksana

Apa yang sangat-sangat membimbangkan saya adalah kenyataan bahawa “orang seperti kami sudah muak dan menyesal menyokong UMNO dan kerajaan. Rasanya sudah tiba masanya untuk kita membuat pembaharuan. Kalau dikatakan kita akan susah kalau pembangkang memerintah, UMNO dan BN memerintah sekarang pun kita dah susah. Jadi apa bezanya? Kenapa kita takut mencuba?”

Saya harap Saudara yang mengirimkan e-mail di atas fikirlah masa-masak sebelum mengambil keputusan menukar selera dalam pilihanraya umum kelak. Sepatah kata orang tua-tua kita: bila marahkan nyamuk, janganlah kita bakar kelambu. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian apa gunanya?

Bagaimanapun, sebagai maklum balas kepada pihak pemerintah, kata-kata bahawa segolongan rakyat jelata Malaysia sanggup menukar citarasa demokrasi masing-masing sewaktu pilihanraya umum kelak, kini memang semakin menjadi-jadi. Saya rasa ini adalah akibat persepsi dan kekecewaan mereka terhadap perkembangan siasah Malaysia mutakhir. Perkembangan seperti ini perlu segera ditangani secara bijaksana. – Ruhanie Ahmad.

Friday, November 24, 2006


Ikuti Perhimpunan Agung Umno
Menerusi UMNOTV Di New York

Kini saya berpeluang melayari laman-laman web untuk mengikuti mengenai perkembangan negara. Menerusi internet, saya yang kini menetap di New York, juga berkesempatan menonton siaran TV nasional, TV swasta dan UMNOTV daripada Malaysia.

Sebab itulah baru-baru ini saya brpeluang menonton Perhimpunan Agung Umno (PAU) menrusi UMNOTV. Walaupun berbeza waktu selama 13 jam, ia bukannya penghalang untuk saya mendapatkan maklumat atau mengikuti siaran TV Malaysia.

Baru-baru ini, saya sempat menonton Nightline yang disiarkan TV3, menerusi internet. Saya mengikuti reaksi Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien, terhadap laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai kenyataan Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir, pada PAU kali ini.

Pada pendapat saya, apa salahnya Datuk Mukhriz bersuara? Salahkah beliau bersuara sampai kedudukan beliau sebagai Exco akan dikaji. Apa ni? Sejak bila ahli Umno dilarang beri pendapat?

Malaysiakan negara demokrasi. Sesiapa pun boleh bercakap dan menyatakan pendapat mereka. Saya rasa tidak salah, Datuk Mukhriz memberi pendapat. Semua orang boleh beri pendapat. Tambah-tambah lagi dalam kerajaan sekarang yang mengamalkan sikap keterbukaan.

Mukhriz

Lagipun Datuk Mukhriz bukan maki orang, bukan bunuh orang, dan bukan amal politik wang. Kenapa nak hukum sampai macam tu sekali? Biarlah beliau beri pendapat. Saya rasa lebih ramai lagi yang mahu beri pendapat mereka. Tetapi sebenarnya tidak berkesempatan ataupun takut untuk bersuara. Takut nanti hilang segala-galanya. Pemimpin macam ini, tak perlu berada dalam Umno.

Macam mana nak membela nasib orang Melayu kalau tidak berani menegakkan kebenaran? Macam mana nak bela nasib anak bangsa dan generasi masa depan, kalau masih ada lagi yang takut pada kebenaran?

Saya setuju dengan Datuk Mukhriz bahawa ucapan Presiden Umno sebenarnya tidak begitu kuat untuk "mengegarkan" Dewan Merdeka di PWTC. Hanya ucapan biasa saja.

Saya berkata demikian, bukan kerana Datuk Mukhriz anak Tun Dr. Mahathir. Saya berkata demikian kerana memang benar apa yang dikatakan oleh Datuk Mukhriz. "Tak dak apa sangat" kata orang Penang.

Topik perbualan kami di sini, sebaik saja melayari UMNOTV, ialah berkaitan ucapan dasar Presiden Umno. Komen seorang rakan dan juga pendapat saya sendiri, tiada apa yang baru dan istimewa pada ucapan itu. Ia hanya ucapan biasa. Ucapan yang tidak boleh mengegarkan Dewan Merdeka sehingga boleh menaikkan bulu roma.

Mengampu

Masih ingat lagi, semasa Tun Dr. Mahathir berucap dulu, semua perwakilan akan memberi tumpuan dan semuanya akan menanti apa yang mahu disampaikan. Bukan saja perwakilan malah mereka yang "bertugas" juga akan mendengarkan dengan khusuk dan tawaduknya.

Mengenai PAU tahun ini, saya dapati kebanyakan perwakilan tidak menggunakan pentas yang diberikan untuk mengupas sesuatu isu itu dengan baik-baiknya. Sebaliknya mereka hanya dibayangi perasaan mahu "mengampu dan bodek".

Please la. Tolonglah. Gunakanlah pentas itu untuk memperjuangankan nasib anak bangsa dan generasi masa depan kita, kerana sejak kebelakangan ini, kita berhadapan dengan permintaan dan suara-suara kurang enak dari rakan-rakan dalam Barisan Nasional yang sebelum ini tidak berani untuk berbuat demikian.

Sekianlah luahan isi hati anak perantau yang masih cintakan negara. Salam kepada rakan-rakan Datuk yang lain, seperti Brother Rocky, Datuk Kadir Jasin dan Datuk Rejal Arbee. Teruskan menulis mengenai kebenaran demi anak bangsa dan generasi akan datang. – kiriman NN New York.
Isi Hati Anak Malaysia
Terhadap Pemimpinnya
Oleh NN

Terima kasih kerana menyediakan tempat untuk kami meluahkan pendapat dalam ruangan yang kini sudah menjadi kegemaran saya dan beberapa rakan di sini.

Saya, suami, dan beberapa rakan rakyat Malaysia yang berada di sini, memanjangkan rasa syukur kepada Allah yang memberikan kesejahteraan dan kesihatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sudah pun keluar daripada IJN.

Alhamdulilah. Kami di sini berharap sangat semoga Tun Dr. Mahathir dapat berehat bersama keluarga.

Saya menulis kepada www.kuda-kepang.blogspot.com. untuk menyuarakan pendapat saya sebagai seorang anak Malaysia yang dibesarkan semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri, yang sememangnya disayangi dan dikagumi ramai.

Kemajuan yang dikecapi Malaysia, terutama di zaman perintahan Tun Dr. Mahathir, sungguh membanggakan. Saya bangga sungguh menjadi anak Malaysia, punya kereta nasionalnya sendiri, punya multimedia super corridor, punya macam-macam lagi.

Yang penting, kita mempunyai pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh. Bak kata orang putih kat sini, "He is a real leader. Smart, brilliant, strong and know what he is doing."

Che Det

Begitulah anggapan orang di New York mengenai Tun Dr. Mahathir. Mereka merupakan pemerhati dari jauh mengenai Malaysia dan bekas Perdana Menterinya.

Saya nyatakan hakikat di atas bukan saya hendak bodek, ampu, atau apa-apa. Tapi, itulah kebenarannya. Itulah kebenaran yang sesiapa tidak boleh nafikan bila bercakap mengenai Che Det.

Malah suami saya, yang juga seorang warga Amerika Syarikat, sangat mengkagumi Tun Dr. Mahathir. Bukan itu sahaja. Keluarga sebelah suami saya, terutamanya bapa mertua dan kakak ipar, sering berbincang atau berborak mengenai TDM yang mereka sifatkan sebagai seorang pengurus negara yang berpandangan jauh, seorang pemimpin yang kuat, dan tidak gentar terhadap pelbagai tohmahan dan ancaman.

Keluarga mertua saya juga sering bertanya dan mahu saya menceritakan mengenai Tun Dr. Mahathir sebagai seorang tokoh, mengenai kemajuan Malaysia, sistem pengurusan negara serta ekonomi Malaysia.

Malah semasa kami berada di sebuah kedai perabut milik rakyat Greek di New York, sebaik saja diberitahu yang kami orang Malaysia, lelaki berkenaan terus menyebut nama "Mahathir Mohamad the Prime Minister, he is a great and strong leader". Semua kenal Malaysia dan mereka kenal disebabkan oleh Che Det.

Demikianlah luahan hati saya mengenai bertapa bangganya saya menjadi anak Malaysia semasa di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir.

Akhir kata, sampaikanlah salam takzim untuk Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah dari kami, anak perantau yang masih cintakan negara dan berbangga dilahirkan sebagai warganegara Malaysia.
Nor Mohamed
Ddilantik Semula
Sebagai Senator

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Perkhidmatan Menteri Kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai ahli Dewan Negara atau Senator akan disambung selama tiga tahun lagi berkuatkuasa 8 Januari depan.

Pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata, pelantikan semula Nor Mohamed diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putera Jamalullail, atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
– Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Perlantikan semula seperti di atas tidak meredakan spekulasi mengenai rombakan kabinet tidak lama lagi. Perlantikan semula itu cuma memberikan gambaran bahawa jawatan Menteri Kewangan II mungkin akan terus disandang oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. – Ruhanie Ahmad.

Ucapan Simpati
Buat Pak Habib

Berikut adalah dua komen mengenai kisah sahabat saya, Pak Tuan Syed Hussein Alattas, kena serbu pegawai polis pasal jual buku politik di PWTC baru-baru ini.

Hasrul Halid: Malang untuk penulis-penulis politik di Malaysia sekarang. Tapi sekurang-kurangnya pengalaman itu boleh jadi modal berguna untuk Pak Habib dalam menghasilkan karyanya pada masa akan datang.

Dari lubuk hati yang paling kecil, saya bersimpati dengan Pak Habib. Harapnya tidaklah perkara sebegini akan mematahkan hati dan merobekkan jantung beliau.

Harat: Tindakan kerajaan melarang penjualan buku-buku politik sempena PAU memang patut diprotes. Tak ada alasan yang munasabah mengapa ketika itu buku politik tidak boleh dijual. Mudah-mudahan Datuk Seri Abdullah akan menyedari kesilapannya.
The Toyol Code
Benarkah Kabinet Dirombak
Ikut Citarasa “Budak Hantu”?
Oleh Ruhanie Ahmad

Perhimpunan Agung Umno (PAU) sudah berlalu. Kini beberapa pihak sibuk meramalkan berlakunya rombakan kabinet tidak lama lagi.

Ramalan sebegini memang munasabah. Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, baru dilantik sebagai senator. Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pula akan tamat tempohnya sebagai senator Januari 2007.

The Toyol Code yang disiarkan menerusi blog ini baru-baru ini, memang telah meramalkan kemungkinan rombakan kabinet tidak lama lagi.

Menurut ramalan The Toyol Code, 10 orang Menteri penuh dan dua orang Timbalan Menteri dijangka disingkirkan menerusi rombakan berkenaan.

Muka Baru

Mereka dikatakan akan diganti dengan muka-muka baru yang majoritinya berumur di bawah 50 tahun. [sila rujuk kembali The Toyol Code untuk perincian perkara ini.]

Bagaimanapun, berikutan pemaparan lapan siri The Toyol Code dalam blog ini, pihak-pihak tertentu yang dikatakan mempelopori rombakan kabinet berkenaan dipercayai jadi cemas dan dilanda dilemma.

Beberapa orang besar pula dikatakan tertanya-tanya, macam mana blog ini mendapat maklumat yang didedahkan scara bersiri dengan jodol The Toyol Code?

Fitnah?

Untuk mengelakkan sebarang ramalan The Toyol Code jadi polemik umum, ada pula pihak yang dipercayai menyebarkan dakyah, kononnya pendedahan The Toyol Code adalah fitnah.

Saya harap pihak berkenaan jangan mudah melabelkan siri The Toyol Code sebagai fitnah. Sebab pulut, santan biasa, sebab mulut, badan binasa!

Sebagaimana ditegaskan sebelum ini, satu salinan CD mengandungi laporan komprehensif mengenai rombakan kabinet dan pilihanraya umum yang dipercayai disediakan oleh “budak hantu” dan “patrick” kini telah pun dibocorkan kepada satu pihak tertentu!

Panik

Hakikat ini dikatakan menyebabkan pihak-pihak terbabit jadi agak panik. Mereka juga dikatakan menyedari keresahan sesetengah kelompok rakyat jelata jika ramalan The Toyol Code jadi kenyataan.

Biar pun begitu, pihak-pihak terbabit dikatakan masih tidak berputus asa. Mereka dikatakan terus berusaha supaya rombakan kabinet yang diura-urakan adalah berasaskan laporan komprehensif yang telah mereka sediakan.

Soalnya, adakah perkembangan seperti di atas benar? Soalnya, tidak mungkinkah rombakan kabinet yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, berasaskan laporan komprehensif yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan?

Doa

Sebagai rakyat jelata, kita insaf bahawa perlantikan Menteri, Timbalan Menteri, dan Setiausaha Parlimen, adalah hak Perdana Menteri untuk menentukannya.

Jadi, sebagai rakyat jelata, kita tidak ada pilihan. Kita juga tidak boleh berbuat apa-apa. Kita hanya boleh tunggu. Kita juga hanya boleh lihat.

Lantas, marilah sama-sama kita doakan semoga Perdana Menteri akan merombak kabinetnya berasaskan laporan dan perakuan agensi-agensi tertentu dalam kerajaan seperti yang telah diamalkan sejak berpuluh-puluh tahun sebelum ini!

Orang Kampung Marah
& Mahu Tukar Citarasa?

Pada Isnin, 20 November 2006, saya poskan pertanyaan ke http://www.kuda-kepang.blogspot.com/. sama ada siri The Toyol Code perlu saya teruskan.

Saya menerima lima komen daripada pertanyaan di atas. Pertama, daripada blogger di http://www.apekome.blogspot.com/. Hamba Allah ini mngenali saya dan katanya dia pun “dulu anak murid” saya di bidang kewartawanan. Kedua, daripada Mat PWTC di Universiti Islam Antarabangsa. Ketiga, daripada Saudara Zaim Atras. Keempat, daripada blogger Dr. Butiq. Akhirnya, daripada Saudara Aiman.

Komen Saudara Aiman amat membimbang dan memeranjatkan saya. Antara komennya adalah sperti berikut:

“Sejak ada cerita Toyol (Code) makin seronok orang kampung dapat belajar cara politik orang atasan. Kita orang duduk kampung manalah faham politik orang bandar. Tapi kali ini kami sudah faham cara politik fikiran orang atasan.

Pilihanraya akan datang tidak perlulah hantar perayu undi lagi. Kami penduduk kampung sudah boleh berfikir dan percaya sumber maklumat dalam internet.

Saya sokong undi BN bukan mahukan projek tapi pembelaan. Tapi sampai sekarang janji tinggal janji tidak tertunai. Saya ceritakan ini bukan melepaskan batuk ditangga. Tapi, kami sekampung sudah bersatu akan mengubah undi kepada pihak lain.

Ada seorang pakar tilik di kampung ini mengatakan, kali ini UMNO tidak akan mendapat undi orang Melayu kerana semua sudah meluat dengan sikap menantu Perdana Menteri. Ini bukan lawak. Tapi, betul-betul. Bukan dugaan. Kita tunggu saja pilihanraya nanti siapa yang menang besar.

Pengundi berdaftar di kampung saya tidaklah ramai. Tapi, hampir 15,000 orang, tidak termasuk yang baru mendaftar. Kami semua punyai kaitan pertalian keluarga. Perjumpaan Hari Raya baru-baru ini semua sudah bersetuju mahu berikan Parlimen dan Adun pada pihak lain.”

Begitulah antara komen Saudara Aiman. Saya yakin beliau serius. Tetapi, saya harap Saudara Aiman dan saudara mara di kampungnya akan bersabar dan berfikir masak-masak sebelum berubah citarasa.

Biar pun begitu, saya harap Yayasan Sumber Maklumat Umno Malaysia yang sentiasa memantau blog ini akan bertindak sewajar-wajarnya. – Ruhanie Ahmad.

Thursday, November 23, 2006

Gara-Gara Jual Buku Politik
S. H. Alattas Diserbu Polis…

Apa dah jadi ni? Penulis buku politik terkenal, Pak Tuan Syed Hussein Alattas @ Pak Habib @ Nujum Pak Belalang, diserbu oleh sekumpulan tiga orang pegawai polis berpangkat Inspekter dan beberapa orang pengawal keselamatan di PWCT, pada 14 November 2006.

Sebabnya? Alah… Sebabnya kecil aje! Pak Habib yang duduk-duduk menghirup secawan kopi, telah meletakkan beberapa jilid buku tulisannya yang terbaru di atas meja di kedai kopi berkenaan di sekitar PWTC.

Tiba-tiba, kata Pak Habib kepada www.kuda-kepang.blogspot.com., beliau pun diserbu oleh tiga pegawai polis beruniform dan beberapa pegawai keselamatan PWCT.

Pegawai-pegawai polis berkenaan meminta Pak Habib tidak menjual buku politik di sekitar PWTC. Pak Habib enggan mematuhi permintaan itu.

Sebaliknya, Pak Habib meminta pegawai-pegawai berkenaan memberitahu beliau, berasaskan peruntukan undang-undang manakah seseorang itu dilarang menjual buku-buku politik di sekitar PWTC sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Pak Habib juga menyatakan dengan tegas kepada pegawai-pegawai polis berkenaan, selagi mereka tidak dapat menyatakanb undang-undang yang khusus, Pak Habib akan terus menjual bukunya di PWTC.

Kata Pak Habib kepada pegawai-pegawai polis terbabit: “Saya rela disumbatkan ke penjara. Saya dah berumur 66 tahun. Biarlah saya menghabiskan sisa hidup saya di penjara.”

Oleh kerana mereka tidak dapat menyatakan peruntukan undang-undang yang melarang penjualan buku-buku politik di sekitar PWTC sewaktu PAU, pegawai-pegawai polis itu pun beredar meninggalkan Pak Habib.

Sewaktu menghubungi blog ini pada 21 November 2006, Pak Habib berkata: “Kalau apa yang berlaku bukannya bukti police state, saya tak taulah apa nak kata lagi.”

Pak Habib kesal dengan tindakan yang menimpa dirinya. Arahan supaya buku-buku politik tidak boleh dijual di sekitar PWTC sewaktu PAU bermula tahun 2005.

Tahun ini, sebuah buku politik oleh Saudara Sayuti Omar dan dua buku tulisan blogger Datuk A. Kadir Jasin dan Raja Petra Kamaruddin, turut disekat daripada di jual di PWTC.

Pokok persoalan kepada kejadian di atas adalah: siapakah yang sebenarnya mengeluarkan arahan berkenaan? Adakah Presiden Umno tahu mengenainya? - Ruhanie Ahmad.

Monday, November 20, 2006

The Toyol Code
Akan Diteruskan?

http://www.kuda-kepang.blogspot.com/. menerima banyak maklum balas mengenai The Toyol Code. Bagaimanapun, saya agak ragu-ragu untuk menyambung siri berkenaan.

Ini kerana ada sahabat-sahabat menasihatkan saya supaya cool down buat sementara waktu. Saya diminta cool down bukan sahaja kerana kisah The Toyol Code panas. Tetapi, kerana
pihak-pihak yang didedahkan penglibatannya oleh The Toyol Code
juga amat panas berbahang.

Oleh itu, saya perlukan bantuan anda. Adakah anda mempunyai maklum balas mengenai The Toyol Code? Adakah anda berpendapat The Toyol Code perlu menyambung semula
sirinya di blog ini?

Sila kirimkan pandangan dan maklum balas anda menerusi e-mail kudakepang@postmaster.co.uk atau ron_kudakepang@yahoo.com
dengan seberapa segera.

Terima kasih. – Ruhanie Ahmad.
Mahathir Sakit
Abdullah Juga Sakit!
Oleh: Mohd Sayuti Omar
www.malaysiatoday.net

Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad dikejarkan ke Institiut Jantung Negara (IJN) pada 9 November lepas akibat diserang sakit jantung ringan. Alhamdulilah, kini Mahathir telah pun dibenarkan keluar dan sedang berihat di rumah. Beliau yang mulanya beriya untuk menghadiri perhimpunan agung Umno terpaksa akur kepada arahan doktor, tidak boleh pergi.

Kegagalan Mahathir untuk menghadiri perhimpunan kerana keuzuran itu, maka kuranglah sikit gimik politik pada perhimpunan ala pesta menaburkan retorika terbesar orang Melayu itu. Sebelum ini orang sedang menunggu kehadirannya. Walaupun hanya sebagai pemerhati, orang mahu melihat secara live mengenai pergerakan dan juga interaksi beliau dengan Abdullah, setidak-tidak menerusi bahasa badannya (body language).

Al maklumlah mereka sedang berbalah. Perwakilan atau pemerhati yang sayang dan kasih kepada kedua-dua tokoh itu, atau sayang kepada salah seorang mahu melihat keduanya berada di satu tempat di hadapan mata mereka sendiri. Mereka mahu tontonkan bagaimanakah aksi mereka, secara berhadapan sesudah kedua mereka bergaduh berbulan-bulan lalu.

Menduga

Tetapi Allah Maha Mengurus dan Mentadbir. Harapan dan impian orang ramai itu lenyap apabila tiba-tiba bekas PM itu jatuh sakit pada saat-saat menjelang perhimpunan. Allah sudah dapat menduga, (mungkin) ada perkara buruk yang akan berlaku sekiranya Mahathir menghadiri perhimpunan itu. Jadi untuk menyelamatkan keadaan Allah jadikan Mahathir sakit sebagai alasan dan asbab mengelakkan perkara buruk berlaku!

Bagaimanapun Mahathir seorang yang pandai, yang memiliki otak kancil dan misai tikus. Beliau mengetahui citarasa dan pengharapan orang ramai kepadanya. Beliau dapat menghidu dan membaca naluri orang kepadanya. Barangkali kerana kebijaksanaan inilah menjadikan orang yang mendokong dan mengusung tandunya serta sanggup berkorban untuk beliau dan dalam masa sama melemparkan kebencian kepada Abdullah.

Khabarnya pada perhimpunan itu telah beredar surat apologi – permohonan maaf oleh Mahathir di atas kegagalannya untuk hadir ke perhimpunan itu. Ramai orang di perhimpunan itu menerima surat yang ditandatangani Mahathir itu yang siap dengan nombor keahliannnya; 0000001.

Harapan

Kenapa Mahathir perlu minta maaf kepada perwakilan dan kepada para pemerhati? Beliau tidak payah memohon maaf pun kerana, beliau tidak ada kesalahan dengan perwakilan apa lagi pemerhati. Harapan orang bukan satu kesalahan jika tidak ditunai, apa lagi orang itu tidak pun pernah memberi harapan itu!

Di sinilah bijak dan berlekok-lekoknya politik psikologi Mahathir. Apabila beliau berbuat surat itu ia menggambarkan belau sangat penting dan kedatangannya diharapkan oleh semua orang. Seolah-olah tanpa kehadirannya ke perhimpunan itu hilang seri dan hilang gahnya.

Mungkin pada hakikatnya tidak ada siapa hendak melihatnya lagi. Tentunya mereka yang mendapat setitik air mineral dan sejuring kuih ataupun sehelai surat tawaran projek daripada Abdullah tidak pun mengharap Mahathir hadir.

Kuasa

Ketidakhadiran Mahathir memberi keselesaan dan ruang terbuka kepada Abdullah untuk membaca teks uncapan dasarnya. Dengan tidak ada Mahathir di hadapan, tidak ada sosok yang mengkritiknya, tidak ada ralat dan malu seganlah bagi Abdullah pada sepanjang membaca teks ucapan itu. Satu demi satu perkataan di dalam teks itu dibaca dengan lancar dan tegas sekali.

Selama 1 jam 30 minit Abdullah berucap. Satu peluang yang cukup baik dan luas untuk beliau membentangkan idea dan juga halatuju kepimpinannya. Tidak ada sesiapa menganggunya. Dan kuasa eksekutif sebagai perdana menteri dan presiden Umno beliau boleh lakukan apa saja. Orang menunggu dengan penuh sabar akan peluang itu.

Dalam hal ini kemelut dan juga isu perbalahan beliau dengan Mahathir adalah di antara mauduk (subjek) yang dinanti-nantikan. Orang mahu mendengar apakah jawapan Abdullah di hadapan partinya berkenaan segala tuduhan dan tohmahan bekas PM itu.

Komentar

Sebelum ini orang membayangkan Abdullah akan mengambil kesempatan itu sebaik mungkin dan sekaligus menutupkan segala persoalan itu. Apa lagi apabila Mahathir tidak dapat hadir, orang akan mengira beliau akan menambah dan mengubah ucapan dasarnya yang asal. Namun tidak begitu, ucapannya tetap kekal dan tidak ada apa-apa tambahan meskipun Mahathir tidak muncul!

Tidak ada apa-apa komentar dan juga ualasan terhadap kemelut beliau dengan Mahathir. Persoalan yang dibangkitkan oleh Mahathir, seperti isu Jambatan Bengkok, AP, negara polis, Proton, penglibatan Khairy dalam pentadbiran, rasuah dan sebagainya tidak diberi fokus oleh Abdullah melainkan menjelaskan hal-hal di luar persengketaan itu dengan penuh teratur dan sopan.

Tawar, hambar dan tidak menyengat. Itulah rumusan ucapan Abdullah berkaitan isunya dengan Mahathir. Jika diibaratkan makanan, bukan sahaja orang sakit yang lidahnya pahit untuk tidak menelan makanan itu, hatta orang sihat juga merasa loya untuk mengecapnya.

Kesimpulannya, persoalan yang dibangkitkan oleh Mahathir masih belum terjawab, dan Abdullah masih lagi terhukum dengan tanggapan negatif umum yang dibuat berdasarkan tuduhan dan pentafsiran Mahathir itu.

Hambar

Kehambaran dan kelecahan ucapan Abdullah bukan sahaja mengenai perkara bersifat personal itu saja, tetapi ianya turut berjangkit kepada idealisme dan juga kewibawaan beliau selaku pemimpin Umno dan Kerajaan.

Tidak ada apa-apa perkara baru yang mempamerkan kreativiti Abdullah selaku khalifah dikemukakan untuk direnung dan dibahas, melainkan beliau mengulang frasa-frasa ataupun topik dan sub topik di dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung Umno tiga tahun lalu saja.

Kelemahan dan ketumpulan idea, pandangan dan wawasan Abdullah ini, boleh menyebabkan orang mengesahkan tuduhan negtif ke atasnya sebelum ini, yang beliau lemah, tidak bervisi akan terus berkumandang selepas ini. Dan senario itu juga akan menjadikan Mahathir (selepas beliau sihat kelak), semakin rancak lagi menyerang Abdullah hingga tercapai apa yang dihajati.

http://malaysia-today.net/blog2006/sayuti.php
Khir Johari
Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pemimpin veteran Umno Tan Sri Mohamed Khir Johari meninggal dunia hari Ahad dipercayai kerana serangan jantung di kediamannya di Suasana Central Kondominium, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini.

Allahyarham yang berumur 83 pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam Umno termasuk sebagai Setiausaha Agung Umno dan antara anggota Kabinet kerajaan yang paling lama berkhidmat iaitu sejak tahun 1950an sebelum bersara pada 1983.

Anaknya, Zairil, 23, ketika ditemui Bernama berkata Allahyarham kelihatan sihat semasa bersarapan bersama keluarganya pagi ini apabila tiba-tiba sesak nafas dan terjatuh dari kerusi makan pada 10.30 pagi.

Zairil berkata keluarganya kemudian memanggil ambulans dan anggota perubatan yang tiba 10 minit kemudian mengesahkan Mohamed Khir telahpun meninggal dunia.

Mohamed Khir pernah mendapat serangan jantung pada Mac 1981.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohamad Sidek Hassan dalam kenyataan media berkata kerajaan bersetuju Allahyarham diberikan penghormatan terakhir mengikut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara bagi mengenang jasanya.

Jenazah Allahyarham diberi penghormatan dengan dikebumikan di Perkarangan Makam Pahlawan di Masjid Negara pada 7 petang ini sejurus selepas solat jenazah di masjid itu.

Yang turut memberikan penghormatan akhir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid, Mohamad Sidek dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Upacara pengebumian itu yang berlangsung dalam hujan lebat tidak menghalang keluarga dan sahabat handai hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh yang banyak berjasa itu.

Allahyarham yang dikenali dengan nama "Pak Khir" meninggalkan sembilan anak, lima daripadanya perempuan.

Isteri pertama Allahyarham Puan Sri Kelsom @ Che Tom Abdul Rahman yang dikahwininya pada 1943, meninggal dunia pada 20 Sept 1994 dan beliau kemudian mengahwini Puan Sri Christine Lim pada Februari 1996.

Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Kancut, Alor Star, Kedah pernah menjadi guru di Maktab Sultan Abdul Hamid pada 1945 sebelum menceburi politik serta dipilih menjadi Menteri Pelajaran pertama negara dan kemudian beberapa portpolio lain seperti Menteri Perdagangan dan Industri serta Menteri Pertanian.

Allahyarham juga pernah dilantik sebagai duta negara ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York serta di Mexico dan Brazil.

Selain itu, Allahyarham juga aktif dalam dunia sukan negara apabila pernah memegang banyak jawatan penting antaranya Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia dan Presiden Persatuan Bina Badan Malaysia.

Antara detik manis baginya ialah kejayaan Malaysia membawa pulang Piala Thomas, piala berprestij badminton selepas mengetuai skuad negara ke kejohanan di Jakarta pada 1967.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=231152


Negara Kehilangan
Tokoh Politik Veteran

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Tan Sri Mohamed Khir Johari, yang meninggal dunia hari ini, mempunyai biodata cemerlang dari segi pengalaman dan pendedahannya dalam politik yang disegani ramai tokoh politik semasa.

Dikenali dengan panggilan mesra Pak Khir, beliau dilahirkan pada 29 Jan, 1923 di Kampung Kancut, Alor Setar, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Bahru, Alor Setar dan Sekolah Sungai Korok, Kedah.

Beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan mendapat kelulusan Sijil Pelajaran Malaya (MCE) pada 1932.

Pada 1966, beliau dianugerahi Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya, Doktor Kehormat Pendidikan dan Sains oleh De La Salle College, Manila, Filipina pada 1967, dan Doktor Kehormat Persuratan dari Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) pada 1987.

Khir mula menceburi politik pada 1946 pada usia 23 tahun bila menyertai Saberkas, sebuah gerakan aktif memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, selaku setiausaha agung.

Lima tahun kemudian, beliau membuat keputusan yang mengubah seluruh hidupnya - menyertai Umno. Tiga tahun kemudian beliau dilantik sebagai setiausaha agung dan berkhidmat dalam jawatan ini selama setahun.

Pada Pilihan Raya Majlis Perundangan 1955, beliau memenangi kerusi Kedah Tengah atas tiket parti Perikatan.

Pada 1957, beliau menjadi pengerusi Umno bahagian Kuala Muda dan mengekalkan kerusi Kedah Tengah dalam pilihan raya umum negara yang pertama pada 1959.

Beliau seterusnya mempertahankan kerusi ini dalam pilihan raya umum berikutnya pada 1964 dan dilantik setiausaha agung Umno buat kali kedua dua tahun kemudian.

Beliau mempertahankan kerusi parlimen Kedah Tengah, kemudian dikenali sebagai Kuala Muda, untuk enam penggal hingga pilihan raya umum kelima pada 1978.

Penglibatan beliau dalam kabinet negara bermula pada 1956 selepas beliau dilantik Menteri Muda Hal Ehwal Ekonomi. Sejak itu beliau berkhidmat sebagai Menteri di empat kementerian berlainan.

Beliau adalah Menteri Pelajaran pertama Tanah Melayu merdeka, Menteri Perdagangan dan Perusahaan (1960), Menteri Pertanian dan Koperasi (1962), dan sekali lagi Menteri Pelajaran (1965), dilantik semula Menteri Perdagangan dan Perusahaan (1969) dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (1972).

Khir kemudian dilantik Menteri Tak Berportfolio pada 1973, bila beliau ditugaskan sebagai Wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, dan juga duta besar ke Mexico dan Brazil.

Khir tegas sebagai seorang yang menolak kurniaan bintang dan darjah kebesaran berdasarkan prinsipnya tidak akan menerima sebarang anugerah ketika dalam politik, menolak tawaran gelaran Datuk sebelum menerima anugerah PNM dari Yang di-Pertuan Agong pada Jun 1986 yang membawa gelaran Tan Sri.

Beliau juga menolak tawaran darjah kebesaran dari kerajaan Brunei kerana anugerah itu disertai pencen seumur hidup.

Sekalipun kehidupan politiknya sibuk, beliau masih punya ruang masa untuk beberapa sukan dan organisasi alam sekitar.

Pengalaman dan sumbangan Khir kepada negara tetap disanjung oleh tidak saja Umno tetapi seluruh rakyat Malaysia terutama mereka yang mengenali Pak Khir dari dekat.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=231106
Lanjutan Isu Kenyataan
Datuk Mukhriz Mahathir:

Reaksi Masyarakat
Terhadap Isu Mukhriz

Isu Datuk Mukhriz Mahathir makin berpanjangan. Ia mula menambat perhatian masyarakat. Bingkisan berikut adalah contohnya. Ianya dikirimkan menerusi blog ini. Kedua-duanya mencerminkan sentimen umum.

Salabu-salabi: Mukhriz, anda tidak keseorangan dalam hal ini. Anda berani kerana benar. Kami pun berani kerana benar. Dulu Mahathir, sekarang Pak Lah. Dulu kami hadir, sekarang kami belah....

Apa yang Mukhriz cakap itu benar. Kami menonton TV. Adalah bohong jika kami katakan pada diri kami bahawa persidangan kali ini berhasil. Hanya tukang ampu sahaja yang berkata berhasil.

Cakapsiang: Mukriz menang dengan undi tertinggi, sedangkan Hishamuddin, Khairy dan ketua-ketua pemuda negeri tidak pernah dipertandingkan. Jadi siapakah yang mewakili suara pemuda? Siapakah mereka yang menyuruh Mukhriz berundur sedangkan dia meraih undi tertinggi!

Lanjutan Isu Kenyataan
Datuk Mukhriz Mahathir:

Mukhriz Diminta Beza
Kepentingan Parti
Dengan Keluarga

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir perlu tahu membezakan keutamaan beliau terhadap parti dan keluarga sendiri, kata Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata sebagai seorang anggota Umno, anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu perlu mengutamakan kesetiaannya kepada parti dan memisahkan kedudukannya terhadap keluarga sendiri.

Syed Hamid yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mukhriz dalam akhbar berbahasa Inggeris Khamis lepas bahawa tidak ada perkara baru dalam ucapan dasar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno pada Perhimpunan Agong Umno yang berakhir Jumaat lepas.

Beliau ditanya kemungkinan Mukhriz membuat kenyataan itu kerana mahu menyebelahi bapanya Dr Mahathir yang sejak beberapa bulan lepas mengkritik secara terbuka dasar kerajaan yang dipimpin Abdullah.

"Tidak siapa suruh dia tak sayang bapa sendiri, tetapi dia kena buat ketetapan antara kepentingan parti dan keluarga sendiri," katanya.

Syed Hamid berkata sebagai anggota Umno, Mukhriz perlu meminta maaf kepada Abdullah berhubung kenyataannya itu.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=231075

Sunday, November 19, 2006

Lanjutan Isu Kenyataan
Datuk Mukhriz Mahathir:

Pemuda Umno Tunggu Penjelasan
Mukhriz Sebelum Ambil Tindakan

MARAN, 18 Nov (Bernama) -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia belum memutuskan tindakan ke atas Datuk Mukhriz Mahathir sehinggalah beliau tampil memberi penjelasan mengenai kenyataannya terhadap ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung parti itu baru-baru ini.

Ketua pergerakan itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau masih menunggu sekiranya Mukhriz mahu memberikan penjelasan mengenai kenyataannya Khamis lepas menyifatkan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu sebagai idea lama.

"Macam mana saya nak ambil tindakan kerana saya tidak mendengar penjelasan dia lagi. Kita tunggulah (penjelasan Mukhriz)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Megaraya di sini hari ini.

Hishammuddin berkata beliau telah memberi masa kepada Mukhriz, anggota exco pergerakan itu, untuk menjelaskan apa saja yang terbuku di hati.

"Saya juga cuba beri kelonggaran bahawa kedudukan dia sebagai anak (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir tetapi isu itu menyentuh soal prinsip dan pendirian Pemuda, jadi saya tidak boleh berkompromi dalam isu ini," katanya.

Hishammuddin juga menyifatkan isu Mukhriz itu sebagai isu prinsip yang boleh menjejas semangat setiakawan dan perjuangan dalam pergerakan Pemuda.

Beliau berharap isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin kerana bimbang ia akan menjejas perjuangan pergerakan itu.

"Saya anggap isu itu kecil dan saya serahkan pada Mukhriz untuk menanganinya," katanya.

Beliau berkata tindakan yang akan diambil itu sebenarnya banyak bergantung kepada tindak tanduk Mukhriz selepas ini.

"Kalau niat dia baik untuk Pemuda, pastikan semangat setiakawan kita tidak terjejas dalam exco. Maka beliau mesti lakukan sesuatu dalam masa terdekat ini kerana isu itu tidak sepatutnya berlaku."

"Seorang pemimpin mesti bertanggungjawab apa yang diluahkannya kerana orang akan menilai pemimpin itu pada tindak tanduk dia selepas ini," katanya.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=230970


Lanjutan Isu Kenyataan
Datuk Mukhriz Mahathir:

Mukhriz Tidak Rasional
Kata Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Datuk Mukhriz Mahathir disifatkan sebagai tidak rasional dan enggan berpijak di bumi nyata apabila mengeluarkan kenyataan yang dianggap memperlekehkan ucapan dasar presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa perasmian Perhimpunan Agung Umno 2006 Rabu lepas.

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata Mukhriz yang juga anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendapat sokongan anggota Umno kini adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Beliau tidak berpijak di bumi nyata, hakikat harus diterima bahawa pemimpin datang dan pergi. Pemimpin yang lama dihormati, pemimpin yang baru disayangi, itu patut ada pada kita," katanya kepada pemberita selepas menutup Multaqa Pegawai-pegawi Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Semalaysia 2006 di sini, Sabtu.

Sambil menyatakan rasa kesalnya, Ahmad Zahid berkata Mukhriz yang menjadi Exco Pemuda Umno dengan undi tertinggi turut menjejaskan imej sayap parti itu apabila seolah-olah menunjukkan bahawa pemimpin Pemuda tidak memperlihatkan sikap `kejemaahan', sedangkan sebelum itu mereka memutuskan menerima pakai dan menyokong ucapan Presiden parti.

Berhubung keengganan kepimpinan Pemuda bertindak terhadap Mukhriz, beliau berkata Mukhriz bernasib baik kerana jika presiden parti bukan Abdullah atau masih dipegang pemimpin yang lepas, beliau mungkin sudah dipecat atau dikenakan tindakan disiplin.

Mukhriz dalam komennya yang tersiar dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris semalam antara lain berkata ucapan dasar presiden itu tidak mengemukakan idea baru.

Berikutan itu, Ketua Pemuda Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata pergerakan itu tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan Mukhriz itu kerana ia merupakan pendirian dan sentimen peribadinya.

Ahmad Zahid yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno turut meminta Mukhriz supaya tidak mengambil kesempatan terhadap sifat lembut yang diperlihatkan Abdullah dengan "menikam dan memberikan komen yang negatif dari belakang".

"Mukhriz menyatakan bahawa ucapan itu tak ada sesuatu yang baru sebab dia ada prasangka buruk dalam jiwanya dan prasangka itu ditukar menjadi kebencian. Bila kebencian mengatasi rasional maka minda dan hatinya tertutup," katanya.

Mengenai Multaqa hari ini, Ahmad Zahid berkata ia bertujuan mendapatkan maklum balas daripada para pemerhati dan perwakilan di luar dewan persidangan semasa Perhimpunan Agung Umno berlangsung.

Beliau berkata segala isu, sama ada positif atau negatif yang diperolehi akan dikumpul dan dijadikan laporan yang akan diberikan kepada pihak kepimpinan parti.

"Ada maklum balas positif dan negatif yang sudah diberikan mereka kepada kepimpinan peringkat tertinggi. Mereka sedang mendapatkan pandangan tentang keadaan sebenar semasa perbahasan, dan juga di luar perbahasan," katanya.

Beliau berkata pada keseluruhannya laporan yang diperolehi adalah memuaskan termasuk mengenai ucapan dasar Perdana Menteri yang mengandungi fakta-fakta yang cukup konkrit.

"Saya dapati laporan-laporan yang diberikan kepada saya dan catatan yang saya perolehi, setiap para ucapan Pak Lah itu ada maklumat-maklumat yang cukup penting dan ucapan Pak Lah tidak retorik.

"Cuma dari segi penyampaian, persembahan Pak Lah tak boleh diubah sebab itu cara dia. Pemimpin yang lain mempunyai stail yang lain. Jadi kita tidak boleh hanya melihat persembahan tetapi harus melihat kepada isi," katanya.

Ahmad Zahid berkata sebagai contoh apabila ucapan itu dibukukan dan diedarkan kepada orang ramai terutama para pemerhati, mereka mengatakan bahawa ucapan itu adalah lebih jelas dan difahami apabila di baca.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=230933

Saturday, November 18, 2006

Khairy Says
He Does Not Influence
Government Decisions

Attention during this UMNO General Assembly has also been on the new generation of UMNO leaders and the possible role they may play in Malaysian politics.

One person, who has been in the spotlight lately, is Khairy Jamaluddin, the son-in-law of Prime Minister Abdullah Badawi.

Khairy, better known as 'KJ', has been a key target of Dr Mahathir Mohamad's recent anti-government criticisms.

The former leader has relentlessly accused the 30-year-old Oxford-trained lawyer of influencing government decisions.

A claim which Khairy, who was formerly the special assistant to Prime Minister Abdullah, has adamantly denied.

"I don't influence. I don't seek and I don't want to influence the Prime Minister," he said.

"I draw a line personal, private, professional and political line with the Prime Minister. Yes, he's my father-in-law but there has to be a line. There has to be "Chinese walls" even within the household, otherwise there can be lots of conflicts of interests."

For a man who once said his aspiration is to be Prime Minister before he turns 40, Khairy certainly raised many eyebrows when he joined UMNO eight years ago.

While his every move is closely watched by many, his future lies with the party support, and he knows that is something he cannot have overnight.

"I've learnt since coming into politics, you cannot plan too much. You have to focus on your work, focus on the day and hopefully you can deliver," the Deputy Chief said.

Married to the Prime Minister's only daughter, Nori Abdullah, Khairy who is the number two man in UMNO Youth, has been trying to promote himself through other means.

He denied that the on-going feud between his father-in-law and Dr Mahathir has split the ruling party.

"Of course the party is restless, because this is somebody we respect, our former President picking a fight with the current President whom we also respect, and that raises some concerns.

"But it hasn't reached the point and I don't think it will reach a point where it's going to split UMNO. UMNO today is very unified, very united, very committed towards the leadership," he insisted.

Political analysts were also generally in agreement.

As for critics who called Mr Abdullah a one-term Prime Minister, observers said the verdict is still out.

Professor Zakaria Ahmad, a Political Analyst, said: "He's a feel-good Prime Minister. He still enjoys popular support among the Malays and also the Non-Malays. In that sense, I don't see him being pulled away by the current.

"But if those other things he was criticised for gain support from various groups within the ruling party, this might mean he might not go beyond the present term he's in." - Melissa Goh, Channel NewsAsia

http://malaysia-today.net/blog2006/newsncom.php?itemid=817
Lanjutan Isu Kenyataan
Datuk Mukhriz Mahathir:

Mahathir's Son
Under Fire
After Criticising PM

A son of former premier Mahathir Mohamad was publicly rebuked by Umno leaders yesterday after he criticised Prime Minister Abdullah Badawi for having said 'nothing new' in his opening speech to the party's annual assembly.

Datuk Mukhriz Mahathir came under fire from all quarters, including the Prime Minister and Umno Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

At a press conference, Datuk Seri Abdullah said Datuk Mukhriz had breached the party line.

'He said something which I thought was not right at all,' Datuk Seri Abdullah said. 'It is up to the Youth wing to decide on the matter, but clearly what he said breached the procedures.'

Datuk Mukhriz, an exco member of Umno Youth and the youngest son of Tun Dr Mahathir, remarked on Wednesday that the Prime Minister's speech was 'a little disappointing' as it was no different from the one given last year.

Patience

In his opening address, Datuk Seri Abdullah mapped out the economic challenges ahead and elaborated on why Malaysia needed a change in direction.

Datuk Mukhriz not only dismissed the speech, he also made it clear that he shared his father's views about the Prime Minister '100 per cent'.

In response, Umno Youth chief Hishammuddin told reporters yesterday that his patience had reached its limits.

'We have given him a lot of room and space because of his special position being the son of Tun Dr Mahathir. He has made many statements before this.

'I have been very patient with him because I realise that he is caught between his personal loyalty to his father and his position as an exco member. That has changed since yesterday because what he did has crossed the line.

'He made the statement without consulting us,' Datuk Seri Hishammuddin added.

Reprimand

'Since he has gone to the press, there is no reason for me to call him and reprimand him face to face, so I shall reprimand him openly.'

He said that any further action against Datuk Mukhriz would depend on his response.

It is not clear what action can be taken because Datuk Mukhriz is an elected Umno Youth exco. He polled the most votes in the party elections two years ago.

But state Umno Youth chiefs have gone ahead with an unanimous call for an emergency meeting to discuss the matter.

Mr Ashakari Abu Noor, Malacca Umno Youth chief, accused Datuk Mukhriz of having broken ranks.

'We are calling collectively for him to review his post as an exco member,' he said at a press conference attended by all other state Youth chiefs.

Constructive

Datuk Mukhriz avoided the press yesterday, but on Wednesday he told reporters that his comments were constructive criticism and that he did not think he was out of line.

But that was not how other Umno leaders saw it.

Umno Putera chief Azeez Rahim said yesterday: 'He clapped when listening to Pak Lah's speech but gave a twisted statement when he came out.'

Supreme Council member Ahmad Zahid Hamidi said Datuk Mukhriz's comments smacked of hatred and prejudice.

'Hatred has closed his mind,' he noted.

The public dressing-down is the latest chapter in the bitter Mahathir-Abdullah feud which has raged during the past several months, with the former prime minister accusing his chosen successor of ineptitude, nepotism and betrayal of his policies. - By Carolyn Hong
The Straits Times (Singapore)


http://malaysia-today.net/blog2006/newsncom.php?itemid=815
Lanjutan Isu Kenyataan
Datuk Mukhriz Mahathir:

APA SELEPAS INI…
http://www.agndadaily.net/.

Andaian selamat yang dapat dibuat ialah Datuk Mukhriz Mahathir bukan tersilap cakap atau disalah petik ketika memperlekehkan ucapan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno Rabu.

Ini kerana Exco Pergerakan Pemuda Umno itu memberi komen yang senada kritikal kepada dua media berasingan - The Star dan Malaysiakini.com terhadap ucapan Presiden Umno itu.

Tindak tanduk Mukhriz mungkin dilihat cuba mengalas ‘urusan’ bapanya,Tun Dr Mahathir Mohamad yang kecundang dalam usaha untuk menjadi perwakilan Umno Bahagian Kubang pasu ke perhimpuan itu dan tidak dapat hadir ke majlis perasmiannya kerana sedang berehat akibat serangan jantung ringan baru-baru ini.

Apakah beliau cuba ‘memancing’ untuk menarik fokus kepada isu kritikan bekas Perdana Menteri terhadap Abdullah memandangkan ia tidak begitu meriuhkan sangat Dewan Merdeka,PWTC sepanjang perhimpunan yang berakhir petang Jumaat.

Krisis

Mukhriz juga senang-senang boleh didakwa cuba meluaskan gelanggang krisis itu ke dalam kacah Pergerakan Pemuda Umno pula.

Reaksinya marah dari kalangan pimpinan Umno khususnya Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein bukanlah satu hal yang mengejutkan mengambil kira dari kata-kata Mukhriz yang menyengat bahawa tiada apa yang baru dalam ucapan Abdullah.

Semua orang tertunggu untuk melihat tindakan yang bakal diambil ekoran amaran Hishamuddin hendak mengkaji semula kedudukan Mukhriz dalam pergerakan itu jika beliau meneruskan tindak tanduknya.

Yang pasti statusnya sebagai Exco tidak dapat diganggu gugat kerana Mukhriz menang menerusi pemilihan.Beliau mendapat undi terbanyak dalam barisan Exco semasa pemilihan November 2004 lalu.

Jika sesuatu berlaku ia tentunya akan melibatkan jawatan lantikan dalam pergerakan itu seperti Pengerusi Aman Malaysia dan sebagainya.

Kecewa

Setakat ini Mukhriz nyata keseorangan.Tindak tanduknya bukan sahaja tidak disenangi oleh Hishamuddin tetapi boleh kata seluruh pimpinan utama sayap Umno itu.

Hishamuddin yang ditanya oleh para wartawan tindakan yang perlu dilakukan Mukhriz jika ingin menjernihkan suasana semasa beliau melawat Pusat Media untuk Perhimpunan Agung Umno 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata:

"Beliau perlu menjelaskan dan memenangi hati, bukan sahaja saya, sebagai Ketua Pemuda, bukan sahaja Khairy (Jamaluddin) sebagai naib tapi seluruh saf kepimpinan kita dari exco kepada negeri."

Menteri Pelajaran itu berkata seluruh barisan exco dan pemimpin Pemuda Umno peringkat negeri, termasuk yang rapat dengan Mukhriz, berasa kecewa dan marah dengan kenyataan beliau itu.

"Dia dah memalukan pergerakan kita, menghina pendirian Pemuda. Apa yang beliau lakukan walaupun berkisar kepada salah pertimbangan peribadi, dalam perjuangan itu tidak boleh diambil kira bila kita membincangkan kedudukan parti Umno," katanya.

Ditanya sama ada seorang anggota Umno tidak boleh mengkritik kepimpinan, Hishammuddin berkata persoalan itu tidak timbul kerana ini menyentuh soal prinsip Pemuda.

Disiplin

"Dalam Pemuda kita menyokong usul ucapan dasar (Presiden). Sesiapa sahaja bercanggah tak mengikuti amalan kita menunjukkan bahawa tak ada disiplin dalam Pemuda," tegas beliau.

Beliau menambah Pemuda Umno sebelum ini telah memberikan banyak ruang kepada Mukhriz mengeluarkan kenyataan berhubung perselisihan pendapat ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Abdullah demi menjaga perpaduan pergerakan itu.

"Tetapi, apa yang dia katakan langsung tak ambil kira apa yang telah kita berikan kepada dia sebagai ruang sedikit, tidak langsung memikirkan apa yang kita nyatakan dalam perhimpunan kita memberi penghormatan kepada Tun (Dr Mahathir).

"Langsung tak mengambil kira bahawa pendirian yang dia cakap itu boleh diinterpretasi sebagai pendirian Pemuda yang sokong ucapan presiden dan bercanggah dengan apa yang saya tuntut dari setiap exco saya," katanya.

Sebelum itu sembilan orang ketua Pemuda Umno Negeri telah mengadakan sidang akhbar di PWTC untuk menyatakan mereka telah hilang perasaan hormat kepada Mukhriz berikutan kenyataannya itu dan mendesak beliau mengkaji semula kedudukannya dalam exco pergerakan itu.

Ketua Pemuda Umno negeri yang hadir ialah Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria,Ketua Pemuda Umno Johor, Razali Ibrahim, Ketua Pemuda Umno Perlis, Rozabil Abdul Rahman; Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dali Hussein, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Mohd. Salim Abdul Bari, Ketua Pemuda Negeri Sembilan, Ir. Jamlus Aziz dan Ketua Pemuda Umno Pahang, Khairuddin Yaakob.

Hero

Ketua Pemuda negeri yang tidak hadir ialah dari Perak, Sabah,Terengganu,Selangor dan Kedah. Bagaimanapun mereka telah dimaklumkan mengenainya dan bersetuju dengan pendirian yang dibuat itu.

Norza menyifatkan Mukhriz telah keluar barisan dan melampaui batasan. "Beliau telah menyatakan perkara ini sejak beberapa lama. Kita tak perlukan hero yang keluar dari barisan untuk menyatakan (ucapan) tak ada isi, banyak perkara tidak dijawab sedangkan kerajaan telah berkali-kali ambil peluang menjawab segala persoalan yang dikemukakan kepada kepimpinan parti," jelas beliau.

Norza berkata mereka mahu exco pergerakan itu mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu itu. Katanya Pemuda Umno bergerak sebagai satu barisan, justeru tidak ada sesiapapun yang boleh bertindak mengatasi kepentingan parti.

“Tindakan Mukhriz melampaui batas dan menyebabkan Pemuda hilang rasa hormat terhadapnya kerana tidak menghormati institusi parti”, ujar beliau.

Razali pula berkata: "Pada saya, kalau dia beranggapan kita akan memecat dia, seolah-olah mencabar kita, kita tidak akan terpengaruh dengan mainan politik sebegitu.

"Sebab itu kita minta dia fikir tanggungjawab dia sebagai exco dan apa yang boleh beliau sumbangkan selain daripada mencari perkara yang menjejaskan perpaduan."

Yesman

Mereka turut menolak andaian bahawa Pemuda Umno hanya menjadi tempat untuk " Yes man " dengan Razali menjelaskan: "I tak suka you kata kita yes man. Orang muda ada sikit idealisme yang tinggi.

"Dalam soal ini dia (Mukhriz) mempertikaikan ucapan dasar presiden dengan menyatakan tidak ada benda baru. Dia meremehkan perhimpunan sebab perhimpunan, perbahasan dan penggulungan adalah berdasarkan kepada ucapan dasar presiden.

"Kalau isinya tak ada, buat apa kita buang masa berbahas. Dia tak nampak ke orang bagi pandangan baru," kata beliau.

Menurut Razali tindakan itu bukan satu teguran tetapi satu penghinaan.

“Jika dia menyatakan ini tidak berapa tepat dan sepatutnya presiden kata begini, itu dianggap teguran.

“Apabila menyatakan tidak ada perkara baru, memandang rendah ucapan dasar, saya tidak dapat terima. Kita mengmalkan adat budaya.

“Pemuda sudah memberi ruang seluasnya mengiktiraf Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin terdahulu, kita mengharapkan perhimpunan kali ini menjadi titik pertemuan, tiba-tiba menyatakan kenyataan sebegitu,”katanya.

Ashakari berkata Mukhriz perlu berbuat demikian "jika dia nak bersifat pembangkang".

Jemaah

"Kita bersifat jemaah. Kita buat satu keputusan kolektif untuk berdiri teguh di belakang Datuk Hishammuddin dan presiden kita Datuk Seri Abdullah. Kalau ada individu yang cuba menidakkan keputusan ini, Mukhriz kena lihat kedudukan dia sendiri," katanya.

Menurutnya memanglah Abdullah bersifat terbuka untuk menerima teguran tetapi ia perlu dibuat secara kolektif (dalam konteks Pemuda) kerana "pandangan individu tidak boleh mempengaruhi pandangan keseluruhan".

Sementara itu Mukhriz yang 'diburu' para wartawan pagi Jumaat untuk mengulas kenyataan tegas pertama Hishamuddin Hussein membidasnya Khamis malam enggan mengulas apa-apa mengenainya.

Seorang pembantunya memberitahu beliau mungkin buat kenyataan selepas perhimpunan ini. Apapun ada pemerhati pollitik menilai perkembangan terbaru ini jelas memberi petanda krisis kritikan Dr Mahathir akan berlarutan dan menjadi bertambah panas.

Sebelum ini pun menang sudah tidak terdapat sebarang perunjuk ia akan kendur setelah pertemuan yang tidak membuahkan hasil antaranya dengan Abdullah di Seri Perdana menjelang Hari Raya baru-baru ini.

Kehangatan hari-hari mendatang bertumpu mengenai kedudukan Mukhriz dalam pergerakan Pemuda…namun begitu ada juga yang bertanya apakah Dr Mahathir yang dinasihatkan oleh doktor supaya berehat secukupnya selepas rawatan di Institut Jantung Negara akan terus berdiam diri.- 17/11/2006

Hishamuddin Marah Mukhriz
Perlekeh Ucapan Dasar Pak Lah

Sejak timbulnya isu kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini adalah kali pertama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas dengan keras Datuk Mukhriz Mahathir.

Tegasnya tindakan anak bekas Perdana Menteri itu sudah melampau dan bertentangan dengan cara Pemuda yang membuat keputusan secara kolektif.

Malah beliau memberi amaran akan mengkaji semula kedudukan Mukhriz dalam pergerakan itu jika beliau meneruskan tindak tanduknya.

Hishamuddin menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyataan exco pergerakannya itu yang dianggap memperlekehkan ucapan dasar Abdullah semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO pagi Rabu.

Mukhriz dipetik oleh akhbar The Star sebagai menyifatkan tiada perkara baru dalam ucapan Abdullah.

Beliau juga berkata Abdullah tidak memberi sebarang jawapan kepada isu-isu kritikan Dr Mahathir.

Penjelasan

“Kita terbuka untuk diyakinkan.Kita menunggu jawapan.Kita menunggu penjelasan kenapa ia begitu tetapi seingga sekarang sudah enam hingga lapan bulan kita masih mennunggu,”katanya.

Kata Mukhriz sebut saja nama ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang hadir pada majlis itu ia telah mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

“Bayangkan jika bapa saya menghadiri perhimpunan ini atau namanya disebut…kita tidak tahu bagaimana reaksi para perwakilan,”ujarnya.

Dalam komennya seperti yang dipetik oleh laman web Malaysiakini pula beliau berkata usaha untuk membenteras rasuah dalam ucapan Abdullah tidak lebih dari retorik saja kerana tiada tindakan konkrit diambil hingga sekarang.

“Isu rasuah bukan perkara baru.Ia sudah berlaku sejak bertahun-tahun.Kita harap tindakan diambil.

“Kita betul-betul berharap tindakan sewajarnya diambil dan menunjukkan kepada rakyat beliau betul-betul senrius dalam memerangi rasuah.
Memalukan

Hishammuddin yang ditemui wartawan selepas majlis makan malam Timbalan Perdana Menteri di Dewan Tun Razak,PWTC sebaliknya menggangap Mukhriz tidak faham dengan apa yang mahu disampaikan Presiden bila berkata demikian.

Katanya apa yang cuba disampaikan oleh Abdullah sebenarnya merujuk kepada janji yang dibuat beliau ketika menjadi Perdana Menteri dan sedang melaksanakan janji tersebut.

Menurutnya tindakan Mukhriz itu memalukan dan bercanggah dengan pendirian Pemuda yang menyokong penuh kepimpinan Abdullah.

‘‘Selama ini saya lihat dan teliti apa yang dibuat beliau tetapi sekarang ini sudah keterlaluan. Jika dia berterusan begini, saya kena memikirkan semula kedudukannya dalam barisan Exco saya,” tegasnya .- 16/11/2006

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e3546a97-3132372e-10a4a320-5b705885