Friday, May 30, 2008

Tan Sri Sanusi Junid Ditamatkan Perkhidmatannya?

Berita yang belum rasmi mengatakan, pihak berkuasa di Putrajaya dipercayai telah mengarahkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memendekkan khidmat Tan Sri Sanusi Junid - mantan Menteri Besar Kedah, mantan Menteri Pertanian dan mantan Setiausaha Agung UMNO – selaku presiden universiti tersebut sebelum tamat tempohnya sekitar dua tahun lagi.

Sebab-sebab utamanya belum diketahui. Bagaimanapun, masyarakat umum mempercayai ini adalah kerana Sanusi telah keluar daripada UMNO mengikuti jejak Tun Dr Mahathir Mohamad yang berbuat demikian kira-kira 10 hari lalu. Sanusi adalah bekas ahli UMNO dengan nombor keahlian 000000007. - Ruhanie Ahmad

30 comments:

CULA TUPAI said...

Yang Berbahagia Dato'
------------------------
Pemimpin UMNo amatlah hudoh dan buruk pekerti, macam mana mau menyelamatkan melayu sedangkan Sanusi junid tu melayu. insyaallah UMNo sedikit masa lagi akan lebur dari bumi malaysia ini. ini adalah perinayaan kepada bangsa sendiri.
"Ya Allah Kau Hancur Kan Lah UMNo dan Pemimpin Nya yang Zalim.......Amin..

kulatlapok said...

Salam kudakepang,

Saya pun sebagai rakyat Malaysia agar Tan Sri Sanusi Junid itu ditamatkan perkhidmatnya. Bukan dia seorang sahaja yang layak masih ramai lagi pemimpin-peminpin Melayu yang berwibawa dari beliau.

Buat apa kita simpan orang yang tidak sehaluan dengan kepimpinan. Biarkan sahaja mereka terjun dengan labu-labunya.

Saya percaya ramai lagi pemimpin2Melayu diluar sana yang berkebolehan meneraju UIA.

Mereka ini walau umumnya banyak pengalaman tetapi ibarat kulatlapok yang akan memamah dan mereputkan sedikti demi sedikti tapak tumpangannya.
http://www.kulatlapok.blogspot.com

mCrossings said...

Datuk,

Ini perang hebat.
Tangan2 halus mula menggosok.

Orang2 PKR pun dah mula masuk dalam UMNO

KJ is losing clout in Pemuda and this is the step prior to next UMNO election.

He's adding his proxy in UMNO.

There will be some real big money politics in the pipeline. filthy big i guess.

Mukhriz will have to start campaigning hard now.

The ex PKR need to be watched.

Perhaps DSAI beginning to see it will be much easier to become PM under UMNO.

He only has to buy his way into UMNO and in the mean time plant his people to make that in-roads.

TDM has no internal say in UMNO anymore, so that is possible now.

Pembesar2 UMNO pun dah semua jadi yes men.

UMNO members has the history of being bought.

It's time to draw a line between the hardcore and the spineless.

I'm not surprised if AAB suddenly accepts DSAI into UMNO, PKR dissolved, and a new election to be called.

AAB will use this excuse for the malays as uniting the malay, to strengthened his position and thus obtaining stronger mandate.

This is his political survival and to collaborate with DSAI seems more viable for him to stay in power for at least another term.

Then DSAI will step in as PM and later followed by KJ.

How's that?

The Eugenist said...

Salam Tok...

Proses "pembersihan" UMNO makin menjadi2..

Tertawa saya bila difikirkan, kita mencuci kekotoran untuk jadi bersih. Tapi ini, tidak.

Kita membuang kebersihan dan meninggalkan atau mungkin menambahkan kekotoran..

U - Untuk
M - Money
N - Not
O - Orang (Melayu)

- UMNO -

HESMEL FAZNEE FAISAL

Quantum Metal Consultant said...

Tindakan itu wajar dan betul kerana ia perlu diisi oleh tokoh yang senada dan sehaluan, dan yang pasti menarik Tan Sri Sanusi tentulah tidak kemaruk dengan jawatan tersebut.

Ketidakstabilan politik menyebabkan hak dan keistimewaan orang Melayu makin terhakis, terbaharu, biasiswa bukan Melayu di naikkan 45%..

Ketidakstabilan politik-ekonomi Melayu tehimpit

Progam Kebajikan Ummah Melayu Islam - Eksklusif

Dapatkan Bantuan Kewangan dan Insentif melalui Citiloan And Mortgage Sdn Bhd (344917X)–bukan sebagai pinjaman atau subsidi

Syarat Kelayakan:
v Melayu Islam / Lelaki atau Perempuan sahaja
v Berumur 13 tahun pada tarikh penyertaan
v Warganegara Malaysia dan Brunei sahaja
v Penduduk Bumi Sabah / Sarawak yang berugama Islam sahaja
Sila sms nama, nombor kad pengenalan dan alamat ke talian
016 880 2180 dengan segera untuk dijemput ke taklimat yang akan dibuat di daerah tuan/puan.
Sebarang pertanyaan melalui telefon tidak sesuai dan tidak dapat dilayan. Terima kasih

Radzi Sapiee said...

Salam... Rasa kelakar pula mendengar berita terbaru tentang Tan Sri Sanusi ini. Baru beberapa hari lalu saya diberitahu bahawa seorang setiausaha politik yang ada hubungan kuat dengan UIA, Pak Lah dan Khairy baru menghadap Sultan Pahang untuk mendapatkan sokongan mengeluarkan Sanusi Junid... Keluar dari apa? Takkan daripada UMNO pula sedangkan Sanusi dah memang pun keluar UMNO?Saya pun tak tahu sebab saya cuma diberitahu setakat itu. Rupa-rupanya keluar daripada UIA... Ait... Takkan le politik punya pasal sampai kena keluar daripada sana... Tak habis-habis lagi bebudak tingkat 4 ni dok main kuasa... Macam-macam... :]

wira said...

Yang Berbahagia Dato'

Begitulah jika kepemimpinan tidak tegas dan tidak berwibawa semua little Napolean ingin memperkuatkan kedudukan politiknya. Keadaan semasa menyedihkan kerana umur kepimpinan PRU12 belum lagi sampai 100 hari, suasana terus menjadi kalut tanpa penghujungnya.

Saya khuatir kita akan hilang sokongan apabila kita melepasi 100 bulan. Maka hilanglah kekuatan dan kewibawaan yang telah diwujudkan sejak dari zaman Malayan Union lagi.

Kalaulah Kemerdekaan Amerika boleh bertahan lebih dari 100 tahun saya khuatir kita tidak dapat bertahan walaupun 100 hari.

slyderrose said...

Ezam, mungkin ini peluang terbaik anda mengantikan Sanusi Junid. Anda pun product dari UIA jugak. Amacam bolih kot?.

Ini bukan yg pertama. Banuak kes seumpama ini berlaku. adil ke ini. So, Ezam..nak dengar komen anda pasal kes nie....nak reform kununnya.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Tambah seorang lagi Datuk?

2. Datuk Mokhzani juga diminta keluar dari jawatan 'SCI'. No more broom...broom..?

3. Puak 2 orang ini pelik. Keluar UMNO mereka bangga tapi jawatan UMNO punya mereka nak. Sebabnya duit mana boleh lepas??

http://sukj.blogspot.com

mat_terab said...

Sikap pemimpin umno yang suka menbuang peminpin yanga tidak sehaluan dengan mereka memang tidak sukar di baca memang ini lah tindakan yang akhirnya yang akan di ambil oleh Umno terhadap TS Sanusu Junid sudah di duga.....
Sikap Khianat ini lah yang akan menhancurkan Umno dan BN khasnya suatu hari nanti.....
tidak sedikit jasa TS Sanusi Junid ni kepada negara dan Umno akhirnya ini lah balasan nya.....
Tidak lama lagi mungkin Tun M akan dipecat menjadi Penasihat Petronas...sama-samalah kita tunggu.....

mat_terab said...

SUKJ....
mana hang sekolah hang kata jawatan tu umno yang punya....
orang umno pun rakyat yang lantik..hang tak pikiq ka....
atau salah satu syarat nak kerja dengan kerajaan mesti ahli umno ka....
kalau macam tu rosak la.....

Anonymous said...

Salam dato

Org Umno masih bercakaran,Kj terus berkuasa ,pak lah sedang menguatkan lagi pengaruhnya yg telah merosot.Org2 yg tidak sehaluan dgn Umno akan di singkirkan spt mukriz ,mikzani dan sanusi.sokongan kepada umno akan lebih berkurangan.

Yang paling saya pasti ahli2 MCA,MIC dan gerakan tidak akan menyokong BN selagi Pak lah menjadi PM.jadi bagaimana BN hendak bertahan dan terus memerintah sekiranya MCA,MIC dan Gerakan tidak mendapat sokongan kerana factor Pak Lah.

Berfikiralah wahai org2 Umno Yg masih lagi membodek Pak lah.buat lah sesuatu untuk menyelamatkan kedudukan sendiri.

tq.

pedangbiru said...

Salam,
Saya berpendapat bahawa politik Malaysia kian celaru...

Udah Kabor said...

Assalamualaikum Ya Sohibbun,

Udah Kabor(sudah diberitahu),semua ini adalah mengikut nafsu nafsi saja.Tak kiralah siapa menjadi pemerintah. Telitilah slogan/filem Allahyarham P.Ramlee,"SIAPA BESAR" maka dialah yang kuat.

Sama saja, siapa yang dipilih, itu lah orang AKU!!! Orang itu samada berwibawa ke atau tidak, tidak lagi menjadi perhitungan.

Jangan lah terlalu taksub dan kuat nya sikap a'ssabiyah, sehingga doakan kehancuran seseorang, dalam mengenengahkan idea dan luahan rasa hati yang terbuku.

Dan tidak juga mengikut telunjuk, jadi "yes man". Demi menjaga periok nasi atau tembolok yang serakah, maka kita masih nak juga 'SEHALUAN' dengan kapal yang di pimpin oleh nakhoda yang telah hanyut dan hampir tenggelam dipukul oleh tsunami perubahan/"REFORMASI"???

Kepada saudara se Islam, kembalilah kita ke pangkal jalan, ambil lah iktibar dari kemelut politik yang melanda ini. Allah menjadikan sesuatu, ada dan besar hikmah Nya.

Adakah kita mendengar,melihat dan membaca 'comments' dari mereka yang "maffi wa lamma kalimah syahadah, Asyahadu anlaailaha illallah, wa asyhadun anna Muhammadan Rasulullah". Tidak pula mencerca, mengutuk, menghina, mencantas dan menghukum sesama mereka. Malah diam sediamnya, mereka agaknya sedang tertawa melihat gelagat kita dan menanti dan menunggu saja peluang ke emasan???

Ingatlah dalam surah al Mu'minuun ayat 1 - 3. Di ayat 7, "Barang siapa mencari yang sebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas".

Dulu masa TDM, UMNO di labelkan; United Mamak and Nana Organisation.
Sekarang ni dilabelkan pulak; Untuk Money, Not Orang(melayu).
Bukan kah ini semua kulit sahaja, pengisian nya kosong, yang kaya bertambah kaya. Duit zakat dan baitulmal yang menggunung diseluruh Malaysia tidak di gerak dan di menafaatkan dengan sewajar nya. Masih terkial-kial dalam mencari kaedah nak bersatu dan nak membantu. Yang kita nampak masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Baik dalam BN/UMNO atau PAKATAN RAKYAT.
Sama sahaja! rasanya dan wadah nya? Wallahua'lam.

Wassalam.

Unknown said...

sebagai ex-student uia,
elok jugak sanusi junid ni dipendekkan khidmatnya,
bg saya, ramai lagi yg berkelayakan..

ashrafkhidzar.blogspot.com

Mat keluang said...

Dear Ron.

Memberhenti Tan Sri Sanusi dari Uni Islam merupakan satu tindakan yang baik.Sanusi lebeh mrupakan perosak dari pembina Ilmu.Sejak ia menerajui Uni. Islam banyak kerosakan kapada perkembangan Uni Islam dari pada kebaikan.

Lihat apa jadi kapada Syed Naqib dan ahli2 intelek Islam yang lain.

Saya berharap Kita tidak mempolitikkan University Islam lagi.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dato',

Saya pun sama dengan cula tupai . Insyaallah saya pun akan berdoa seperti tuan cula tupai.....amin.

hj sahri kg kedah said...

Hai Melayu mudah lupa! Sanusi tu pun jenis opportunis jugak. Dulu dia kata anwar opportunis. Dulu jawatan dia tu orang anwar pegang, bila anwar kena "tumbuk ", sanusi pun tak dak kerja dia minta kat geng dia iaitu che det, . Sanusi ni kata yahaya Ismail kira geng "kedah mafia!

Hangpa semua jangan terpedaya la, konon UMNO tu jaga ketuanan Melayu! Siapa tuan Melayu tu kalau tak lain tak bukan ialah "Mafia dalam UMNO"

Kat Kedah pun sanusi bukan laku, kat lanmgkawi lagi orang meluat! Harap dok bawah ketiak Che Det ja, perangai macam mat jenin!

Kalau di India Parti Kongress pun lingkup, kita tak payah doa agar UMNO lingkup, dia pasti akan kojol , dah nazak dah la ni. Awat kalau tak ada UMNo Melayu akan mati ka? Porah, kalau tak dak UMNO, yg mati kebulur ialah "pengendali pengendali" (tak layak disebut pemimpin )dan Mafia UMNO . Depa mati beragan, sebab harta karun banyak hilang dan tak dapat nak sapu bersih lagi.

Lihat ja, dah keluar UMNO pun masih muka tak malu, nak elaun itu dan ini dan masih nak pegang jawatan sebagai penasihat, pengerusi (he he ,alasan nak khidmat tapi nak cari karun)

Berita dari gunung said...

Ya, setuju dengan pandangan sesetengah pembaca bahawa bukan Tan Sri Sanusi saja yang layak.

Ada ramai lagi Sheikh yang layak. Di Malaysia juga ada pak sheikh. Dulu dia mendabik dada mengatakan bahawa dia yang memulakan Bank Islam dan UIA. Cuma beliau kini sedikit tercalar akibat tersembam sendiri,

Sekurang-kurangnya Sanusi tetap dikenali sebagai pejuang bangsa tulin dan orang yang banyak idea.

Pak Sheikh2 Malaysia pula sering merasakan perlu untuk menyebut "ini idea saya". Mengecewakan tetapi benar.

berasiam said...

Sekiranya benar, berita ini tidak mengejutkan sangat. Jangkaan sebegini telahpun disebut oleh TS Sanusi di Hotel De Palma, Ampang. Yang telah keluar Umno mahu ditinggalkan, yang masih di dalam Umno, mahu ditendang, yang baru masuk Umno, amat dialu-alukan, yang tiada mandat rakyat, bersuara sumbang.

Apabila YABhg. Tun Dr. Mahathir mengumumkan keluar Umno, hanya beberapa orang yang mengikutinya. Tidak kelihatan berbondong-bondong ahli Umno mengeluarkan diri sepertinya. Bagai ombak di laut, yang di atas, jelas kelihatan tetapi banyak kematian disebabkan oleh ombak di bawah yang tidak dapat dijangka kekuatannya.

2`OnE RfiQ said...

NANTI PASTI RAMAI YANG KENA PECAT DALAM KERAJAAN

maskadove said...

saya rasa pak lah patut letak Patrik Badawi jadi presiden dan Jean jadi naib prsiden UIA

azlishukri said...

Kerajaan tidak demokratik..orang yang jelas-jelas menyokong pembangkang dalam pilihan raya di Baling..tiba-tiba dilantik jadi timbalan menteri..tapi orang yang yang kritik UMNO sahaja terus dibuang kerja..susah la mcm ni..

Unknown said...

duri dalam daging dan gunting dalam lipatan memang patut disingkirkan. tu la masa berkuasa di uia singkirkan orang yang baik2 macam syed naquib al attas.

KEPALA duri dan gunting yang satu lagi bila nak disingkirkan dari petronas dan proton. alahai che det sudah-sudah la.. nasib baik la pak tak berperangai macam che det.. kalau tidak sudah tentu dah masuk isa.. terkenang cerita KEPALA TAIK Shanon Ahmad..

Unknown said...

Assalamualaikum Uncle Ron

Why don't you take hold of the bountiful opportunities afforded by the banning of Hadhari in the PR states and be in total C.O.N.T.R.O.L. ?

http://www.pmo.gov.my/website/webdbase.nsf/vIslamHadhari/7ADA18205EDC7C6C482570830032B65E

Principles of Islam Hadhari

Islam Hadhari aims to achieve ten main principles:

• Faith and piety in Allah
• A just and trustworthy government
• A free and independent People
• Mastery of knowledge
• Balanced and comprehensive economic development
• A good quality of life
• Protection of the rights of minority groups and women
• Cultural and moral integrity
• Safeguarding the environment
• Strong defenses

The actual principles of Islam:
http://www.al-sunnah.com/principles.htm

Lo! Religion with Allah is Islam (Al-Imran vr.19).

This day have I perfected your religion for you and completed my favour unto you and have chosen for you as religion Al- Islam (Al-Maida ver.3)

He hath ordained for you that religion which He commended unto Noah and that which we inspire in thee (Muhammad) and that which we commended unto Ibrahim and Moses and Jesus, saying establish the religion and be not divided therein.
(Al-Shura ver13)

'Abdullah' : the bringer of false beliefs and principles.
http://en.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Ibn_Saba

The Malaysian/Malay version?

Now is the perfect time!

Nunc aut Nunquam!

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dato',

To know umno just click ;

http://www.youtube.com/watch?v=cnnCoszOUwc

W M Zain Mahmud said...

Ass'kum Dato'
--------------
Tenaga Kuda Kipang bergantung atas tenaga manusia yang menunggangkannya.Langkah serta tarian Kuda Kipang mengikut rentak yang dipukul oleh pemain dalam kumpulan tersebut.

UMNO adalah Kuda Kipang. Kekuatan dan tenaga nya adalah Pak Lah serta anak menantunya Khairy Jamaluddin. Persembahan Kuda Kepang tidak membawa erti jika kuda kepang yang diperbuat dari bahan mati itu tidak dipandu mengikut rentak musik oleh ahlinya.

Soalnya , apakah UMNO (Kuda Kepang) kini menari mengikut rentak ? Atau UMNO menari dengan musik yang sumbang ? Atau UMNO menari tidak ikut rentak ?

1.UMNO menari mengikut rentak

UMNO sudah ditolak oleh Rakyat. Perjuangannya sudah terkandas dan keluar dari perjuanngan asal.Maka Kerajaan Barisan Nasional dimana UMNO sebagai pemain utama tidak lagi menari mengikut rentak.

Sambil menari mereka senyum sinis.Mereka masih angkuh dan sombong dengan kemenangan seperti "nyawa ikan". Dalam mereka sedar tetapi tidak sedar. Kononnya bijak tetapi bodoh.

2.UMNO menari dengan musik yang sumbang

Gelagat MP BN (UMNO) dalam persidangan Parlimen baru lalu amat memalukan orang melayu. Kalau kita baca hansard dan tayangan siaran langsung kita dapati bahawa yang menibul kecoh dalam Dewan kebanyakannya bermula dari MP BN (UMNO). Kadang kala mereka merapu. Ujah tidak mengandungi "substance".Pandai mengata dan apabila dikata naik angin dan marah.

Contoh: Khairy mengatakan PKR - Projek Khinzir Rakyat dengan sombong dan angkuh. Tetapi apakala dikatakan PBN - Projek Babi Negara Khairy naik angin dan marah.

Menguna Hukum Syariat tidak bertempat. Khairy menegur Lim Kit Siang mengatakan siapa yang boleh menghantar orang keneraka atau Syurga apabila Tajuk Akbar - Send Althantuya Murders to HELL dibaca semula dalam Dewan oleh LKS. Sebagai graduan Oxford sepatutnya faham dan mengerti pengunaan bahasa inggeris termasuk "verbetim" atau expression". Ini bodoh tapi banggan.

3.UMNO menari tidak mengikut rentak

Keadaan ini yang membuat penonton naik muak termasuk ahli rombongan Kuda Kepang. Maka mereka mula meletak dan menarek diri menyertai rombongan seterusnya seperti Tun Mahathir dan Sanusi Junid.

tetapi Pak Lah dan Khairy terus menari tanpa mengindahkan rentak. Bermula lah pertumbungan antara Zaid X Mukhriz X Tajuddin. Yang tidak faham tarian Kuda Kepang seperti Ezam dan rakan rakannya mula menyampok dengan harapan untuk menjadi pemain simpanan. Kelemahan ahli kooperat Amirshame sudah mula nampak dikaca mata penonton apakala Amirshame (Men.dlm JPM) mengikut langkah Khairy.

Pakatan menang dalam isu BMC. Sabah mendapat RM18.6 Billion dan berjaya dalam perjuangan mereka menuntut apa yang harus diberi sebagai ahli rombongan.Manakala Sarawak yang juga menghadapi isu yang sama sekarang "Hisab Jari". MP Sarawak yang dikuda oleh Taib Mahmud sunyi sepi dan tidak bermaya kerana nyawa mereka Taib yang pegang.

Sekarang Taib pun tak boleh minta apa apa sebab Pak Lah kata saya sudah tunai permintaan terima DS Sulaiman Taib jadi MP dan lantik jadi Tim.Menteri Pelancongan. Disamping itu Pak Lah juga terima anak Tun Rahman Nora jadi MP Tg Manis 206 dan setuju YB Tg Manis jaga SCORE Sarawak. Apa lagi, tanya Pak Lah ? Sekarang Taib mau cakap apa. MP Sarawak semua tutup mulut takut NYAWA kena cabut.

MP sabah dapat tambahan RM400,000.00 satu kawasan.MP lain dapat apa. Rakyat kata tidak adil.Tapi Pak Lah dan Khairy kata adil. Orang kata tarian salah tapi yang menari adalah Pak Lah dan Khairy.Yang takut mati terpaksa pukul gendang ikut tarian dan bukan tarian ikut gendang.

...end part one.

Gelombang Rakyat said...

Ruhanie, nampaknya ada usaha untuk menyekat, menghentikan atau merencatkan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad, terhadap Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sekarang. Selain kemungkinan pemegang nombor 007 UMNO, dikenakan tindakan seperti itu, semacam ada usaha terancang dan serentak, tekanan yang sama kepada Mukhriz Mahathir, Mokhzani Mahathir, dan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, supaya setiap seorang tinggal tiada berjawatan. Siapa punya kerja ini semua? Aku tunggu Abdullah Ahmad Badawi bersuara supaya semua ini dihentikan, jika dia diam dan pura-pura tidak tahu, maka sah dia merestukan kemusnahan ini.

Thomas said...

If any person that being pressured could not bear it anymore, and if they are responsible enough, they should resign and leave it the "able" for the future of Malaysia. If they really care about Malaysia

Anonymous said...

hi, new to the site, thanks.