Raja Petra didakwa terbit artikel menghasut
PETALING JAYA 6 Mei - Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerbitkan artikel berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Atantuya Shaariibuu di laman blognya, dua minggu lalu.
Raja Petra yang merupakan pengendali blog pertama didakwa atas kesalahan seumpama itu dilihat tenang sepanjang prosiding serta mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurmala Salim.
Mengikut pertuduhan, Raja Petra didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk ``Let’s Send The Altantuya Murderers to Hell’’ yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web Malaysia-Today yang mempunyai alamat web http://www.malaysia-today.net.
Raja Petra didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Nurmala membenarkan Raja Petra dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 6 Oktober depan. Bagaimanapun, Raja Petra memilih untuk tidak membayar wang ikat jamin dan dia telah dibawa ke Penjara Sungai Buloh pada kira-kira pukul 3.15 petang ini. - Utusan.

8 comments:
Raja Petra ada prinsip yang perlu kita belajar....beliau tidak takut akan segala ugutan daripada pihak kerajaan ..... dia sudah biasa dengan mahkamah .... dengan kes ngan mike tyson ... kes dengan UUM ..... beliau bijak dalam caturan permainan politik mainan kerajaan .... beliau tidak mahu bayar ikat jamin .... beliau sanggup dibicara .... ini pejuang yang perlu kita ikuti dan pelajari .... ingat rakan2 .... terbukti satu lagi kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat .... Raja Petra menggeluarkan pandangan untuk percepatan kes ini ... ini melibatkan pembunuhan kejam ..... yang melibatkan maruah negara ..... yang melibatkan mainan politik ..... jadi marilah rakan-rakan sekalian berdoa agar Raja Petra akan memenangi kes ini .....
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …
Kes Raja Petra kali ini adalah kes berat. Ramai yang berminat. Pemimpin parti pembangkang cepat-cepat tunjuk muka. Ada Izzah, ada Mahfuz dan ramai lagi. Jangan tanya kenapa mereka tunjuk muka.
Ini kes berat! Anwar sengsara dengan kes buku "dalil". Saya cenderung untuk meneka Najib juga akan sengsara. Berat atau ringan bergantung kepada proses yang dilalui.
RPK sedar wujudnya sokongan pihak pembangkang. Pembangkang tinggalkan "wisdom" masa berkejar kearah isu-isu sensasi.
"One-up" dengan Lingamgate, kita belum tau dengan RPKgate. Lingamgate baru nak reda, tapi pembangkang untung banyak. Hingga jurukamera pun terus layak jadi calon!
Bila orang berkejar kearah isu sensasi, ramai orang tinggalkan "kewarasan". Politik amat jahat dan kotor dari sudut ini. Tak payah kita tanya siapa pemain utama Lingamgate dan RPKgate.
Datuk, disamping kita menyokong freedom of press/expression, kita juga harus ingat hidup kita ini di belengu dengan undang2 yang dicipta olih rakyat sendiri. Kalau kita tidak mengambil kira implikasi undang terhadap sesuatu isu yang ingin kita utarakan kepada umum, ini padah nya.
Saya telah bebrapa kali menegur hal inibahawa luahan kita harus ada hadnya. Of late saya melihat postings olih RPK semakin keras dan dibuat tanpa bukti nyata. Beliau berani menulis isu2 yan masih belum diputuskan mahkamah, isu2 sensitif yang membelakangi Akta Hasutan dsbgnya. Blognya di penuhi dengan komentar yang berunsur racism berketerlaluan. Ini padahnya.
Saya amat tidak setuju nak libatkan rakyat untuk mengutip derma , kononnya to raise the bail sptmana yang keluar dalam youtube mediarakyat dalam blog malaysia-today. They are trying to politise the event. Tengok cra penggambaran dibuat. Lets fight the law gentlemanly. I understand tens of thousand RM being collected , kemana wang tersebut akan dihabiskan? Into the coffers of lawyers or himself. I look at it as if RPK wants himself to be in that position/situation.... to become a martyr?
askum dato,
mmg patut raja petra dibawa kemahkamah beliau telah membuat tulisan yang byk mengasut, spatutnya beliau ni ditahan di bawah ISA aje...
kebebasan ada haknya bukan semua kebebasan tak ada undang2, jadi apa gunanya undang2 kalau semua orang bebas membuat apa saja, pasti negara ni akan hancur, tgk apa dah jadi kerana pemimpin kita terlampau memberikan kebebasan bersuara sampai Kapla (DAP) mempertikaikan sultan....
askum dato,
saya amat bersetuju Raja Petra di ambil tindakan undang2, agar beliau tahu bahawa bukan semua kebebasan tak terikat dengan undang2, kebebasan ada hadnya, jadi ni sbagai contuh kepada semua blogger....agar berhati2 bila menulis sesuatu isu tu....
Datuk, saya memeng sudah sangkakan, satu hari nanti Raja Petra akan di ambil tindakan Mahkamah. Sepandai-pandai tupai melompat satu hari nanti akan jatuh ke tanah juga. Itulah yang telah terjadi kepada Raja Petra sekarang.
Pada hemat saya Raja Petra is a good example of a "bad and irresponsible blogger" yang tidak tahu batasan dan who wants to find fame thru all the bad postings in his blog.
Kebanyakan posting di dalam blog RPK berbau racism dan kebanyakannya anti Malay dan anti Kerajaan BN. Tetapi postings yang membaham blog dia di deletkan.
Memang betul RPK tidak takut. RPK berani menulis semua message anti kerajaan dan pembesar Barisan. Tapi ini bukan caranya untuk memperbaiki keadaan, untuk memperbaiki salah laku orang Barisan dan Kerajaan, sebab bangsa lain mengambil kesempatan untuk menghina orang Melayu. Itu saya tidak boleh terima sema sekali.
Sekiranya RPK di dapati oleh Mahkamah bersalah saya katakan "serve him right". Let it be alesson to all othe bad and irresponsible bloggers.
UMNO masih x berubah, kenapa perlu melayan karenah2 seperti RPK, nampaknya sokongan terhadap UMNO/BN akan semakin berkurang, semakin ramai pimpinan pembangkang di tangkap dan di layan semakin ramai sokongan akan berkurangan... perkukuhkan parti dan tugas2 kerajaan bukan layan perkara2 macam ni..
Kumislintang2..
Apa cerita di Trengganu yg menghina Sultan Yg Juga YDP Agong sekarang..apa maksud natang tu??
Post a Comment