Suara Muhyiddin (5)
BERKATA SOAL YANG HAK
ISU JAWATAN SOAL KEDUA
PADA saat dan ketika ini, fokus Muhyiddin hanyalah kepada perjuangan menyelamat, merekayasa dan memperkasakan semula UMNO dan BN. Beliau memilih corak perjuangan ini bukan kerana mahu meletakkan dirinya ke suatu situasi yang prominen atau lebih penting daripada Abdullah atau Najib. Muhyiddin juga bertindak sedemikian bukan kerana beliau mahukan limelights demi kepentingan peribadi. Muhyiddin bersikap sebegitu rupa kerana kepadanya, soal jawatan adalah soal kedua. Kepada Muhyiddin, soal pangkat dan jawatan adalah ditakdirkan oleh Allah SWT.
Demikianlah sikap dan pendirian Muhyiddin. Soal ini beliau suarakan secara hitam dan putih dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia pada 13 April 2008. Teks sepenuhnya kenyataan Muhyiddin mengenai isu ini adalah seperti berikut:
MINGGUAN: Tan Sri dilihat salah seorang yang layak untuk ditonjolkan di peringkat lebih tinggi.
MUHYIDDIN: Saya tidak fikir soal itu, itu terserah kepada ahli-ahli parti. Kalau mereka fikir saya boleh berperanan, saya akan jalankan tanggungjawab itu untuk menyumbang kepada parti di mana juga peringkat tetapi saya tidak minta. Sekarang ini kedudukan saya adalah Naib Presiden, saya bersuara lebih daripada pihak-pihak yang lain, saya tidak kisah. Kadang-kadang ada orang kata saya lebih banyak bersuara daripada Najib, bercakap lebih daripada Pak Lah, tetapi kalau mereka tidak bercakap saya bercakap.
Saya tidak boleh tutup mulut, justeru soal hendak pegang jawatan bukanlah terlalu penting. Namun kalau ditakdirkan oleh Allah saya diberi amanah untuk memegang jawatan lebih tinggi, saya sanggup apa sahaja. Ini bukanlah beban yang selesa. Dalam kedudukan saya, saya tahu apa yang boleh saya buat iaitu bersuara. Kalau dalam agama ini adalah iman yang paling lemah. Agama kata, bertindak itu dan ini tetapi kalau kamu tidak boleh berbuat apa-apa, kamu bersuaralah. Itu yang saya lakukan, terserahlah kepada ahli-ahli memikirkannya.
MINGGUAN: Ada atau tidak desakan di kalangan ahli UMNO yang mahu Tan Sri bukan sekadar bersuara tetapi lebih daripada itu - bertanding jawatan tinggi?
MUHYIDDIN: Tidak ada desakan tetapi pandangan ada. Kalau mereka melihat saya berani bersuara dan berkata sesuatu yang hak, boleh berperanan penting dan ada gaya kepimpinan itu terserah kepada mereka. Pada waktu ini saya tidak mahu menilai diri saya.
Saya tidak berfikir langsung inilah peluang terbaik untuk masuk bertanding di mana-mana peringkat bagi melawan sesiapa. Namun kalau ahli fikir, Muhyiddin boleh berperanan membantu parti dalam kedudukan mana sekali pun, saya terima. Tetapi penentuan ini bukan saya tetapi mereka dan Allah menentukan, saya hanya bersedia untuk berkorban demi parti. Bagaimanapun apabila tiba masanya, saya hendak membuat keputusan sama ada untuk pertahankan jawatan atau bertanding peringkat lebih tinggi, saya akan umumkan.
MINGGUAN: Apa nasihat Tan Sri kepada ahli-ahli menjelang pemilihan parti bagi memastikan mereka memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa?
MUHYIDDIN: Ini satu proses demokrasi yang harus digunakan sebaik-baiknya untuk meremajakan UMNO, menyuntik semangat baru, membariskan kepimpinan bertenaga dan berwibawa yang boleh memberi kekuatan baru kepada parti agar UMNO terus relevan.
Demikianlah akhirnya siri suara Muhyiddin yang saya petik daripada Mingguan Malaysia 13 April 2008, dan saya siarkan dalam blog kuda-kepang. Moga-moga posting akhir ini akan membantu anda sekalian mengketengahkan pandangan bagaimanakah UMNO, BN dan Malaysia boleh diselamatkan daripada “musibah” yang muncul menerusi PRU 12. – Ruhanie Ahmad

11 comments:
Datuk,
Saya lihat Muhyiddin ada potensi lebih besar. Saya harap jika akar umbi memutuskan Muhyiddin perlu bertanding jawatan lebih tinggi dari hari ini, beliau tidak menolak. Saya katakan begini kerana saya kenal Muhyiddin ni orang yang jenis susah nak tonjolkan dirinya. Suruh kerja, nombor satu. Rekod beliau menyokong kata-kata ini. Tapi, kalau suruh tonjolkan diri lawan jawatan lebih tinggi, beliau tentu akan kaji dan kaji dan kaji. Beliau akan minta nasihat keluarga dan sahabat handai. Beliau memang begitu..
Apa pun, tahniah kepada Muhyiddin. Mudah-mudahan Allah memberkati perjuangannya.
Banyak pihak mula cakap yang manis-manis pasal Muhyiddin. Tapi, ada juga pihak yang dah mula pandang serong terhadapnya. Sampai hati betul. Muka Muhyiddin pun dah mula kena gam oleh sesetengah stesen TV. Inilah politik UMNO. Nak bersuara terus-terang, kecut perut. Bila ada orang macam Muhyiddin berani cakap terus-terang demi kebaikan UMNO, BN dan negara, ada pihak yang mula dengki tak tentu pasal. Saya pohonkan doa kepada Allah, mudah-mudahan orang macam Muhyiddin diberikan tempat untuk memimpin kita di zaman kemelut macam hari ini.
Saudara Kuda Kepang.
Maaf, menyimpang sikit.
Awang dimaklumkan dan difahamkan bahawa proses pengeluaran SIJIL HALAL yang dulu dipertanggungjawabkan kepada JAKIM kini telah diserahkan autoriti pengeluaran kepada Halal Development Corporation Sdn Bhd (HDC). Sebuah syarikat swasta.
Apa ke hae nya yeaoppp? Tindakan tersebut akan mengakibatkan proses penilaian halal haram sesuatu makanan itu akan diorientasikan kepada keuntungan. Mungkin kebarangkalian barang-barang makanan yang diragui kehalalannya disahihkan HALAL kerana mendapat bayaran yang lumayan. Apa sudah jadi dengan prinsip dan pegangan Syariah. Mengapa Perdana Menteri (AAB) boleh meluluskan perkara ini?
Mohon pihak terbabit tolong jawab. Antara input-input kedai kopi yang Awang dengar ialah Khairy Jamaluddin adalah orang yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan HDC. Jika ini benar, KJ ni memang tak habis-habis nak rosakan kepentingan Ummah demi memenuhi temolok sendiri. Jika tidak, sila jelaskan kedudukan sebenar.
sila lawati http://www.awangmaya.blogspot.com
Awang Maya
Saya geli-geleman bila perkataan perjuangan UMNO dikaitkan dgn muhyiddin. Perjuangan apa? Perjuangan yang berdasarkan `timing' atau mengambil kesempatan. Kenapa selama ni tak menonjol? Tak dengar pun idea-idea bernas sebelum ini....wallahualam.
LDP pernah tumbang di Jepun. Kongres juga pernah kalah di India...writing is on the wall. Maybe its for the better..an opportunity for UMNO to purge all the ills.
Biarlah merana dahulu, dan bangun balik dengan lebih kuat...dari terhegeh-hegeh, penuh kurap, tempang dan penuh kecacatan.
Yang tokoh-tokoh hebat macam Musa Hitam buat diam aje kenapa...maybe I am too young to understand!
Datuk,
Kesian Muhyiddin. Niat dia ikhlas dan jujur. Tapi ada juga orang yang geli-geleman kononnya dengan apa yang Muhyiddin suarakan dan cadangkan.
Tapi, Datuk ni betul-betul gentleman. Orang sindir Muhyiddin pun Datuk publish. Ini sikap baik sebab kita kena tau persepsi umum yang baik atau sebaliknya mengenai seseorang.
Hari ni Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh memang ada bersuara pasal UMNO dan BN. Tapi kedua-duanya disifatkan sebagai terkeluar daripada Majlis Teertinggi UMNO. Yang betul-betul dalam MT cuma Muhyiddin saja yang berani bersuara dan buat cadangan untuk kebaikan parti. Sebab tu Muhyiddin dipandang serong dan macamkena boikot.
Saya harap Muhyiddin akan diberi peluang lebih tinggi dalam UMNO di masa akan datang.
Muhyiddin memang tak suka tonjolkan diri. Dia kuat kerja. Dia sentiasa berfikir untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Tapi, bila keadaan mendesak, anak ulamak ini pasti akan bangkit dan bersuara ikut cara yang tersendiri. Pemimpin berani ambil risiko macam ini tak ramai. Kita perlukan pemimpin kategori ini dalam keadaan penuh cabaran dan masa depan yang belum lagi sejahtera.
Sdr Kudakepang dan sdr awangmaya
Izinkan saya berkongsi pandangan berhubung makanan 'halal'
JIKA TIADA SIJIL 'HALAL'
JIKA TIADA SIJIL 'HALAL'
SIAPA YANG MENENTUKAN HALAL? JAKIM ATAU UMMAH?
MIHAS atau nama penuhnya Malaysian International Halal Showcase akan di adakan 7 hingga 9 Mei 2008.
Setiapkali terpandang iklan MIHAS ini teringat saya kepada rancangan "My First Million Dollars" di TV 7 pada jam 6 ptg Sabtu 19 April 2008.
Ia menceritakan kejayaan seorang pengusaha makanan keturunan Cina bernama Mr Ding meningkatkan pengeluaran dan jualan kueh pau yang diusahakan bermula awal 80an. Pada hari ini jumlah pengeluaran pau yang diusahakannya di sebuah kilang di Hulu Langat mencecah 50,000 biji kueh pau sehari.
Sejak awal perusahaannya lagi Mr Ding telah cuba menggalakkan orang Melayu menggemari makanan tradisi Cina ini. Setelah berfikir berbagai cara akhirnya Me Ding membuat keputusan MENGGUNAKAN NAMA ISLAM untuk menarik minat orang Melayu Islam membeli dan makan kueh pau keluaran syarikatnya.
Itu pada tahun 1985 pada ketika pengesahan sijil halal JAKIM belum dikomersialkan. Ertinya dengan hanya menggunakan nama Islam sahaja, pengeluar makanan bukan Islam seperti Mr Ding berjaya membuka selera orang Melayu Islam memakan produk keluarannya. Produk keluarannya hingga kini masih mengekalkan jenama PAU AHMAD. Mr Ding bertambah selesa apabila ujud keadaan pengesahan halal untuk produknya boleh didapati dengan mendapatkan sijil daripada JAKIM.
Mr Ding pernah menghadapi tuduhan dimana kueh pau keluarannya dianggap mengandungi bahan-bahan pelemak babi tetapi ini tidak dapat dibuktikan apabila pihak JAKIM datang membuat pemeriksaan dikilangnya.
Seterusnya Mr Ding menceritakan bagaimana rancangan memperluaskan perusahaanya ke dunia Islam dengan menggunakan kaedah yang sama dalam melabel produk halal keluaran syarikatnya. Peluang juga terbuka luas dengan adanya usaha gigih kerajaan Malaysia hari ini untuk menjadikan negara sebagai hab produk halal dunia Islam dan membantu pengusaha produk halal mengembangkan perniagaan.
Diakhir rancangan tersebut Mr Ding menegaskan bahawa 90% daripada pengilang dan pengeluar produk halal di Malaysia dimonopoli oleh pengusaha Cina.
Apa yang menarik?
1. Mudahnya masyarakat Melayu Islam menerima produk yang hanya MENGGUNAKAN nama Islam.
2. Sejak dulu lagi pengedar PAU AHMAD tidak menghebahkan siapa pembuat pau tersebut. Juga tidak dihebohkan bahawa di kedai-kedai makan Cina pau tersebut juga dijual tetapi tidak dipasang jenama PAU AHMAD. Tidak juga diketahui sekiranya pau berinti babi dibuat ditempat yang sama atau inti ayam dan daging dihasilkan daripada sembelihan cara Islam.
3. Pengesahan halal oleh JAKIM membolehkan orang bukan Islam menguasai industri makanan halal dengan sokongan kewangan dan jaringan pasaran. Pengusaha Melayu Islam tidak berupaya menandingi mereka dan produk mereka mudah diketepikan kerana pegawai pembeli di pasaranya juga dikuasai oleh bukan Melayu.
Pada pertengahan tahun 80an ada usaha peniaga-peniaga Melayu Islam untuk membuat dan memasarkan produk makanan dan untuk seketika majoriti orang Melayu Islam dapat pilihan membeli bahan makanan keluaran orang Islam dan tidak membeli makanan buatana orang bukan Islam kerana perasaan was-was.
Sebaliknya setelah ujud skim sijil HALAL oleh Jakim pengusaha-pengusaha bukan Islam mudah kembali menguasai pasaran dan pengusaha Melayu Islam kembali terhipit oleh masalah persaingan yang tak seimbang.
4. Oleh kerana pegeluaran sijil HALAL dikomersialkan, senario ini terdedah kepada gejala penipuan sijil, birokrasi dan rasuah. Kesahihan juga diragui untuk produk HALAL yang dibuat di negara Cina dan dibawa masuk ke negara ini, seperti ubat gigi jenama terkenal.
5. Kempen hab halal Malaysia memberi peluang dan keuntungan besar kepada pengusaha bukan Melayu yang menguasai 90% pasaran. Khususnya tindakan mengeluarkan sijil halal ini sebenarnya meyokong memperkayakan golongan mewah dan kuat.
Pensijilan produk halal ini sepatutnya bukan sahaja untuk kepastian HALAL tetapi juga mesti tidak megecilkan peluang peniaga dan pengilang Melayu Islam, bukan sebaliknya. Cadangan dan pemikiran YBhg Mufti Perlis, Tuan Hj Mohd Asri dalam hal ini sepatutnya diberi keutamaan.
Bila TS Muhyiddin jadi Presiden UMNO, betulkan hal demi umat Islam.
Posted by Bung Karno at 9:49 PM 1 comments
Labels: Produk halal
Saya fikir masa sudah tiba untuk Muhyiddin untuk bertindak.Cadangan saya,adalah lebih baik kalau Datuk jadi pengiring kepada Muhyiddin. Yang amat terseksa ialah semua pihak tahu apa yang berlalu dan cakap mengenainya tapi tiada tindakan sewajarnya. Kenapa?
Kenapa terlalu lambat bertindak?
saya ragu2 dgn kebolehan muhyiddin pimpin negara sbb perjanjian air etc yg spore dulu dibuat masa muhyiddin jd mb johor. ghani nampak lebih tegas
sejujurnya saya lebih suka rafidah jadi pm sbb kak pidah telah terlepas pandang oleh tdm dulu
Saudara Ruhanie,
Hamba ingin bertanya kepada Tuan Hamba, bila agaknya RTM akan menjemput Tuan Hamba dalam program Blog. Sekarang, Saudara Chamil yang menjadi 'hos'. Hamba ingin mencadangkan Tuan Hamba mohon jasa baik RTM untuk melanjutkan masa siaran kepada 1 jam berbanding 15-20 minit sekarang ini. Banyak isu perlu dibincangkan secara langsung.
Post a Comment