Monday, May 19, 2008

Abdullah Yakin Majoriti Anggota Umno Terus Setia Kepada Kepimpinannya


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan tunduk kepada desakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno serta yakin majoriti anggota Umno akan terus setia kepada kepimpinan parti sekarang.

Perdana Menteri, dalam reaksinya terhadap tindakan Dr Mahathir keluar daripada Umno hari ini, bagaimanapun mengakui tindakan bekas perdana menteri itu mampu meninggalkan sedikit kesan kepada Umno apabila ada segelintir anggota mengikut jejak Dr Mahathir.

"Saya harap ahli akan terus setia kepada parti Umno kerana parti banyak berjasa kepada bangsa, negara dan semua kaum," katanya pada sidang akhbar di sini hari Isnin.

Abdullah juga mengakui terkejut dengan pengumuman Dr Mahathir keluar daripada Umno, parti yang dianggotainya sejak 1946, serta berharap anggota Umno lain bertenang dengan perkembangan itu.

Dr Mahathir pada satu majlis politik di Alor Star hari ini, mengumumkan keluar daripada Umno berkuatkuasa serta merta.

Dr Mahathir, yang juga anggota Umno seumur hidup, berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Abdullah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=333993

4 comments:

Berita dari gunung said...

Abdullah selepas ini berdepan dengan Mahathir sebagai bekas ahli UMNO. Belum tentu selesa.

Bukan Mahathir isunya, keyakinan rakyat kepada kepimpinan Abdullah yang lemah adalah pokoknya.

Selepas ini bukan bermaksud Abdullah boleh bangun cergas, cerdas, pintar dan kuat untuk memimpin UMNO, BN dan Malaysia.

Rekod yang ada adalah kabur dan boleh padam sendiri.

Fikir Tajam said...

Saya Fikir Tajam mengumumkan keluar daripada UMNO Melaka berkuatkuasa sekarang juga sehinggalah Abdullah yg tak tahu malu itu meletakkan jawatan serta merta.

Saya menyokong penuh keputusan Tun dr Mahathir yg bijaklaksana. Lihatlah Datuk Ron kelam kabut seluruh negara. Saya dah katakan sebelum ini bahawa Abdullah tersangatlah remeh. TONG KOSONG. Bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan gaya pemikiran dan ketajaman minda YB Tun.

Unknown said...

Abdullah ni betul-betul tak tau bahasa. Orang suruh undur, undurlah segera. Ini tak. Asyik-asyik kata orang UMNO sokong dia. Inilah orang yang kena sindrom penafian. Nafi, nafi, nafi. Buat keputusan atas apa yang dia percaya je. Orang lain, semua bodoh dan tolol. Kalau macam ni, lebur UMNO dibuatnya....

tombiruo said...

Dah la tau malu, bodoh dan sombong. Nampaknya paklah buta oleh MSMnya sendiri... God Bless Malaysia