Friday, May 09, 2008

SELAMATKAN NEGARA-BANGSA
SEMPENA HARIJADI UMNO KE-62

Putera Bentan

Ikut senario politik hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin tergolong sebagai salah seorang pemimpin UMNO yang serius untuk selesaikan nasib malang yang menimpa partinya, BN, kerajaan dan masa depan rakyat jelata. Beliau berani ambil risiko menyatakan kebenaran. Beliau mengenepikan soal kedudukan demi kepentingan negara-bangsa.

Tapi agak aneh bila suara dan tindakan Muhyiddin, sama seperti suara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, nampaknya macam tidak diterima baik oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO, BN dan kerajaan. Lain-lain personaliti di peringkat pusat, negeri dan bahagian juga seolah-olah dirasuk sindrom pak turut belaka.

Jika inilah corak dan rentaknya wadah perjuangan utama negara-bangsa Malaysia, alamat haru-birulah destini kita bersama. Ini mesti dielakkan dari berlaku. Keputusan segelintir minoriti yang berkuasa tidak seharusnya dipaksakan ke atas rakyat jelata yang jadi sumber kekuasaan dan mempunyai aspirasi yang berbeza.

Saya cadangkan Mahathir, Razaleigh dan Muhyiddin gemblengkan minda dan tenaga dengan segera demi agama, bangsa, negara. Pemimpin peringkat negeri, bahagian dan akar umbi wajar berikan sokongan penuh kepada gabungan ini untuk menyelamatkan negara-bangsa.

Ketepikanlah polemik siapa akan jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas Abdullah. Semua ini hanya diversion untuk alihkan fokus kita kepada masalah yang sebenar, mendesak, strategik dan utama.

Apa kata kalau kita mulakan misi menyelamatkan negara-bangsa ini secara serius, terancang, menyeluruh dan berkesan mulai 11 Mei 2008 – harijadi UMNO 62 tahun? Mulai tarikh ini, seluruh cawangan, bahagian dan badan perhubungan UMNO di seluruh negara perlu adakan sesi muhasabah diri. Sesudah itu, kita salurkan hasilnya kepada Mahathir, Razaleigh dan Muhyiddin. Moga-moga gerakan penuh sopan dan santun ini menghasilkan manfaat yang kita mahukan. Mudah-mudahan kita diberkati Allah dalam usaha ini. Mudah-mudahan kita berjaya.

Nota: Pandangan di atas adalah reaksi kepada posting Suara Muhyiddin (4). Cadangan ini amat menarik kerana UMNO berusia 62 tahun pada Ahad, 11 Mei 2008. Soalnya, berapa ramai warga UMNO sanggup dan sedia bertindak seperti yang disarankan oleh Putera Bentan? – Ruhanie Ahmad

6 comments:

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Saya berada diluar UMNO.

2. Tetapi sekali sekala saya juga akan tolong UMNO sesuai dengan peranan saya.

3. Selamat hari ulang tahun UMNO ke-62. Semoga anda berjaya di Dunia
dan Akhirat dalam ertikata yang sebenarnya.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

pibg skkp said...

Betul ke umno dah sampai ke 62 tahun? bukan yang lama dah mati ke? kan dah ganti umno baru?? Pandai kira ke tidak orang2 umno ni? cuba tengok balik perlembagaan umno baru, bila mula ditubuhkan? yang dah mati dulu toksah kiralah.. buat malu je..

Juraimi Zainal said...

Dato'

Macam mana UMNO nak dpt sokongan, lihatlah contoh yg nyata... tak sedar2 lagi ker...

##########################

Satu Pembaziran yg nyata Pak Lah:
Rakyat melihat & menilai .....

******************************

Jawapan bertulis daripada YAB Perdana Menteri dalam soalan lisan yang saya kemukakan membabitkan gaji, emolumen, elaun dan kos berkaitan 3 orang Penasihat YAB PM iaitu:

Penasihat Petronas YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad;

Penasihat Agama Islam YBhg Tan Sri Abdul Hamid Othman;

Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial YBhg Dato’ Shahrizat Abdul Jalil.

YAB Perdana Menteri memberi Jawapan berikut:

Penasihat Petronas: RM15,000-00 sebulan (tak termasuk kemudahan yang disediakan saperti kos kakitangan, pejabat, logistic dan lain-lain yang tidak diberikan jumlahnya);

Penasihat Agama Islam: RM27,163 sebulan (dan RM18,643-25 untuk gaji/ elaun kakitangan);

Penasihat Wanita: RM33,727-20 sebulan (tak termasuk gaji/elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA).

Ini bermakna kos untuk menanggung ketiga-tiga Penasihat ini untuk setahun berjumlah RM1,134,401-40. Ini adalah satu jumlah yang besar untuk menanggung 3 orang Penasihat yang tiada sebarang fungsi ataupun fungsi yang bertindih (duplicate). Sedangkan YAB PM sudah punya Lembaga Pengarah Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bhg. Agama (YB Datuk Dr. Zahid Hamidi) dan Menteri Pembangunan Wanita & Sosial YB Datuk Ng Yen Yen untuk menasihati beliau dalam hal-hal berkaitan. Persoalan pokoknya ialah untuk apa ketiga-tiga Penasihat Lapuk ini dilantik. Apa fungsi dan tugas mereka?!

MP PR menegaskan bahawa ini merupakan satu penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat sedangkan kita mendengar rintihan rakyat miskin samada yang disuarakan dalam Parlimen atau diluar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dan jawapan yang diberi biasanya adalah kerana kerajaan tiada peruntukkan.

Sedangkan wang rakyat berjumlah RM1.34j ini boleh menanggung seorang anggota polis selama 12,371 bulan/ atau 1,030 tahun (pada gaji RM900-00 sebulan). Wang RM1.34j ini boleh membina 36 biji rumah untuk rakyat miskin pada kadar RM25,000-00 sebuah rumah.

Mengapakah perlu wang rakyat sebanyak RM1.34j ini dibazirkan kepada dinasour UMNO, pupusan Wanita UMNO dan golongan pencen UMNO. Tidakkah rakan-rakan komponen UMNO didalam BN terutama dari Sabah & Sarawak berasa amanah rakyat dikhianati dengan pembaziran seumpama ini. Tidakkah kakitangan kerajaan, polis tentera yang menggadai nyawa, guru-guru, pak tani nelayan penoreh getah, orang-orang kampong berasa terhina dengan pembaziran wang sebegini banyak hanya untuk memenuhi nafsu serakah politik UMNO yang menggunakan wang rakyat seolah-olah wang makbapak mereka!

Kita berdoa semoga rakyat tidak kira apa bangsa dan agama akan celik mata melihat sandiwara keangkuhan dan kesombongan rejim UMNO/BN ini. Semoga suara rakyat akan bangkit untuk mendapatkan kebenaran & keadilan dan menghapuskan rejim UMNO/ BN ini.

Wasalam

Kerajaan Rakyat said...

Kepada,
YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia.


Y.A.B. Datuk Seri,

Saya, Mohd Sofi Yassin, rakyat Malaysia bermastautin di negeri Selangor dengan ini merakamkan rasa kecewa dan hampa yang teramat terhadap kecelaruan dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia yang diterajui oleh YAB Datuk Seri.

Sebagai rakyat Malaysia, Melayu dan beragama Islam, saya dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab mengatakan di sini bahawa terdapat banyak perkara yang amat bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan kedaulatan Negara yang telah YAB dan parti pemerintah di bawah pimpinan YAB telah lakukan.

Di antara kekecewaan saya ialah:

Dengan izin Dato' minta diberi laluan ke:

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Orang biasa said...

Salam..Datuk.,

Umno yg asal memang dah mati..yg ada hanya Umno (Baru)..apakah hanya Umno yg boleh memartabatkan Melayu.? Atau kerana nama parti guna perkataan 'Melayu'? Tapi tetap singkatan 'UMNO' tu ikut bahasa org putih..Bangsa yg pernah menjajah kita dulu...umno tak tinggal bahasa penjajah...

Rasa saya Melayu dulu bersatu kerana agamanya..Islam. Tuk Janggut, Abd. Rahman Limbong, Mat Kilau dan lain2 menentang Inggeris kerana agama..cuma buku sejarah yg ditulis oleh org bukan Islam tak tulis mcm tu..dulu pemimpin PAS boleh bersama2 umno menuntut kemerdekaan demi membebaskan agama, negara dan bangsa..mereka berpecah dari umno kerana perlembagaan tidak menjamin Islam yg hak dan tidak membenarkan undang2 Islam diamalkan..sudah ada bukti sekarang kan? Sudah ada pihak yg mempersoalkan bukan saja hak Melayu tp juga agama Islam kerana perlembagaan tak letakkan Islam sbg yg hak...

Dah ada berapa perhimpunan lepas pilihanraya oleh pihak umno yg kecewa...tapi tak dapat sambutan melayu..segelintir tinggalan penyokong umno saja yg hadir..

PAS bukan perti melayu kerana tak ada perkataan melayu., tapi rata2 ahli PAS org melayu yg beragama Islam..org Umno juga Islam kerana mereka org melayu...bila umno ditolak..tak bolehkah org Melayu bersatu didalam parti PAS?

Soalnya sekarang., adakah penyatuan Melayu atau atau penyatuan semula ahli Umno.?? Tujuannya adakah mengembalikan kuasa kpd melayu atau kepada pemimpin umno.?? Kalau kuasa org melayu rasanya kalau dicampur kerusi umno, PAS, PKR masih lagi org melayu berkuasa..PM masih lagi org Melayu...kalau Anwar jadi PM pun masih org Melayu..ye tak??

PAS dan PKR bersekongkol dgn DAP?
UMNO tak bersekongkol dgn MCA ke??
Panglima Umno sanggup minta maaf dgn org cina pasal keris Melayu.,
Karpal tak akan minta maaf pasal Raja Melayu..?? Dah 62 tahun UMNO ikut kiraan Datuk., apa UMNO dah buat selama ini?? memartabatkan Melayu? ekonomi Melayu?

Kalau UMNO dah buat segalanya., kenapa masih takut org cina akan kuasai negara.?? selama ni kuasa ditangan kenapa org Cina yg lebih maju.??

SUDAH2LAH DATUK...elok kita fikir menyatukan orng Islam pulak...org Melayu yg dianggap Islam pun makin ramai yg tinggalkan agama atau setidaknya ajaran Islam..kembali kepada Islam sebenar., tolak Islam baru oleh pemimpin umno... insyaAllah melayu bersatu kukuh sekali... Kalau Nik Aziz sanggup masuk UMNO kalau umno Ikut Islam sepenuhnya...apa tidak boleh Ku Li masuk PAS jika PAS janji jaga org Melayu?? yg Pasti jika PAS jaga Islam, otomatik PAS jaga org Melayu kerana diMlaysia, MELAYU = ISLAM..

Wak Boh said...

akum.......saya ingin memberi pandangan saya berkenaan dengan artikel ini, walaupun umno sudah berusia 62 tahun pada perkiraan datuk, tapi bagi saya ianya adalah satu pembohongan dari umno kepada masyarakat melayu, kerana kalau datuk ingat lagi apa yang telah terjadi pada tahun 1988 kalau tak silap saya, dimana waktu itu umno telah diharamkan penubuhannya dan didaftar pula dengan UMNO BARU, jadi dimana relevannya kalau kita nak mengatakan bahawa umno hari ini berusia 62 tahun. Bagi saya, kalau umno yang ditubuhkan oleh onn jaafar waktu dahulu, saya yakin ianya akan terus kukuh berbending UMNO yang ada hari ini.Kerana UMNO BARU yang ada pada hari ini adalah golongan UMNO ynag perjuang untuk kepentingan peribadi. Saya berani katakan brgitu kerana Datuk boleh lihat dimana dalam jawatankuasa bahagian boleh dikatakan terdiri dari golongan usahawan dimana mereka ini ada matlamat peribadi. Kalau UMNO dulu ahlijawatankuasanya terdiri dari orang kampung yang dihormati masyarakat dan segelintirnya dari kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah.....Cubalah datuk renung2kan apakah benar dengan apa yang saya katakan ini....Mengapa umno tidak menggunakan perkatan UMNO BARU...Apakah umno hari ini hendak merperbodohkan rakyat tentang sejarah? Sekiranya pemimpin umno ikhlas berjuang untuk masyarakat, saya rasa tak salah digunakan UMNO BARU.Saya lebih menyanjung dan hormat kepada 3 pemimpin kita yang terdahulu dlm UMNO dari pemimpin sekarang (UMNO BARU)