Cetusan Hati Akar Umbi
Menjelang 11 Mei 2008
Nakhoda
Saya ni dari keluarga UMNO yang paling totok. Maksudnya, yang paling setia dan paling tidak pernah mahu mengenal parti siasah lain. Saya juga pernah jadi Ketua Pemuda UMNO cawangan.
Masa ni saya sangat-sangat sedih. UMNO macam tak ada keutamaan dalam perjuangannya. Patutnya UMNO parti pro-aktif. Hari ini UMNO asyik re-aktif. Hanya buat kenyataan atas isu dibangkitkan pembangkang. Adakah UMNO parti yang hidup atas isu?
Tengok hari ini. Rakyat minta Abdullah berhenti. Tapi, orang UMNO bangga dengan sana sini sibuk pasal Karpal Singh. Orang DAP tak berani bersuara kalau UMNO kuat. Sekarang ini, pasal UMNO lembik dan kuat tidur, Karpal Singh melalaklah.
Dalam keadaan macam ni, mana satu yang mesti UMNO betulkan dulu? Betulkan UMNO atau buat laporan polis pasal Karpal Singh dan cari publisiti murahan, lepas tu masuk angin keluar asap?
Sebagai anak UMNO yang amat totok, saya tak kira UMNO sekarang ni UMNO baru atau UMNO lama, usia UMNO 62 tahun atau 20 tahun (UMNO yang ada sekarang didaftarkan semula pada 1988). Yang saya titikberat dan persoalkan adalah arah perjuangan UMNO ke mana dan keutamaan UMNO ke mana?
Macam Datuk cakap dalam tulisan Datuk, abad ini abad Asia dan abad Asia Tenggara dalam geopolitik dunia dan serantau. Tapi pemimpin UMNO terus leka dengan bodek dan ampu dari proksi-proksi neoimperialis. Kita bukan tak boleh berkawan. Tapi berpada-padalah bila berkawan dengan sekutu zionis. Ini sampai buka kawasan, atas nama apa pun, untuk proksi neoimperialis. Apakah pemimpin besar UMNO tak boleh fikir tentang tipu muslihat neoimperialis?
Saya harap Datuk teruskan usaha Datuk. Loyalis UMNO yang lain pun gitu juga. UMNO untuk Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Memang UMNO berkongsi kuasa dengan orang lain. Itu boleh dihalusi menerusi BN. Dalam UMNO, kita kena jaga kemuliaan Islam, kepentingan Melayu,dan kedaulatan Tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak. Atas pletfom BN baru kita cakap pasal bangsa Malaysia dan kepentingan Malaysia yang dipersetujui oleh semua menerusi perlembagaan negara.
Saya harap UMNO balik ke pangkal jalan. Kalau tidak, ramai warga UMNO tersesat jalan atau tersadai di pinggir jalan kerana mereka kecewa dengan pemimpin besar mereka yang sepatutnya memandu mereka ke jalan lurus dan jalan yang benar!

9 comments:
Pandangan saya, kita tak perlu kalot dengan usaha membetulkan UMNO. Sememangnya UMNO masih relevan untuk hari ini. Yang kurang sedikit atau perlu diperbetulkan ialah pemimpin UMNO ni. Saya pun keliru juga nak panggil mereka ni'pemimpin'. Kalau pemimpin mereka sepatutnya bertanggungjawab berusaha memperbetulkan kesilapan atau kelemahan. Bukannya membiarkan keadaan menentukan segalanya...
Siapakah agaknya yang mempunyai alasan paling kukuh untuk membincangkan arahtuju UMNO setelah ia mencapai usia 62 tahun.
Adakah Presiden UMNO yang telah bertanggungjawab menjadikan UMNO lemah dan lesu. UMNO yang tidak lagi mempunyai keyakinan diri. Adakah wakil-wakil rakyat UMNO yang lebih mementingkan kocek mereka daripada matlamat perjuangan. Adakah ahli-ahli UMNO yang tidak lansung berdaftar sebagai pengundi? Adakah ahli-ahli veteran UMNO? Adakah pemimpin-pemimpin Pemuda yang baru menjadi ahli UMNO kurang dari 10 tahun? Adakah ahli-ahli UMNO yang mengundi parti lawan? Adakah yang bukan ahli tetapi sentiasa mengundi UMNO dalam pilihanraya.
Sekarang ini, ahli-ahli UMNO yang telah menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha politik, Menteri Besar atau Ketua Menteri terlalu sibuk dengan tugas rasmi masing-masing. Seperti yang dinyatakan oleh Pak Lah, beliau dan ahli-ahli Kabinetnya tidak cukup masa kerana perlu memastikan Manifesto Pilihanraya dilaksanakan. Begitu juga dengan Rancangan M'sia Ke9, mengawal inflasi, membangunkan sektor pertanian dan memastikan bekalan beras mencukupi, projek koridor dan banyak lagi projek dan polisi.
Kalau orang-orang penting diatas ini terlalu sibuk dengan tugas-tugas Kerajaan, saya tak nampak bagaimana Presiden dan orang-orang kanannya mempunyai masa dan tenaga untuk memulih/merawat UMNO yang kini berada dalam keadaan tidak bermaya dan terumbang ambing.
Apabila Ku Li ingin menolong usahanya dicemuh. Di cop sebagai pengacau. Apabila Bahagian-Bahagian berhasrat mengadakan EGM diarah supaya berhenti. Apabila terdapat suara-suara yang lantang disuruh diam. Apabila Tun Mahathir mengeluarkan pandangan ditegur supaya jangan campur tangan.
UMNO pada usia 62 tahun sepatutnya kelihatan relevan, bertenaga, ceria, bersemangat, ikhlas, beretika dan tidak mementingkan diri. Nampaknya pada usia ini UMNO telah lupa untuk belajar semula.
Agak menarik bila kita perhatikan bahawa Ketua-ketua parti utama dalam BN (MCA,Gerakan, MIC dan PPP) semuanya tidak memegang apa-apa jawatan dalam Kabinet. Ini membolehkan mereka untuk bekerja sepenuh masa bagi memulih dan menyegarkan parti masing-masing.
Elok juga jika Pak Lah mengikut jejak mereka dan bertugas penuh masa untuk memperkasa serta memulihkan UMNO. Beliau akan dihormati kerana lebih menyayangi UMNO dari dirinya.
Buat pertama kali, Husin menyokong tindakan Pak Lah.
Tetapi jangan salah faham, Husin belum cium tangan lagi.
Betul tu .....sebab pemimpin atasan lemah la sedap pembangkang main tarik tali tentang isu kenegaraan.Kita pula tenggelam punca apa yg sepatutnya tindakan yg patut diambil.Suara kita seakan mati wlp sebenarnya ketuanan negara ini milik Melayu nampaknya lepas ini apalagi isu yg pembagkg akan mainkan untuk lekakan pemimpin atasan yg seolah-olah mengikut rentak mereka yg seakan tiada kesudahannya manakala suara-suara garg dan tegas pemimpin kerajaan Umno dah lesap dan hilang. Kewibawaan sebagai pemimpin pun nampak nya bakal lenyap ditelan arus zaman ....mungkinkah senario lagu WARISAN KITA YANG SELALU KITA NYANYIKAN bakal menjadi kenyataan akibat nasihat yg diberikan tidak mahu diikuti oleh mereka yg lebih mementingkan kedudukan individu drp urusan bangsa ,agama dan negara .
Banyak masa kita abiskan kerana emotional.Lantak lah ngan Ibrahim Ali, Bung Mokhtar dan Karpal Singh sebb semua tu politial. Perut rakyat lapar. Harga barang naik. segala perbelanjaan naik. kenapa nak abis kan semua tenaga semata mata nak layan kisah 'Karpal & kedaulatan'. Isu nya PERUT AKU LAPAR.........TOLONG PIKIRKAN UTK RAKYAT YG SEMAKIN TERTINDAS NIE...
Matlamat asal telah dialih perhatian. kita nie mcm bollywood la.
Selepas PRU UMNO/BN patutnya cuba memenangi kembali hati rakyat tetapi tindakan seperti menyeret RPK dan beberapa wartawan, tindakan pihak berkuasa keatas kes Taman Mahkota Cheras serta kes Karpal Singh (macamana kes lantikan MB Perlis dan Terengganu?) membuat saya/rakyat makin meluat dengan hipokrit UMNO/BN.
ZAHARI kl
hai...
62 tahun...kalau orang dah kira tua dah.. makin tua biasanya makin susah nak belajar, selalu lupa, selalu nak tido je., tapi lebih teruk bila makin tua makin menjadi..ingat nak bergaya je..kuasa, harta dan nama jadi tarikan..
nak melentur buluh biarlah dari rebungnya..cantik dan tepat peribahasa melayu..tapi, kalau yg muda diajar pasal kuasa, kedudukan dan projek je...WPI lah jawapannya.. tergadai negara ni bukan sebab DAP atau PAS, orang umno sendiri yg jual...tengoklah orang muda umno sekarang... salah yg tua juga dok ajar macam tu..
percayalah..kalau hancur ketuanan melayu., bukan sebab PAS baik dgn DAP.. tapi sebab umno... PAS baik dgn DAP sebab umno memusuhi org melayu PAS lebih dari org MCA.. orang melayu PAS kadang baja padi pun tak dapat tapi cina MCA boleh kaya berbillion ringgit.. port klang tu...
Dgn cina minta maaf pasal hunus keris..dgn orang melayu sendiri ditikamnya tak lain tak bukan kerana kuasa..kuasa yg menjamin kekayaan...lebih kaya bila sebahagian Johor dijual kpd org asing...
orang melayu boleh bersatu bila semua ini diperbetulkan bukannya bila pemimpin pakatan dijatuhkan..
jika pakatan dijatuhkan sekali pun, adakah ada jaminan orang melayu semuanya akan menyokong umno..???
selagi wujud pemimpin2 yd menghunus keris menikam bangsa sendiri...
selamat ulang tahun kepada UMNO walaupun saya bukannya melayu dan ahli UMNO.walaupun pelbagai krisis berlaku dalam parti ini sekarang tetapi kita tidak boleh melupakan bakti yang telah dicurahkan oleh parti ini dalam membangunkan negara.parti UMNO adalah parti tertua didunia.tetapi adakah UMNO yang ada sekarang ini adalah UMNO yang sebenarnya?jika UMNO 'dilahirkan semula' oleh Mahatihr pada tahun 1987,adakah UMNO layak dikatakan sebagai parti tertua?
selepas UMNO diharamkan kemudian Mahathir 'melahirkannya semula' dan dinamakan sebagai UMNO Baru.ini bermakna UMNO lama dah mati.buktinya?selain daripada peristiwa pengharaman tersebut UMNO yang ada sekarang kehilangan roh perjuangan yang asli sehingga ditolak oleh majoriti melayu.ini diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
Apa pun persoalan yang timbul,jika UMNO masih mahu meneruskan perjuangan maka UMNO haruslah menilai kembali roh perjuangan yang mereka ada sekarang.jangan sampai kehilangan identiti.salam perjuangan.
http://egimbb.blogspot.com
Post a Comment