Thursday, May 15, 2008

DATUK CHAMIL WARIYA
RTM , FORUM DAN BUKU

Ramai sahabat-sahabat mengirimkan inputs kepada saya untuk sessi secara langsung dengan RTM 1 mengenai bloggers pada 8.40 malam, Ahad, 18 Mei 2008. Saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya akan berusaha sedaya upaya menyampaikan seluruh harapan berkenaan, jika terluang masa.

Saya akan ingat, ayat magic dalam sesi itu adalah C.O.N.T.R.O.L! Dan, saya yakin moderator malam itu, Datuk Chamil Wariya – rakan seperjuangan sewaktu di dunia kewartawanan – pasti tidak akan cuba mengendalikan program berkenaan menerusi psikologi melabrak atau berkonfrontasi.

Mengenai forum di JB, ramai juga sahabat mengirimkan luahan hati dan pandangan masing-masing. Insya Allah segala-galanya akan saya gemblengkan ke dalam analisa saya yang relevan dengan tajuk forum - UMNO Pasca PRU 12 : Suara Hati Rakyat.

Dan, ada pula sahabat-sahabat di luar JB yang bercadang turun ke JB semata-mata untuk membeli buku-buku The Toyol Code, Gelombang Kuning Gelombang Rakyat dan Hindraf: Satu Konspirasi? tulisan saya.

Kepada mereka, saya nasihatkan kunjungilah kedai buku maya saya di alamat http://warung-buku.blogspot.com. Kini hanya tinggal 500 buah setiap jodol ada dalam stok saya. Buatlah pesanan segera. Kalau tidak, anda kena tunggu cetakan kedua siap.

Kepada para pembeli yang sudah membuat tempahan dan bayaran, buku-buku akan dihantar mulai minggu depan. Saya pohon jutaan maaf kerana tergendala disebabkan soal teknikal. Salam takzim. – Ruhanie Ahmad.

17 comments:

hamdan said...

Salam. Tuk..

Saya minta sampaikan niat saya...blog hanya satu kaedah sahaja. Apa yg dikatakan di blog itulah yg orang nak tahu. Orang percaya soal fact and figure. Minta datuk cerita kan contoh mcm kes ECM Libra..ular lidi telan naga. Jangan cakap betul ke tidak kes tu tapi dari segi etika kita tahu berdasarkan bukti urusan tersebut tidak beretika...minta datuk cakap benda nie..

Bung Karno said...

Thursday, May 15, 2008

Walaupun banyak penafian, berita Ahli Parlimen berpaling tadah menyertai PR yang diketuai
'PM-in-waiting' DS Anwar Ibrahim tidak akan reda sehingga benar-benar berlaku.

Jika 'PM in-dreaming' masih lalok lagi anggaplah lompat melompat ini akan berlaku dan kita kena bersedia dengan senario yang amat menarik.

1. DSAI tak dapat jadi PM sebelum September sebab tempoh pantang larang diadakan pilihan raya kecil tak habis sehingga 8 September 2008. Takcaya tanya Rashid kat SPR tu.

2. Oleh sebab bulan puasa dan raya dimana kempen yang ada kutuk megutuk ditegah, (kecuali jika Nik Aziz dan Haji Hadi memfatwakan o.k) DSAI hanya ada harapan selepas Oktober.

3. Jika tak ada AP dpd PKR yang memberi laluan untuk by-election pada DSAI, beliau kena tunggu AP UMNO beri laluan, samada dengan sogokan wang atau tunggu siapa yang mati.
Kalau yang mati dpd MCA atau MIC, DSAI juga melepas sebab calon DAP akan bertanding.
Biasalah sebab politik kita masih lagi berasas kaum.

4. Kalau bertanding dekat kawasan ramai Melayu, Jawa dan Bugis peluang DSAI adalah tipis.
Kalau di kawasan ramai India ada harapan. Permatang Pauh atau Klana Jaya paling selamat.

5. Sementara menunggu DSAI, isteri dia jadi PM sekejap, kalau yang melompat tadi dah jadi 40 + 82 AP PR sedia ada. Itu pun kalau Nik Aziz dan Hj Hadi boleh terima amik arahan dpd wanita sebagai khalifah.

6. Yang melompat tadi pun tak senang jugak sebab, manalah tau, disebabkan terlalu takbur, DSAI kalah by-election. Itu pasal dia kena cari tempat selamat.

7. Bila dah jadi PM, DSAI kena lantik 5 jawatan Timbalan PM : Hj Hadi untuk jaga umat Islam, Lim Kit Siang untuk jaga kaum Cina, Gobalakrishnan untuk jaga kaumIndia, (seperti cara pembahagian harta di Pulau Pinaang) DatukAnifah untuk Sabah, dan seorang wakil dpd Sarawak (sebagai upah melompat parti).

8. Karpal Singh dilantik speaker Dewan Rakyat.

9. Sebagai PM, DSAI kena turut arahan DAP dan parti-parti bukan Islam sebab bilangan
mereka 67 (DAP 28 + PKR 11 + Parti-parti Sabah 12 + parti-parti Sarawak 16) berbanding
bilangan AP Islam hanya 48 (PAS 23 + PKR 19 + Datuk Anipah + kawan UMNO 12 - )

10. Sebab bukan Islam lebih ramai Karpal akan paksa Nik Aziz umum Malaysia bukan negara Islam

11. Semua jawatan penting di khas untuk DAP dan bukan Islam, macam di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Menteri Kewangan dan segala jawatan berkait ekonomi pergi pada DAP.
(Macam sebelum tahun 1970an dimana Bendahari persatuan dan hal-hal beniaga diberi pada Cina sebab Melayu tak pandaikira-kira dan beniaga. Lagipun Melayu tak boleh tengok duit, nanti rasuah dan songlap. Cina takpe sebab dia orang bukan hantu duit)

12. PAS diberi jawatan Menteri Agama Islam dan Menteri Sumber Asli (hasil balak je).

13. PKR dapat jawatan P, cukuplah. Itu yang diidamkan. Hanya Azmin Ali saja dapat jawatan, sebagai Menteri Perhubungan Awam.

14. Sabah dan Sarawak ? Dah lupa semula.

15. Setiap hari akan diadakan demonstrasi jalanan sebab ini perjuangan PR yang dipelopori oleh DSAI sejak zaman penuntut lagi. Bagaimanapun yang ada dijalanan ini hanya pengikut-pengikut Melayu dan India sahaja. Pengikut Cina seperti TianChua tak main dah sebab dah jadi Menteri
Dalam Negeri. Selama ni memang kaum Cina kurang demo di jalanan tetapi lebih di coffee house.

Banyak lagi senario yang menarik yang akan meyusul kemudian.
Posted by Bung Karno at 12:05 AM

Berita dari gunung said...

"RTM 1 mengenai bloggers pada 8.40 malam, Ahad, 18 Mei 2008"

Apapun pendekatan sesi malam itu nanti, Dato berada dalam keadaan yang sangat selesa. Apatah lagi Moderator adalah rakan seperjuangan Dato sendiri. Sesi itu pula pasti berkisar tentang perkara yang Dato sendiri sangat mahir.

Moga selesa, berjaya dan menyengat, cuma Dato jangan cepat melompat. Era melompat adalah era Nazri.

LazerJuan said...

Setelah buat Dan Brown kaya...now lets support local writers, especially mereka yang nak menyelamatkan negara!

Kawan2..tolong baca cerita ada betina marah Sultan at MalaysiaToday.

The most powerful `nasi kankang'...satu pinggan boleh satu hari buat 25 juta rakyat tunduk...fikirkan.

Rafidi said...

Asmk,

Pendapat saya, apa yang kalot sangat dengan blog ni, sampai ada rancangan khas kat RTM dan nak diperkenalkan satu kertas pengajian kat UiTM? Blog ni sebenarnya tak ada apa-apa, cuma satu tulisan dan boleh dibaca oleh semua (dengan kebenaran moderator). Apa yang penting dan menariknya ialah MAKLUMAT yang ditulis itu. Kalau satu pihak tak berani nak tulis dan khabarkan kebenaran, bloglah yang melaporkannya. Kalau laporannya salah atau berunsur fitnah, bukankah tindakan boleh diambil?
Berkaitan dengan UMNO, parti ni dah berusia 62 tahun, dah lebih dari matang berbanding dengan parti-parti lain. Kalau ada kelemahan dan kesilapan dalam UMNO ni pun tak akan ada sebanyak parti-parti lain dan mudah diperbaiki. Ini sama juga dengan dasar-dasar seperti DEB. Mana boleh parti lain nak menyaingi penggubalan dasar ini. SEBAB utama kegagalan UMNO dan ketidaksampaian matlamat DEB sebenarnya berpunca dari orang yang menjalankannya. Bukan salah kereta jika tersesat jalan, tetapi pemandu yang bodoh sombong memandu ke jalan yang salah. Kalau dah terasa pemandu itu membawa ke jalan yang tidak betul, cepat-cepatlah orang yang pandai memandu tu ambil alih stereng. Takut nanti kehabisan minyak, tak sempat nak balik dan terpaksa menumpang kenderaan orang lain.
Satu lagi, berkaitan dengan bangsa. Saya nak tanya sikit, kalau ditakdirkan saya dilahirkan oleh ibu bapa yang berbangsa yang tidak diingini oleh saya, bolehkah saya menukar bangsa saya? tentu sampai bila-bila pun tak boleh kan? Kalau macam tu, siapa yang silap. Bukankah ini tak adil untuk diterima oleh saya. Dan kesalahan ini adalah kesalahan saya sendirikah? Ini berlainan dengan agama. Setelah membesar dan menerima maklumat yang betul dan diyakini, saya boleh menukar agama. Jika ditakdirkan saya dilahirkan di planet lain misalnya, setelah saya mendapati Islam merupakan agama yang betul, saya boleh menukar dan memeluk agama Islam. Tidakkah ini menampakkan keadilan. Dan itulah ajaran Islam, iaitu menampakkan keadilan dalam setiap ajaran dan amalannya.
Dah 50 tahun kita merdeka dan memegang kuasa, tak kan sampai bila-bila pun tak ada keyakinan dan perlu bertongkat. Saya nampak, doktor yang mengubat tu sebenarnya sengaja tak bagi kita sembuh, supaya kita sentiasa terpaksa bertongkat dan senang pada bila-bila masa mereka boleh sorokkan tongkat kita untuk dibuat ugutan bila katanya sedikit diingkari. Baik kita sama-sama siasat, Doktor mana yang merawat kita selama ini. Kita pukul kakinya supaya sama-sama bertongkat. Lepas tu bolehlah kita berlumba dalam acara yang sama-sama bertongkat.
KALAU SALAH, HARAP MAAF. Ini pendapat sahaja, tak perlu ikut pun kalau salah.

sayangmalaysia said...

Salam Dato'

Semuga majlis di JB 17hb berjalan lancar. Harapan saya peserta Majlis terutama ahli-ahli UMNO ingatlah beberapa perkara berikut:

1 Pemimpin UMNO itu boleh dengan rendah diri mengaku kesalahan dan kepincangan yang lepas, membuka ruang dialog untuk mendengar semua masaalah yang di bawa kedepan.

2 Mengkaji dengan terbuka satu persatu isu-isu besar yang telah membawa kepada ketidakpercayaan ahli dan penyokong kerajaan. Antaranya tuduhan penglibatan orang berpengaruh dalam kes-kes pembunuhan, tuduhan penglibatan ahli keluarga orang berpengaruh dalam pembelian Negara, dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Jabatan tertinggi Kerajaan.

3. UMNO dan Kerajaan perlu rela korbankan beberapa 'kambing hitam' kerana hakikatnya ramai rakyat yang yakin dengan cerita-cerita yang mereka dengar dari berita tidak rasmi. Kerajaan dan ramai pemimpin UMNO begitu tidak dipercayai dan ramai rakyat 'want to see heads roll'. Musim gerhana UMNO ini perlu di tamatkan dengan titik nokhtah penyudah.

Samada semua pemimpin UMNO sekarang meletak jawatan ramai-ramai ATAU beberapa ahli peringkat tinggi UMNO perlu dikorbankan demi memulihkan maruah UMNO.

4. UMNO dengan semangat baru perlu membuka pintu seluas-luasnya kepada semua yang masih belum memilih PKR atau PAS supaya tampil membina Melayu baru. Dengan acuan yang dibentuk bersama tanpa memberi apa-apa kelebihan kepada pemimpin atau bekas pemimpin sedia ada. UMNO (semangat baru) perlu memastikan kemasukan orang-orang terpelajar yang di hurmati kelompok masing-masing tidak di bendung/halang oleh generasi kedua pemimpin lepas. Saya yakin masih ramai yang membenci keadaan UMNO lama, tetapi tidak mencintai PKR atau PAS.

5. Terpulanglah kepada para hadirin di JB memastikannya...

Terima kasih

Unknown said...

Mengenai rancangan Blog itu, saya rasa keputusan yang bagus kerana kerajaan dah mula nampak macam melonggarkan kuku besi. Ni kan pula dengan mengajak para bloggers yang sememangnya lebih cenderung kepada anti-kerajaan/pro-PR utk hadir ke dalam program itu.

Tapi berharap pengacaranya juga tidak lah pula bias dalam isu yang dibangkitkan dan dengan cara penyampaian.

Awang Maya said...

Awang Maya 's school of thot

The following are the example of the most charismatic leader that Malaysia ever had

1. Tun Dr Mahathir Mohamad – Outstanding / until now, beyond comparison
2. Datuk Sri Anwar Ibrahim – In negative side
3. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – In spiritual capacity
4. Lim Kheng Yaik – In small capacity
5. Dr Koh Su Khoon – In his style / professionalism

And the following is the worst ever Leader that Malaysia had

1. Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi – In all aspect / shameful
2. Datuk Sri Nazri Aziz – The most disrespectful man
3. Datuk Shabery Cheek – Nothing but “Pembodek”
4. Datuk Zahid Hamidi – Nothing but “Pembodek”.
5. Muhammad Taib - Nothing but “Pembodek”.

And the most ever dangerous/betrayer man that currently Malaysians to worry about is none other than…………………..

KHAIRY JAMALUDDIN – Rakyat should get rid of him from Malaysia political/business scenario.

-Awang Maya-
(Pembela Marhain/Orang Kampung Dlm Bentuk Penulisan)
No Way For Wrongdoer / Jangan Bagi Muka Pada Penyeleweng

Anonymous said...

Saya mohon diusulkan:
1) Perjuangan mestilah jujur berpaksikan kepada Islam dan bangsa melayu, bukan mengecohkan suasana kerana kehilangan ruang untuk harta negara. Esok lusa entah kita akan diusungkan ke kubur, anak bangsa kita dicicirkan dan ramai yang runtuh akhlaknya kerana jauh dari pegangan islam. Tindakan drastik perlu dilakukan bukan hanya memekik-melolong di merata-rata tempat semata-mata meraih sokongan.
2) Perkasakan R&D berdasarkan kepentingan bangsa melayu, GLC seharusnya memperkasakan perkara ini dengan memberi peruntukan kepada division R&D masing-masing. Sudah berapa lama DEB tidak diguna-pakai. Pemberian kontrak harus merujuk kepada DEB, bukan kontrak kepada kroni-kroni yang dikuasai oleh bangsa lain.
3) Aneh tentang faktor kejujuran ini. Menidakkan hak rakyat pembayar cukai yang memilih untuk menukar kerajaan kerana kami tidak percaya dengan kejujuran ahli politik UMNO yang hanya mementingkan kekayaan masing-masing sedangkan kami pembayar cukai tertekan dengan desakan hidup yang tak menentu. Apakah bila mati boleh membina bunglow macam kat Klang ke dalam kubur?
4) Memimpin untuk menipu rakyat bagi mengaut kekayaan mesti dihentikan semerta. Berapa banyak projek di alibaba kan? Berapa banya melayu mendapat manafaat, berapa banyak pula makanan halal yang diberi santapan kepada masyarakat islam benar-benar halal? Jujurlah dalam bertindak. Jujurlah dalam membentuk ekonomi umat melayu-islam, jangan semata-mata habuan didunia fana ini, kita membelakangkan kejujuran dan menipu kaum sendiri dan menghidupkan barua bukan islam.

AIDC said...

salam dato,

Harap dato meluangkan masa menonton video2 ni..

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Awang Maya said...

CABARAN AWANG MAYA UNTUK DSAI

Jika Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) benar-benar ikhlas dan jujur untuk memperjuangkan KEHENDAK RAKYAT, maka Awang ingin MENCABAR DSAI sebagai pemimpin de facto PKR menggesa ketua pembankang di Parlimen (Secara kebetulan merupakan isteri beliau) agar mengemukakan USUL agar Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi (AAB) meletak jawatan.

Kenapa Awang mencabar DSAI berbuat demikian? Kerana itulah KEHENDAK RAKYAT yang sebenar. Rakyat tidak peduli lagi tentang politiking…apa yang Rakyat rasakan sekarang ialah berada di bawah kepimpinan AAB amat meresahkan dan mengecewakan. Rakyat tidak mahu ditipu lagi. Rakyat tahu bagi mengaburi akan kesilapan (the worst damage) yang telah AAB buat sepanjang 4 tahun yang lalu, sekarang AAB dilihat seolah-olah amat ‘baik’ kepada Rakyat dengan memberi semua apa yang dituntut oleh Rakyat. Antaranya CEUPACS, bekas-bekas hakim dan yang terbaru golongan guru. Ya, Awang bersyukur kerana segelintir golongan ini mendapat sedikit faedah ekoran sikap panik AAB yang ketika ini cuba menjadi pemimpin paling pemurah (cuba meraih kembali popularitinya). Namun Awang percaya sikap pemurah yang tidak bijak ini akan menjadi AAB menjadi lebih panik lagi di kemudian hari kerana kebih banyak lagi tuntutan-tuntutan yang akan dibuat oleh Rakyat. Rakyat tidak nampak satu pendekatan secara holostik terhadap langkah mengembalikan semula keadaan kehidupan sebelum tahun 2004 yang lalu. Kerana yang pasti sejak AAB memerintah negara, kehidupan Rakyat semakin terhimpit ekoran keputusan-keputusan yang dibuat oleh AAB.

Kepada DSAI, pergilah ke ceruk-ceruk kampung, bersembanglah dengan orang-orang kampung di kedai kopi, bebualah dengan pak cik dan mak cik petani di bangsal-bangsal, apek-apek tua di kedai runcit usang di pekan-pekan kecil, ane menjual surat khabar di stesen-stesen bas, Awang percaya DSAI akan mendapati kebanyakan daripada mereka memang sudah tidak mahu AAB sebagai PM. Mereka berkomentar dengan kapasiti sebagai seorang rakyat biasa. Rakyat yang tidak mengetahui blogging, tidak pernah berbicara di lounge, di hotel 5 bintang, di Coffee Bean mahupun Star Buck. Tetapi suara mereka adalah tetap suara Rakyat Malaysia.

Untuk itu, sekali lagi Awang ingin nyatakan di sini kepada DSAI, jika Datuk Sri benar-benar ikhlas memperjuang kehendak rakyat, mohon digesakan kepada ketua pembankang membuat usul ketidakpercayaan kepada Perdana Menteri sekarang. Awang percaya ramai MP di kalangan BN (terutama di Sabah dan Sarawak) akan menyokong.

Tetapi jika DSAI enggan berbuat demikian, jelas dan teramat jelas bahawa DSAI hanya memperjuang TEMOLOK dan KERAKUSAN kuasa diri sendiri. Sebab jika AAB masih kekal, kerajaan akan terus lemah, maka amat mudah bagi PKR yang bakal diketuai oleh DSAI merampas kuasa pada PRU 13. Sedangkan rakyat terus-terusan berada di dalam keresahan ketidaktentuan iklim politik Negara. Jadi DSAI, sahutlah cabaran Awang demi memperjuangkan kehendak rakyat.

-Awang Maya-

Unknown said...

salam,

perlu juga didedahkan "toyol code" antara Anwar dan rakan rakannya dari Barat (Wolfowitz, Cohen).

Mengapa 8 jawatan diberi oleh barat pada Anwar. Jika Anwar jadi PM, apakah ini menjamin keadaan yang lebih baik daripada yang sedia ada atau Malaysia sudah terperangkap dalam kerangka jajahan baru barat.

Kita perlu ingat dalam Surah Al Baqarah Ayat 120 sudah pun diterangkan tentang hal ini.

Salam.

KeRIS said...

Terima kasih di atas ucapan Datuk pada forum pagi tadi. Semoga semakin ramai rakyat sedar akan bahayanya tali barut yang cuba menjual negara kita atas nama pembangunan.
Saya juga berharap Datuk akan terus aktif demi agama, bangsa dan tanahair kita.

pemerhati said...

Salam Dato,

Kawan terima pesanan dari teman Johor. Tahniah kawan ucapkan bangkitkan perjuangan kedaulatan dan keselamatan tanah air kita dari jajahan yahudi negara jiran.

Kawan harap kesempatan di RTM persoalkan mengapa media perdana tidak melapurkan tahap keselamatan tanah air kita makin terancam. Sedarkan warganegara kita sayangi tahah air tercinta dari di kuasai yahudi kini telah berjaya kuasai ketua pemimpin negara ini. Nasihat kawan gunakan peluang siaran langsung ini sedarkan "MELAYU MUDAH LUPA" Kawan dan bekas2 pegawai kanan kerajaan menyokong Dato suarakan yang sebenarnya demi menyelamatkan kedaulatan dan keselamatan negara ini.

Salam Perjuangan Anak Johor

Letting the time pass me by said...

Saya tak pernah pun menonton rancangan blog kat TV1 nie...

Bloggers ade dia punya blog sendiri, so pasal apa mahu buat interview tv pulak...

Kalau nak buat forum, buatla betul-betul, panggi dalam 3 orang bloggers satu episod bagi 1 jam froum...

Unknown said...

Saudara,

Tahniah kerana dapat memberi jawapan dan ulasan yang bernas dalam rancangan Blog. Chamil Wariya juga seorang hos yang bagus. Inilah kelebihan orang yang berbekalkan pengalaman dalam jurusan kewartawanan.

LazerJuan said...

well done datuk,..you were surely in CONTROL..the bast part was u made the host look `not too smart'...i wonder, intentionally or otherwise. Syabas!!!