Friday, May 02, 2008

Jutaan Terima Kasih
KK Capai Hits 2 Juta

Pada jam 11.50 pagi, 2 Mei 2008, blog ini merekodkan cumulative hits sebanyak 2002889. Hits 1 juta yang pertama direkodkan kira-kira dua bulan lalu.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh para pengunjung, lama dan baru, di dalam dan di luar negara, yang sentiasa memberikan semangat kepada saya untuk terus bersuara.

Sejak seminggu lalu, memang saya tidak membuat apa-apa posting. Ini bukan kerana saya uzur, dirintangi aral yang amat besar atau berada di luar negara.

Sebabnya adalah perkhidmatan internet yang terganggu di persekitaran kawasan kediaman saya. Salam takzim dan salam perjuangan. – Ruhanie Ahmad

5 comments:

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Sebenarnya saya pun terfikir mungkin Datuk uzur atau pergi umrah kerana lama tak muncul.

2. Jika masih sihat Alhamdulillah.

3. Laman KK adalah laman wajib untuk saya kunjungi pada setiap hari. Disinilah tempat saya merujuk untuk belajar menulis dalam blog saya.Terima kasih Datuk.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Berita dari gunung said...

Tahniah Dato kerana menjadikan blog KK sebagai blog yang relevan dan wajar dikunjungi. Dua juta hits adalah pengesahan kepada keadaan itu.

Pemikiran serta pengalaman dato bukanlah sesia, malah berguna untuk rakyat Malaysia. Syabas dan teruskan.

Atas sifat yang sama jugalah, Blog Dr Mahathir Mohamad sesak dikunjungi ramai, hinggakan tak sampai dua hari, sudah lebih 100,000 hits. Blog Dato, Blog Tun dan beberapa yang lain kerap dikunjungi kerana pemikiran dan pengalaman yang terserlah.

Tahniah.

Kerajaan Rakyat said...

Salam

Blog Kuda Kepang adalah antara beberapa blog yang saya minati.

Terima kasih atas makanan minda yang telah Dato sajikan selama ini.

Tahniah atas minat pembaca terhadap penulisan Dato' hingga kecapi pencapaian > dua juta hits.

Satu juta dalam tempoh dua bulan, amat besar maknanya.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Amiruddin Azlan said...

pakai isp yang mana dato'? streamyx ke

manga to read said...

Tahniah atas kejayaan mendapat kunjungan sehingga 2 juta.. Sesuatu yang sukar untuk dicapai .. rasanya blog TUn Dr M mesti tak sampai sebulan dah cecah sejuta kot



ZOol
http://www.ligakampung.com/blog