Thursday, May 22, 2008


ADA SERATUS SATU CARA
“SINGKIRKAN” ABDULLAH

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan di Johor Bahru Sabtu, 17 Mei 2008, bahawa terdapat 1001 satu pendekatan untuk “menyingkirkan” Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO, asalkan ahli UMNO komited kepada parti dan berani mengambil risiko.

Dua hari berikutnya, pada Isnin 19 Mei 2008, Tun Mahathir mengumumkan di Alor Setar, Kedah, beliau keluar daripada UMNO dan hanya kembali ke pangkuan parti selepas Abdullah tidak lagi memimpin UMNO. Abdullah dan MT menerima Tun Mahathir keluar parti.

Bagaimanapun, tindakan Tun Mahathir bukan yang pertama daripada 1001 pendekatan yang dimaksudkan di Johor Bahru.

Tengku Razaleigh Hamzah sudah mengumumkan pendekatan yang pertama – adakan EGM UMNO di peringkat bahagian dan pusat. Pendekatan ini diperlekehkan.

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mencadangkan pendekatan kedua – adakah post-mortem bebas untuk kaji sebab “musibah” kekalahan BN dalam PRU 12. Muhyiddin dipersendakan oleh Datuk Seri Nazri Aziz sebagai kurang bijaksana.

Datuk Seri Rais Yatim sudah ketengahkan pendekatan ketiga – tubuhkan suruhanjaya bebas kaji kekalahan BN dan nasib yang menimpa UMNO. Cadangan ini disambut sepi.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mokhriz membuat pendekatan keempat – terus berada dalam UMNO tapi akan bersuara lantang mendesak Abdullah mengosongkan kerusi Presiden UMNO. Kita tunggu berapa ramai lagi Ahli Parlimen dan ADUN UMNO berani bertindak seperti ini!

Veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa, hari ini mengketengahkan pendekatan kelima – berharap Agong ketemukan Mahathir dan Abdullah untuk selesaikan kemelut yang dihadapi UMNO. Reaksinya masih belum menyeluruh.

Seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, mengketengahkan pendekatan keenam - Abdullah berikan tarikh jelas dan pastikan dengan terus terang bilakah kuasa akan diserahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Reaksi cadangan ini juga belum diketahui.

Oleh itu, ahli-ahli UMNO perlu menggunakan kebijaksanaan masing-masing dan selami sendiri apakah kekuatan strategik yang ada pada diri masing-masing. Gunakanlah kekuatan strategik itu demi UMNO yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair!

Buat diri saya, pastinya saya akan terus berjuang menerusi blog sehingga satu hari nanti saya mungkin dikenakan tindakan disiplin dan dibuang daripada UMNO oleh rejim Abdullah – Ruhanie Ahmad

8 comments:

wankamar said...

salam dato'

Saya ahli umno yang mengundi pembangkang dalam PRU12. Saya akan terus sebagai ahli UMNO tetapi akan tetap mengundi selain UMNO/BN dalam PRU13 nanti jika:
1. Abdullah Ahmad masih PM
2. Nazri Aziz masih menteri
3. Musa Hitam masih menyebuk
3. KJ masih YB. dan
4. Si Rashid (guna kepala kosong) masih pengerusi SPR.

Bung Karno said...

Datuk,

PULAU BATU PUTIH, dengan izin

Kalau gagal, ia satu gambaran bagaimana sikap terlalu
bermurah hati, tidak mahir (legality) dan kurang ketelitian tuan yang punya tanah lebih 150 tahun dulu. Ini satu lagi legasi yang mengaibkan.

Kalau menang, sudah tentu tuan yang punya kuasa di Putrajaya
akan memujuk hati duka nestapa di seberang dengan menawarkan
gula-gula sebagai ganti.

Sedangkan air, udara, pasir dan wilayah (Iskandar) boleh di urus
inikan pula pulau berbatu. Demi ikatan setia antara keluarga pulau
batu mudah diganti.

Semoga hari jumaat membawa berkat Negaraku.

abgtua said...

kalau seseorang tu dah menetup telinganya, berapa ribu cadangan pun dia tak akan dengar

Unknown said...

Datuk,

If everyone in UMNO leaves UMNO, then there will be no UMNO (berkubur). But then as we (the ordinary Joe) know well with UMNO people, they don't have the balls to stand united and kick out the menace at hand. Why? Simple...contracts, money, power. Who'd be gutsy enough to let go all of that in UMNO? It's simple common sense, would it still be UMNO if there are only the '3 Beranak'?

C'mon, will the lot of these UMNO people get real, and start growing some 'balls'? I'm getting sick of whiney UMNO people.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Ini pendekatan saya Datuk:

a. Pecat Mukhriz dan Khairy dari UMNO.
b. Buang Dr.M ke Makkah untuk selamanya.
c. Percepatkan dan umumkan kes Altantuya dengan seberapa segera.
d. Laksanakan segera hukuman keatas sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes Altantuya.
d. Pak Lah letak jawatan
e. Buat Pemilihan agong UMNO dan adakan pertandingan semua jawatan tertinggi Parti UMNO

2. Barulah tahu siapa Presiden UMNO yang seterusnya.

3. Aman dan damailah UMNO.

http://sukj.blogspot.com

Berita dari gunung said...

Kemudian kita semakin memahami betapa sukarnya melepaskan jawatan Perdana Menteri. Realiti politik ialah mempertahankan kuasa dan sebagai biasa ramai lagi yang 8ngin bertaut pada dahan. Sama ada dahan itu rapuh apatah lagi kuat.

Tekanan demi tekanan akhirnya akan melunturkan pertahanan Abdullah.

A Voice said...

su-kj

Tak masuk akal hendak buang Tun ke Mekah.

Tak masuk akal hendak kaitkan Altantunya.

Terlalu percaya blog2 konspirasi.

Nak kasi cadangan biar masuk akal.

IRON MANZ said...

SAYA KURANG BERSETUJU TENTANG PENDAPAT SEDEMIKIAN,BAGI SAYA UMNO TETAP KUKUH DAN KUAT.SAYA AKAN TETAP MENYOKONG KEPIMPINAN PAK LAH DAN DS. NAJIB.SAYA KURANG BERSETUJU DENGAN PERKATAAN REJIM ABDULLAH.BAGI SAYA PERKATAAN REJIM ITU MELAMPAU.SAYA BUKAN KAKI BODEK DAN PENGAMPU TAPI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA DAN PENGUNDI BN SAYA TIDAK MAHU ORANG-ORANG DALAM PARTI UMNO BERTELINGKAH SESAMA SENDIRI HINGGA MENYEBABKAN MUSUH-MUSUH UMNO MENGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP KELEMAHAN KITA SENDIRI.LIHAT SAHAJA PARTI PEMBANGKANG YANG LAIN TIDAK MENUNJUKKAN MASALAH PARTI TETAPI MENYIMPAN DENGAN AMAT TELITI RAHSIA PERGOLAKAN DALMAM PARTI ,MALAH DI NAFIKAN OLEH MEREKA.RAMAI WAKIL RAKYAT BN YANG TIDAK DAPAT BERTANDING CUBA MEMBOIKOT DAN TIDAK MENYOKONG CALON WAKIL RAKYAT BARU.WAKIL RAKYAT YANG LAMA PERLU MEMBERI PELUANG KEPADA MUKA BARU BUKANNYA MERAJUK TERUS.SAYA PERCAYA PAK LAH AKAN MENYERAHKAN KUASA TERHADAP PENGGANTINYA.BIARLAH PENGUNDURAN PAK LAH KEPADA PENGGANTINYA TERSUSUN DAN TERHORMAT.AHLI UMNO MASIH WARAS DAN MASIH SAYANGKAN PARTI TIDAK TERGAMAK MERUNTUHKAN KEKUATAN KITA IAITU BERSATU.BERILAH PAK LAH PELUANG UNTUK MEMBUKTIKAN KEBOLEHAN BELIAU YANG MASIH BARU MEMERINTAH BERBANDING TUN BERKHIDMAT 22 TAHUN SEBAGAI PERDANA MENTERI.BIAR BERATUS ATAU BERIBU PERDANA MENTERI IDEOLOGI PEMIKIRAN TIDAK SAMA.KESIMPULANNYA BUKAN SALAH PAK LAH,TAPI SIAPA YANG MELANTIK PAK LAH JUGA HARUS BERTANGGUNG JAWAB JIKA PILIHANNYA SILAP.FIKIR-FIKRKANLAH.