Friday, May 23, 2008

Kemelut Dengan PM Tak Perlu Libatkan Agong – Dr. Mahathir

Daripada FAUZIAH AROF

TOKYO 22 Mei – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak perlu dilibatkan dalam usaha membantu menyelesaikan kemelut antara beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menegaskan, kemelut dengan Perdana Menteri itu adalah soal politik dalam UMNO yang tidak sepatutnya melibatkan Tuanku Mizan.

‘‘Ini soal politik dalam UMNO, kita tak bawa kepada Agong kalau kita sendiri tak boleh selesaikan mengikut alasan yang benar. Saya cuma berpegang kepada prinsip, sokong prinsip.

‘‘Ini bukan perkelahian saya dengan Abdullah Ahmad Badawi ataupun keluarga saya dengan keluarga dia. Saya tak utamakan diri saya. Saya cuma berjuang untuk parti, tujuan-tujuan parti yang berkenaan bangsa dan tanah air,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ditemui pemberita Malaysia selepas sesi dialog di Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-14 di Hotel Grand Prince Akasaka di Chiyoda di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa yang menyatakan kemelut antara kedua-dua pemimpin itu sudah mencapai tahap memerlukan penglibatan Tuanku Mizan sebagai ‘orang tengah’ untuk menyelesaikannya.

Abdul Aziz seperti dilaporkan oleh Bernama hari ini berkata, hanya menerusi campur tangan Tuanku Mizan sebagai wakil raja-raja Melayu, kedua-dua pemimpin itu boleh duduk berbincang bagi mengatasi perselisihan pendapat antara mereka.

Beliau berkata, tidak ada salahnya untuk raja-raja Melayu campur tangan dalam kemelut antara bekas Perdana Menteri dan penggantinya itu memandangkan UMNO adalah pihak yang mengembalikan semula kuasa raja.

“Semasa Malayan Union, raja tak ada kuasa langsung kecuali sebagai ketua agama (Islam), tetapi UMNO menaikkan balik (kuasa raja), (pengasas parti) Datuk Onn (Jaafar) perjuangkan hak raja Melayu,” kata Abdul Aziz.

Lagi:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

2 comments:

mn said...

A.kum Datuk,

1. Agong bukan untuk UMNO tetapi Agong untuk rakyat.

2. Itu sebab jika jadi Pemimpin jangan tamak dan jangan ego.

3. Jadilah seorang Pemimpin yang sederhana dalam semua perkara.

http://sukj.blogspot.com

Unknown said...

Datuk,

Buat apa menyusahkan Agong? TDM & AAB boleh selesaikan sendiri. TDM sentiasa bersedia, cuma AAB yang liat sangat tu kenapa?

Ini krisis kepimpinan. Bila tiang seri sudah lemah & rosak teruk, tentulah kita akan tukar dengan yang baru & kuat. Buat apa nak ambil risiko baiki yang lama?