Suara Muhyiddin (4)
BERANI AMBIL RISIKO
BICARA YANG BENAR
MUHYIDDIN berani mengambil risiko demi agama, bangsa dan negara. Ini kerana sesuatu musibah mestilah ditangani secara tegas, berkesan dan segera. Dan, musibah yang melanda UMNO dan BN menerusi PRU12 “bukan soal main-main.” Ia adalah sesuatu yang “tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO dan negara.” Lantaran itulah Muhyiddin ambil risiko dan terus berbicara mengenai cara terbaik mengatasi segala-galanya dalam situasi yang luar biasa ini. Muhyiddin bertindak demikian kerana beliau tidak rela UMNO kehilangan kuasa politiknya yang mungkin sukar diperolehi semula dalam tempoh yang singkat.
Semoga kita dapat memberikan pandangan jujur dan ikhlas mengenai perkara ini. Kenyataan penuh Muhyiddin mengenai isu ini menerusi wawancaranya dengan Mingguan Malaysia 13 April 2008, adalah seperti berikut:
MINGGUAN: Sejauh manakah ahli UMNO akan menerima apa yang Tan Sri cakapkan ini dan adakah peralihan kepimpinan boleh menyelesaikan masalah?
MUHYIDDIN: Saya meninjau di banyak tempat dan mendapat banyak maklum balas serta ditemui banyak pihak. Selain Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan panggilan telefon, mereka yang saya temui berpandangan begitu. Mereka kata Tan Sri mesti cepat buat sesuatu, cakap terus terang, berkata yang benar.
Saya sudah buat apa yang sepatutnya saya buat, saya fikir saya tidak keseorangan dalam hal ini. Cuma dalam UMNO sudah ada satu adat dan cara kita yang masih boleh kita gunakan dengan terhormat. Apa yang penting perlu ada ruang kepada kepimpinan baru untuk memulihkan parti sebelum pilihan raya akan datang.
Pengganti
Jadi saya serah kepada kebijaksanaan Presiden parti, beliau yang cakap (untuk serah kepada pengganti), saya rasa dalam hati Perdana Menteri dan Presiden parti beliau akan bersedia dan sedang memikirkan soal ini. Saya berdoa kepada Allah membuka pintu hati Pak Lah untuk berfikir dengan semasak-masaknya.
MINGGUAN: Adakah peralihan itu harus dilakukan pada Disember iaitu ketika pemilihan parti berlangsung sedangkan ia dilihat satu tempoh yang masih lama?
MUHYIDDIN: Itu (pemilihan parti) tidak mengapa, tempoh itu sudah ditetapkan begitu kerana ada sebab-sebab dari segi teknikal. Tetapi proses perubahan dan peralihan boleh dilakukan bila-bila masa.
Apa yang harus diingat pelbagai perkara lain yang tidak kita ramalkan boleh terjadi. Sama ada jawatan Presiden ditandingi ataupun tidak, Timbalan Presiden akan ditandingi atau tidak, peralihan akan dibuat secara licin ataupun tidak, inilah masanya. Saya berfikir secara mendalam dan jelas kerana sebagai seorang pemimpin dalam UMNO saya harus tahu arah tuju saya, bukan politik saya, tetapi UMNO.
Saya kena tahu di mana saya boleh berperanan. Kenyataan saya tidak bermaksud apa-apa tetapi untuk menyelamatkan UMNO, Melayu dan Islam dalam negara kita, sebab itu saya bersedia untuk bercakap walaupun bagi sesetengah pihak, saya menanggung risiko.
Kuasa Politik
MINGGUAN: Jadi Tan Sri bersedia menghadapi apa juga risiko dengan memberi pandangan ini?
MUHYIDDIN: Saya sanggup tanggung risiko, itu tidak mengapa, setidak-tidaknya saya sudah menyatakan apa yang hak (benar) kerana ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan. Ini bukan soal main-main, tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO dan negara kita berhadapan dengan situasi begini. Bagaimana kalau kuasa politik yang tinggal sedikit dalam tangan kita ini, terlepas daripada genggaman kita, macam mana kita hendak mendapatkannya balik? Seratus tahun belum tentu lagi.
MINGGUAN: Bolehkah peralihan berlaku sebelum mesyuarat bahagian?
MUHYIDDIN: Saya memetik kenyataan Presiden yang meminta beliau diberi masa untuk memulihkan parti bagi diserahkan kepada Najib. Saya kira kalaupun beliau hendak buat begitu, beliau tidak boleh buat berseorangan. Biarlah kita lakukan. Sekarang adalah waktu kita pula untuk menyumbang dan bekerja keras. Saya bersedia untuk bekerja keras. Semua pemimpin UMNO harus menumpukan perhatian lebih banyak kepada parti daripada kerajaan. Tetapi jangan tinggalkan langsung urusan kerajaan.
[Siri kelima akan menyusul sehari dua lagi.] – Ruhanie Ahmad

5 comments:
Sama ada Najib berpeluang atau tidak bergantung penuh kepada Mahkamah. Tidak terlintas pula untuk mengatakan Mahkamah akan bias atau tidak adil. Juga tidak tergamak untuk menyoal kenapa kes razak dibiarkan berlanjutan.
Juga tidak segak untuk bertanya kenapa RPK memilih untuk ungkit isu razak waktu ini dan membenarkan peristiwa tangkapan dan lokup jadi panas dan sensasi.
Disebalik semuanya, Najib akan terkekang dan terikat. Ramai yang menjangka Anwar ada belakang tiang, mengintai setiap gerak dan peluang.
Muhyiddin berkemungkinan satu-satunya calon yang wajar kedepan, bukan untuk memotong giliran Najib, tetapi menyelamatkan keadaan.
Pertama, saya ingin mengucapkan syabas kepada Tan Sri Muhyiddin di atas keberaniannya.
Kedua, saya juga setuju dengan kenyataan berani Tan Sri Muhyddin atas kapasitinya sebagai Naib Presiden dan sudah tentulah beliau berpadangan jauh demi survival UMNO.
Ketiga, andai tiada orang yang berani biarpun ada yang berani mengecam bukan beliau sahaja malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir itu juga maka saya berpendapat lupakanlah sahaja hasrat untuk melihat UMNO dan BN dapat dipulihkan serta mendapat keyakinan rakyat.
Keempat, kita sewajarnya kembali ke akar budaya iaitu mengutamakan budi bahasa dan bukannya biadap atau kurang ajar serta bersikap angkuh.
Kelima, yang amat penting, selaku pemimpin wajiblah seseorang itu biarpun berada dimercu kuasa hendaklah boleh ditegur mana yang patut selain mengamalkan sifat-sifat pemaaf, bukan melenting tidak tentu fasal!
Ikut senario politik hari ini, Muhyiddin tergolong sebagai salah seorang pemimpin UMNO yang serius untuk selesaikan nasib malang yang menimpa partinya, BN, kerajaan dan masa depan rakyat jelata. Beliau berani ambil risiko menyatakan kebenaran. Beliau mengenepikan soal kedudukan demi kepentingan negara-bangsa.
Tapi agak aneh bila suara dan tindakan Muhyiddin, sama seperti suara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, nampaknya macam tidak diterima baik oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO, BN dan kerajaan. Lain-lain personaliti di peringkat pusat, negeri dan bahagian juga seolah-olah dirasuk sindrom pak turut belaka.
Jika inilah corak dan rentaknya wadah perjuangan utama negara-bangsa Malaysia, alamat haru-birulah destini kita bersama. Ini mesti dielakkan dari berlaku. Keputusan segelintir minoriti yang berkuasa tidak seharusnya dipaksakan ke atas rakyat jelata yang jadi sumber kekuasaan dan mempunyai aspirasi yang berbeza.
Saya cadangkan Mahathir, Razaleigh dan Muhyiddin gemblengkan minda dan tenaga dengan segera demi agama, bangsa, negara. Pemimpin peringkat negeri, bahagian dan akar umbi wajar berikan sokongan penuh kepada gabungan ini untuk menyelamatkan negara-bangsa.
Ketepikanlah polemik siapa akan jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas Abdullah. Semua ini hanya diversion untuk alihkan fokus kita kepada masalah yang sebenar, mendesak, strategik dan utama.
Apa kata kalau kita mulakan misi menyelamatkan negara-bangsa ini secara serius, terancang, menyeluruh dan berkesan mulai 11 Mei 2008 – harijadi UMNO 62 tahun? Mulai tarikh itu, seluruh cawangan, bahagian dan badan perhubungan UMNO di seluruh negara perlu adakan sesi muhasabah diri. Sesudah itu, kita salurkan hasilnya kepada Mahathir, Razaleigh dan Muhyiddin. Moga-moga gerakan penuh sopan dan santun ini menghasilkan manfaat yang kita mahukan. Mudah-mudahan kita diberkati Allah dalam usaha ini. Mudah-mudahan kita berjaya.
Muhyiddin selalu kena lambung badai. Kerana Abdullah dan Najib tak bergerak, Muhyiddin yang terpaksa buat kerja selamatkan bangsa dan negara. Kalau macam ini lebih baik kita semua hantar petition pada Agong suruh lantik Muhyiddin jadi orang no. satu Malaysia. Syabas Abang Din!
Saya bangga dengan keberanian Muhyiddin. Saya doakan beliau jadi tokoh nombor satu Malaysia tidak lama lagi. Salah satu tanggungjawab yang mesti dia laksanakan selepas itu ialah bubarkan WPI. Nombor duanya, haramkan syarikat asing yang kini berikan khidmat keselamatan kepada sesetengah kapal besar yang lalu-lalang di Selat Melaka. Ini perairan Malaysia dengan Indonesia, apa pasal diizinkan syarikat asing yang bersenjata buat kerja di Selat Melaka? Macam mana kalau kerja itu cuma topeng kepada tugas-tugas espionage dan sebagainya? Nombor tiga, cepat-cepat betulkan status Pulau Pisang. Kalau tak, nanti dajal di selatan tu akan guna pengaruh zionis antarabangsa, heret status pemilikan Pulau Pisang ke ICJ dan menang. Habis melopong kita. Dan habislah pulau-pulau yang strategik di kanan dan kiri Johor dikebak oleh dajal selatan. Saya harap Abang Din fikir-fikirkan hal ini.
Post a Comment