Monday, May 19, 2008

SUDAH SAH
Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta


ALOR STAR, 19 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta.

Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini Isnin.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya. – Bernama, 19 Mei, 2008 14:29 PM (LAGI)

3 comments:

tengkorak said...

Jika dengan cara ini boleh menghentikan PM kita, apa salahnya. Keluar dari UMNO bukan bererti menyokong pembangkang, tapi setelah berbagai cara kita tunjuk sikap protes tapi tidak dilayan, dengan cara begini mungkin ahli2 MT membuka mata sedikit untuk meminta paklah letak jawatan...

Hang-Jebat said...

Tuan Hamba,

Hamba ada bersama di dalam dewan M-Suite, JHB. Buku-buku Tuan Hamba juga turut menjadi koleksi peribadi Hamba. Cuma hamba gagal untuk mendapatkan tandatangan Tuan Hamba sahaja.
Hamba terkejut dengan berita rasmi Tun M keluar UMNO. dan hamba pun ingin mengumumkan, hamba tidak akan menjadi ahli UMNO selagi Pak Lah menjadi president parti UMNO.

cmk said...

Salam.

TDM keluar UMNO seraya melemparkan cabaran kepada semua ahli UMNO. Saya rasa yang sambut cabaran ni cuma 'ikan-ikan bilis' UMNO je. Kalau yang berjawatan buat apa nak keluar beb...! Bodoh le kalau masukkan pasir dalam periuk nasi sendiri kan...?

Seakan menjadi tradisi mantan presiden UMNO keluar parti (kecuali Tun Razak kerana meninggal dalam jawatan). Agaknya bila AAB pencen esok2 nanti dia nak ikut keluar juga ke...?