Tuesday, May 27, 2008

BATALKAN ISKANDAR MALAYSIA (WPI)?

Majoriti komen berkaitan kehilangan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih yang dikirimkan ke blog kudakepang sejak Jumaat 23 Mei 2008, mendesak pemerintah kita mengkaji semula Iskandar Malaysia supaya projek mega itu dibatalkan buat selama-lamanya.

Iskandar Malaysia diumumkan kewujudannya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Johor Bahru, Johor, pada 30 Julai 2006.

Pada mulanya, projek mega ini hanya seluas 1,970 kilometer persegi dan dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Selatan Johor (SJER). Kemudiannya, ia dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi - tiga kali ganda saiz Singapura atau 48 kali ganda keluasan Putrajaya. Selepas PRU12, projek ini dikenali sebagai Iskandar Malaysia.

Baca posting spenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com

25 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Saya SELAKU rakyat "MALAYSIA"
SANGAT BERSETUJU PWI DI BATALAKN.. Teruskan Perjuangan ini Abang Rone.. Kami Bersama Abang Rone

mCrossings said...

Adalah lebih elok johor memajukan kawasan Muar / Batu Pahat hampir dgn Melaka & NS.

Orang Johor pun ramai kat sini dan boleh dapat manafaat.

Iskandar mungkin kita buat stesen penjana kuasa nuklear. Minyak pun dah mahal.

mat_terab said...

Mungkin bagus juga projek ini di batalkan peruntukan itu nanti boleh digunakan untuk membantu rakyat johor yang susah terutama rakyat terpaksa menanggung beban kos hidup yang tinggi lantaran kenaikan harga minyak dan makanan terutama beras. Atau buat rumah kos rendah banyak-banyak saya rasa banyak lagi rakyat johor yang tak ada rumah tu tak gitu Dato...?

asalbayu said...

Pada saya Projek WPI adalah satu bentuk penjajahan baru oleh pemimpin sebuah negara Merdeka seperti Malaysia. Saya percaya Kerajaan Pakatan Rakyat akan menyokong pembatalannya andai mereka berjiwa patriotik. Kita kini telah kehilangan banyak hal; pelajar di PPT terkongkong dengan AUKU, rakyat tenggelam dalam agenda penjajahan minda. Ramai yang ingin melihat bahawa kerajaan Malaysia berubah. Kini tersebar pula berita panas bahawa mantan Peredana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai PAS. Di arena politik berbagai kemungkinan boleh berlaku.

politicsisfun said...

Kalau dalam benarnya, WPI itu sememangnya ada kebaikan untuk orang Johor dan Malaysia secara keseluruhannya. Tapi kerana perihal orang2 dan kumpulan2 minoriti yang rakus mengaut keuntungan berbentuk subsidi dengan menggunakan alasan BANGSA untuk menjadi orang yang tidak beretika, gila kuasa dan mata duitan! Sebab itulah yang menjadi calitan hitam pada isu WPI yang menjatuhkan nilai murni di sebalik WPI itu!

fernano said...

Saya amat setuju jika PWI ini dibatalkan. Harap Dato terus berjuang hingga kerajaan menantu berundur...

Unknown said...

Saya berpendapat sama seperti penulis tersebut.Mungkinkah 100 tahun akan datang atau 50 tahun akan datang Wilayah Iskandar akan dituntut oleh Singapura seperti Pulau Batu Putih.kenapakah kita sangat memerlukan Singapura untuk pembangunan negara kita.Singapura memandang 5 atau 10 KALI KEHADAPAN isu WPI,tetapi Pak Lah flip-flop dan kabinet half past six tidak mentakkul isu ini secra berkesan.Batalkanlah WI,biarlah pembangunan kawasan yang dicadangkan itu dilaksanakan oleh orang malaysia sendiri..mana dia bantahan pemimpin Johor ..semuanya penakut.Orang Johor patut singkirkan pemimpin Johor yang menjadi yes man..kekalkan kedaulatan Johor dan jangan terlampau sanjungi Singapura.Persahabatan dengan Singapura mestilah berdasrkan 'curiga-mencurigai'.Singapura sangat mengidam tanah Johor.Putar belit mereka hanya untuk tanah Johor.Berwaspadalah pemimpin Johor.Pemimpin seperti Datuk Shahril yang menyokong Singapura perlulah disingkirkan.

whackthembugger said...

SETUJU DIBATALKAN.

IR satu projek yang amat mengecewakan lagi merbahayakan negara.

Badrul said...

Dato'

saya tidak boleh bercakap bg org2 Johor dan mengambil tindakan bg pihak org Johor...setiap apa yg Allah takdirkan sudah pasti akan ada hikmah utk direnung bg yg berfikir..kehilangan Pulau Batu Puteh dr Malaysia kpd Singapura adalah petanda jelas dr Allah supaya kita sedar bahawa nasib yg sama akan menimpa kepada mana2 pulau lain sekarang sedang ditakluki singapura bukan kerana fakta sejarah tetapi atas dasar material yg jelas dibangunkan di pulau2 tersebut...adakah projek Iskandar Malaysia akan menerima nasib yg sama? adakah kita sebagai org Islam lupa bagaimana nasib yg menimpa kaum seagama kita di Palestin apabila merempat ditanah sendiri? yg menakluk mengaggap bahawa tanah itu adalah kepunyaan mereka akhirnya yg berjuang utk mendapat semula yg hak dikatakan penceroboh!! adakah kita buta dlm celik, adakah kita bisu dlm boleh berkata2, adakah kita pekak dlm kita mendengar atau kita bodoh dlm pada kita berakal?

Malang bg Melayu apabila yg cuba utk berjuang utk melayu dikatakan penderhaka, yg ingin menyedarkan melayu dikatakan pemecah belah bangsa!!!

Adakah Johor sudah tidak lagi melambangkan kekuatan Melayu dan keutuhan UMNO apabila tanah sendiri diteroka dan dijajah pada yg jelas sbg musuh sedangkan rakyatnya lena diulit kemewahan dan keseronokan? kesian.....

Wassalam

Badrul Yahaya

Bung Karno said...

Datuk,

Camna nak batal WPI kalau tokeynya masih ada ? Batalkan geran AAB sebagai Presiden UMNO dan ganti dengan orang Johor baru WPI tu boleh batal.

Camna 2 Ahli Parlimen dpd P.Pinang boleh pegang harta negara ? Negeri dia pun lepas pada Cina.

Bataskan orang Kepala Batas ni.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datuk,

Eloklah Datuk mula gerakkan jentera Datuk untuk menaikkan Jalur Gemilang dan bendera Johor beserta banner bantahan terhadap WPI sepanjang jalan mulai dari Scudai hingga ke Kulai dan Pontian.

Salam takzim

Udah Kabor said...

Assalamualaikum semua,

Lihat dan renung serta fikirkan lah, Pulau Batu Putih dah diambil oleh Singapura.Nanti WPI pulak, seandainya Kerajaan BN/UMNO tidak peka dan buta hati, begitu mudah mencanang dan menghamparkan "Red Carpet" kepada Lee Kuan Yew n kuncu2 nya, mai lah, sila lah, kami perlukan anda, duit anda, pakar anda dan entah apa lagi ke WPI.

Isu Pulau Batu Putih ini perlu lah, dijadikan iktibar dan pengajaran kepada Malaysia dalam apa jua dailog, perbincangan, dan mesyuarat dengan Singapura dihari2 mendatang.

Banyak isu-isu yang masih tertanggoh dan tergantung, "Air, Perairan, Ruang Udara, Tanah KTM, Tambakan pasir, dll".

Orang tua-tua, Udah kabor, kena berhati hati, "jangan menang sorak, kampong tergadai".

pemerhati said...

Salam Dato dan kepada semua pembaca budiman.

Salam Teruskan Perjuangan Demi Maruah Agama dan Negara.

pemerhati said...

Salam Dato. Berita terbaru kawan terima di warong mee bandong. Persoalan apa tujuannya di sini?

JAKARTA, SELASA--Mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra rupanya suka berada di Indonesia, dan ia bahkan mencari pekerjaan di sini.

"Sekarang saya berkeliling mencari pekerjaan. Apa ada yang mau memberi saya pekerjaan?," katanya usai memberi ceramah pembangunan desa dan ekonomi daerah untuk meningkatkan daya saing nasional di Jakarta, Selasa.

Setelah kembali dari pengasingannya di London dan Hong Kong, Thaksin dilarang berpolitik dan aset-asetnya dibekukan pemerintah. "Di Thailand, saya tidak melakukan apapun kecuali membantu orang miskin lewat yayasan dan lembaga swadaya masyarakat," ujar Thaksin yang dikudeta pada September 2006.

Thaksin yang memiliki klub sepakbola Manchester City mengaku kecewa atas tuduhan pemerintah barunya. Ia dituduh melakukan korupsi oleh rezim militer yang mengkudetanya.

Namun, Thaksin masih dicintai oleh para pendukungnya terutama di pedesaan karena kebijakannya yang merakyat terutama program pemberian dana untuk pembangunan ekonomi pedesaan. (ANT)

JY

Sham al-Johori said...

Benar kata allayaraham Tun Dr. Ismail bahawa, 'jika tangan-tangan politik mengganggu sistem pendidikan dan budaya sesuatu bangsa; maka saksikan kehancuran tamadun bangsa itu'. Kini, apabila sistem pendidikan negara kita dipolitikkan hingga sanggup mengubah fakta sejarah bangsa, bahasa dan agama - makanya sama-sama kita lihat kehancuran yang mula meresap ke dalam diri penguasa. Sejarahwan kita telah dibunuh, inteletual kita telah dipancung; pejuang kita telah diikat; yang tinggal hanya suara dan jeritan seperti 'anjing menyalak bukit'.
Kita masih bercakaran sesama sendiri; tetapi akar dan jati diri tidak pernah diakuri. Kita takut untuk mengakui bahawa sejarah Islam membuktikan bahawa ulamak adalah pemimpin politik terbaik. Kita menafi dan menidakkannya kerana fobia dengan Islam hari ini yang dikatakan feundamental atau teroris. Tetapi siapa yang menuduhnya begitu?

Abdul Salam said...

Kalau tanah seluas 2000 hektar kita sanggup 'kangkangkan' apalah nilai sebuah pulau bagi kumpulan yang cakap berjiwa Malaysia tetapi bina rumah dan laburkan harta benda di luar negara. Penggunaaan mahkamah ICJ hanyalah 'cara biasa' yang mereka gunakan di negara kita macam mereka dakwa jerung-jerung yang tak pernah kena tangkap sampai sekarang.

Letting the time pass me by said...

Kenapa rakyat biasa boleh nampak bahaya dan ancaman ini tetapi semua pemimpin-pemimpin UMNO seolah-olah buta hati dan tak mempedulikan nasib dan anak bangsa.....

Quantum Metal Consultant said...

Yang paling layak menentukan samada teruskan atau batalkan adalah UMNO Johor, pemimpin2 Johor adalah yang bijaksana belaka, baik dalam berhujah atau berfikir.

Dengan Paku Karat mengetuai komplot ini kemudian diikuti dengan anakbuahnya Shahrir dan Kahled (burung kaka tua) yang memukul gendang, tentulah Ghani akan ikut berzapin.

zeme said...

Salam Datuk,

Projek WPI boleh dikatakan sebagai suatu bentuk penjajahan baru yang terancang melalui medium perlaburan, perdagangan, ekonomi dan bukan lagi penjajahan melalui perundangan mahupun ketenteraan.

Persoalan saya, usahlah bicara apa pulangan kepentingan yang akan diperolehi kepada rakyat Malaysia, tetapi persoalan penting yang utama lihat dahulu apakah pulangan keuntungan kepada rakyat negeri Johor khasnya? Tidak nampak perancangan projek WPI menguntungkan rakyat Malaysia, rakyat Johor mahupun negara Malaysia tetapi lebih menguntungkan pihak pelabur yang akan akhirnya cuba berlabuh membentuk suatu empayar perdagangan ekonomi masa depan dengan mengabaikan kepentingan rakyat setempat. Jadi untuk siapa projek WPI sebenarnya jika tidak menguntungkan rakyat Johor dan Malaysia serta negara?

Apakah perlu nanti ditubuhkan pula Suruhanjaya DiRaja WPI (SDWPI) untuk mengkaji kes setelah WPI sudah tergadai sepenuhnya bagi mengembalikan hak kepada rakyat Johor dan Malaysia yang berhak?
Mencegah lebih baik daripada mengubati, mengubati setelah parah terluka parut tetap menghuni jua.

Wasalam.

tajudin said...

harap mesej Datuk dalam blog ini mudah difahami dan sampai ke sasaran.

Unknown said...

Dato'
Salam sejahtera,sebagai anak johor yang menetap diselangor,saya membayangkan johor akan ditaklukki oleh singapura sekali lagi selepas pulau pisang.Sokong lah PM yang pengecut.........marilah kita mendesak untuk membatalkan WPI yang banyak merugikan johor pada masa akan datang.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam dato'

sebenarnya WPI ni bnyk mengundang persoalan yang tak dijawab..

1.siapa punya...?
2.untuk siapa...?
3.apa perlunya wujud WPI ni..?
4.apa faedahnya..?
5.apa sumbangannya untuk rakyat setempat dan rakyat Malaysia..?
6.apakah kesannya bila diwujudkan WPI ni..?
7.kenapa perlu bagi pada Singapore saje kenapa tak diberi peluang pada negara2 lain kalau projek ni membawa faedah..kenapa mesti Singapore..?

takut nak bayangkan kalau kita akan mengalami macam Palestin..!!Na'uzubillah..

luke said...

Datuk
Walaupun bukan anak Johor tapi sebagai rakyat Msia terasa sedih dan sayu dgn rampasan Batu Puteh. Tidak mustahil perkara yg sama akan dilakukan terhadap WPI.

Saya percaya Datuk masih lagi punyai pengaruh terutama di Johor. Mulakanlah gerakan pendesak, batalkan WPI. Selamatkan tanahair kita....

Berita dari gunung said...

Salah satu agenda besar Malaysia yang tidak dihurai lanjut melalui media dan jentera parti.

Musa Hitam juga ada aura "senyap yang canggih". Game geopolitik macam main guli. Ada orang hebat yang boleh baling guli dengan mata ditutup. Pandangannya gelap dan hitam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dato',

Dia batal jambatan bengkok , kita batal WPI