Percubaan Menggodam
Berjalan Selama 12 Jam
Sebenarnya saya tidak peduli. Tetapi ramai sahabat-sahabat menyangka bahawa saya hanya syak wasangka tentang adanya percubaan menggodam blog kuda-kepang.
Kisah ini betul. Ikut laporan yang saya terima daripada pembekal keselamatan kepada komputer saya, memang terdapat 11 kali percubaan menggodam blog ini daripada jam 4.00 petang 5 Mei 2008 hingga jam 4.00 pagi 6 Mei 2008. Percubaan ini dilakukan daripada beberapa pangkalan tempatan.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada seorang sahabat yang memberikan komen bahawa beliau sudi membantu saya untuk mengesan penggodam berkenaan. Saya akan e-mailkan seluruh maklumat terperinci kepadanya dengan seberapa segera.
Pada awal Ogos 2007, saya pernah menerima SMS yang mengugut supaya blogger seperti saya “being put to sleep” atau dibunuh. Saya telah membuat laporan polis di Kajang mengenai ugutan ini untuk melindungi keluarga saya, diri saya sendiri serta para bloggers lain di seluruh negara.
Beginilah nasib bloggers sosio-politik di Malaysia. Mutakhir ini, saya dapat berita, beberapa sahabat saya sudah ditemui oleh beberapa pihak tertentu. Mereka diberikan “tawaran kewangan” kononnya supaya menjadi bloggers yang akan memihak kepada pihak terbabit.
Segelintir sahabat-sahabat ini merujuk kepada saya untuk minta pandangan. Saya kata “go ahead” jika itulah sahaja pilihan yang mereka ada!
Buat diri saya, usaha yang saya lakukan bukan untuk diri sendiri. Tetapi untuk agama, bangsa dan tanahair. Jadi, sesiapa nak beli saya, silakan! Saya akan minta “langit dan bumi” sebagai ganjaran saya.
Ini bermakna, saya bukan bahan dagangan, hasil tulisan saya bukan produk lacuran dan perjuangan saya bukan untuk mengkhianati sesiapa, melainkan pihak yang memusuhi kemuliaan agama, kesejahteraan rakyat, serta kemerdekaan dan kedaulatan negara-bangsa.
Bagaimanapun, janganlah disalah anggap posting saya kali ini. Saya luahkan isi hati saya sedemikian rupa bukan untuk mencari “fame and glory.” Saya hanya mahu memberikan mesej kepada pihak yang cuba mengkhianati saya bahawa saya bukan keseorangan. Di samping Allah SWT yang Insya Allah akan merestui perjuangan ini, saya mempunyai kumpulan sahabat surfers yang saya hormati, hargai dan sanjungan tinggi sokongan mereka pada setiap masa.
Salam takzim dan salam perjuangan. – Ruhanie Ahmad

17 comments:
dato,
amat malang sekali blog seperti ini pun ada cubaan untuk mengodam. sejujurnya saya dpt katakan dato, saya lebih selesa membaca blog seperti dato yg membincangkan nasib dan perpaduan org melayu daripada membaca blog2 yang memperjuangkan semnagat kesamarataan dianata setiapa bangsa malaysia, bg melenyapkan kedaulatan bangsa melayu..
saya amat sedih bila membcaca blog seperti itu, bkn kerana apa tapi mengapa mereka yang bernama melayu dan beragama Islam sendiri sanggup memperjuangkan dan mempersoalkan ketuanan melayu dan mempersoalkan kebebasan agama Islam. apa guna menjadi melayu dan beragama Islam jaki bangsa dan agama sendiri dipersoalkan..
kerana itu lah saya lebih gemar membaca blog dato kerana ia menyedarkan kita, dimana kedudukan bangsa kita, sejarah UMNO dan juga kemana hala tuju Malaysia
diharap blog ini dapat diteruskan..adalah lebih baik jika penggodam semua dapat masuk ke sistem mereka mereka yang bernama Melayu tapi persoalkan kan sendri jati diri melayu
Kalau nak try Linux, boleh turun KL. Jumpa saya. Saya install kan.
Ubuntu Linux.
A.kum Datuk,
1. Ibu kepada segala kejayaan adalah 'Kesabaran'
2. Hanya orang yang pernah hidup benar-benar susah sahaja yang boleh mengenali kebenaran yang sebenarnya.
3. Begitu juga hanya mereka yang pernah hidup betul-betul susah sahaja baru boleh menjadi 'Pembela dan Pejuang Rakyat' yang sebenar-benarnya.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
Aslm.
Saya quote tujuan sdr memblog : "Buat diri saya, usaha yang saya lakukan bukan untuk diri sendiri. Tetapi untuk agama, bangsa dan tanahair......Ini bermakna, saya bukan bahan dagangan, hasil tulisan saya bukan produk lacuran dan perjuangan saya bukan untuk mengkhianati sesiapa, melainkan pihak yang memusuhi kemuliaan agama, kesejahteraan rakyat, serta kemerdekaan dan kedaulatan negara-bangsa."
Sdr takut blog sdr kena godam ... bagaimana perasaan orang-orang yang sdr. godam dan ganyang selama ini?!!
Anda hanya di godam tetapi Perjuangan Raja Petra sehingga ke mahkamah .... jadi ini baru ujian biasa .... SEMOGA TABAH SELAMANYA.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …
"Mutakhir ini, saya dapat berita, beberapa sahabat saya sudah ditemui oleh beberapa pihak tertentu. Mereka diberikan “tawaran kewangan” kononnya supaya menjadi bloggers yang akan memihak kepada pihak terbabit."
wow. Beginilah permainan politik yang berlaku di alam siber. Jadi kita selalu mengusulkan bahawa bolehkah kita mempercayai media mainstream, kini bolehkah kita percaya dengan isu-isu dan perkara-perkara yang ditulis dalam blog2 yang kini tumbuh macam cendawan.
Hmm... jika semuanya motif untuk kepentingan diri dan parti mereka, dan sesungguhnya ramai di kalangan pengunjung blog yang naif dan bulat2 mempercayai apa yang mereka baca. Aduh, bagaimanalah arah tujuan bangsa malaysia kita nanti. semakin celarulah minda mereka.
Syabas Dato' Perjuangan yang ikhlas dan tidak mengharap ganjaran, InsyaAllah akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.
Dear Datuk,
Semoga Allah bersamamu di dalam mengharungi perjalanan ini. Semoga Allah melindungi dirimu.
Jazakallahukhaira kasiran.
Assalamualaikum Dato'
Saya percaya bahawa ini merupakan salah satu dari usaha pihak tertentu untuk melemahkan blogers2seperti Dato'. Tajuk dan isu yang dikupas di blog ini telah dialun dengan gaya bahasa yang menarik, sopan dan mudah difahami.
Teruskan perjuangan.
Di bawah saya sisipkan lirik lagu 'WARISAN' untuk renungan disebalik apa yang tersurat dan tersirat ketika lagu ini dicipta dan pada masa sekarang.
ANAK KECIL MAIN API
TERBAKAR HATINYA SEPI
AIRMATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG
NENEK MOYANG KAYA RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA
CINTA LENYAP DIARUS ZAMAN
INDAHNYA BUMI KITA INI
WARISAN BERKURUN LAMANYA
HASIL MENGALIR KE TANGAN YANG LAIN
PRIBUMI MERINTIH SENDIRI
MASA DEPAN SUNGGUH KELAM
KAN LENYAP PERISTIWA SEMALAM
TERTUTUPLAH HATI TERKUNCI MATI
MARUAH PERIBADI DAH HILANG
KINI KITA CUMA TINGGAL KUASA
YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA
BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI
PULIH KEMBALI HARGA DIRI
KITA SUDAH TIADA MASA
MAJULAH DENGAN MAHA PERKASA
JANGANLAH TERLALAI TERUSKAN USAHA
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
Sekiranya kuasa yang ada sekarang ini dimainkan sebaiknya oleh pemimpin, keadaan negara kita tidak akan seperti sekarang ini.
Datuk,
Pendapat orang pelbagai. Kalau dalam UMNO soal wang ringgit adalah mainan. Hingga kini wang adalah raja dalam setiap pemilihan. Alam siber telah menjadi satu sumber alternatif masa kini, maka kesempatan ini digunakan orang ingin terus berkuasa.
Sekiranya para blogggers sudah boleh dibeli, dimana nilai sesebuah berita/maklumat tersebut. Maka kebenaran akan terhakis. Fitnah bermaharaja lela. Rakyat terpedaya.
A'KUM Dato Ruhanie Ahmad! Semoga anda teruskan perjuangan! Dedahkan segala kejahatan mereka yang berkuasa itu! Semoga perjuangan UMNO dicucikan oleh Tun Mahathir, Ku Li, Muhyiddin dan semua pemimpin UMNO!!
HIDUP UMNO!
bila kudakepang digodam
tanda ada orang terancam
dedahan berani mendalam
tapi pak lah enggan faham
dato.. go!
jgn give up!!
lawan paklah! lawan khairy!
perjuangan belum lagi selesai!!
kalo kene isa pun, jgn give in..
lawan tetap lawan!!!
jgn konar baring!!
jgn jual diri!!
raja petra pun dah kene dah..
harap2 dato bersedia dengan segala kemungkinan..
orang batu pahat di belakang dato tidak kira warna bendera!
selagi perjuangan dato suci.. selagi itu Allah memberkati..
insyallah..
Saya telah lama melayari blog Datuk dan sesekali memberi pandangan.
Bagi saya Datuk adalah di antara penulis blog yang 'syok sendiri' cuma bertaraf lebih baik dari sang kelembai.
Bagi saya Datuk adalah seperti ayam yang bertelur sebiji tetapi riuh sekampung.
Bagi saya Datuk adalah penulis Blog yang "meghela" (Tanya Datuk Kadiaq apa maknanya)dan silat silat Datuk dalam menghentam Paklah dan pihak tertentu adalah leih bersifat 'silat pulut'
Datuk adalah opputurnis, sama juga seperti Tun Musa Hitam yang akan berpusing 180 atau 360 jika berkepentingan dan digosok KJ dan Paklah. Watak dan warna Datuk dalam sepak terajang politik bukanlah sesuatu yang asing.
Apapun perjuangan Datuk di dalam blog ini sesuatu yang sangat baik dan dihargai, tetapi apa yang Datuk buat, sebenarnya satu permulaan...dan Datuk belum membuktikan apa apa lagipun..
salam...
yea ke kena godam atau nak cari publisiti murahan dan simpati? cerita lama...macam anwar pulak..masa hentam orang bukan main selera... bila kena godam dah hidup pun tak selera...
biasalah.buat baik dibalas baik, sebalinya pikir sendiri lah... kalau takut berumah di tepi pantai.. buat rumah di tepi jalan.. kat mana-mana pun mati...
jangan takut macam karpal singh..kat budak hinguspun dah buat laporan polis..
(http://malaysialoni.blogspot.com)
Salam Dato'
Hati hati, 'Nobody above the law..' tapi its a public secret that somebody are above the law..
Semoga kita semua selamat!!
Blogger Auta!!!
Tidak mustahil Blogger wayang, auta, kaki ampu, cari lubang atau peluang ujud.
Tak kurang pula yang menghadiahkan minda yang ikkhlas dan sejujurnya untuk manfaat semua.
Jika diteliti nada blogger dan lamannya berubah. Ada kesantunan dalam berbahasa dan tidak menyiarkan komen sensasi walaupun bukan tergolong kepada fitnah dan akta hasutan.
Sama-sama kita menilai survival perjuangan mereka. Adakah lalang yang akan terbuai dek angin yang lembut membelai atau mereka sebenarnya berhati-hati takutkan taufan undang-undang yang menghentam atau pun mereka ini oportunis.
Apa pun jika iannya sokong yang membawa rebah atau telunjuk mencuncuk mata, sama-samalah kita nilaikan perjuangan mereka.
Yang buruk tetap dari manusia, yang terbaik itu dari ALLAH S.W.T
Post a Comment