Monday, May 05, 2008

Memang Ada Percubaan
Untuk Godam Blog Ini

JAM 9.10 Malam: Saya baru sahaja menerima alert daripada pembekal anti-virus komputer saya sebentar tadi. Katanya, mulai jam 4.00 petang hingga jam 9:00 malam hari ini, terdapat satu percubaan bersungguh-sungguh untuk menggodam komputer saya. Ini bermakna percubaan serangan itu berjalan selama lima jam.

Secara kebetulan, petang tadi technician yang sering membantu saya membetulkan sebarang kerosakan internet berada di kediaman saya selama beberapa jam. Sewaktu beliau berusaha memulihkan sambungan internet saya, terdapat tiga kali komputer saya terpaksa memadamkan seluruh sistemnya secara automatik. Kami hairan dan kami hanya mengagak kemungkinan ada hacker cuba mengkhianati blog saya.

Sebab itulah di akhir posting terbaru saya pada jam 7.52 malam tadi, saya nyatakan bahawa “gangguan posting yang saya alami kebelakangan ini nampaknya berpunca lebih daripada soal teknikal yang lazim.”

Jangkaan kami benar. Tetapi, saya tidak akan patah semangat. Buatlah apa yang perlu untuk menafikan suara blog ini. Saya tidak akan gentar, saya tidak akan berputih mata. Selagi hayat dikandung badan, Insya Allah, perjuangan saya menerusi wadah siber ini akan berterusan. Salam perjuangan. – Ruhanie Ahmad

6 comments:

Berita dari gunung said...

Jangan patah semangat Dato. Sejak bila orang Melayu dan orang Malaysia dikira salah bila mempamerkan patriotisma?

Patriotisma adalah kepada Tanah Air bukan kepada pemimpin!!

luaskanmata said...

Amww Datuk,

Alhamdulillah tiada titik kegentaran di hati Datuk.

alam cyber memberi suatu alternatif kepada wadah perjuangan umat. gangguan dalah perkara biasa.

di mana ada seruan, di situ ada usaha menghalang.

salam perjuangan.

ipanna said...

sy tgk orang umno sekarang memang mcm ni la dato.. dengki, hasad, cemburu.. bukan nak bersatu..
kite tolak orang2 mcm ni biar tersungkur terus dengan satu cara sahaja yang dapat mengkuburkan puak2 jahat nih.. umno yang ikhlas perjuangannya.. buat parti baru atau join pas or keadilan..
tu jerr..

banjarbp said...

Datuk,

Saya rasa perasaan saja kot macam ada orang nak hack blog ni.

Wasallam

Kamalkamal said...

Datuk,

Teruskan usaha murni Datuk. Kita berani kerana benar. Nampaknya masih ada insan yang tidak sukakan kebenaran dipaparkan untuk tatapan umum.

Mungkin juga ada insan yang bimbangkan dapurnya tak berasap!!! atau langkahnya terhenti atau diberhentikan.

.Nur Najihah. said...

salam perjuagan dari Wales!
jangan pernh gentar utk terus berjuang!
sungguhnya, mereka yang terlalu angkuh dgn permainan plitik,akan jatuh tersungkur!
reformasi!!