SINONIMKAN DAULAT MELAYU
DENGAN KEDAULATAN NEGARA
Ruhanie Ahmad
Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh kerabat dan kepimpinan Permuafakatan Melayu yang baru sahaja selesai menjana minda dan menggemblengkan tekad abadi masing-masing tanpa mengambilkira batas-batas siasah kepartian, semata-mata untuk melahirkan gagasan baru demi mempertahankan kedaulatan Melayu dalam seluruh aspek kehidupan di bumi Malaysia merdeka di abad ke-21.
Saya amat gembira dengan perkembangan ini kerana dari kajian singkat sewaktu menyediakan buku PETAKA DOLAH BADAWI yang kini dalam percetakan, saya dapati bahawa satu punca utama segolongan pengundi Melayu berkelana ke pihak pembangkang adalah atas soal kedaulatan negara yang kini seolah-olah sudah digadaikan kepada satu entiti asing di hujung benua.
Oleh itu, tanggungjawab memelihara dan mempertahkan kedaulatan negara sewajarnyalah disinonimkan dengan perjuangan memelihara dan mempertahankan kedaulatan Melayu dalam seluruh aspek kehidupan dalam era pasca PRU 12 dan di abad ke-21.
Saya melontarkan gagasan ini kerana saya yakin golongan yang berkelana jauh daripada parti pemerintah dan menggabungkan jiwa perjuangan mereka dengan pihak lain, adalah golongan yang prihatin terhadap geopolitik global dan regional yang sedang berlaku di abad ke-21. Sebahagian daripada golongan ini juga adalah rakyat jelata yang kurang menganalisa signifikennya geopolitik antarabangsa dan serantau, tetapi tidak pula gagal untuk melihat apa yang telah, sedang dan akan terjadi di hadapan mata masing-masing di era kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Golongan ini gagal menerima jawapan munasabah, mengapakah projek Jambatan Bengkok di bumi Malaysia yang berdaulat, tiba-tiba sahaja dibatalkan dengan sekelip mata. Mereka gagal menerima rasional, mengapakah perlu diwujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang jelas lebih memihak kepada Singapura. Mereka gagal menerima penjelasan ikhlas, mengapakah perlu satu super-bridge atau jambatan raya dibina untuk menghubungkan Singapura dengan Nusa Jaya. Mereka amat bimbang dengan ura-ura bahawa satu terowong besar mungkin akan dibina kononnya untuk laluan keretapi laju antara Singapura-WPI.
Armada Nuklear
Golongan ini juga masih gagal mengetahui mengapakah di era Abdullah, armada perang AS yang membawa senjata nuklear dan dilengkapi dengan peralatan nuklear, boleh diizinkan berlabuh di Pelabuhan Kelang. Golongan ini ragu kerana sebuah entiti perniagaan kerajaan asing telah diizinkan membeli saham Telekom Malaysia. Mereka bimbang dengan ura-ura sebuah lagi syarikat kerajaan asing dikatakan akan membeli saham sebuah syarikat penjana kuasa elektrik Malaysia dalam tempoh terdekat ini.
Pada waktu yang sama, golongan ini juga sukar untuk mencari rasional, mengapakah Abdullah menangguhkan seluruh perundingan perkara-perkara tertunggak dengan Singapura secara indefinite. Mereka hairan, mengapakah dasar dua-hala Abdullah kelihatan amat intim dengan Singapura, AS dan Australia. Mereka bimbang jika ICJ tidak lama lagi mungkin memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura. Mereka cuak jika kemungkinan kemenangan Singapura ke atas kes Pulau Batu Putih akan disusuli dengan usaha mengheretkan status pemilikan Pulau Pisang berhampiran Pontian, juga ke ICJ.
Pendek kata, seluruh golongan ini amat bimbang dan terus bimbang. Seluruh kebimbangan ini berpaksikan kepada soal kedaulatan negara dan maruah bangsa. Anehnya, seluruh kebimbangan ini seolah-olah tidak wujud di pemikiran Abdullah.
Sebab itulah, sesiapa yang lazim mengikuti tulisan saya dalam media perdana sejak 2000 dan dalam blog ini mulai 2006, pasti akan sedar bahawa saya memang sentiasa terdorong untuk membicarakan soal kedaulatan tanahair dalam konteks geopolitik global dan regional.
Saya pilih pendekatan ini kerana abad ke-21 adalah abad yang dicorak dan diwarnakan oleh golongan neo-conservative Amerika Syarikat (AS) – majoriti pendukung utamanya adalah kelompok pro-zionis yang mempengaruhi serta membentengi Presiden J W Bush – sebagai abad Asia, baik Asia Barat, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur.
Perang Halimunan
Abad ke-21 jadi Abad Asia atas pelbagai sebab. Lantaran itulah diciptakan Peperangan Antiterorisme Global (PAG) – satu peperangan di mana musuhnya adalah umpama halimunan, tanpa wajah dan tanpa jasad, tetapi diberikan nama sebagai teroris Islam.
Beberapa kelompok di AS telah mewujudkan pelbagai blueprint mengenai Abad Asia ini. Dan, Asia Tenggara adalah salah satu fokus kepada agenda geopolitik ini. Di samping itu, satu doktrin pertahanan AS pimpinan Bush juga telah meluluskan satu pelan induk pertahanan mengenai Asia Tenggara di mana salah satu tuntutannya adalah, AS mesti mencari jalan untuk bertapak di mana-mana negara strategik di rantau ini.
Sebab-sebab AS mesti kembali bertapak di Asia Tenggara adalah banyak. Alasan untuk membolehkan AS kembali bertapak dan menguasai Asia Tengara juga dicipta secara kreatif dan berbagai-bagai. Saya tidak akan huraikan hal ini di sini kerana ianya akademik dan panjang lebar.
Untuk memendekkan cerita, saya tumpukan kepada soal mengapa AS mesti kembali ke Asia Tenggara, khususnya di Malaysia dan Indonesia. Sebab paling utama ialah kerana Malaysia dan Indonesia adalah negara pesisir kepada Selat Melaka, satu-satunya perairan dunia yang kritikal kepada laluan minyak dan gas dari Asia Barat menuju kepada Asia Timur dan Lingkungan Pasifik.
Indonesia juga sebuah negara yang penduduk Islamnya adalah terbesar sekali di dunia. Pihak-pihak neoimperialis telah beberapa kali menggunakan Indonesia sebagai pentas keganasan yang kononnya dilakukan oleh teroris Islam, tetapi manfaatnya adalah untuk memudahkan AS dan konco-konconya bertapak di mana-mana negara pilihannya di Asia Tenggara.
Negara Pesisir
Lantaran itulah meletus satu peristiwa bom di Bali dan dua peristiwa bom di Jakarta. Ikut propaganda Barat, seluruhnya adalah angkara teroris Islam. Ikut kajian perbandingan dan pembacaan saya sendiri, seluruhnya adalah black operations dan false-flag power games yang dilakukan oleh pihak-pihak asing dan bukan Islam, termasuklah sekutunya di Asia Tenggara. Akibatnya, Indonesia dapat nama yang buruk, tetapi pihak pengkara pengeboman itu pula merintis jalan bertapak di Asia Tenggara secara mudah.
Satu lagi sebab AS dipercayai berusaha keras untuk mendominasikan Indonesia dan Malaysia adalah kerana pada saat dan ketika ini, perisikan ekonomi Barat dipercayai mengesahkan bahawa pelantar benua Laut Cina Selatan adalah mengandungi rizab petroleum yang terbesar sekali di dunia mutakhir. Hakikat ini dikatakan menyebabkan pihak neoimperialis mahu bertindak pro-aktif supaya seluruhnya akan mereka kuasai demi mengimbangi kuasa Republik Rakyat China yang sedang bangkit sebagai gergasi ekonomi global.
Biarpun begitu, puak neoimperialis yang mahu mengukuhkan hegemoni geopolitik dan ketenteraannya di Asia Tenggara mendapati sukar untuk bertapak secara fizikal di bumi Malaysia. Lantaran itu, usaha ini perlu dilakukan secara halus dan menerusi perkhidmatan proksi-proksinya. Lantaran itu, kenalilah siapa dia rakan karib neo-imperialis terbabit merangkap sekutu zionis internasional di Asia Tenggara? Kenalilah juga, siapakah antara talibarut mereka di kalangan kita.
Demikianlah analisis ringkas saya mengenai pentingnya kedaulatan negara ini kepada survival kita semua di hari muka. Sebab itulah soal kedaulatan Melayu mesti disinonimkan dengan kedaulatan negara. Sebab itulah sesiapa sahaja yang dilihat mengkompromi dan menggadaikan kedaulatan negara kita kepada sesiapa jua, mestilah disingkirkan dengan seberapa segera, tanpa ragu, tanpa bimbang, tanpa segan dan tanpa silu-silu.
Dan, sesiapa sahaja yang dimandatkan memimpin Malaysia di era pasca PRU12 mestilah individu dan kelompok yang sanggup mati demi kedaulatan Melayu dan kedaulatan negara-bangsa Malaysia. Lantas, ketengahkanlah individu dan kelompok kepimpinan yang sanggup membeban perjuangan demi kedaulatan Melayu dan kedaulatan negara-bangsa seluruhnya, dalam konteks Malaysia merdeka yang dikongsikan destininya oleh kelompok rakyat pribumi dan bukan pribumi yang mesti sehati sejiwa secara ikhlas dan abadi.
[Nota: Saya terus memohon jutaan maaf kepada sahabat-sahabat pengunjung blog ini kerana gangguan posting yang saya alami kebelakangan ini nampaknya berpunca lebih daripada soal teknikal yang lazim. Sebab itulah gangguan masih berterusan entah sehingga bila. Bagaimanapun, terima kasih atas kefahaman anda. Salam perjuangan dari saya. – Ruhanie Ahmad.]

5 comments:
Mahkamah benar permohonan Herald.
Sedih saya melihat tajuk berita.Orang Melayu sibuk dengan kemufakatan Melayu sehingga sanggup berseminar 3 hari ttp urusan mempertahankan agamanya dilupakan. Saya berharap kuda kepang dapat menjadi kepala untuk perjuangan ini.Tidak pernah didengar di dunia permintaan nama Allah dalam kitab Injil dipohon guna kecuali di Malaysia.Adakah disebabkan leka berpolitik kita lupa untuk mempertahankan agama suci Allah dan agama dipijak akibat kelemahan kita.Wassallam.
From: Golongan Tua UMNO
A.kum Datuk,
1. Kesimpulannya Datuk telah menyentuh "Maruah dan Kedaulatan Negara' perlu dipertahankan?
2. Saya bukan setakad setuju tetapi sebagai seorang..'Bangsa Melayu dan bekas Pegawai Rejimen Askar Melayu DiRaja yang telah diasuh dan dididik dengan semangat Melayu' wajib dan bertanggongjawab untuk mempertahankan tanah air kita..negara kita. Itu sebab saya kini menjadi Blogger sebagai alternatif untuk perjuangan saya untuk mempertahankan negara ini dari dijajah semula oleh kuasa asing.
3. Itu sebab bila saya menulis emosi saya kadang-kadang lain macam kerana saya sudah nampak apa yang akan berlaku dinegara kita jika kita 'lalai dan leka'.
4. Itu sebab bila saya menulis, sudah pasti ia berbentuk 'attack' atau serang terus kesasaran. Ini kerana saya bukan dilatih untuk menjadi seorang wartawan tetapi dilatih sebagai seorang Askar Melayu DiRaja(RAMD)yang tugas utamanya ialah untuk mempertahankan kemerdekaan negara ini buat selama-lamanya.
5. Oleh itu kesimpulan yang saya boleh katakan disini ialah:
a. Ia bermula..'Maruah diri > Maruah Agama > Maruah Bangsa > Maruah Negara > Kedaulatan Negara > Pertahanan Negara > Kemerdekaan Negara.
b. Jadi jika..Maruah diri, maruah agama dan maruah bangsa sudah tidak ada lagi pada diri kita semua, maka pastinya nanti kita akan kehilangan negara dan hilang kemerdekaan?
c. So, kepada Perdana Menteri dan semua Pembesar-pembesar negara u all please take note what i said today 6.5.2008 from 'Diktator su-kj'. Tugas diktator bukan untuk membunuh orang tetapi untuk menegakkan keadilan demi kedaulatan negaranya sendiri.
Seingat saya cerita negara luar berminat dengan malaysia dan rantau ini memang ada wujud zaman Anwar Ibrahim tengah "galak".
Era itu, Suharto dan Indonesia sangat panas. Anwar Ibrahim tumpang sekaki, jolok sana sini. Ada orang kata waktu itu, Anwar pembelot, Anwar bukannya patriotik, ada juga yang kata Anwar terjerat dan terikat. Sampai ada yang kata Anwar kena ikat "teloq".
Ada juga yang kata, bukti yang ada sama polis Malaysia sikit saja, berbanding dengan apa yang orang luar ada. Maka terjadilah apa telah terjadi.
Siapakah Anwar Ibrahim hari ini? Ada kawan kata, nafas Anwar bukan berbunyi "perjuangan yang belum selesai", sebaliknya ialah "busines yang belum langsai".
Kalau senario kini membimbangkan dari segi espionage, maruah negara, maruah Melayu, kita boleh mula tanya Anwar Ibrahim. Kemudian perlahan-perlahan tanya sama orang yang menyegerakan Anwar berubat tengkuk, tangan, telinga dan kuku di German suatu masa dulu.
Sama polis, memang ada banyak bukti. Mereka jaga semua hal, saya yakin.
Salam dato,
biar darah mgalir dibumi bertuah ini ugama,bangsa tetap dipertahankan
wahai bangsa ku bangun dari tidor jangan kita terlalu ikutkan hati, nanti buruk padahnya, bak kata orang tua2 ikut hati mati, ikut rasa binasa jadi berhati2 dengan helah pembakang yang iginkan Negara kita ini dari dulu mereka hingga sekarang mereka tak putus asa,
Saya turut terpanggil untuk komen hal ini. Para intelektuil Melayu kita ni bila berseminar cakap meleret-leret, berdegam-degum, berdegar-degar. Bila part nak terjemahkan resolusi seminar, terkial-kial garu kepala. Ini masalah kita. Kalau yang intelektuil, bahasa dan suaranya terlalu awangan-awangan. Bila suruh terjemahkan ideal mereka kepada action program habis menggelabah.
Saya harap, hasil permuafakatan ini diserahkan kepada pihak teknokrat pula untuk dijadikan hakikat dan kenyataan. Kalau tidak, habis masa, habis tenaga, habis idea, masuk angin keluar asap.
Tapi saya sokong pandangan Datuk. Elok kalau kita semua cakap atas pletfom kedaulatan negara-bangsa. Soal ini memang strategik untuk elakkan kemunculan projek-projek macam WPI. Yang saya hairan, tokoh macam Tun Musa Hitam takkan tak sensitif dengan tipu muslihat Singapura di sebalik WPI.
Harap-harap kalau Abdullah berhenti, orang yang gantikan dia guna reverse gear dan bubarkan WPI. Mungkin Muhyiddin boleh buat kerja ini. Kita akan sokong Abang Din kita kalau dia memang ada cita-cita nak bubarkan WPI.
Post a Comment