KEDAULATAN PULAU BATU PUTIH:
Kerangka Minda Di sebalik Tuntutannya
Ruhanie Ahmad
Sejarah membuktikan Pulau Batu Putih – biar hanya sebesar padang bola - adalah milik Kesultanan Johor. Pulau ini adalah warisan bangsa Melayu di bumi Malaysia yang berdaulat dan merdeka.
Malangnya, pada 23 Mei 2008, kedaulatan pulau ini telah dengan rasminya dirampas daripada Malaysia dan diserahkan kepada Singapura berasaskan pelbagai fakta bukan sejarah.
Fakta-fakta inilah yang telah dihurai, dikupas, dipertikai dan diwarnakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengikut citarasa segelintir kuasa neoimperialis tertentu yang berkepentingan terhadap kegunaan strategik pulau berkenaan di bawah Singapura.
Ini bermakna, kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih tidak akan tergadai jika fakta bukan sejarah tidak dijadikan asas utama tuntutan Singapura.
Ini bermakna, Singapura yang disifatkan sebagai sahabat Malaysia, jelas tidak menghormati fakta sejarah bila ia menuntut kedaulatan pulau tersebut.
Ini bermakna, ketulenan persahabatan Singapura terhadap Malaysia adalah sesuatu yang perlu sentiasa dikaji dan sentiasa dicurigai.
Ini juga bermakna, fakta sejarah tidak boleh dijadikan jaminan tunggal untuk Malaysia mempertahankan kedaulatan mana-mana wilayahnya yang berhampiran Singapura di hari muka.
Daripada hujah di atas, Singapura seolah-olah menuntut kedaulatan Pulau Batu Putih berasaskan kerangka minda bahawa mana sahaja wilayah jiran tetangganya yang difikirkan strategik kepada survivalnya, boleh dituntut dan dijadikan miliknya, asalkan wujud undang-undang dan ruang perundangan yang boleh diheret hingga ke ICJ.
Kerangka minda seperti ini adalah manifestasi betapa rakus dan betapa terdesaknya pulau kecil ini untuk menguasai ruang dan bumi yang lebih besar dan luas di luar lingkungan kedaulatannya bagi menampung penduduknya yang dipercayai berkembang hingga 10 juta orang di hari mendatang.
Insaflah. Republik pulau ini adalah sekutu Israel dan Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara. Lantas, mustahilkah jika Pulau Batu Putih suatu hari kelak ditukar menjadi satu kompleks ketenteraan yang canggih dan moden demi memenuhi kepentingan strategik dan kepentingan geopolitik sekutu-sekutunya di abad ke-21 di rantau ASEAN?
Kita mesti sentiasa tegas dan waspada. Kita juga mesti berani bersuara bahawa walau keputusan ICJ memang muktamad, ini tidak bermakna kita mesti merelakannya atau mesti tunduk kepada Singapura.
Hakikatnya, di bumi Malaysia kini masih terdapat pelbagai lagi kepentingan strategik Singapura, termasuklah beberapa loji takungan air di Johor.
Siapa boleh menjangka suatu hari nati, atas asas undang-undang, lokasi ini juga mungkin diheret ke ICJ supaya kedaulatannya diserahkan kepada Singapura?
Pertanyaan ini memang keterlaluan. Tetapi, tindakan Singapura menuntut kedaulatan Pulau Batu Putih juga adalah sesuatu yang mustahil jika republik itu benar-benar tulen dalam merangka, memelihara dan menghargai persahabatannya dengan kita.
Jadi, tidakkah sikap “hati kering” negara itu perlu sentiasa dicurigai dan dicemburui sepanjang hayat? Atau, mestikah kita perlu adakan majlis jamuan makan durian dan golf bilateral pada setiap tahun dengan Singapura?
Perlukah ada lagi pembesar kita mengelirukan rakyat jelata dengan menyifatkan keputusan ICJ kononnya “kemenangan bersama” kepada Malaysia dan Singapura?
Perlukah Perdana Menteri kita meluahkan retorika diplomasi kononnya yang “menang pun tak menang semua” dan yang “kalah pun tak kalah semua” kerana “itulah keadilannya” dan “keadilan itu mestilah diakui’’?
Kenyataan seperti di atas hanya mencerminkan kedangkalan segelintir pembesar kita dalam mentafsirkan perkembangan geopolitik serantau dan global dalam konteks survival negara-bangsa di hari muka.
Kenapa tidak ramai pembesar kita yang berani bersuara seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegur Singapura “supaya tidak angkuh dengan keputusan ICJ” itu.
Oleh itu, dalam kita kesedihan, wajarlah kita yakin bahawa Allah SWT memberikan kita kekalahan ini untuk menguji sejauh manakah kebijaksanaan kita mentafsirkan hikmah di sebalik kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih.
Allah SWT juga memberikan kekalahan ini untuk menduga kepintaran kita menyedari dan menginsafi wilayah mana lagikah yang boleh dirampas kedaulatannya daripada kita oleh pihak asing di hari muka.
Dengan keinsafan seperti ini, pembesar kita perlu cerdas berfikir dan pantas bertindak. Seluruh kepentingan strategik Singapura di Johor perlu dikaji semula supaya tidak memungkinkan “pisang berbuah dua kali” dalam konteks kedaulatan negara.
Kajilah keseluruhannya secara teliti, tegas dan profesional. Auditlah keseluruhannya untuk memastikan tiada cacat celanya. Demi agama, bangsa dan negara, jangan kita beri muka kepada mana-mana pihak yang amat licik untuk bermuka-muka!
Sesudah itu, pastikanlah bahawa seluruh pemimpin kita adalah kelompok yang faham, sensitif, pintar dan mampu mentafsir kerangka minda Singapura terhadap Malaysia supaya kefahaman itu membolehkan kita sentiasa menentingkan kedaulatan negara dan maruh bangsa bila berurusan dengan republik berkenaan di hari muka.
Kerangka Minda Di sebalik Tuntutannya
Ruhanie Ahmad
Sejarah membuktikan Pulau Batu Putih – biar hanya sebesar padang bola - adalah milik Kesultanan Johor. Pulau ini adalah warisan bangsa Melayu di bumi Malaysia yang berdaulat dan merdeka.
Malangnya, pada 23 Mei 2008, kedaulatan pulau ini telah dengan rasminya dirampas daripada Malaysia dan diserahkan kepada Singapura berasaskan pelbagai fakta bukan sejarah.
Fakta-fakta inilah yang telah dihurai, dikupas, dipertikai dan diwarnakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengikut citarasa segelintir kuasa neoimperialis tertentu yang berkepentingan terhadap kegunaan strategik pulau berkenaan di bawah Singapura.
Ini bermakna, kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih tidak akan tergadai jika fakta bukan sejarah tidak dijadikan asas utama tuntutan Singapura.
Ini bermakna, Singapura yang disifatkan sebagai sahabat Malaysia, jelas tidak menghormati fakta sejarah bila ia menuntut kedaulatan pulau tersebut.
Ini bermakna, ketulenan persahabatan Singapura terhadap Malaysia adalah sesuatu yang perlu sentiasa dikaji dan sentiasa dicurigai.
Ini juga bermakna, fakta sejarah tidak boleh dijadikan jaminan tunggal untuk Malaysia mempertahankan kedaulatan mana-mana wilayahnya yang berhampiran Singapura di hari muka.
Daripada hujah di atas, Singapura seolah-olah menuntut kedaulatan Pulau Batu Putih berasaskan kerangka minda bahawa mana sahaja wilayah jiran tetangganya yang difikirkan strategik kepada survivalnya, boleh dituntut dan dijadikan miliknya, asalkan wujud undang-undang dan ruang perundangan yang boleh diheret hingga ke ICJ.
Kerangka minda seperti ini adalah manifestasi betapa rakus dan betapa terdesaknya pulau kecil ini untuk menguasai ruang dan bumi yang lebih besar dan luas di luar lingkungan kedaulatannya bagi menampung penduduknya yang dipercayai berkembang hingga 10 juta orang di hari mendatang.
Insaflah. Republik pulau ini adalah sekutu Israel dan Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara. Lantas, mustahilkah jika Pulau Batu Putih suatu hari kelak ditukar menjadi satu kompleks ketenteraan yang canggih dan moden demi memenuhi kepentingan strategik dan kepentingan geopolitik sekutu-sekutunya di abad ke-21 di rantau ASEAN?
Kita mesti sentiasa tegas dan waspada. Kita juga mesti berani bersuara bahawa walau keputusan ICJ memang muktamad, ini tidak bermakna kita mesti merelakannya atau mesti tunduk kepada Singapura.
Hakikatnya, di bumi Malaysia kini masih terdapat pelbagai lagi kepentingan strategik Singapura, termasuklah beberapa loji takungan air di Johor.
Siapa boleh menjangka suatu hari nati, atas asas undang-undang, lokasi ini juga mungkin diheret ke ICJ supaya kedaulatannya diserahkan kepada Singapura?
Pertanyaan ini memang keterlaluan. Tetapi, tindakan Singapura menuntut kedaulatan Pulau Batu Putih juga adalah sesuatu yang mustahil jika republik itu benar-benar tulen dalam merangka, memelihara dan menghargai persahabatannya dengan kita.
Jadi, tidakkah sikap “hati kering” negara itu perlu sentiasa dicurigai dan dicemburui sepanjang hayat? Atau, mestikah kita perlu adakan majlis jamuan makan durian dan golf bilateral pada setiap tahun dengan Singapura?
Perlukah ada lagi pembesar kita mengelirukan rakyat jelata dengan menyifatkan keputusan ICJ kononnya “kemenangan bersama” kepada Malaysia dan Singapura?
Perlukah Perdana Menteri kita meluahkan retorika diplomasi kononnya yang “menang pun tak menang semua” dan yang “kalah pun tak kalah semua” kerana “itulah keadilannya” dan “keadilan itu mestilah diakui’’?
Kenyataan seperti di atas hanya mencerminkan kedangkalan segelintir pembesar kita dalam mentafsirkan perkembangan geopolitik serantau dan global dalam konteks survival negara-bangsa di hari muka.
Kenapa tidak ramai pembesar kita yang berani bersuara seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegur Singapura “supaya tidak angkuh dengan keputusan ICJ” itu.
Oleh itu, dalam kita kesedihan, wajarlah kita yakin bahawa Allah SWT memberikan kita kekalahan ini untuk menguji sejauh manakah kebijaksanaan kita mentafsirkan hikmah di sebalik kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih.
Allah SWT juga memberikan kekalahan ini untuk menduga kepintaran kita menyedari dan menginsafi wilayah mana lagikah yang boleh dirampas kedaulatannya daripada kita oleh pihak asing di hari muka.
Dengan keinsafan seperti ini, pembesar kita perlu cerdas berfikir dan pantas bertindak. Seluruh kepentingan strategik Singapura di Johor perlu dikaji semula supaya tidak memungkinkan “pisang berbuah dua kali” dalam konteks kedaulatan negara.
Kajilah keseluruhannya secara teliti, tegas dan profesional. Auditlah keseluruhannya untuk memastikan tiada cacat celanya. Demi agama, bangsa dan negara, jangan kita beri muka kepada mana-mana pihak yang amat licik untuk bermuka-muka!
Sesudah itu, pastikanlah bahawa seluruh pemimpin kita adalah kelompok yang faham, sensitif, pintar dan mampu mentafsir kerangka minda Singapura terhadap Malaysia supaya kefahaman itu membolehkan kita sentiasa menentingkan kedaulatan negara dan maruh bangsa bila berurusan dengan republik berkenaan di hari muka.
25 comments:
Datok,
Kita tidak perlu mempertikaikan lagi lagak PM , TPM, Konco2 dan Kaki Pukulnya terhadap isu tersebut, lebih baik Datok berjaga jaga kerana si Paku Karat tentulah lebih besar alasannya dari Duri Dalam Daging.
Kehilangan Pulau Batu Putih adalah perancangan tersusun sebagai 'satu harga' yang kena dibayar sebagai ufti atas 'consultation' dan khidmat nasihat yang dibuat sebelum ini.
Saya lebih berminat untuk Datok mengupas lebih lanjut tentang sebesar manakah 'balls' Tan
Sri M dalam menghadapi kemelut UMNO dan maruah negara. saya bimbang 'balls' tersebut tidaklah sebesar seperti yang Datok harapkan.
Salam Datuk,
Kita perlu bersihkan pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan walau sekelumitpun dengan Singapura. Ingat! Anwar ada kecenderungan dengan US, begitu juga beberapa pemimpin Umno Atasan juga ada kepentingan dan kecenderungan kepada Singapura sekutu kuat US. saya pernah menyanggah Datuk Nur Jazlan atas kenyataannya utk "menggunakan" Singapura bagi kepentingan Iskandar Malaysia ! datuk, segala dokumen yang telah dan akan ditanda tangani dengan Singapura dalam Iskandar Malaysia perlu didedahkan kepada rakyat dan rakyat berhak me nilainya. Kita tidak mahu dokumentasi sekali lagi digunakan untuk dijadikan hakmilik Singapura 20,30 atau 50 tahun akan datang dalam Iskandar malaysia. Untuk menggunakan Singapura juga mungkin akan ada dokumentasi yang dilibatkan dan kita harus berhati-hati dengan ini.
Untuk orang seperti Nur Jazlan kita nasihatkan supaya janganlah bermain api dengan Singapura atau memang dia proksi syarikat Singapura seperti yang ada saya terbaca dalam mykmujohor.
Begitu juga pemimpin atasan khususnya Pak Lah sendiri perlu sesangat membuka mata dan mata hati untuk berhadapan dengan Singapura. Tidak nanti, kita akan datang akan melopong bila keseluruhan kawasan Iskandar Malaysia akan dibawa ke ICJ untuk dituntut oleh Singapura sebagai miliknya atas nama perkongsian perniagaan yang gagal dan tanah di Iskandar Malaysia harus diserahkan kepada Singapura kerana perjanjian perniagaan yang tersirat membenarkan tuntutan itu. Jangan rasa ini mustahil...akan berlaku...kita kena teliti betul-betul butir-butir segala perjanjain dengan Singapura...kalau boleh batalkan sahaja Iskandar Malaysia ini...
Projek di kawasan Nusajaya yang kini diambil dan dijadikan projek Pemerintah skrg perlu diteruskan tetapi bukan dengan menggadaikan hakmilik kepada Singapura. Kita tak perlukan itu semua. Kita pada hakikat yang sebenarnya mampu membangunkan sendiri tanah tumpah darah kita.
Tindakan membenarkan pemilikan harta di WPI kepada rakyat bukan Malaysia hanya membuktikan 2 perkara:
1. pemimpin atasan merupakan mereka yang dangkal dlm memacu ekonomi dan pembangunan negara;
2. pemimpin atasan sebenarnya ada kepentingan peribadi, malahan merupakan pro kepada negara asing, bukan Malaysia - penderhaka negara yang senyap!
Saya juga memang risau dengan kedudukan pemilikan kawasan-kawasan yang skrg ini diduduki pihak Singapura seperti loji air dan kes di Pulau Pisang. Malahan pernah keluar di akhbar pekerja warga Singapura dengan sewenang-wenangnya keluar-masuk Pulau Pisang seolah-olah tempat itu hakmilik mereka, bukan Malaysia. Atau sebenarnya telah dijual secara rahsia oleh org tertentu cuma belum dihebahkan?
Salam Tun
Pendapat Dato' Ron semuanya betul tiada yang tidak betul kecuali betul belaka. Tetapi buah fikiran, cadangan, saranan Dato' akan jadi pekasam sahaja kerana seperti kata Ayahanda Tun "Orang ni tak faham apa-apa dan dah pekak telinga untuk mendengar nasihat". Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila dikelililingi dengan konco-konco yang selalu mendendangkan lagu-lagu penglipurlara yang ingin didengar oleh AAB bagi memudahkannya tertidur.
Para Penglipurlara ini juga sebenarnya bukan calang-calang orang dalam UMNO. TMH bekas bos Dato' yang menuduh Ayahanda Tun sebagai duri dalam daging sebenarnya diri sendiri adalah paku karat dalam UMNO. Krisis UMNO 1987 hingga wujud Parti Semangat 46berpunca dari bekas bos Dato'..
Mari kita renung kembali beberapa tindakan TMH yang jadi paku karat kepada kerajaan dan UMNO
1. Pada tahun 1985 TMH (masa itu DMH saja)mengarahkan pasukan polis diketuai Dato' Yahya Yeop (kalau tak silap)menghapuskan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut2nya (Ahli PAS)di Kg. Memali, Baling. Dengan alasan mereka mengancam keselamatan negara. Sebenarnya itu adalah alasan sampingan sahaja. Tujuan TMH ialah untuk discredit Tun (Dr.M masa tu)yang pada hari kejadian sedang melakukan lawatan rasmi di China dengan harapan membuatkan Tun menjadi serba salah dan melepaskan jawatan PM kepadanya. Tetapi ayat2 surah Yasin yang dibaca oleh orang teraniaya tidak pernah membohongi sesiapa. TMH sendiri yang kepanasan dan akhirnya melepaskan jawatan TPM dan TP UMNO (genap 100 hari dari peristiwa Memali).
2. Masa TMH jadi MDN, hubungan beliau dengan DIGP pada masa itu TSMN (org Johor juga)adalah begitu kuat. Maka apabila TMH + TMN + AH KUAN, pasukan polis pun jadi serba salah. Orang kata you give TMH wine, woman and song everything would be taken care off...kalaulah ini sesuatu yang benar maka aku tak heran jika TMH adalah diantara arkitek utama di WPI yang 100 tahun dari sekarang atau lebih awal dari itu juga akan menerima nasib yang sama seperti Pulau Batu Putih itu.
Saya doakan kesejahteraan Dato' Ron semoga dapat terus memberi idea-idea bernas bagi menghalang WPI jadi kenyataan. Kami memerlukan 1000 orang Johor macam Dato' Ron untuk sedarkan pengkhianat bangsa.
iskandar malaysia is as good as "JOHOR 4 SALE".beware of SING, ECONOMIC IMPERIALISM, "tawan dengan duit"
betul ckp Datuk...sbb kite dr sejarah kita punye pulau tu..tp keputusan tidak memihak dr segi sejarah..tetapi dr apa yg dah spore buat kat pulau tue..konon kerana kita tak pernah tgk pulau tue..segalanya dijaga oleh spore,mgkn 50 thn akan dtg..blh jd WPI dituntut depa..kononnya kerana mereka yg develop tempat tue..tmpt loji air di Jhr pon akan dituntut..n mcm2..sbb kita kalah ngan tuntutan spore dan 2-0..jambatan bengkok,Bt.Putih..Ya Allah selamatkan la Negara Kami MALAYSIA
Sebenarnya, para hakim yang membuat keputusan itu adalan manusia yang diberi akal fikiran untuk berfikir.Kita perlu menyalahkan diri sendiri diatas kebodohan pemikiran dan tindakan kita. Sepatutnya , kita perlu uji kedaulatan PBP dengan kuasa ketenteraan or war games, ie mind games bukan membawanya ke ICJ. Logic nya 7.7 nautical mile lebih dekat dari 25 nautical miles dan dari mulanya kita sudah menjangkakan kekalahan ini base on empunya structure di atas PBP. Ini lah asas kehakiman ICJ. Di sini sejarah tidak berfungsi kerana sejarah boleh bertukar bila bila masa dan buktinya PBP, Sipadan dan Litigan. Ini lah yang di pangil hukum Tabie yang ditetapkan oleh Allah. Salah satu dari hukum ini ialah kebijaksanaan. Kita boleh lakukan apa saja, doa untuk memenangkan PBP dan sebagai nya tapi hakikatnya ialah kebijaksanaan dalam mengaturkan statergi. Singapura jua berdoa untuk kemenangan mereka. Mereka melakukan nya di Gereja, Temple dan juga Masjid sama seperti kita. Dua dua pihak berdoa dan dengan keputusan ini adakan disimpulkan bahawa Tuhan menyebelahi Singapura?. Hukum tabie perlu didahulukan kerana ianya nya telah ditetapkan misalnya, jika menanam pkok durian, satu di beri baja yang gred 1 dan satu lagi dengan baja gred 2, maka hukum tabie nya ialah durian yang di baja dengan gred 1 akan lebih hasilnhya dari durian yang di baja dengan gread 2 walau pun si penanam itu berdoa supaya durian yang dibaja dengan gred 2 hasilnya lebih dari durian yang dibaja dengan gred 1.Kita boleh berdoa supaya diberi pertunjuk dan kekuatan minda untuk melakarkan strategi untuk kemenangan, tapi sebaliknya kita berdoa untuk menjamin kemenangan.Inilah satu satunya kelemahan kita.Rohani kita perlu kuat untuk menghadapi cabaran. Kerana itu penyediaan kekuatan rohani dengan doa adalah lebih baik dari memohon kemenangan terus. Adakan dengan kekalahan PBP ini kita merumuskan bahawa ini ketentuan Tuhan yang tertulis atau Qada dan Qadar atau kekalahan ini adalah disebabkan kelemahan kita mengatur stratergi dan kita bergantung kepada doa semata mata or over confident.Seperti juga kekalahan BN di 5 negeri. Adakah itu ketentuan Tuhan atau kesilapan strtergi atau tindakan pemimpin BN sendiri yang menjurumus kepada kekalahan tersebut. Apa yang nyata disini ialah kerohanian orang orang Islam amnya dan khasnya melayu sebebnar nya lemah dan tidak berupaya membuat good and effective stratergi/decission dalam menghadapi cabaran. Singapura beside their prayers to their gods, they did their homework.
Datuk,
Kehilangan Pulau Batu Putih berpunca dari satu surat yang dihantar oleh pentadbir British di Singapura ke penasihat British di Johor,yang memulas tangan s/u kerajaan negeri.
Mata pena itu llebih berkuasa daripada mata pedang.
Johor akan kehilangan Iskandar dengan cara yang sama, gara-gara mata pena seorang kawan zionis timur di Putrajaya.
Semua orang Johor mesti pastikan
orang itu di buang ke laut.
Salam Datuk,
Pada pendapat saya, kes Pulau Batu Putih adalah bukti jelas yang menunjukkan kita ditipu. Atau lebih tepat lagi Pak Lah kena tipu. Dia pikir dia buat WPI dan cancel jambatan bengkok, Singapura boleh bagi laluan mudah dan tak bising-bising kalau nanti Malaysia dapat Pulau Batu Putih.
Apa yang terjadi, Singapore main taktik kotor dapatkan Pulau Batu Putih. Kita putih mata.
Nenek moyang kaya-raya, tergadai seluruh harta benda.
Pak Lah dan kuncu-kuncu dah melampau. Takkan kita nak biar. Saya rasa kita kena buat petisyen rakyat untuk cancel projek WPI.
Kena cepat!
Datuk sokong tak?
Noor Faiza, KL
A.kum Datuk,
1. Itu sebab saya selalu nyatakan syarat utama untuk menjadi Tentera ialah 'Berani Mati' bukan akademik yang tinggi. Tetapi orang ketawakan saya?
2. Jika kita kuat..jika kita berani mati, kes Pulau Batu Putih tidak perlu dirujuk ke ICJ? Mati kerana pertahankan tanah air adalah mati syahid.
3. Tetapi sekarang ini kita hanya kuat bercakap dan berani dalam PWTC sahaja.
http://sukj.blogspot.com
dato...
apa dah jadi dengan negara kita...
salam datuk
apakah pendapat datuk sendiri , adakah benar anwar tu ejen US dan yahudi seperti yg di war war kan!!!?
Salam Datuk Ron,
Maafkan bahasa saya yang agar keras.
Pemimpin UMNO. Pemimpin PAS. Pemimpin KeADILan.
Salahke kalau saya katakan bahawa kamu telah menipu orang Melayu?
Kamu baca kenyataan ini :
Sebenarnya kedaulatan Pulau Batu Putih telah dengan penuh kesedaran dan penuh diplomasi diserahkan kepada Singapura sejak tahun 1953 !!!!!.
Sejak daripada tarikh itu tiada satupun usaha oleh pemimpin Kerajaan Malaysia yang dapat menunjukkan Malaysia bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan hak ke atas Pulau tersebut secara bermaruah.
Menerima keputusan mahkamah semata-mata adalah perbuatan dayus, kerana sebelum pertikaian di mahkamah dimuktamatkan, segala aktiviti berkaitan pulau tersebut diminopoli oleh Singapura. Malaysia hanya membiarkan, diam dan dayus.
Pulau Batu Putih telah diserahkan kepada Singapura oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953. Titik. Noftah. Selesai.
Itu berlaku dalam tahun 1953. Pemangku SUK Negeri Johor serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura
Sekarang tahun 2008. Samada pemimpin kerajaan Barisan Nasional tidak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar, atau dengan niat jahat mengizinkan perkara yang serupa diulangi. Kali ini bukan lagi pulau yang diberi kepada Singapura tetapi sebahagian daripada Daratan Negeri Johor.
Pemberian kepada Singapura kali ini dilakukan melalui konspirasi yang dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar. Sebuah kawasan yang amat luas antara Scudai di Johor Bahru Tengah merintasi Gelang Patah dan Pulai sehingga menghampiri Pontian, Johor.
Kalau dulu kerana kebebalan Pemangku SUK, kali ini adalah kerana kerakusan manusia berjiwa haiwan bernama Abdullah Badawi dan Musa Hitam serta haiwan-haiwan ternakan mereka.
Kalau Wilayah Pembangunan Iskandar diteruskan, percayalah wahai Melayu, generasi kita akan menyumpah kita sebagai Melayu yang mencelakakan Melayu.
Ayuh seluruh rakyat Melayu, rakyat Johor khasnya, bangkitlah dan tantanglah dengan apa sahaja kesempatan yang ada terhadap pemimpin Melayu yang mengkhianati Bangsa Melayu.
Salam takzim
Sofi.
kerajaanrakyat.blogspot
Salam Dato'
Dalam kes kehilangan Pulau Batu Putih, kita rasa sangat sedih dan marah kerana hak mutlak kita terlepas ke tangan pihak asing yang sentiasa "bermusuhan" dengan kita.
Namun hakikatnya kita juga sama seperti Singapura bila kita memenangi kes Pulau Sipadan dari tangan Indonesia.
Saya ingin menarik perhatian Dato' dan sdr2 yang lain bahawa dalam kedua-dua kes Sipadan dan Batu Putih, juga kes yang menjadi rujukan ICJ di Semenanjung Scandinavia, isu yang digunapakai oleh ICJ ialah siapakah yang "menduduki, mengawal dan menyelenggara" sepanjang masa tertentu sesuatu kawasan itu adalah diiktiraf sebagai "pihak yang empunya" kawasan tersebut. Fakta-fakta sejarah tidak diambil kira langsung.
Persepsi oleh ICJ ini tidaklah pelik kerana berasaskan komposisi panel hakim yang majoriti terdiri daripada bangsa eropah, sememangnya bangsa eropah ini sinonim dengan doktrin penjajahan mereka.
Sejarah telah membuktian bahawa bangsa eropah akan menggunapakai doktrin sesiapa yang mengawal, menguasai dan menyelenggara sesuatu wilayah, maka mereka mengisytiharkan wilayah itu menjadi hak milik mereka.
Doktrin ini terpakai sejak zaman Christopher Colombus yang menawan benua Amerika Utara dahulu hingga ke zaman perang British Argentina merebut kepulauan Falkland.
Lihat sahaja bila Colombus mendarat di benua Amerika, dia terus sahaja mengisytiharkan benua itu miliknya. Begitu juga yang berlaku di benua kecil Australia, New Zealand, Palestin, Falkland, Asia Tenggara, India, Asia barat dan Afrika.
Yang berbezanya, di Asia Tenggara, India, Asia Barat dan Afrika, rakyat pribuminya bangun menentang penjajahan mereka. Oleh kerana penentangan yang berlanjutan dan memberi kesan yang besar keatas mereka, akhirnya mereka lari keluar daripada wilayah-wilayah yang dikuasai mereka. Manakala, di Amerika Utara, New Zealand dan Australia, tentangan pribuminya amat lemah dan akhirnya tidak bermaya maka regim penjajah eropah tersebut terus mengisytiharkan wilayah tersebut adalah hak mereka.
Doktrin pendudukan wilayah seperti inilah yang digunapakai oeh ICJ dalam semua keputusannya berkait dengan isu tuntutan bertindih oleh dua negara berselisih pendapat.
Dalam kes Pulau Sipadan pun sama juga walau pun Indonesia mengemukakan fakta sejarah, tetapi ICJ lebih melihat siapa yang ada diatas pulau itu dalam tempuh tertentu sebelum kes itu sampai kepadanya.
Jadi dalam isu Pulau Batu Putih ini, aliran keputusan ICJ telah dapat diramalkan sejak awal lagi bersandarkan kes Pulau Sipadan.
Jadi mungkin bolehlah diterima pada tahap ini situasi menang satu, kalah satu seperti yang dimaksudkan oleh Rais Yatim, walau pun bukan dalam kes yang dimaksudkan.
Setelah kita melihat arah aliran ICJ ini, mulai sekarang kerajaan Malaysia mestilah bertegas keatas mana-mana wilayahnya yang ada kepentingan Singapura, mestilah dinyatakan dengan tegas dengan melahirkan tindakan nyata bahawa sesuatu wilayah yang hak kita adalah hak kita. Jangan dibiarkan seorang pun warganegara mereka mengendalian apa-apa perkara walau pun perkara itu merupakan kepentingan mereka. Khabarnya Pulau Pisang juga ada kepentingan mereka disitu.
Jadi mulai sekarang, semua kepulauan Malaysia yang tidak berpenghuni mestilah didirikan struktur yang boleh menonjolkan bahawa wilayah itu adalah hakmilik Malaysia. Perkara ini tidaklah aneh kerana kerajaan Malaysia telah pun melakukanya di kepulauan Natuna yang mana ia menjadi satu kawasan tuntutan bertindih beberapa buah negara. Malaysia dengan segera telah mendirikan struktur di terumbu Pulau Layang-layang sebagai satu tanda bahawa itu adalah kawasan milik Malaysia.
Kerajaan Malaysia mesti bertindak segera keatas semua kepulauan miliknya. Tidak cukup dengan hanya membuat pemetaan sempadan sahaja kerana proses pemetaan ini perlu mendapat pengiktiran pelbagai pihak daripada semua negara jiran hinggalah ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Dalam proses pemetaan sempadan inilah timbulnya bantahan dan pertindihan.
Dari itu sekali lagi disarankan supaya kerajaan dengan segera mengambil tindakan serta merta mempamerkan penguasaan keatas semua pulau-pulau milik Malaysia supaya tidak akan putih mata lagi dimasa hadapan.
Datuk, Johor diabad 21 ini tidaklah sama dengan Johor dizaman 1851 tetapi yang terbukti oleh sejarah adalah disebabkan oleh kerakusan nenek moyang kita beban politik dan moral terpaksa kita tanggung sekarang. Maka ingatlah wahai sahabat terutama yang cintakan kesinambungan perjuangan mengekalkan kedaulatan berhati-hatilah membuat apa-apa keputusan sama ada dasar siasah, sosial atau ekonomi, beban yang akan ditanggung oleh generasi yang akan datang disebabkan oleh kelalaiandan kesombongan kita sekarang. Yang jelas yang akan berlaku adalah perebutan kuasa secara aman melalui penaklukan minda berdasarkan kekuatan kedudukan ekonomi dan kedudukan sosial.
Datok, Apakah ada hubungan artikel yang ditulis oleh Tarabulsi yang disiarkan oleh tranungkite hari ini 25.5.08 mengenai kehilangan salinan dokumen asal perjanjian Pulau Batu Putih pada tahun 2004 dengan kenyataan Wisma Putra hari ini dalam the star online bertajuk "After 18 years,Kadir's search for letter still goes on"(25.5.08)?
Datok,
Harapan saya agar Datok dapat memanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab di negara kita agar segera mengambilalih pengurusan Pulau Pisang. Itu hak kita dan pastinya kita punya kepakaran untuk menguruskannya.
Dato'
Untuk perhatian semua isu kedaulatan Pulau Batu Putih nampaknya hanya mendapat perhatian orang2 Melayu (UMNO+PAS+Keadilan) sahaja. Tidak keterlaluan kalau saya katakan puak chauvinist di negara ini turut tumpang gembira dengan kejayaan Singapura.Lihat saja komen2 yang diberikan dalam laman Malaysia Today.
Ada yang mengatakan lebih baik Malaysia ditadbir oleh Singapura kerana dengan dasar yang telus dan pentadbiran yang cekap Pulau Batu Puteh akan lebih makmur.
Mana dia pemimpin DAP dan Keadilan yang begitu lantang semasa pilihanraya yang lalu memperjuangkan isu2 ketelusan dan hak asasi tetapi senyap menyepi bila kedaulatan negara diinjak2 oleh negara lain.
Tepat sekali analogi Palestin-Israel pada Malaysia-Singapura. Katakanlah satu hari nanti tentera Singapura memasuki Malaysia atas alasan mempertahankan hartanah2 dan perniagaan2 milik rakyat mereka, saya mengandaikan puak2 chauvinist dengan rela hati akan menukar kerakyatan dan meminta tentera2 tersebut melindungi hartanah2 mereka juga. Lupakah tuan2 DAP adalah serpihan PAP Singapura?
Pada masa itu darah Melayulah yang akan mengalir mempertahankan bumi ini. Ingatlah kembali semasa Portugis menyerang Melaka 1511, siapakah yang meminjamkan tongkang2mereka untuk memudahkan Portugis meranapkan Melaka? Siapakah pula yang memberikan maklumat2 pertahanan kepada Portugis. Selaklah kembali lembaran2 buku teks Sejarah Tingkatan 1. Sejarah tidak akan menipu.
Tidak terfikirkah kita keadaan politik yang tidak stabil di Malaysia ini ada unsur campur tangan serampang 2 mata Singapura. Kerajaan 3K dari satu arah dan DAP dan chauvinist Keadilan dari arah yang lain.
Memang pemimpim UMNO banyak salahnya i.e. rasuah, penyelewengan, seks, pembunuhan tapi ini bukan alasan untk hak Melayu diinjak2 sewenang2nya. Kita sesama Melayu bertepuk tangan dan saling menyorak apabila skandal pemimpin Melayu dibongkar. Adakah ini berlaku kepada puak2 chauvinist ini? Adakah ini kerana mereka terlalu bersih sesuci malaikat subuh? Jawapan tidak, cuma tujuan skandal demi skandal dibongkar semata2 untuk menjatuhkan pemimpin Melayu dan akhirnya pentas politik dikuasai mereka.
Salahnya Melayu juga, bila ada kuasa mulalah rasuah menyeleweng dan macam2 lagi.Tetapi janganlah Melayu yang lain terlalu galak menyorak kerana akhirnya menang sorak negara tergadai.
Pakatan Rakyat kini hampir separuh MPnya bukan Melayu. Lihat sajalah Exco di Selangor dan Perak. Pulau Pinang tak perlu dibicarakan lagi. Adakah MP2 bukan Melayu ini benar2 ingin memperjuangkan ketelusan dan urus tadbir yang baik? Atau niat mereka semata untuk menjatuhkan kerajaan Melayu dan menguasai politik?
Insaflah, setidak2nya Melayu walau rasuah macam mana sekalipun takkan tergamak mengapa2kan Melayu yang lain. Jangalah kita mudah lupa apa yg berlaku di sebuah kelab Jalan Rahmat, Batu Pahat semasa 13 hari Bintang Tiga memerintah..
Salam Datuk..
Begitulah kisahnya.. S'pura dapat 'Pulau', Malaysia dapat 'Batu'... 'Putih' mata rakyat Malaysia tengok tanahair dapat kat orang tanpa perlu berperang atau menjajah...rakyat Malaysia pun disuruh terima saja keputusan dengan rela hati... apa puncanya atau adakah benar ada agen S'pura yang merancang semuanya. Dalam semua hal dgn S'pura kita tunduk dan patuh...
Apakah beberapa tahun lagi S'pura akan dapat 'Wilayah' dan Malaysia tetap dapat 'Iskandar'...yakni nama saja...tanah dapat kat orang... Satu perancangan bijak.. bukan utk Malaysia tapi untuk S'pura. Jemput sykt zionis US utk tutup pekong S'pura...sedangkan kita tahu S'pura rapat dgn zionis tanpa pedulikan pandangan jirannya...yakni tuan tanah kepada S'pura suatu masa dulu..
Kata2 lunak pondan menteri luar amat memualkan...cantik bersusun tapi jelas bernada si kalah...mungkin bukan salah beliau.. mungkin salah pakar2 undang2 kita yg begitu cekap memilih akta2 utk sabitkan salah rakyat sendiri dan masukkan dlm ISA tapi jelas tak tahu nak mempertahankan tanah air.. atau memang ICJ adalah rancangan bersama setengah pihak dgn S'pura...semuanya perlu digali bukannya terima saja mcm kata menteri pondan itu.. Pulau Batu Putih tanah kita..itu sejarah..
Dengan apa yang akan terus berlaku dengan Iskandar, apa nak heran dengan pulau batu puteh.
Musa Hitam (Tun) tak komen apa-apa pun. Shahrir pun tak kata apa-apa.
Terdapat mereka yang berpendapat kekalahan kita dalam isu pula batu putih adalah disebabkan pak lah. di manakah relevannya kenyataan itu?? Kekalahan pulau itu adalah tanggungjawap bersama semua pemimpin kita sejak 80-an lagi, bukannya kerana pak lah seorang!
Salam Datuk,
Anak saya umur 8 tahun menyatakan rasa hairannya, "kenapa pulau yang lebih dekat dengan Malaysia, boleh dimiliki oleh Singapura?". Apa saya nak jawab!
Jadi, mungkin boleh dicadangkan untuk membuat pungutan suara untuk Wilayah Iskandar dan kepentingan-kepentingan yang lain dan kemudian serahkan kepada pemimpin negara dan Raja-Raja Melayu untuk tindakan segera. Kalau nak harapkan DSAAB dan kuncu-kuncunya, jangan haraplah. Kita kena bangun sekarang!
Salam Sejahtera Datuk,
Saya berharap sgt2 kpd Dato supaya:
1)Dedahkan segala tipu muslihat yang berlaku dalam kemenangan Pulau Batu Puteh kpd Singapura.
2)Dedahkan juga perjanjian2 yang berat sebelah WPI dgn Singapura "Laknatullah" (agent Zionis Asia).
Celakalah kpd pemimpin yg sanggup mengadaikan Tanah Air sendiri demi kepentingan RM semata2.
Aku memohon kpd-Mu Ya-Allah:
"Engkau kucar-kacirkan lah perancangan2 jahat kaum kafir lakat terutamanya Zionis/Yahudi & kunco2nya" Ameen...
salam tazim
awas, selepas ini singapura akan menggunakan kaedah ini untuk menuntut apa yg mereka mahui seprti loji penapis air di johor yg dikawalselia oleh PUB singapore, laluan landasan dan tanah milik keretapi KTMB di tanjung pagar, ruang udara dan mcam2 lagi. maka bersedialah kita akan kehilangan banyak lagi yang ada di malaysia..
salam tazim
Sila layari blog http://pbpverdict.blogspot.com/
Kita mesti pastikan isu ini tidak mati begitu saja.
Post a Comment